Rabu, 25 Oktober 2017

Ilmu

Copypaste.

Kisah dari seorang sahabat di Uni Madinah. Aku yang uni di Jordan ni pun terasa panas dan pedasnya. Jazakallah sheikh. T.T

--
"Semua tutup buku dan simpan dalam beg. Saya cuma mahu sebatang pen dan meja yang kosong!"

Pelajar-pelajar terpinga.

"Hari ini kita ada ujian."

"Syeikh! Kami tak tahu pun hari ini ada ujian." Beberapa pelajar mengangkat suara.

"Hatta saya juga tidak tahu hari ini ada ujian." Balas syeikh selamba dan yakin.

Kertas diedarkan kepada setiap pelajar.

"Dengar, tulis, dan jawab semua soalan." Kami diam dan menumpukan perhatian.

"Lagi 20 minit saya akan kutip kertas. Siap atau tidak bukan masalah saya."

MasyaAllah. Kami belum ulangkaji. Yang belajar dalam kelas belum faham sepenuhnya. Apa lagi yang melekat di kepala. Teramat sikit.
Kebanyakan pelajar hanya diam dan menoleh kiri kanan. Memang tidak boleh jawab!

Kekeliruan dengan apa yang sedang berlaku membuatkan beberapa pelajar menzahirkan protes.

"Mengapa tidak beritahu dahulu nak buat ujian."

"Mana kami ingat apa yang syeikh ajar"

Tidak kurang pelajar yang risau markah mereka akan hilang begitu sahaja.

"Berapa markah ujian ini syeikh?" Soalan berulang-ulang walaupun syeikh sudah nyatakan bahawa dia tidak akan jawab.

Kertas dikutip. Kami pasrah. Mahu dikorek dalam otak sudah tidak jumpa.

Selesai kertas dikutip, syeikh ingin melangkah keluar. Pelajar-pelajar masih tidak berpuas hati. Ditanya lagi syeikh itu dan ini.
Wajah syeikh berubah.

"Inilah kamu! Inilah penuntut ilmu!"
Satu kelas tersentak dan diam.

"Dimana hafazan kamu? Dimana ulangkaji kamu? Apa selama ini ilmu hanya bercampakan diudara tanpa mengisi minda kamu? Apa kamu mahu esok ujian baru malamnya kamu ingin membaca?"

"Kamu bertanya berapa markah? Berapa markah? Sampai bila ilmu yang kalian belajar ini bermatlamatkan markah? Sampai bila? Hanya untuk ujian. Tidak kamu hafal, simpan dan terjemahkan
dalam kehidupan? Bukankah itu tujuan kamu ke sini?"

"Sungguh zaman telah berbeza. Hari ini semua terlalu mudah. Semua dalam internet. Sofware-sofware kitab yang berlambak. Menyebabkan kamu tidak berminat untuk bersungguh-sungguh menjaganya."

"Kamu akan balik ke negara kamu dan jadi ulama'. Apakah kamu mahu ilmu kamu hanya pada internet dan sofware? Terputus bekalan elektrik, terputus segala ilmu kamu. Begitu?"

Subhanallah. Terputus segala kata. Bagaikan batu besar menghempap kepala. Pengajaran penuh makna.

#peringatanbersama :'(

Solat

​Benarlah hidayah dan taufiq tu betul-betul milik Allah.

Ada orang yang rumahnya dah dekat dengan masjid, tetapi susah untuk solat berjemaah di masjid. Mungkin sebab hatinya jauh dari masjid.

Ada orang juga yang dah jalan dalam kawasan masjid. Tetapi bukan untuk solat, cuma lalu di situ sebab ada jalan shortcut. Pulak.

Ada orang yang dah masuk di dalam masjid. Wah... Tetapi bukan untuk solat, cuma untuk tumpang tandas je. Huhu.

Ada orang yang dah berada di dalam dewan solat pun. Tetapi bukan untuk solat berjemaah, cuma nak tumpang tidur sampai tahap orang sedang solat berjemaah, dia pula sedap tidur di belakang.

Tetapi...

Ada orang yang rumahnya jauhhhh dari masjid. Bahkan sampai berkilo-kilo meter jauhnya dari masjid.

Namun...

Bila tiba waktu solat, dialah orang pertama berada di saff hadapan. Atau paling kurang pun, muka dia memang kat masjid je setiap kali solat walaupun masbuk

Halatuju pendidikan


Petikan ucapan bos kita yg menarik utk dibaca

Penggerak Pembelajaran Bermakna
Dato Dr. Amin bin Senin
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
24.10.2017 Selasa 10.30pagi
Likas Square Apartment Hotel
"Kolokium Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)" Zon Sabah, Sarawak & WP Labuan 2017

🦋Teacher professionalism
1. Autonomy
2. Peer networking
3. Knowledge based
Di Msia, Peer networking yg paling tinggi .

🦋utk menjadi guru yg terbaik, 3 ciri profesional ini tidak mencukupi.  Perlu ada non-professionalism (tidak boleh diukur, ttp amat berkesan utk menjadikan guru utk berkesan) contoh non-formal doing

🦋moral purpose /jiwa pendidik: tidak boleh diukur, ianya dari dalam. Guru itu berkesan kerana jiwa pendidiknya menjadikannya sgt berkesan. Dia melakukan kerja yg lebih dari kerja biasa, doing extra miles.
Ada guru ilmu pengetahuan nya tinggi, ttp jika dia tiada extra miles , buat kerja ala kadar, ini tidak akan menjadikannya berkesan.

🦋 3 prinsip penting / asas yg boleh menjadikan kita guru yang berkesan
1. Human dignity
Kita berperanan utk mengangkat maruah dan harga diri anak didik kita, tanpa mengira dia siapa , kaum apa, warna apa, agama apa.
Menjadikan anak didik kita manusia, dengan memberi dia ilmu. Kita boleh mengangkat maruahnya dgn memberi dia kemahiran.
Dengan memastikan dia boleh membaca.
Ini paling asas sbg guru. Kita kena selesaikan  perkara asas, iaitu menguasai kemahiran minimum dan memiliki nilai2 murni yg sepatutnya dia ada. Ini lah human dignity yg kita kena bangunkan.

Setiap guru kena tanya diri : Apakah saya percaya tanggungjwb saya utk mengangkat maruah anak didik saya?

2. Potentiality
Percaya dan yakin, setiap anak2 didik punyai potensi yang boleh digilap.

Adakah kita yakin betul dgn anak didik kita?

3. Educability
Yakin dan percaya anak2 didik punyai potensi dan boleh diajar dgn strategi dan kaedah yg berbeza mengikut potensi masing2.

Adakah kita betul2  yakin yg setiap anak2 didik kita boleh diajar/ dididik utk menjadi manusia?

Jawapan kepada ke3 perkara ini adalah Nilai kpd non-professionalism kita.

🦋3 prinsip ini tidak dpt dicari atau berkursus, ianya hanya dapat dipupuk oleh jiwa kita oleh setiap diri kita. Jika kita berjaya memupuk ini, we will be teachers with extra miles.

🦋 Fokus kita selama ini dalam pendidikan 192 hari setiap tahun adalah utk menjawab peperiksaan.  Kita dalam dilema kerana selama ini berada dalam situasi ini.

Kita perlukan perubahan minda yang amat besar. Orientasi peperiksaan bukanlah satu momokan yang kita perlu keluarkan dari sistem. Kita kena letakkan ia di tempat yang betul.
Orientasi peperiksaan is not bad, tetapi kita telah letakkan ia pada masa dan tempat yg tidak betul.

 Di university, orientasi peperiksaan nya tinggi, academic discipline nya tinggi. Mmg sgt bersesuaian kerana pelajar dah cukup dewasa.

Ting 5 dan Ting 6 amat sesuai utk peperiksaan kerana  ia berbentuk persijilan kerana sijil itu untuk cari kerja atau untuk masuk university.

Sekolah rendah adalah masa yang sesuai utk kita mengangkat maruahnya dalam bidang pendidikan. Jika tahun 6 masih tidak boleh membaca, maka berdosa kita kerana tidak mengangkat maruahnya.

🦋Kita akan tiadakan GPS utk UPSR. Kita kena kembalikan keseronokan utk belajar. Kita perlu kembalikan fun in learning di peringkat sekolah rendah.
Hakikat yang sebenarnya,  6 tahun di peringkat sekolah rendah 100ribu dari 400ribu murid kita yang tidak menguasai tahap minimum UPSR Matematik. 

Di negara Jepun, murid sekolah rendah diberi kemahiran ilmu utk mencuci lantai, mencuci toilet. Nilai yang hendak diterap adalah kebersihan dan tanggungjwb.

Pra sekolah adalah didikan utk perkembangan sosial /social development.

Rumusannya:
Kita kena gabungkan the growth oriented & the exam oriented.

SR & Ting 1-3 : sesuai The growth oriented
Ting 4-5 Sudah matang , sudah ada kemahiran asas, maka sesuai kita beri exam oriented.

Masa yang strategik utk pendidikan holistik ini adalah di peringkat sekolah rendah dan menengah rendah.

🦋 utk INTIPATI PBPPP
Seperti jika kita perah santan, intipatinya, santannya :
1. Mengha
[10/25, 7:33 PM] Kak Jamilah: Kmph Kj Amran:
silkan sekolah berkualiti
2. Kemenjadian murid berlaku

Sabah 3.5billion utk gaji guru setahun, ini adalah utk menjadikan sekolah berkualiti.

🦋Apa kayu ukur utk kita menentukan sekolah berkualiti atau tidak adalah :
SKPMg2 

🦋SEMUA warga pendidikan kena tahu SKPMg2 from cover to cover:
Ianya adalah standard pengoperasian sekolah. PGB kena tahu SKPMg2.

🦋komponen 5 SKPMg2 :  utk mengukur UPSR adalah berdasarkan penguasaan tahap minimum murid dan tidak guna GPS lagi.

🦋Bulan 4 2018 akan ada band, maka kena pastikan kita buat SKPMg2 dengan berintegriti.

🦋Gerak kerja dan fokus 2018 utk kita di KPM, JPN , PPD dan semua sekolah adalah
Pembudayaan penggunaan SKPMg2 dan Penekanan Pentaksiran berasas sekolah. Kerana kita hendak menekankan 2 intipati utama iaitu  Sekolah Berkualiti dan kemenjadian murid.
🦋Asas pengumuman untuk UPSR 2017 adalah :
1. Penguasaan minimum
2. Penguasaan HOTS
(higher order thinking skills)

🦋JSU jadual spesifikasi ujian mesti ada utk penyediaan kertas peperiksaan.
5: 3:2 ~ Aras Mudah; sederhana; sukar
HOTS tidak semestinya berada di aras tinggi. 

🦋Mengambil masa at least 3-5 years utk perubahan budaya di sekolah.

🦋Moga perkongsian ini bermanfaat, dan dapat mengembalikan fun learning in school.


Dicatat oleh
NORDIN MOHD.TAIP
SK.PEKAN MENUMBOK
dientlai@yahoo.com
(TDP HEBAT : Go Further, Reach Beyond & Shine Like a Diamond💎)

⭐boleh kongsi utk dimanfaatkan.
Mohon maaf jika ada yg kurang tepat. TQ

Selasa, 24 Oktober 2017

Tutup

NASIHAT DARIPADA POLIS DIRAJA MALAYSIA

Polis Diraja Malaysia menasihatkan anda dan orang ramai supaya berhati-hati supaya tidak ditipu oleh penipu dengan cara berikut:

🔶 Jangan jawab telefon, tidak kira siapa mereka, jika perbincangan mengenai kad bank - Tolong tutup.

🔶 Jika mereka bercakap tentang anda memenangi sesuatu - Tolong tutup.

🔶 Jika mereka bercakap tentang Cukai Keselamatan Awam dan Jabatan Hasil Dalam Negeri - Segera tutup.

🔶 Pada semua mesej teks, jangan klik pada sebarang pautan - Padam semua.

🔶 Semua panggilan telefon bermula dengan 08-111 - Jangan jawab mereka.



Jika anda boleh melakukan semua ini, anda tidak akan ditipu atau ditipu.

Sila ingatkan semua ahli keluarga dan rakan-rakan.

Ahad, 22 Oktober 2017

Last n first

A youngster asked his grandfather...
"Grandpa! How did you people live before with

No technology
No aeroplanes
No internet
No Computer
No Dramas
No TV
No aircons
No cars
No Mobile phones.

Dada replied
Just like how you people living today...

No Prayer
No compassion
No honour
No respect
No character
No shame
No modesty"

We, the people born between 1950-1989 are the blessed ones...
Our life is a living proof.

👉While playing and riding bicycle, we never bothered to wear helmets.

👉After school time we played until its dusk but never watched  (TV) by locking up ourselves in a room.

👉We played only with our real friends, not with NET friends.
       
👉 If we ever felt thirsty, we used to drink tap water but never searched for bottled water.
         
 👉We never got ill even after sharing the same juice with four friends.
         
👉We were never put on weight even after eating plate full of  rice everyday.
           
👉Nothing happened to our feet even after roaming bare foot.

👉We never used any health supplements to keep ourselves healthy.
           
👉We used to create our own toys and play with them.
           
 👉Our parents were not rich. They just searched for and gave only love.. not any worldly material.
           
👉We never had cellphones, DVDs, Play stations, XBoxes, video games, Personal computers, internet, chat but we had many real friends.

 👉We used to visit our friend's home uncalled and enjoyed food with them. We never had to call them and ask their permission to visit their home.
         
 👉Relatives were near to us so our hearts and souls were happy.
         
👉We may have been in Black and White photos but you can find good colourful memories in those photos........

👉   We are a unique and the most understanding generation, because we are the last generation who listened to their parents....
and also the first which have to listen to their children.

We are LIMITED Edition!