Ketika dipinta syurga tanpa hisab, Tuhan sebaliknya mengurniakan ujian. Lalu hati bertanya, "mengapa yang dipinta Jannah sebaliknya yang dikurniakan musibah? "
Lalu Allah mengingatkan: “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah Yang dicukupkan pahala mereka tanpa hisab.” (QS. Az-Zumar: 10)
Untuk mendapat syurga tanpa hisab, mungkin dengan pahala tanpa hisab jua. Lalu Allah berikan musibah kerana dengan musibah itulah kita membina tabah.
Allah tidak akan berhenti menguji, walaupun kita telah bersabar sekali. Justeru, Allah ingin kita bersabar berkali-kali. Sabar dalam bersabar itulah sabar yang indah.
Ada musibah, baru ada tabah...bila ada tabah baru ada Jannah. Ingat itu wahai diri...Setiap kali kau diuji!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan