Jumaat, 19 Mei 2017

Bola

Hukum dan Dhawabit Menonton Dan Bermain Bola Sepak

1: Hukum bermain bola adalah harus secara umumnya apabila terlibat dengan unsur unsur haram berdasarkan qaedah ibahah asliah.

2: Hukum menutup aurat adalah wajib ketika bermain. Masalah penutupan paha ada masalah khilaf dikalangan ulama begitu juga dengan penutupan lutut.

Pandangan jumhur adalah terkuat  iaitu penutupan paha adalah wajib. Namun undang undang bola yang sekarang tidak mengizinkan penutupan aurat penuh yang menjadikan mazhab Maliki  sebagai penyelamat di dalam isu ini di atas nama umum al balwa di dalam isu khilafiah maka tidak ada pilihan kepada pemain pemain bola  muslim melainkan bertaqlid kepada mazhab Maliki yang manyatakan paha tidak aurat walaupun pandangan untuk lemah pada pandangan saya.

3: Menjadi kewajipan kepada pemain bola sepak muslim mendirikan solat agar tidak termasuk di dalam golongan yang lalai.

4: Wajib ke atas pihak pengurusan stafium menyediakan tempat solat dan berwuduk di stadium untuk pemain pemain bola dan penonton penonton bola bagi mendirikan solat kerana termasuk di dalam mengagungkan Syiar Allah.

5: Perlu para penonton menjaga etika pencamburan bebas sehingga tidak berlaku pencabulan atau sentuhan syahwat dikalangan penonton lelaki dan wanita.

5: Hukum sorakan adalah harus selagi tidak mempunyai cacian atau kata kata lucah dikalangan penonton kerana sorakan distadium tidak menganggu ketenteraman awam.

6: Para penonton wajib menjaga akhlak dan adab serta tidak melakukan kerosakan atau pencerobohan distadium.

7: Sifat musafir penonton penonton ke perlawanan bola adalah safar harus tidak mengambil safar ibadah. Diharuskan mereka melakukan solat jamak dan qasar dan perkara perkara yang diharuskan ketika musafiir.

8 Maka dengan sifat safar yang harus inj maka perbanyakkanlah zikir agar menjadikan perjalanan mendapat pahala.

9: Pemain bola yang menjaringkan gol digalakan menyebut alhamdulilah tanpa perlu sujud syukur dalam keadaan memakai seluar pendek . Sekiranya nereka sujud sykur mudahan tidak mengapa.

10: Jadikan pertandingan bola untuk membina sukan negara bukannya untuk menjadikan rasis dikalangan penyokong  tanpa wujud kesalahan menyokong pasukan masing masing .

11:  Kepatuhan kepada peraturan peraturan adalah wajib dipatuhi sekiranya menjaga keselamatan awam dan etika awam. Penjualan tiket haram adalah terlarang  disisi Syarak kerana ia adalah satu penipuan.

Mudah mudahan panduan ini mampu untuk membina sukan patuh Syariah. Sekiranya tepat maka ia datang daripada Allah sekiranya terdapat kesalahan maka ia daripada kelemahan  diri ini.

Al Faqir ila Allah
Fauwaz Fadzil
*viralkal perkara bermanfaat*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan