Tuesday, 16 May 2017

Guru

Che'gu HbJ:
KAMILAH GURU PRASEKOLAH

Biar hari pertama sekolah
tak pernah didedah
Kami berkhidmat tanpa diarah

Biar orang kata Cikgu Pra takde class
Asal kita mengajar penuh ikhlas

Biar orang kata jangan anta anak ke Pra
Nanti anak tak pandai baca
Tapi kami pulun bagai berlumba

Biar orang kata Cikgu Pra tahap SPM je
Ramai tak tahu Cikgu Pra dah tahap ijazah
Asal Kita bersifat slumber

Biar orang kata Kita Cikgu tadika
Asal berkat rezeki Kita

Biar orang pandang kita sebelah mata
Asal kaya budi bahasa

Biar Kita tak setaraf guru kelas perdana
Asal ilmu terus dijana

Biar wajah tak terpandang
Biar nama tak dijulang
Biar jasa tidak didendang
Semangat kami tak pernah kecundang

Biar nama kami jarang disebut
Jiwa kami tak pernah luput

Biar kerja kami ibarat pengasuh
Asal murid elok terasuh

Biar bergegar bumi bertuah
Kami Cikgu prasekolah

Takkan sesekali mengalah!!!

Didedikasikan buat semua rakan guru prasekolah dengan ucapan semangat maju jaya!!

Selamat hari guru semua.
Biar jauh dari keluarga semua tetap dihati. Jalankan hari2 penuh semangat🔥🔥🔥

No comments:

Post a Comment