بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Rabu, 25 Oktober 2017
Halatuju pendidikan
Petikan ucapan bos kita yg menarik utk dibaca
Penggerak Pembelajaran Bermakna
Dato Dr. Amin bin Senin
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
24.10.2017 Selasa 10.30pagi
Likas Square Apartment Hotel
"Kolokium Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)" Zon Sabah, Sarawak & WP Labuan 2017
🦋Teacher professionalism
1. Autonomy
2. Peer networking
3. Knowledge based
Di Msia, Peer networking yg paling tinggi .
🦋utk menjadi guru yg terbaik, 3 ciri profesional ini tidak mencukupi. Perlu ada non-professionalism (tidak boleh diukur, ttp amat berkesan utk menjadikan guru utk berkesan) contoh non-formal doing
🦋moral purpose /jiwa pendidik: tidak boleh diukur, ianya dari dalam. Guru itu berkesan kerana jiwa pendidiknya menjadikannya sgt berkesan. Dia melakukan kerja yg lebih dari kerja biasa, doing extra miles.
Ada guru ilmu pengetahuan nya tinggi, ttp jika dia tiada extra miles , buat kerja ala kadar, ini tidak akan menjadikannya berkesan.
🦋 3 prinsip penting / asas yg boleh menjadikan kita guru yang berkesan
1. Human dignity
Kita berperanan utk mengangkat maruah dan harga diri anak didik kita, tanpa mengira dia siapa , kaum apa, warna apa, agama apa.
Menjadikan anak didik kita manusia, dengan memberi dia ilmu. Kita boleh mengangkat maruahnya dgn memberi dia kemahiran.
Dengan memastikan dia boleh membaca.
Ini paling asas sbg guru. Kita kena selesaikan perkara asas, iaitu menguasai kemahiran minimum dan memiliki nilai2 murni yg sepatutnya dia ada. Ini lah human dignity yg kita kena bangunkan.
Setiap guru kena tanya diri : Apakah saya percaya tanggungjwb saya utk mengangkat maruah anak didik saya?
2. Potentiality
Percaya dan yakin, setiap anak2 didik punyai potensi yang boleh digilap.
Adakah kita yakin betul dgn anak didik kita?
3. Educability
Yakin dan percaya anak2 didik punyai potensi dan boleh diajar dgn strategi dan kaedah yg berbeza mengikut potensi masing2.
Adakah kita betul2 yakin yg setiap anak2 didik kita boleh diajar/ dididik utk menjadi manusia?
Jawapan kepada ke3 perkara ini adalah Nilai kpd non-professionalism kita.
🦋3 prinsip ini tidak dpt dicari atau berkursus, ianya hanya dapat dipupuk oleh jiwa kita oleh setiap diri kita. Jika kita berjaya memupuk ini, we will be teachers with extra miles.
🦋 Fokus kita selama ini dalam pendidikan 192 hari setiap tahun adalah utk menjawab peperiksaan. Kita dalam dilema kerana selama ini berada dalam situasi ini.
Kita perlukan perubahan minda yang amat besar. Orientasi peperiksaan bukanlah satu momokan yang kita perlu keluarkan dari sistem. Kita kena letakkan ia di tempat yang betul.
Orientasi peperiksaan is not bad, tetapi kita telah letakkan ia pada masa dan tempat yg tidak betul.
Di university, orientasi peperiksaan nya tinggi, academic discipline nya tinggi. Mmg sgt bersesuaian kerana pelajar dah cukup dewasa.
Ting 5 dan Ting 6 amat sesuai utk peperiksaan kerana ia berbentuk persijilan kerana sijil itu untuk cari kerja atau untuk masuk university.
Sekolah rendah adalah masa yang sesuai utk kita mengangkat maruahnya dalam bidang pendidikan. Jika tahun 6 masih tidak boleh membaca, maka berdosa kita kerana tidak mengangkat maruahnya.
🦋Kita akan tiadakan GPS utk UPSR. Kita kena kembalikan keseronokan utk belajar. Kita perlu kembalikan fun in learning di peringkat sekolah rendah.
Hakikat yang sebenarnya, 6 tahun di peringkat sekolah rendah 100ribu dari 400ribu murid kita yang tidak menguasai tahap minimum UPSR Matematik.
Di negara Jepun, murid sekolah rendah diberi kemahiran ilmu utk mencuci lantai, mencuci toilet. Nilai yang hendak diterap adalah kebersihan dan tanggungjwb.
Pra sekolah adalah didikan utk perkembangan sosial /social development.
Rumusannya:
Kita kena gabungkan the growth oriented & the exam oriented.
SR & Ting 1-3 : sesuai The growth oriented
Ting 4-5 Sudah matang , sudah ada kemahiran asas, maka sesuai kita beri exam oriented.
Masa yang strategik utk pendidikan holistik ini adalah di peringkat sekolah rendah dan menengah rendah.
🦋 utk INTIPATI PBPPP
Seperti jika kita perah santan, intipatinya, santannya :
1. Mengha
[10/25, 7:33 PM] Kak Jamilah: Kmph Kj Amran:
silkan sekolah berkualiti
2. Kemenjadian murid berlaku
Sabah 3.5billion utk gaji guru setahun, ini adalah utk menjadikan sekolah berkualiti.
🦋Apa kayu ukur utk kita menentukan sekolah berkualiti atau tidak adalah :
SKPMg2
🦋SEMUA warga pendidikan kena tahu SKPMg2 from cover to cover:
Ianya adalah standard pengoperasian sekolah. PGB kena tahu SKPMg2.
🦋komponen 5 SKPMg2 : utk mengukur UPSR adalah berdasarkan penguasaan tahap minimum murid dan tidak guna GPS lagi.
🦋Bulan 4 2018 akan ada band, maka kena pastikan kita buat SKPMg2 dengan berintegriti.
🦋Gerak kerja dan fokus 2018 utk kita di KPM, JPN , PPD dan semua sekolah adalah
Pembudayaan penggunaan SKPMg2 dan Penekanan Pentaksiran berasas sekolah. Kerana kita hendak menekankan 2 intipati utama iaitu Sekolah Berkualiti dan kemenjadian murid.
🦋Asas pengumuman untuk UPSR 2017 adalah :
1. Penguasaan minimum
2. Penguasaan HOTS
(higher order thinking skills)
🦋JSU jadual spesifikasi ujian mesti ada utk penyediaan kertas peperiksaan.
5: 3:2 ~ Aras Mudah; sederhana; sukar
HOTS tidak semestinya berada di aras tinggi.
🦋Mengambil masa at least 3-5 years utk perubahan budaya di sekolah.
🦋Moga perkongsian ini bermanfaat, dan dapat mengembalikan fun learning in school.
Dicatat oleh
NORDIN MOHD.TAIP
SK.PEKAN MENUMBOK
dientlai@yahoo.com
(TDP HEBAT : Go Further, Reach Beyond & Shine Like a Diamond💎)
⭐boleh kongsi utk dimanfaatkan.
Mohon maaf jika ada yg kurang tepat. TQ
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan