Rabu, 17 Mei 2017

Kawen

Sudah Berkahwin? Banyak Hati Kena Jaga

“Anakku, kalau kamu sudah berkahwin kelak, banyak perasaan kamu mesti jaga, bukan sahaja perasaan ibu bapa, mertua dan kerabat terdekat, termasuk juga orang disekeliling kamu”, pesan Guru.

“Ya Guru, aku akan ingat pesan Guru tapi aku kurang mengerti menjaga perasaan orang sekeliling, apa kaitan mereka dalam hidupku kelak”, tanya murid.

“Anakku, jika di khayalak ramai, usah menunjukkan kemesraan melampau dengan pasanganmu, banyak pihak yang menilai, yang bujang seksa melihat. Jika dikurniakan rezeki anak yang ramai, usah terlalu berbicara perihal anak dihadapan teman yang belum ada anak, mereka tersenyum mendengar tetapi hati mereka kesedihan, jika kamu berkahwin awal, usah menyindir-nyindir kawan yang masih bujang. Semua perkara di atas sangat sensitif yang kita harus elakkan". Jawab Guru.

"Ingat, orang lain berkahwin juga, bukan kita sahaja. Orang lain tenang-tenang sahaja, jangan pulak kita over

Hari guru

*PONTENG SEKOLAH KERANA TAK BAWA HADIAH*

Ketika menjadi pengetua dulu, suatu pagi seorang imam masjid yang saya kenali menelefon saya.
Katanya ada seorang budak sekolah di masjid, macam ponteng sekolah. Hari itu hari guru 16 Mei, pelajar dan guru tidak berada dalam kelas tetapi di dewan dan padang dg aktiviti sambutan.

Saya bergegas sendiri ke masjid yg disebut. Parking kereta agak jauh di penjuru masjid, saya mula meninjau ke masjid. Tidak ada di balai lintang, saya menjengah ke dewan solat. Tidak ada juga tetapi ketika beralih ke bahagian muslimat, saya ternampak satu susuk tubuh.
Saya segera ke bahagian itu dan memang ada seorang pelajar perempuan. Dia begitu terkejut melihat saya. Bibirnya terketar mengucap salam pada saya, tangannya meraup sejadah lalu dipeluk ke tubuh, bagai seorang anak takutkan bapa yg garang.

Dia segera berdiri menghormati saya, tetapi saya suruh duduk, saya kenal pelajar ini kerana pernah naik menerima hadiah kecemerlangan di pentas. Bila ditanya sebab apa ponteng sekolah sedangkan dia pelajar baik, dia hanya berkata,"Tak ada apa cikgu.".
Saya tak puas hati kerana ini bukan tabiatnya. Saya desak dia bercakap benar.

Matanya mula berair bila dia memulakan bicara lagi, saya tahu,dia akan berkata benar,
"Cikgu, saya malu nak ke sekolah hari ini kerana saya tidak ada hadiah untuk diberi pada guru sempena hari guru. Ayah tak ada duit untuk beli hadiah kerana waktu ini tengah bulan, ayah saya kerja jaga. Emak telah meninggal."
Dia berhenti bercakap. Kepala terhanguk-hangguk menahan tangis. Dia menyambung, "Cikgu, saya malu ditanya rakan apa hadiah yg dibawa pada cikgu, lebih malu bila ada bertanya, Nurul tak bawa hadiah ka? Ini telah berlaku tahun lalu."
Air matanya yg deras dikesat dg kain tudung yg separuh lusuh. Saya pula yg turut sedih dan tidak terucap kata.

Saya menghantarnya balik ke rumah, dlm perjalanan fikiran berkecamuk. Rupanya kegembiraan hari guru dan sambutannya telah mencederakan hati seorang insan pelajar, bahkan saya yakin lebih ramai lagi pelajar yg miskin merasa gundah resah bila datang hari guru.

Menjadi kelaziman hari guru 16 Mei disambut oleh pelajar dg memberi hadiah kpd guru di samping program sekolah. Memanglah ia sesuatu yg baik. Tetapi banyak ibubapa yg miskin, yg kurang mampu, menghadapi situasi serba salah bila anak merengek minta dibeli hadiah, tak mau ke sekolah tanpa hadiah. Yg  berada minta hadiah lebih baik utk mengatasi rakan. Anak yg telah besar di sekolah menengah mungkin tidak mendesak, tetapi memilih jalan lain untuk mengelak, memendam rasa, tetapi siapa yg peduli.

Maka adalah baik jika hadiah kpd guru tidaklah diberi penekanan, high light, kerana ia juga boleh disalahguna untuk meraih perhatian guru, dan jika dibuat biarlah secara tertutup bukan dlm kelas yg menyebabkan pelajar lain terasa, maksudnya hadiah pd guru biarlah diserah sendiri di bilik guru. Bagi sekolah yg di luar bandar yg ibubapa berpendapatan rendah, lebih lebih lagilah perkara ini kena diberi perhatian. Hakikatnya, pelajar yg baik bukan memberi hadiah kpd gurunya, tetapi memberi khidmat kpd gurunya, bekerjasama dan patuh pada semua arahan.

Hari guru sebaiknya disambut dg penzahiran rasa syukur kepada Allah, bukan di zahir dgn berseronok suka. Mungkin sukan, sukaneka itu baik utk menjalin hubungan, tetapi sketsa yg mendidik, majlis tahlil, bacaan Yasin, solat hajat dan sujud syukur, kenduri satu sekolah, explorace yg bersifat pelajaran dsbnya juga boleh dilakukan  .

Guru kena bersyukur kerana ada pekerjaan, ada murid, murid kena bersyukur kerana ada guru yg mendidik, ibubapa kena bersyukur kerana ada yg mengambil tanggungjawab mendidik.
Marilah kita berubah bila menyambut sesuatu perayaan dari berseronok suka kpd penzahiran rasa syukur kpd Allah.
Kpd ibubapa, minta anak menghadiahkan hari guru dgn janji untuk menjadi pelajar yg baik, yg taat, gigih yg berdisiplin, itu lebih besar maknanya kpd seorang guru dari sekotak hadiah.

-Cikgu Abd Ghani-

Hujan

Sesiapa yg kurang sihat & tidak segar @ sekiranya kurang subur utk menjana zuriat... Mandilah hujan-hujanan = ketika hujan turun dgn lebat duduklah tengah2 hujan lebat tanpa berlindung dibawah pokok @ dibawah sehelai daun pun...dok lah hingga benar2 kesejukan menggigil sambil mendongak ke langit & berdoa apa hajat kita. Jika nak sihat tubuh badan mintalah sihat...jika nak zuriat minta lah zuriat. Sediakan 1 bekas aluminium letak atas tempat tinggi & tadah air hujan tsb & minum utk pulihkan tenaga & kesuburan. Kemudian keluar dari hujan tsb..jgn dilap & biarkan kering sendiri...air hujan itu akan menjerab ke dlm tubuh badan & urat saraf kita utk pemulihan kesihatan & kesuburan. Kita selalu sebut hujan itu rahmat kenapa kita tidak menafaatkan rahmat Allah yg percuma itu tanpa apa2 bayaran 1 sen pun. Malah kita mendapat menafaatnya. Cuba tengok jika bumi yg gersang @ pokok tumbuh-tumbuhan yg hampir mati & layu pun kembali segar & subur. Pokok lalang & rumput yg terkena racun kembali hidup & subur. Itulah rahmatNYA yg dlm air hujan mengandungi Ph202 nitrojen & hidrojen & oksijan & pelbagai lagi kandungan alkalinya. Kenapa kita sengaja tak ambil tau hal itu...jika kita terkena hujan @ hujan turun kita resah & gelisah takut demam la...alergik la & sebagainya. 🌧🌧HUJAN ITU RAHMAT & MINUM AIR HUJAN ITU PEMULIH TENAGA & KESUBURAN MENJANA ZURIAT🌧🌧✴👍✅

Selasa, 16 Mei 2017

Luahan

Assalamualaikum wbt...

Salam awal pagi, di kesunyian dan kesepian...

Selamat Hari Guru

Teman memilih medium ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru.

Lewat sehari..

Teman tujukan khas buat semua insan bergelar guru seantero negara

Setelah 13 tahun meninggalkan kolej matrikulasi melaka teman semakin mengenali dunia pendidikan pra U.
Teman semakin bijak mengendalikan emosi sendiri.

Temanjuga semakin mudah memaafkan pelajar apabila kemahuan  melangkau batas kemampuan anak pelajar.

Namun, sayugia diingat 24 jam sehari yang setiap pelajar dilahirkan sama. Setiap anak pelajar wajib cuba untuk menggapai setiap ilmu yang dikongsi oleh para psyarah.

 Seandainya tiada usaha daripada pelajar, teman merasakan sewajarnya pelajar itu menerima hukuman yang setimpal iaitu gagal dalam exam pspm

Teman sekadar seorang psyarah biasa, BUKAN sekadar bagi nota dan spoon feed.

U want it... u get it
be yourself

Sekian

Guru Pembina Negara Bangsa

Terima Kasih Cikgu

Guru

Che'gu HbJ:
KAMILAH GURU PRASEKOLAH

Biar hari pertama sekolah
tak pernah didedah
Kami berkhidmat tanpa diarah

Biar orang kata Cikgu Pra takde class
Asal kita mengajar penuh ikhlas

Biar orang kata jangan anta anak ke Pra
Nanti anak tak pandai baca
Tapi kami pulun bagai berlumba

Biar orang kata Cikgu Pra tahap SPM je
Ramai tak tahu Cikgu Pra dah tahap ijazah
Asal Kita bersifat slumber

Biar orang kata Kita Cikgu tadika
Asal berkat rezeki Kita

Biar orang pandang kita sebelah mata
Asal kaya budi bahasa

Biar Kita tak setaraf guru kelas perdana
Asal ilmu terus dijana

Biar wajah tak terpandang
Biar nama tak dijulang
Biar jasa tidak didendang
Semangat kami tak pernah kecundang

Biar nama kami jarang disebut
Jiwa kami tak pernah luput

Biar kerja kami ibarat pengasuh
Asal murid elok terasuh

Biar bergegar bumi bertuah
Kami Cikgu prasekolah

Takkan sesekali mengalah!!!

Didedikasikan buat semua rakan guru prasekolah dengan ucapan semangat maju jaya!!

Selamat hari guru semua.
Biar jauh dari keluarga semua tetap dihati. Jalankan hari2 penuh semangat🔥🔥🔥