Isnin, 9 Oktober 2017

KBAT

SURAT TERBUKA UNTUK SEMUA..
KBAT - melanggar FITRAH dan BENCANA dalam pendidikan !

1. KBAT atau Kemahiran Berfikir Aras Tinggi adalah terjemahan dari Higher Order Thinking Skills, HOTs  konsep yang popular dlm reformasi pendidikan di Amerika utk melatih rakyatnya berfikir dalam situasi yang kompleks masa depan. Ternyata… di Amerika sendiri, tak semua murid yang 'kuasai' HOTs…  lalu negara itu sendiri terumbang ambing dalam melaksanakan agenda HOTs mereka yang kelihatan indah di atas kertas.

2. HOTs dilaksanakan kononnya untuk menggantikan penekanan pemikiran aras rendah spt hafalan, pemahaman dan aplikasi kepada sintesis , analisis dan penilaian yang berasaskan kepada Benjamin Bloom’s Taxonomy of Educational Objectives (1956).  Betul kah otak manusia beroperasi secara bertahap dan mengikut hirarki begitu?

Entah macamana… konsep HOTs ini diexport ke banyak negara dan bila sampai ke Msia, ia spt satu tsunami yang melanda transformasi pendidikan negara.

3. Mari kita teliti scenario ini dulu. Manusia dilahirkan dgn  fitrah berbagai kecenderungan dan tahap kebolehan fizikal… emosi dan aqal. Dgn cara ini manusia bkembang secara harmoni dan saling melengkapi. Ada yang lebih dahulu pandai bercakap.. ada yang berbakat bermain bola dan ada yang petah berbicara serta ada yang boleh menyelesaikan masalah dgn lebih mudah. Manusia walaupun mempunyai keperluan asas yang hampir sama – makanan, tempat tinggal, pakaian, pekerjaan dan bekeluarga tetapi secara individu mereka adalah unik.

4. Dengan kepelbagaian tahap dan kebolehan kognitif, bakat, psikomotor dan afektif, manusia boleh dilatih untuk meningkatkan kemahiran dan mempelajari kemahiran baru. Namun, adalah menjadi satu kesilapan besar untuk mengajar manusia untuk belajar satu kemahiran yang sama apatah lagi kemahiran berfikir yang abstrak, dynamic dan complex dgn mengharapkan mereka mencapai satu tahap yang tinggi. Inilah sistem pendidikan kita cuba dilakukan dengan KBAT.

5. Saya analogikan KBAT sebagai satu permainan komputer. Tiba2 permainan komputer di kenalpasti oleh cerdik pandai Amerika sebagai satu permainan untuk masa depan kerana ada unsur fikiran aras tinggi, maka semua murid mesti mempelajarinya sehingga diperkenalkan Kemahiran Komputer Aras Tinggi, KKAT. KKAT ini bukan lagi setakat tahu aplikasi permainan komputer yang asas… tetapi perlu tahu programming dan coding . Msia yang rendah jati diri ini pun terkesima dgn idea KKAT ini lalu menceduk dan memasukkannya sebagai satu strategi transformasi pendidikan negara, maka gegak gempitalah seluruh Msia.

Persoalan saya:
a. Perlukah semua murid di ajar KKAT seolah2 semua mereka mesti menjadi pemain komputer masa depan yang kononnya menguasai pemikiran aras tinggi?
b. Logikkah semua murid akan mampu menguasai KKAT?
c. Adakah semua murid mpunyai kecenderungan dan kebolehan kognitif yg sama untuk dipaksakn mpelajari KKAT?
d. Adakah menjadi masalah jika ada murid yg hanya mampu menguasai asas sbg pemain komputer tetapi menumpukan phatian kpd kemahiran lain?
e. Adakah semua masalah akan selesai bila majoriti menguasai KKAT atau akn wujud masalah yg lebih serius?

6. Maka… begitu halnya dengan kemahiran berfikir aras tinggi, KBAT. Sistem pendidikan terbaik sekalipun tidak mungkin dapat melahirkan semua muridnya menguasai KBAT apatah lagi dalam setiap subjek. Pendidikan bertujuan mengasah bakat dan potensi murid menjadi lebih mahir dgn membekalkan pengetahuan dan kemahiran asas seperti 3M. Namun ada yang mempunyai minat utk menjadi doktor dan lain profession 'tahap tinggi' kerana mempunyai cognitive ability utk mencapainya serta ada peluang, ruang dan pendedahan.

Begitu juga ada yang memang “otak maths” lalu bagi murid ini semuanya berkaitan maths wpun tahap tinggi kelihatan mudah  sedang tahap ini tak tercapai oleh sebahagian besar murid yang lain. Ramai pula yang “tak sure” potensi mereka maka menjadi agenda sekolahlah yang akan mencungkilnya. Ada yang cemerlang akademik dan ada yang tidak di atas banyak factor. Maka memaksa KBAT dalam SEMUA subjek adalah melanggar fitrah kerana survival masa depan mereka bergantung kepada kebolehan yang mereka ada, dan mereka sendiri boleh menguasai KBAT dgn cara natural dan gradual tanpa perlu dipaksa dgn soalan peperiksaan yg pelik2 yg sebahagiannnya bbentuk hipotetikal yg diada2kn jauh dari realiti.... malah ada soalan yg cikgu sendiri tenganga nak menjawabnya !

7. Ramai murid yang tidak cenderung kepada sains dan maths atas factor minat dan mungkin keupayaan kognitif lalu memaksa KBAT dgn soalan2 yang ‘tak masuk akal’ kepada mereka adalah satu ketidakadilan.  Malah, sebahagian besar masalah boleh sahaja diselesaikan dengan cara straight forward asalkan mempunyai pengetahuan, pengalaman dan kemahiran asas dalam bidang tersebut. Banyak  ‘creation’ yang hebat-hebat terhasil dalam garaj2 rumah oleh mereka yang biasa2 sahaja kerana KBAT,  pemikiran aras tinggi wujud bagi mereka yg fokus.. dgn ada pengalaman.

8. Berbalik kepada analogy di atas … cukuplah semua murid tahu kemahiran asas dalam permainan komputer… sebagai satu permainan  utama masa depan tetapi biarlah sebahagian mereka menumpukan perhatian juga kepada permainan lain spt badminton atau bola jaring yang mereka minat walaupun bukan permainan core. Inilah tugas pendidikan – mengembangkan bukan menghancurkan ! 

9. Finland dgn jati diri yang tinggi telah memegang falsafah pendidikan yang lebih dekat dgn fitrah manusia – memberi autonomi kepada guru, silibus yang playful... dan flexible... murid belajar secara collaborative bukan competitive... sehingga mengejutkan negara lain termasuk Amerika – Finland tak perlukan KBAT !

10. Kesimpulannya.. sistem pendidikan bertanggungjawab menyediakan ruang, peluang dan pendedahan membina asas yang kukuh untuk semua murid seperti memastikan 3M dan KBAR, Kemahiran Berfikir Aras Rendah dikuasai dalam setiap subjek. Ini pun dah cukup baik jika dapat dikuasai. Memaksakan KBAT dlm setiap subjek walaupun sekitar bberapa % dari element pembelajaran dan pperiksaan boleh mengundang 'rejection'  secara massa (mass rejection) thdp satu2 subjek tanpa disedari sdgkan tumpuan memastikan juga prasarana... ratio guru-murid, kompitensi guru, waqi' SES.. juga perlu diambilkira.  Jika tidak, pembelajaran semakin sukar kepada sebahagian besar murid lalu wujud spt satu ketidakadilan disamping terang2 melanggar fitrah anak2 yg diversity ...dan jika berterusan.. adalah tidak mustahil akan berlaku bencana dlm pendidikan. Anda telahpun mula melihat bibit-bibit tersebut !

Wallahualam.

OT

Selasa, 3 Oktober 2017

Juvenile rapist

[BALA MALAYSIA]

Baru-baru ni, di tengah2 kesibukan klinik, ada seorang budak lelaki umur lingkungan 5 tahun berlari2 di ruang menunggu. Bukan berlari saja2, tapi berlari sambil mengejar punggung wanita dewasa untuk dicubit/diramas.

Parents budak tu ada di situ, hanya tertawa melihat keletah anak mereka. Memandangkan tiada siapa yg menghalang budak tu, saya terpaksa bertindak menegur budak itu, dan 'sound' parents mereka.

"Adik, adik lelaki tau. tak boleh pegang2 punggung orang perempuan mcm tu." saya cakap dengan tegas.

Dan...panjang lebar jugak saya beri parenting education kpd mak ayah budak ni.

Kenapa saya marah?

Selain kes pedophilia dan sumbang mahram, JUVENILE RAPISTS adalah satu lagi bala yg wujud di Malaysia.
Mudah kata, JUVENILE RAPISTS adalah perogol yg berumur bawah 18tahun.

MAIN KAWEN2
Lebih kurang 2 tahun lepas, ketika saya dimasukkan ke wad (sewaktu mengandung), saya sempat bersembang dgn seorang pesakit yg juga bekerja sbg guru tadika.

"Doktor kalau hantar anak pergi taska/tadika/pengasuh....balik kena check fizikal anak...budak2 zaman sekarang lain sikit" berdebar saya, apalah yg dia nak cerita ni.

Dia pun menceritakan pengalaman dia menjaga budak di tadika. Ada 2 beradik ni (dua2 perempuan), sorang umur 6tahun, adiknya umur 4tahun.

Satu hari, cikgu tadika ni nampak 2beradik ni & sorang lagi budak lelaki umur 6tahun main di bawah meja makan.
Si kakak suruh budak lelaki tadi buka seluar dan duduk di atas adiknya.

"Eh...buat apa ni??" cikgu tadi nak pengsan tengok kejadian tu.
"Kitorang main kawen2..." si kakak jawab, tanpa rasa takut atau bersalah.

Dengan tenang...cikgu tu duduk bersembang, untuk korek cerita dari si kakak. "Kakak, hari ni teacher hantar balik ye. nanti kakak cerita mana kakak belajar main kawen2" cikgu tu cakap.

Petang tu, si kakak cerita... dia selalu diajak 'main kawen2' dgn jiran lelaki umur 12tahun. Si kakak pun tunjuk kawasan semak tempat dia bermain....dan diceritakan juga 'step2' menjengkelkan dalam permainan tu. Saya takmau cerita lanjut.

"Lepas main, kakak selalu dapat ais krim...tapi abang A tak bagi beritau mak sbb takut mak marah"

Hal tu dimaklumkan pd mak 2beradik tu.....tapi tiada tindakan yg diambil.
____________________________________________

Dah ramai Juvenile rapists di Malaysia, terutama sekali pelajar sekolah menengah. Tak sempat utk saya ceritakan semuanya.

Cuma, hal ni tak mendapat liputan. Juvenile rapist yg paling muda saya pernah encounter berumur 6tahun (budak tadika)...kebanyakan yg lain pelajar sekolah menengah.

Sepanjang saya bekerja di Mesir dulu, tak pernah saya jumpa perkara mcm ni. Mungkin sebab budak2 di sana disibukkan dgn hafazan al-quran...dan mereka tidak terlalu terdedah dgn gajet.

Zaman sudah berubah. Anak2 kita sedang berisiko terdedah dengan perkara2 ganas & lucah di media2. Perlu kawal apa yg anak2 tonton, main dan bergaul.
Anak perempuan perlu diajar sifat malu manakala anak lelaki perlu diajar melindungi & menghormati perempuan.

Jadilah teman paling rapat dgn anak2. teman mereka bermain,bercerita, bermanja.
Maaf sekiranya post ini mengganggu mood anda.
Sekian.

Puan wawa

Pencen

S E L O K A
O R A N G  P E N C E N

Orang pencen hati gembira.
Hidup aman sebagai pesara.
Kerja tak perlu hidupnya disara.
Nilai prestasi dah tak dikira.

Cukup bulan dapat bayaran.
Buat belanja lauk sayuran.
Sekali sekala keluar berjalan.
Ke Jalan Allah bersama kawan.

Bangun pagi tidak tergesa.
Subuh di Surau pasti dijaga.
Sarapan sedikit sekadar rasa.
Tahap kesihatan sering diperiksa.

Makan dan pakai hanya ala kadar.
Janganlah sampai kita tak sedar.
Amalan yang lalai wajib dihindar.
Bawa anak cucu semua keluar.

Perkara yang penting amal jariah.
Menjaga kebajikan surau kariah.
Anak cucu yang ada tambah meriah.
Masjid yang makmur rezeki bertambah.

Orang pencen orang dihormati.
Teladan baik budi pekerti.
Di sana di sini orang menanti.
Mendengar pengalaman yang  tersimpan di hati.

Hidup bersara terasa lega.
Tiada musykil serta curiga.
Tak banyak hati yang perlu dijaga.
Hanya bermesra jiran tetangga.

Orang pencen anak dah besar.
Cucunya ramai sedang membesar.
Rumah selesa hidup ala kadar.
Masa beramal dijaga tak gusar.


M E S T I  S H A R E
D E N G A N  O R A N G
PENCEN  😀

PLC

*PLC dan Pendidikan Peringkat Matrikulasi*

Sebagai permulaan sila pertimbangkan definisi PLC berikut : *A professional learning community, or PLC, is a group of educators that meets regularly, shares expertise, and works collaboratively to improve teaching skills and the academic performance of students*

Untuk melihat kesesuaian PLC ini dengan pendidikan aras matrikulasi, kita perlu memahami apa matlamat akhir proses pendidikan yang perlu dilakukan pada aras itu.

Matlamat utama pendidikan matrikulasi adalah menyediakan pelajar dengan pengetahuan,  kemahiran, aras motivasi dan sikap yang sesuai dengan keperluan pembelajaran pada tahun pertama universiti.

Satu keperluan yang mungkin ramai pensyarah matrikulasi terlepas pandang adalah *keperluan mengurangkan kebergantungan pelajar itu kepada guru atau orang lain kepada paras yang paling minima* untuk membolehkan beliau berjaya pada peringkat yang lebih tinggi atau bekerja.

Tuan-puan mungkin boleh meneliti sejauh mana PLC itu sesuai dengan amalan pendidikan matrikulasi dan apakah kawalan proses yang perlu dilakukan supaya ia tidak tersasar daripada matlamat utama tersebut.

Pada pendapat saya pada peringkat Matrikulasi, PLC lebih sesuai untuk meningkatkan kemahiran pensyarah untuk membuat penyampaian yang lebih baik dan mengatur strategi untuk mencapai matlamat utama pendidikan matrikulasi  dan tidak mengabaikan keperluan untuk memastikan pengurangan kebergantungan pelajar kepada orang lain.

 Satu perkara yang perlu dilihat secara rasional dan kritikal adalah  pendidikan itu bukanlah bermatlamat semata-mata untuk menghasilkan gred A yg banyak tapi x seiring kualiti sebenar.

Gred hanya akan menggambarkan kualiti sebenar penerima suatu proses pendidikan jika semua kawalan yang perlu telah dilaksanakan dengan sempurna.

Rezeki

Dulu... saya sangkakan, rezeki itu bila dapat menghasilkan wang, urusan pekerjaan lancar, banyak duit simpanan, banyak harta.

Setelah mencari2 apa makna rezeki dalam Islam (sesuai yang tertera dalam alquran dan hadis), ternyata saya salah besar.

Ternyata,
Langkah kaki yang dimudahkan untuk hadir ke Majlis Ilmu, itu adalah rezeki

Langkah kaki yang dimudahkan untuk solat berjamaah di Masjid, adalah rezeki.

Hati yang Allah jaga jauh dari iri, dengki, dan kebencian, adalah rezeki.

Ada rakan2 yang soleh/& solehah dan saling mengingatkan dalam kebaikan, itu juga rezeki.

Saat keadaan sukar penuh keterbatasan, itu juga rezeki. Mungkin jika keadaan sebaliknya, boleh membuat kita kufur, sombong, bahkan lupa diri.

Punya ibu bapa yang selalu sakit adalah rezeki, kerana merupakan ladang amal pembuka pintu syurga.

Tubuh yang sihat, adalah rezeki. Bahkan saat diuji dengan sakit, itu juga bentuk lain dari rezeki kerana sakit adalah penggugur dosa.

Dan mungkin ada jutaan bentuk-bentuk rezeki yang kita tidak sedari.

Justeru yang harus kita waspada adalah ketika hidup kita penuh dengan kemudahan dan kebahagiaan, padahal begitu banyak hak Allah yang tidak kita tunaikan.
Muhasabah diri ini...