KISAH 3 ORANG MENTERI DAN POKOK BUAH
Diceritakan oleh SYEIKH ALI SOLEH MUHAMMAD ALI JABER
Guru Tahfiz Masjid an-Nabawi,
tentang kisah tiga menteri dan seorang Raja.
Pada suatu hari Raja memanggil tiga orang menteri tersebut, maka baginda memberi tiga karung guni.
Berkata Raja, “Pergi panjat pokok dan memetik buah di pokok tersebut sehingga penuh guni masing-masing".
Maka terpinga-pingalah ketiga-tiga menteri tersebut, kenapa seorang menteri diberi arahan sebegitu?
Disebabkan arahan khalifah maka mereka pun melakukan apa yang disuruh.
Menteri A merupakan menteri yang jujur dan amanah, maka beliau pun bersungguh-sungguh panjat pokok buah tersebut dan mencari buah yang paling baik dan berkualiti dan memenuhi karung guni yang di beri oleh raja.
Menteri B merupakan menteri yang kadang-kadang amanah, kadang-kadang tidak
Beliau beramanah mengikut situasi yang dihadapi
Imamnya tidak sekukuh menteri A.
Maka dia panjat dan sampai separuh pokok...
Terfikir dia, “buat apa aku berusaha ambil yang elok-elok, cukup la sekadar mengutip buah yang jatuh di bawah,
Cukup sekadar penuh buah dengan karung guni sudah cukup"
Lalu menteri tu pun turun dan mengutip buah yang bercampur ada yang baik dan ada yang busuk.
Menteri C seorang yang sungguh tidak amanah, beliau hanya mementingkan diri sendiri.
Beliau berfikir “ Buat apa aku susah-susah, akukan menteri...ini bukan kerja aku, baik aku kutip batu je cukup, janji penuh karung guni nie,
Lagi pun raja mana ada masa untuk melihat isi dalam karung ini’.
Lalu beliau pun mengutip batu dan memenuhi karung guninya.
Sampai masanya, mereka bertiga menghadap raja.
Benar-benar telahan Menteri C, raja tidak melihat karung guni tersebut.
Namun Raja yang bijak mempunyai cara yang lebih bijak.
Baginda mengarah pengawal memasukkan ketiga-tiga menteri ke dalam penjara.
Dan mengarahkan makanan yang hanya boleh di makan, apa yang ada dalam karung mereka.
Maka mereka menghadapi situasi berbeza:
Menteri A, sudah tertentu mempunyai bekalan mencukupi dan dapat menikmati buah yang lazat dan berkualiti.
Menteri B, terpaksa memilih buah yang baik, kadang terpaksa mengikat perut untuk mencukupi bekalan makanan.
Menteri C. Inna lillahi......itu jawapan yang mampu diberi
Mari kita ambil pengajaran cerita ini dalam kehidupan kita,
Bayangkan Allah SWT telah mengarah kita supaya mengutip amalan dengan amanah dan bertujuan untuk mencari redhaNya,
Watak menteri mana yang kita pilih, Menteri A, Menteri B atau Menteri C ????
Dan penjara itu seumpama Kubur.
Di situlah tempat perhentian kita, tempat yang kita semua kena melalui.
Di dalam suasana yang sempit dan gelap itu adakah amalan kita mampu membantu kita.?
Atau kita ini hanya menteri C sahaja?
Marilah kita sama2 renungi dan ambil Pengajaran dari kisah ini.
~ Semoga bermanfaat ~
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Ahad, 21 Mei 2017
Muallim
Antara info penting:
*KALAM MURABBI*
Oleh : Prof. Dato' Dr. Abdul Halim Tamuri
( Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor )
1- Cuba sedaya upaya utk solat jemaah bersama pelajar.
2- Jika kita mendidik anak murid kita dengan bersungguh-sungguh nescaya Insya-Allah Allah akan balas anak kita mendapat guru yg bersungguh-sungguh mendidiknya..
3 - Didiklah anak sendiri menghargai guru,nescaya kita sebagai guru akan dihargai.
4 - Personaliti Guru :
- sahsiah unggul
- sentiasa bermotivasi sms p&p ( suara @ mimik muka dll )
- Gunakan IT sebagai menarik minat pelajar tetapi jangan salah gunakannya salah gunakannya ( contohnya jgn kedekut nk add pelajar sbg friends dlm fb )
- kepelbagain kaedah mengikut subjek
- kuasai ilmu @ subjek yg diajar ( muraja'ah, membaca dll)
5- Konsep 5 M dlm Pendidikan Islam :
Mudarris ( sebagai guru cemerlang )
- Muaddib (sebagai role model )
- Murabbi ( sebagai penyayang )
- Mursyid ( sebagai pemimpin )
- Mu'allim ( sebagai Da'ie )
*Himpunan Pendidik Islam Malaysia 5.0*
*Guru Pembentuk Generasi Rabbani*

Jumaat, 19 Mei 2017
Bola
Hukum dan Dhawabit Menonton Dan Bermain Bola Sepak
1: Hukum bermain bola adalah harus secara umumnya apabila terlibat dengan unsur unsur haram berdasarkan qaedah ibahah asliah.
2: Hukum menutup aurat adalah wajib ketika bermain. Masalah penutupan paha ada masalah khilaf dikalangan ulama begitu juga dengan penutupan lutut.
Pandangan jumhur adalah terkuat iaitu penutupan paha adalah wajib. Namun undang undang bola yang sekarang tidak mengizinkan penutupan aurat penuh yang menjadikan mazhab Maliki sebagai penyelamat di dalam isu ini di atas nama umum al balwa di dalam isu khilafiah maka tidak ada pilihan kepada pemain pemain bola muslim melainkan bertaqlid kepada mazhab Maliki yang manyatakan paha tidak aurat walaupun pandangan untuk lemah pada pandangan saya.
3: Menjadi kewajipan kepada pemain bola sepak muslim mendirikan solat agar tidak termasuk di dalam golongan yang lalai.
4: Wajib ke atas pihak pengurusan stafium menyediakan tempat solat dan berwuduk di stadium untuk pemain pemain bola dan penonton penonton bola bagi mendirikan solat kerana termasuk di dalam mengagungkan Syiar Allah.
5: Perlu para penonton menjaga etika pencamburan bebas sehingga tidak berlaku pencabulan atau sentuhan syahwat dikalangan penonton lelaki dan wanita.
5: Hukum sorakan adalah harus selagi tidak mempunyai cacian atau kata kata lucah dikalangan penonton kerana sorakan distadium tidak menganggu ketenteraman awam.
6: Para penonton wajib menjaga akhlak dan adab serta tidak melakukan kerosakan atau pencerobohan distadium.
7: Sifat musafir penonton penonton ke perlawanan bola adalah safar harus tidak mengambil safar ibadah. Diharuskan mereka melakukan solat jamak dan qasar dan perkara perkara yang diharuskan ketika musafiir.
8 Maka dengan sifat safar yang harus inj maka perbanyakkanlah zikir agar menjadikan perjalanan mendapat pahala.
9: Pemain bola yang menjaringkan gol digalakan menyebut alhamdulilah tanpa perlu sujud syukur dalam keadaan memakai seluar pendek . Sekiranya nereka sujud sykur mudahan tidak mengapa.
10: Jadikan pertandingan bola untuk membina sukan negara bukannya untuk menjadikan rasis dikalangan penyokong tanpa wujud kesalahan menyokong pasukan masing masing .
11: Kepatuhan kepada peraturan peraturan adalah wajib dipatuhi sekiranya menjaga keselamatan awam dan etika awam. Penjualan tiket haram adalah terlarang disisi Syarak kerana ia adalah satu penipuan.
Mudah mudahan panduan ini mampu untuk membina sukan patuh Syariah. Sekiranya tepat maka ia datang daripada Allah sekiranya terdapat kesalahan maka ia daripada kelemahan diri ini.
Al Faqir ila Allah
Fauwaz Fadzil
*viralkal perkara bermanfaat*

Rabu, 17 Mei 2017
Jaya
Nak berjaya ,
Jangan tunggu orang.
Jangan ikut orang.
Jangan harap pada orang.
Berdiri sendiri.
Kalau rasa nak tanya, tanya.
Kalau tak faham, belajar sampai faham.
Kalau tak tahu, jangan buat buat tahu.
Jangan takut nak minta penjelasan. Jangan segan nak suruh orang fahamkan.
Kita kat dunia ni, konsepnya belajar.
Biar penat, malu, sakit dan susah. Itu semua jatuh bangun dalam kehidupan.
Perkara biasa. Semua orang pernah rasa benda yang sama.
Cuma yang berbeza, cara kita untuk menghadapinya.
Semua orang ada masalah,
Semua orang pernah rasa kehilangan, semua orang pernah rasa sakit nya gagal dan kalah.
Tapi.. Itulah yang menunjukkan kuatnya kita.
🌸☁️️ semoga berbaloi semua pengorbanan di dunia,
Agar bahagia nanti di taman taman syurga. ☁️🌸

Bijak
Belajar Bahasa Arab 📓:
معادلة بين الجهل والعلم
(PERBANDINGAN ANTARA KEBODOHAN DAN PENGETAHUAN)+-×=
1 - الجهل + الفقر = إجرام
1. Kebodohan + Kefakiran = Kejahatan
2 - الجهل + الثراء = فساد
2. Kebodohan + Kekayaan = Kerosakan
3 - الجهل + الحرية = فوضى
3. Kebodohan + Kebebasan = Kekacauan
4 - الجهل + السُلطة = استبداد
4. Kebodohan + Kekuasaan = Diktator, Sewenang-wenang
5 - الجهل + الدين = إرهاب
5. Kebodohan + Agama = Terorisme
استبدل مكان الجهل العلم
وانظر ماذا يفعل العلم بالجهل
Gantilah kata kebodohan dengan pengetahuan (ilmu), lalu lihat apa yg diperbuat ilmu atas kebodohan:
1 - العلم + الفقر = قناعة
1. Ilmu + Kefakiran = Qona'ah
2 - العلم + الثراء = إبداع
2. Ilmu + Kekayaan = Penemuan, Inovasi
3 - العلم + الحرية = سعادة
3. Ilmu + Kebebasan = Kebahagiaan
4 - العلم + السُلطة = العدل
4. Ilmu + Kekuasaan = Keadilan
5 - العلم + الدين = استقامة
5. Ilmu + Agama = Istiqamah
Semoga kita semua termasuk ahli ilmu serta pandai memanfaatkan ilmu. AMIN
وَقُلْ رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا وارزقني فهما
Maka berdo'alah: "Tuhanku, tambahkanlah ilmu kepadaku dan kurniakanlah pemahaman kepadaku".

Langgan:
Catatan (Atom)