Ahad, 29 Oktober 2017

Alquran

Saya pernah sewa kereta viva classmate saya last year. Sebenarnya dia tak buat pun bisnes car rental tapi oleh kerana saya ada hal urgent takkan nak pinjam saja kan? Kenalah bayar. Perlu ada rasa segan.

Dalam dashboard di hadapan seat passenger, ada quran kecil warna hitam. Member saya saja ja buka dashboard tu tetiba nampak quran. Kebetulan ada wuduk, belek ada nama di kulit quran tu. Fullname classmate. Blur kejap.

Masa tu satu ja dalam otak saya,

" Quran pink yang selalu dia bawa pi class siapa punya ? "

Saya pun tak faham kenapa boleh timbul persoalan tu dekat kepala lol huhu. Biasanya saya jumpa orang kat Universiti, satu orang satu quran. Ada juga yang tak bawa quran. Pasal quran je pun hahahaa. I don't know why, but just curious.

Bila dah selesai guna kereta saya tanya dia, pasaipa quran hang banyak noh ? Dekat kereta ada, khas untuk hang bawak pi kelas pun ada. Dia gelak.

Rupanya dia suka beli quran. Suka hadiahkan orang quran. Suka kumpul quran and of course suka baca quran. Bahkan quran adik-beradik, and mak ayah di rumah pun dia yang pilih katanya. First time jumpa student di Mahallah (asrama) camtu. Lol

Yang takleh blah, dia tanya kat saya, ana tau kenapa pemuda dan pemudi di Syria jarang remajanya mengalami sindrom cinta monyet ?

Tah! Saya jongket bahu.
" Sebab Al-quran sudah merasuk jiwa depa ".

Wow.. ! Bunyi halus. Tapi isi dia macam berdarah terus tembus jantung. Padahal ayat ringkas je pun.

Bila muhasabah balik, ye tak ye juga.

Ustaz saya pernah cakap, itulah makanan mereka (Hamba bertaqwa). Siapa tak makan 'santapan' itu, mereka akan lapar. Bukan lapar perut tapi ruh mereka yang lapar. Orang yang cerdik, orang yang sentiasa membetulkan kesilapan diri. Hatta time dajjal datang nanti pun semua manusia akan rasa lapar dan dahaga. Kecuali mereka yang berzikir dan mulutnya terkumat-kamit dengan ayat quran.

Mungkin kita tidak ada perasaan cinta dan ghairah pada Al-quran. Namun ketahuilah, cinta itu boleh dibina dan tumbuh jika kita 'mahu'. Kerana cinta yang indah adalah cinta yang tumbuh dalam jiwa berkali-kali. Begitulah seharusnya cinta kita kepada Al-quran.

Kita jarang 'jatuh cinta' pada Al-quran, maka terjadilah kegersangan hubungan antara kita dengan Al-quran. Tiada perasaan indah dan terangsang dengan Al-quran, yang ada hanya terlihat indah dan terangsang pada dosa dan maksiat.

Kadang saya terfikir, apa yang saya 'cinta' sekarang sudah cukup kah bagi mendefinisikan cinta yang sebenar?

Cinta itu seharusnya melahirkan fenomena menarik dalam kehidupan. Kerana apabila kita jatuh cinta, kita nak berdamping dengannya, berkomunikasi dengannya, bergembira dan bersedih dengannya, hidup dengannya. Bersama dengannya.

Namun mengapa tidak pada Quran ? Sedang kitalah yang kononnya bermatian memaki hamun jika ada golongan yang memijak henyak, membuang, membakar, menconteng, atau menjahanamkan kalamullah suci itu atas nama perjuangan, dan ingin mempertahankan ?

Betul ke kita ini mempertahankan ? Tak rasa nak nangis ke kita telah menipu diri sendiri ? Perjuangan apa kalau quran berhabuk dalam almari dan rak buku ?

Kawan,
Tatkala bercinta dengan Al-quran itu takkan pernah mengecewakan kau. Al-quran 'jujur' memandu kau dengan kebaikan dan jalan keluar yang benar lagi lurus. Yang terang dan bercahaya. Sedang bila kau sibuk bercinta dengan manusia, manusia itu hatinya ada yang busuk dan boleh memandu kau ke jalan yang gelap dan dimurkai Allah.

Read my dear.
We must practice it and spread the love of Quran into our family and community. Then, Allah bless us. Insya-Allah. 😊

P/s: Ternampak promosi quran kat insta terus up story ni. Random. Feel free to share

Tiada ulasan:

Catat Ulasan