Pengalaman Berjumpa Ex Malaysian Yang Telah Melepaskan Kerakyatan Untuk Tinggal Di Luar Negara
Kongsikan di
Rata-rata rakyat Malaysia yang mempunyai pendidikan tinggi atau tenaga mahir, memilih untuk tinggal di luar negara berbanding negara sendiri. Sebelum berhijrah keluar negara sudah pasti berangan-angan tinggi akan keselesaan hidup di sana berbanding di negara sendiri. Dengan keadaan negara luar yang lebih maju berbanding tanah air sendiri ini telah membuka mata ramai rakyat Malaysia memilih untuk tinggal di luar negara.
Setelah berpuluh tahun tinggal di luar negara, baru lah mereka ini sedar akan keindahan hidup di negara sendiri. Dulu tidak berfikir panjang, bila sudah melepaskan kerakyatan baru lah mereka menyesal. Namun semua sudah tidak berguna lagi.
Menerusi perkongsian Helmy Basri, mengenai beberapa pengalaman bekas rakyat Malaysia yang ingin pulang ke tanah air akan tetapi tidak mampu. Mereka ini hanya mampu mencurahkan rasa di dada ketika bertemu rakyat Malaysia yang pergi melancong ke luar negara.
From a marhein Hj Zainudin Omar, ...Ini pengalaman saya berjumpa beberapa ex Malaysian yang dah migrate dan tinggal di luar negara:
1. Seorang pak cik yang saya terserempak di Te Anau, berdekatan Milford Sound, New Zealand.
Dia mengadu cuaca terlalu sejuk di NZ dan teringin balik ke Malaysia kerana dah berumur. Masalahnya dia sudah give up Malaysian citizenship dan dah 20 tahun bermastautin di New Zealand. Dia juga mengadu kos perubatan yang mahal di NZ dan susah berjumpa doctor.
2. Seorang auntie umur 50'an yang saya jumpa di Zurich, Switzerland.
Auntie ini dah 15 tahun tinggal di Switzerland dan mengadu kehidupan susah kerana standard of living yang tinggi. Dia masih bekerja walaupun terlalu penat dan teringin balik ke Malaysia. Kos pelajaran anak juga sangat membebankan auntie ini di Switzerland.
3. Seorang uncle yang saya jumpa di dalam bas di Venice Beach Los Angeles USA.
Dalam bas, beliau meneriak saya kerana excited dalam bahasa melayu kerana mengenali tudung stail malaysia isteri saya.
Uncle ini dah 20 tahun migrate ke USA dan mengadu sangat kesunyian kerana tiada kawan dan saudara berdekatan. Dia pun teringin balik ke Malaysia tapi telah melepaskan taraf kerakyatan.
4. Seorang auntie yang saya jumpa di London.
Kakak ini sudah berkahwin dengan saorang berbangsa Inggeris, dan mempunyai famili di North East London. Beliau sudah 20 tahun menetap di UK dan teringin sangat balik dan mati di Malaysia. Walaupun mempunyai rumah yang besar dan berfamili di London, beliau merasa kekosongan jiwa berada disana.
5. Seorang pak cik di Liverpool, UK.
Pak cik melayu ini dah 40 tahun menetap di UK dan asalnya saorang kelasi MISC. Beliau terlalu rindu untuk balik ke Malaysia tetapi berasa tersangat malu kerana sudah lama tidak menjenguk kampung halaman di Melaka. Kehidupan beliau agak susah di UK dan beliau sendiri tak tahu apa agama anak nya.
6. Seorang pak cik yang saya kunjung kerumah beliau di Melbourne, Australia.
Beliau sudah 10 tahun migrate ke Australia tetapi komplain kehidupan di Melbourne tersangat sunyi jauh dari saudara mara, kos kehidupan yang tinggi dan rascism. Walaupun mempunyai kehidupan yang selesa, beliau nak pulang ke Malaysia satu hari nanti.
7. Sepasang suami isteri dan keluarga di Mekah, Saudi Arabia.
Walaupun anak mereka lahir di Saudi Arabia, citizenship SA tidak diberi secara otomatik dan anak mereka tidak dapat masuk ke Universiti sana walaupun layak. Yang pelik nya, anak anak mereka yang tidak fasih berbahasa melayu dihantar belajar di UIAM kerana ibu bapa yang masih rakyat Malaysia. Kehidupan di SA bukan senang kerana tradisi yang berbeza. Mereka teringin pulang ke Malaysia walaupun sudah 30 tahun bermastautin disana.
8. Seorang cleaner perempuan berasal dari Kelantan yang bekerja di Copenhagen Denmark.
Dia menegur semasa saya sedang mengopi di Cafe berdekatan Tivoli Gardens. Dia teringin sangat balik ke Malaysia kerana sudah 15 tahun di Denmark. Walaupun gaji beliau Rm15k, dia tak larat dengan tax dan kos kehidupan yang tinggi di sana. Kelahiran Kuala Krai ini juga mengaku tidak menjadi saorang muslimah yang baik semasa di Denmark.
9. Seorang guru perempuan yang tinggal di San Bernardino, Los Angeles USA.
Guru ini berumor 50'an tetapi pendapatan sebagai guru inggeris tidak mencukupi membiayai kesemua keperluan harian beliau termasuk bayaran rumah. Beliau berkata kepada saya 'I am living from month to month' dan teringin pulang ke Malaysia tetapi telah menyerah kerakyatan Malaysia 20 tahun yang lepas.
Ramai lagi Malaysian yang saya terserempak semasa berkembara diluar negara dan kebanyakan mereka ingin pulang ke Malaysia di umur senja. Betul lah saperti peribahasa melayu:
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Sesuatu itu memang baik di kampung halaman sendiri walaupun betapa mewahnya tempat lain.
Saya suka quote phrasa ini kepada rakan rakan yang banyak komplain pasal Malaysia:
“My country, right or wrong; if right, to be kept right; and if wrong, to be set right.”
Kepada mereka yang nak migrate dan mencari kehidupan baru diluar negara, make sure don't give up your citizenship 'coz one day you might regret it your wholmarhein.
Tetapi rakyat dari China dan India tak pernah menyesal jadi rakyat Malaysia malah mereka akan marah jika disuruh pulang ke negara asal mereka.
Mereka malu dan tidak mau mengaku bahawa asal usul mereka adalah dari sana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan