SURAT TERBUKA UNTUK SEMUA..
KBAT - melanggar FITRAH dan BENCANA dalam pendidikan !
1. KBAT atau Kemahiran Berfikir Aras Tinggi adalah terjemahan dari Higher Order Thinking Skills, HOTs konsep yang popular dlm reformasi pendidikan di Amerika utk melatih rakyatnya berfikir dalam situasi yang kompleks masa depan. Ternyata… di Amerika sendiri, tak semua murid yang 'kuasai' HOTs… lalu negara itu sendiri terumbang ambing dalam melaksanakan agenda HOTs mereka yang kelihatan indah di atas kertas.
2. HOTs dilaksanakan kononnya untuk menggantikan penekanan pemikiran aras rendah spt hafalan, pemahaman dan aplikasi kepada sintesis , analisis dan penilaian yang berasaskan kepada Benjamin Bloom’s Taxonomy of Educational Objectives (1956). Betul kah otak manusia beroperasi secara bertahap dan mengikut hirarki begitu?
Entah macamana… konsep HOTs ini diexport ke banyak negara dan bila sampai ke Msia, ia spt satu tsunami yang melanda transformasi pendidikan negara.
3. Mari kita teliti scenario ini dulu. Manusia dilahirkan dgn fitrah berbagai kecenderungan dan tahap kebolehan fizikal… emosi dan aqal. Dgn cara ini manusia bkembang secara harmoni dan saling melengkapi. Ada yang lebih dahulu pandai bercakap.. ada yang berbakat bermain bola dan ada yang petah berbicara serta ada yang boleh menyelesaikan masalah dgn lebih mudah. Manusia walaupun mempunyai keperluan asas yang hampir sama – makanan, tempat tinggal, pakaian, pekerjaan dan bekeluarga tetapi secara individu mereka adalah unik.
4. Dengan kepelbagaian tahap dan kebolehan kognitif, bakat, psikomotor dan afektif, manusia boleh dilatih untuk meningkatkan kemahiran dan mempelajari kemahiran baru. Namun, adalah menjadi satu kesilapan besar untuk mengajar manusia untuk belajar satu kemahiran yang sama apatah lagi kemahiran berfikir yang abstrak, dynamic dan complex dgn mengharapkan mereka mencapai satu tahap yang tinggi. Inilah sistem pendidikan kita cuba dilakukan dengan KBAT.
5. Saya analogikan KBAT sebagai satu permainan komputer. Tiba2 permainan komputer di kenalpasti oleh cerdik pandai Amerika sebagai satu permainan untuk masa depan kerana ada unsur fikiran aras tinggi, maka semua murid mesti mempelajarinya sehingga diperkenalkan Kemahiran Komputer Aras Tinggi, KKAT. KKAT ini bukan lagi setakat tahu aplikasi permainan komputer yang asas… tetapi perlu tahu programming dan coding . Msia yang rendah jati diri ini pun terkesima dgn idea KKAT ini lalu menceduk dan memasukkannya sebagai satu strategi transformasi pendidikan negara, maka gegak gempitalah seluruh Msia.
Persoalan saya:
a. Perlukah semua murid di ajar KKAT seolah2 semua mereka mesti menjadi pemain komputer masa depan yang kononnya menguasai pemikiran aras tinggi?
b. Logikkah semua murid akan mampu menguasai KKAT?
c. Adakah semua murid mpunyai kecenderungan dan kebolehan kognitif yg sama untuk dipaksakn mpelajari KKAT?
d. Adakah menjadi masalah jika ada murid yg hanya mampu menguasai asas sbg pemain komputer tetapi menumpukan phatian kpd kemahiran lain?
e. Adakah semua masalah akan selesai bila majoriti menguasai KKAT atau akn wujud masalah yg lebih serius?
6. Maka… begitu halnya dengan kemahiran berfikir aras tinggi, KBAT. Sistem pendidikan terbaik sekalipun tidak mungkin dapat melahirkan semua muridnya menguasai KBAT apatah lagi dalam setiap subjek. Pendidikan bertujuan mengasah bakat dan potensi murid menjadi lebih mahir dgn membekalkan pengetahuan dan kemahiran asas seperti 3M. Namun ada yang mempunyai minat utk menjadi doktor dan lain profession 'tahap tinggi' kerana mempunyai cognitive ability utk mencapainya serta ada peluang, ruang dan pendedahan.
Begitu juga ada yang memang “otak maths” lalu bagi murid ini semuanya berkaitan maths wpun tahap tinggi kelihatan mudah sedang tahap ini tak tercapai oleh sebahagian besar murid yang lain. Ramai pula yang “tak sure” potensi mereka maka menjadi agenda sekolahlah yang akan mencungkilnya. Ada yang cemerlang akademik dan ada yang tidak di atas banyak factor. Maka memaksa KBAT dalam SEMUA subjek adalah melanggar fitrah kerana survival masa depan mereka bergantung kepada kebolehan yang mereka ada, dan mereka sendiri boleh menguasai KBAT dgn cara natural dan gradual tanpa perlu dipaksa dgn soalan peperiksaan yg pelik2 yg sebahagiannnya bbentuk hipotetikal yg diada2kn jauh dari realiti.... malah ada soalan yg cikgu sendiri tenganga nak menjawabnya !
7. Ramai murid yang tidak cenderung kepada sains dan maths atas factor minat dan mungkin keupayaan kognitif lalu memaksa KBAT dgn soalan2 yang ‘tak masuk akal’ kepada mereka adalah satu ketidakadilan. Malah, sebahagian besar masalah boleh sahaja diselesaikan dengan cara straight forward asalkan mempunyai pengetahuan, pengalaman dan kemahiran asas dalam bidang tersebut. Banyak ‘creation’ yang hebat-hebat terhasil dalam garaj2 rumah oleh mereka yang biasa2 sahaja kerana KBAT, pemikiran aras tinggi wujud bagi mereka yg fokus.. dgn ada pengalaman.
8. Berbalik kepada analogy di atas … cukuplah semua murid tahu kemahiran asas dalam permainan komputer… sebagai satu permainan utama masa depan tetapi biarlah sebahagian mereka menumpukan perhatian juga kepada permainan lain spt badminton atau bola jaring yang mereka minat walaupun bukan permainan core. Inilah tugas pendidikan – mengembangkan bukan menghancurkan !
9. Finland dgn jati diri yang tinggi telah memegang falsafah pendidikan yang lebih dekat dgn fitrah manusia – memberi autonomi kepada guru, silibus yang playful... dan flexible... murid belajar secara collaborative bukan competitive... sehingga mengejutkan negara lain termasuk Amerika – Finland tak perlukan KBAT !
10. Kesimpulannya.. sistem pendidikan bertanggungjawab menyediakan ruang, peluang dan pendedahan membina asas yang kukuh untuk semua murid seperti memastikan 3M dan KBAR, Kemahiran Berfikir Aras Rendah dikuasai dalam setiap subjek. Ini pun dah cukup baik jika dapat dikuasai. Memaksakan KBAT dlm setiap subjek walaupun sekitar bberapa % dari element pembelajaran dan pperiksaan boleh mengundang 'rejection' secara massa (mass rejection) thdp satu2 subjek tanpa disedari sdgkan tumpuan memastikan juga prasarana... ratio guru-murid, kompitensi guru, waqi' SES.. juga perlu diambilkira. Jika tidak, pembelajaran semakin sukar kepada sebahagian besar murid lalu wujud spt satu ketidakadilan disamping terang2 melanggar fitrah anak2 yg diversity ...dan jika berterusan.. adalah tidak mustahil akan berlaku bencana dlm pendidikan. Anda telahpun mula melihat bibit-bibit tersebut !
Wallahualam.
OT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan