Kalam Ulama':
Nak mengaji ni (nak jadi murid), kena lah banyak sabar.
Sabar pengajian mengambil masa lama.
Sabar duduk tidak bersandar.
Sabar kalau terpaksa berhimpit dalam pengajian.
Sabar nak khatam sesuatu ilmu tu bertahun.
Sabar sebab duit banyak habis (kitab, tambang, sara hidup)
Sabar dengan segala kesederhanaan/kedhaifan semasa mengaji.
Sabar menahan mata mengantuk.
Sabar menahan perut yang lapar.
Sabar dengan cuaca.
Sabar dalam menunaikan adab kepada guru.
Sabar dalam mentaati perintah guru.
Sabar menghadapi tindakan guru.
Sabar dalam berkhidmat untuk guru.
Sabar dalam menunggu aturan dan tunjuk ajar guru.
Sabar dalam memenuhi hak guru.
Sabar dalam melaksana segala syarat yang diberikan guru.
Sabar jika dimarahi guru.
Sabar jika ditegur oleh guru.
Sabar jika tidak dilayan dan tidak diendah oleh guru (diuji).
Sabar dengan segala permintaan guru.
Sabar daripada asyik bertanya.
Sabar daripada banyak meminta.
Sabar daripada mengeluarkan idea.
Sabar daripada tindakan mendesak guru.
Sabar daripada sampai membuatkan guru rasa bersalah.
Sabar daripada sampai membuatkan guru bersedih.
Sabar daripada sampai membuatkan guru terpaksa.
Sabar melaksanakan amanah guru walau merasa ketinggalan dafipada ikhwan yang lain.
Sabar apabila pilihan hati kita tak tercapai.
Sabar jika pertanyaan kita tidak dijawab.
Sabar jika kekeliruan kita tidak dileraikan.
Sabar jika keuzuran kita tidak difahami.
Sabar jika keletihan kita tidak ditimbang rasa.
Sabar jika idea kita tidak diraikan.
Sabar jika khidmat kita tidak dihargai.
Sabar jika tidak berpeluang membela diri.
Sabar jika kesabaran kita tidak diingati.
Sabar jika kemahuan cita-cita kita terpaksa dikorbankan.
Sabar dengan rakan yang sering menyakiti.
Sabar dengan rakan yang tidak beradab.
Sabar dengan rakan yang malas.
Sabar dengan rakan yang tidak bertimbang rasa.
Sabar dengan karenah rakan di dalam mahupun di luar pengajian.
Sabar dalam membantu rakan, berkhidmat dan meringankan beban mereka.
Sabar dalam menjaga persaudaraan.
Sabar dalam menjaga kerjasama perpaduan.
Sabar dalam berlapang dada ketika berselisihan.
Sabar dalam berkhidmat sesama ikhwan.
Sabar untuk sentiasa tawadhu' sesama rakan.
Sabar dalam setiap hal dan keadaan.
Sabar jika kesemua itu masih belum mencukupi.
Teruslah sabar dengan setia. Kerana semua itu ujian untuk menjadi murid yang benar dan ikhlas. Tidak diberikan ujian melainkan untuk merasai kesabaran, dan tidaklah dibukakan pintu sabar melainkan untuk mengangkat darjat. Tiadalah darjat yang diberikan oleh Allah itu melainkan keuntungan.
~ Syarahan di Kuliah, ke atas Matan "Fathul Khallaq Fi-l-Akhlaq" yang dikarang oleh TG Syaikh Ibrahim bin Masran Al-Banjari - hafizhahullah - ;
Hikmah 39 : " Barangsiapa yang sabar, maka pasti dia beruntung ".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan