Selasa, 17 Oktober 2017

Subuh

Kalam Ulama':
Terdapat sebuah kisah di mana SYAITAN telah mengejutkan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani apabila beliau hampir-hampir terlepas untuk solat subuh

. Satu hari, akibat keletihan yang terlalu penat sangat Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu subuh baru hampir tiba. Melihat keadaan itu, Syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit jari kaki Sheikh Abdul Qadir. Sheikh Abdul Qadir pun terbangun. Mujur waktu subuh baru saja bangun.

Dalam pengelihatan batinnya beliau dapat melihat kucing itu adalah syaitan yang menyamar menjadi kucing . Syeikh berkata "Aku kenal kamu , Mengapa kamu kejutkan aku solat subuh, padahal engkau benci kepada orang solat.?"

Syaitan menjawab
"Aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun subuh."

"Kenapa?" Tanya Syeikh abdul Qadir

Dengan terpaksa syaitan memberitahu Syeikh Abdul Qadir,
 "Aku takut jika kau terlewat untuk solat subuh, engkau akan menampung kelewatan solat itu dengan amalan yang lebih banyak lagi dan bersungguh-sungguh. Engkau akan bersedekah, membantu orang lain, engkau akan mengajar lebih lama dan mengajak orang lain ke arah kebaikan".

Semuanya hanya untuk menampung kesalahanmu yang kesalahan mu yang sedikit. Dengan itu nanti, aku dan kawan-kawanku akan bertambah susah. Kerja kami akan menjadi bertambah sukar. Jadi, lebih baik kamu solat subuh tepat pada waktu dan kami tidak akan susah menghadapi banyak kerja untuk menyekat semua amalan-amalan baikmu nanti."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan