Kisah Seorang Pemandu Teksi Yang Sabar
Ketika teksi bergerak dengan kelajuan sederhana melewati satu kawasan, tiba tiba muncul sebuah kereta yang keluar ke jalan dari arah parkir tanpa memberi isyarat.
Hal tersebut menyebabkan pemandu teksi terpaksa menekan brek kecemasan untuk elak dari pelanggaran. Apa yang berlaku selepas itu sangat tidak diduga kerana pemandu kereta itu bukan sahaja tidak meminta maaf, malah dia memaki hamun kepada pemandu teksi itu seolah olah si pemandu teksi itu yang bersalah.
Apa reaksi si pemandu teksi?
Dia hanya melambai kpd pemandu tadi dan tersenyum, lalu meneruskan pemanduan.
Penumpangnya bertanya dengan hairan, "Kenapa tuan buat begitu? Bukankah dia yang bersalah? Dia hampir menyebabkan teksi tuan rosak teruk dan kita masuk hospital."
Lihat apa jawapan si pemandu teksi ,
"Ramai orang dalam dunia ni ibarat lori sampah. Ke mana mana pergi, mereka bawa 'sampah'. Penuh dengan rasa kecewa, marah dendam dan tidak puas hati. Apabila sampah sarap itu sudah penuh, mereka perlukan tempat untuk membuangnya. Kadang kadang sampah yang dibuang itu terkena pada kita.
Jangan lah ambil hati. Kita balas dengan senyuman, ucap selamat dan teruskan kehidupan seperti biasa. Jangan biarkan sampah itu terpalit pada kita dan kita pula sebarkan kepada orang lain.
Ya, ketika kita boleh memilih untuk marah, kita juga boleh memilih yang lebih baik iaitu memberi kemaafan. Dari situ kita dapat membersihkan diri daripada 'sampah' mazmumah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan