*PLC dan Pendidikan Peringkat Matrikulasi*
Sebagai permulaan sila pertimbangkan definisi PLC berikut : *A professional learning community, or PLC, is a group of educators that meets regularly, shares expertise, and works collaboratively to improve teaching skills and the academic performance of students*
Untuk melihat kesesuaian PLC ini dengan pendidikan aras matrikulasi, kita perlu memahami apa matlamat akhir proses pendidikan yang perlu dilakukan pada aras itu.
Matlamat utama pendidikan matrikulasi adalah menyediakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran, aras motivasi dan sikap yang sesuai dengan keperluan pembelajaran pada tahun pertama universiti.
Satu keperluan yang mungkin ramai pensyarah matrikulasi terlepas pandang adalah *keperluan mengurangkan kebergantungan pelajar itu kepada guru atau orang lain kepada paras yang paling minima* untuk membolehkan beliau berjaya pada peringkat yang lebih tinggi atau bekerja.
Tuan-puan mungkin boleh meneliti sejauh mana PLC itu sesuai dengan amalan pendidikan matrikulasi dan apakah kawalan proses yang perlu dilakukan supaya ia tidak tersasar daripada matlamat utama tersebut.
Pada pendapat saya pada peringkat Matrikulasi, PLC lebih sesuai untuk meningkatkan kemahiran pensyarah untuk membuat penyampaian yang lebih baik dan mengatur strategi untuk mencapai matlamat utama pendidikan matrikulasi dan tidak mengabaikan keperluan untuk memastikan pengurangan kebergantungan pelajar kepada orang lain.
Satu perkara yang perlu dilihat secara rasional dan kritikal adalah pendidikan itu bukanlah bermatlamat semata-mata untuk menghasilkan gred A yg banyak tapi x seiring kualiti sebenar.
Gred hanya akan menggambarkan kualiti sebenar penerima suatu proses pendidikan jika semua kawalan yang perlu telah dilaksanakan dengan sempurna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan