Khamis, 23 Februari 2017

Ulama

Pagi ini semasa kelas Sirah bersama Dr Nabil Mubarak, aku bertanya kepada Syeikh berkenaan dua golongan Ulamak.

Antara Ulamak di Malaysia yang hanya berdiam diri dengan rasuah, salah guna kuasa dan kewangan oleh pemimpin negara dan ulamak yang sibuk untuk laksanakan Hudud yang mana masyarakat bukan Islam dan Islam sendiri pun masih belum memahami sehingga timbul salah faham dikalangan bukan Islam di negara.

Lalu Syeikh menjawab dengan melontarkan pertanyaan :

“Di negara kamu hendak laksana Syariat Islam mesti bertanya kepada kepada orang kafir?”

Aku jawab “Ya”.

“Jika begitu itu sesuatu perkara yang sangat pelik. Tidak pernah ada dalam kitab Sirah, Nabi bertanya atau minta izin dari Abu Jahal atau Abu Lahab. Bahkan baginda juga tidak pernah minta daripada pemimpin musyrikin atau Pembesar Yahudi di Madinah untuk melaksanakan syariat Islam” jawab Syeikh lagi.

Aku ulangi lagi persoalan tadi :

“Jadi bagaimana pula dalam isu rasuah, salah guna kewangan, banjir. Ada kalangan ulamak seolah-olah berdiam diri.”

Syeikh bertanya lagi :

“Adakah ulamak kamu juga terjebak rasuah?”

“Mana mungkin” Jawabku juga.

Syeikh terus sambung :

“Jika begitu, ulamak kamu tahu dan alim Fiqh Sirah. Di zaman Nabi SAW, pembesar dan pemimpin Makkah bukan setakat salah guna kuasa, segala kejahatan dan kefasadan telah dilakukan oleh mereka sehingga peringkat mensyirikkan Allah. Jika ekonomi yang kamu takutkan, Nabi SAW pernah berniaga di pasar dan meninggalkan pasar tersebut. Jika banjir yang kamu takutkan, Kota Makkah pernah banjir sehingga runtuhnya Kaabah.

Perbetulkan Aqidah masyarakat kamu. Tunaikan hak Allah yang termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah. InsyaAllah, perkara-perkara yang lain akan datang kemudian. Sepertimana Nabi SAW membina negara bukan dengan ekonomi mahupun kuasa tetapi dengan Aqidah berpandukan Al-Quran dan Sunnah.

Lantas beliau membacakan Ayat Quran surah Al-Ahzab, ayat 21 dan Surah Al-Baqarah, ayat 120

Kemenangan bukan dari pertolongan atau sokongan orang kafir mahupun kaum muslimin tetapi kemenangan adalah dari Allah SWT.

Allah jualah yang memberi kekuatan ekonomi. Bukan golongan kafir. Kerana ekonomi berkaitan dengan rezeki dan rezeki itu datang dari Allah SWT dan bukan manusia.

Jawatan, kuasa dan kepimpinan juga datang dari Allah kerana Allah Maha Berkuasa dari semua kuasa yang ada di bumi ini.

Jadilah Islam kerana mahukan Redha Allah dan bukan jadinya kamu Islam kerana mahu menunjuk-menunjuk kepada kafir atau mengharapkan redha Kuffar….!” tegas Syeikh dengan panjang lebarnya.

Aku tersenyum…

Oleh : Nazri Abdul Hamid

~ SHARE ~ , sebanyak banyak2 nyer ❗

Tiada ulasan:

Catat Ulasan