Sabtu, 30 Disember 2017

Hyperkalisme

DURIAN JADI PEMBUNUH
Oleh: Dr Mohd Syamirullah

Sejak seminggu dua ini, di hospital tempat saya bertugas,  kami mendapati peningkatan kes-kes jantung (serangan jantung dan tekanan darah tidak terkawal), kencing manis (diabetis ketoacidosis dan paras gula tidak terkawal) yang sangat ketara. Saya sendiri selaku pegawai perubatan nefrologi (buah pinggang) menerima beberapa kes pesakit buah pinggang yang berkomplikasi sehingga ada yang terpaksa dihantar ke hospital besar, bahkan ada yang meninggal dunia.

"Makcik nak makan durian..dah sembilan tahun sejak dia disahkan menghidapi penyakit buah pinggang, dia tak pernah sentuh durian. Jadi semalam dia minta kat anak dia..makan seulas sahaja.. sedar-sedar pagi ini dah keletihan, sesak nafas, sakit dada." ujar seorang gadis muda, sambil mengurut-urut dada ibunya yang laju.

Pesakit ini datang ke jabatan kecemasan dengan bacaan serum potassium setinggi 7.3. Rentak jantungnya (ECG) menunjukkan sinus arrest, dengan kadar denyutan jantung hanya 32 per minit. Hemodialisis kecemasan dilakukan, hanya menurunkan bacaan serum potassium untuk sementara sahaja sebelum kembali meningkat.

Beliau meninggal dunia akibat kegagalan jantung (cardiogenic shock).

POTASSIUM

Ada banyak jenis mineral dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. Kalsium, fosfat, magnesium, potassium, sodium adalah diantaranya. Kesemua galian dan garam mineral ini, dikawal kandungan dan kuantitinya oleh buah pinggang kita. Tidak boleh terlalu kurang, dan tidak boleh terlalu lebih.

Potassium, adalah sejenis bahan galian dan unsur elemen yang penting bagi tubuh manusia. Ia bertanggungjawab ke atas fungsi otot untuk mengecut (contraction). Kekurangan potassium, dipanggil hypokalemia, contohnya disebabkan muntah atau cirit birit yang berterusan boleh menyebabkan seseorang menjadi lemah, sengal dan lenguh seluruh badan, cramping dan muscle ache (myalgia).

Terlebih potassium pula, dipanggil hyperkalemia, boleh membahayakan nyawa kerana ia mengganggu fungsi contraction otot jantung. Hyperkalemia, adalah sebuah medical emergency yang perlu dirawat SEGERA, kerana ia boleh menyebabkan cardiac arrhythmia bahkan asystole.

Bagi orang yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang, khususnya end stage yang bergantung kepada dialisis, mereka ini tidak lagi boleh menghasilkan air kencing. Tubuh badan mereka tidak lagi boleh mengeluarkan bahan-bahan kumuh yang antaranya terdiri daripada garam mineral dan zat yang berlebihan ini. Dalam kes ini, potassium.

Umum mengetahui, bahawa antara makanan yang paling banyak mengandungi potassium, adalah pisang. 100 gram pisang, mengandungi 358 mg potassium. Yang keduanya, adalah sayur bayam (spinach). 100 gram bayam mengandungi 558 mg potassium.

Namun tak ramai yang mengetahui, dua jenis buah-buahan tempatan kita sebenarnya mempunyai kandungan potassium yang tinggi. 100 gram durian mengandungi 436 mg potassium, iaitu lebih tinggi dari pisang. Begitu juga dengan nangka, 100 gram nangka mengandungi 448 mg potassium, lebih tinggi dari keduanya.

Atas sebab itulah, saya menggesa kepada anda yang mengenali sesiapa sahaja sama ada ahli keluarga, jiran mahupun rakan yang menghidapi penyakit kerosakan fungsi buah pinggang, khususnya yang bergantung kepada dialisis, agar BERPANTANG buah-buahan ini. Ia boleh meragut nyawa mereka.

BERPANTANG dalam erti kata mengurangkan atau kalau boleh, berhenti terus pun tak apa. Mungkin sekali sekala hanya dalam kuantiti yang sedikit, bukannya sekaligus. Secara kasarnya, pesakit buah pinggang tetap memerlukan dietary potassium yang mencukupi, iaitu sekitar 1500 ke 2000 mg sehari. Pendek kata jika pesakit mahu makan durian, maka kurangkan makanan high potassium lain seperti yang dinyatakan di atas.

Jangan pula tengahari sudah makan gulai nangka, malamnya hendak menjamah durian pula!

Saya kongsikan di sini, sebuah case study yang berlaku di sebuah hospital di tanah air : http://e-mjm.org/2011/v66n1/Hyperkalaemia.pdf

Bahkan sebenarnya, KURMA yang kita selalu makan, mengandungi kandungan potassium yang jauh lebih tinggi. 100 gram kurma mengandungi 656 mg potassium, hampir dua kali ganda pisang.

Cumanya, kita lazimnya jarang mengambil kurma dalam kuantiti yang banyak mencecah 100 gram. Kita biasa makan ketika berbuka puasa dalam jumlah kiraan ganjil sahaja, kerana itu ia jarang memberi kesan kepada kita.

Namun awas, kerana mutakhir ini ada banyak produk yang memproses kurma. Ada yang dijadikan jus yang sudah tentu memekatkan konsentrasi potassium yang ada didalamnya. Ada yang menjadikannya cokelat, ada yang diproses dalam minuman seperti kopi dan sebagainya.

Tapi, kurma kan makanan Nabi? Makanan "sunnah"? Mustahil lah ia boleh bawa keburukan.

"Itula dengar sangat cakap doktor ni, doktor ni semua kan belajar ilmu dari yahudi, sampai tak reti nak bezakan mana sunnah. "

Dalam bidang toksikologi, kita ada sebuah prinsip asas yang dipanggil sola dosis facit venenum, bermaksud "the dose makes the poison."

Kita juga ada dalam bidang farmakologi, sebuah subbidang khas dipanggil farmakokinetik yang mengkaji tentang bagaimana tubuh badan manusia memproses setiap bahan khususnya ubat-ubatan.

Setiap tubuh badan manusia secara individu, mempunyai kapabiliti tersendiri memproses setiap bahan yang ada.

Bagi manusia yang sihat seperti kita, habiskan sebijik durian pun tak apa. Kerana buah pinggang kita sihat, ia boleh mengkumuhkan dan membuang potassium berlebihan.

Tetapi bagi pesakit ESRD, ini tidak boleh bagi mereka. Mereka tidak boleh mengkumuhkan potassium, sebab itulah hatta seulas durian pun boleh membahayakan nyawa mereka.

Begitu juga dengan pesakit ESRD dan kegagalan fungsi jantung. Mereka ini, PANTANG air berlebihan.

Air, benda yang bagus bagi manusia. Bahkan kita digalakkan meminum sehingga 4 litre air sehari.

Tetapi ini, tidak benar bagi pesakit ESRD dan CCF. Mereka ini, hanya dibenarkan meminum sekitar 500ml air sahaja. Sekiranya lebih, air ini tidak dapat dikumuh keluar dan akan berkumpul di kaki sembab, bahkan sehingga ke paru-paru menyebabkan sesak nafas.

Begitu juga contoh seterusnya, nasi untuk pesakit kencing manis. Benar, nasi tu makanan berkhasiat dan berzat. Namun sudah tentulah pesakit kencing manis, tidak boleh mentekedarah nasi seperti orang sihat.

Atas sebab itulah, saya mengambil kesempatan ini menyeru kepada kita semua, agar BERHATI-HATI dengan sesetengah pihak yang bermotifkan keuntungan menjual "bahan-bahan beracun."

Mereka ini mengambil kesempatan atas keterdesakan dan atas nama "ikhtiar" seorang pesakit, serta memanipulasi dan memomokkan dengan ketakutan ke atas "bahan kimia".

Bahkan ada yang sanggup menggunapakai nama agama. Arwah seorang ahli keluarga saya sendiri, antara yang terpedaya, mengamalkan "kopi habbatussauda" kerana terpengaruh dengan dakwaan penjualnya bahawa ia mampu menyembuhkan penyakit darah tinggi yang dihidapinya. Beliau dihasut dengan dakwaan ubat hospital tidak boleh menyembuhkan, boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dsb, dan disuruh mengamalkan 'perubatan sunnah' iaitu habbatussauda. Kesudahannya, kombinasi darah tinggi yang tidak terkawal dan faktor pengambilan kaffein yang berterusan, beliau meninggal dunia akibat strok (angin ahmar).

Berhati-hatilah dengan apa sahaja yang dipanggil "natural" kerana apa yang "natural" bagi seorang, mungkin menjadi "pathological" bagi seorang yang lain.

Dapatkan nasihat doktor YANG MERAWAT ANDA, bukannya orang sebarangan, hatta saya sekalipun sering ditanya di FB "bolehkah saya ambil supplemen ini", saya tidak akan menjawabnya kerana saya tidak mempunyai maklumat mengenai kesihatan orang yang bertanya. Saya tidak tahu fungsi buah pinggang anda normal atau tidak, fungsi hati anda ok atau tidak, apa masalah kesihatan yang anda ada.

*Akhir kata, orang yang bertanggungjawab atas kesihatan anda, first and foremost adalah diri anda sendiri. Justeru buatlah pilihan yang selamat dan letakkanlah kepercayaan kepada orang yang betul. Kerana in the end, yang akan menanggung kesannya, adalah anda sendiri.*

Status asal di sini: http://bit.ly/2b42FIo

Rompakan

Nak cerita sikit ptg ni pasal kejadian aneh yang berlaku di sebuah rumah.  Rumah ni sudah 13 kali dipecah masuk pencuri dan perompak. Lebih aneh lagi,  yang melakukannya adalah orang yang sama dan dikenali oleh tuan rumah tersebut.

Oleh kerana tiada tindakan oleh tuan rumah, makin bermaharajalelalah perompak. Lucu tapi sadis..  bila tuan rumah merungut rungut asyik rumahnya yang kena rompak, lalu ditinggalkan perompak beberapa keping not atas lantai. Sempat lagi perompak minta tuan rumah berterima kasih. Tuan rumah pun berhenti merungut dan memuji perompak,  kerana tak ada perompak yang budiman dan berbudi bahasa seperti itu sekarang ni.

Bila jumlah rompakan akhir akhir ini makin banyak diambil dan makin sikit jumlah rm yang ditinggalkan untuk tuan rumah, tuan rumah dah mula makin naik darah.

Tapi perompak ni pandai memujuk..  katanya, nasib baik dia yang rompak. Kalau perompak lain tentu lebih teruk. Di luar sana ada yang lebih ganas dan lebih jahat lagi. Jadi, diberinya pilihan nak biarkan perompak sedia ada atau yang di luar sana datang merompak?.

Tuan rumah tadi terpaksa merelakan rumahnya terus dirompak..  gara gara rasa takut kalau dia dirompak oleh perompak yang lebih jahat lagi, kononnya.

Tanpa pengetahuan tuan rumah,  sebenarnya perompak tadi sudah berpakat dengan perompak luar negara yang jauh lebih berkuasa. Apabila tuan rumah semakin faham dengan taktik perompak.. berpura-puralah dia menangkap perompak perompak tua yang dah tak berdaya dan kurang pengaruhnya,  untuk menunjukan kepada tuan rumah yang dia adalah perompak bertanggungjawab melindungi harta tuan rumah.

Maka berterusanlah rompakan, kerana tuan rumah merasa lebih selamat dirompak oleh perompak yang dikenali hati budinya dari perompak yang tak diketahui asal usulnya. Walhal,  menurut desas desus jiran sebelah.. kali ni, bukan nak dirompak lagi,  malah rumah itu yang nak dijual terus kepada perompak luar negara tadi.

Sedihnya,  tuan rumah masih belum sedar kerana masih percaya perompak yang ada masih jauh lebih baik dari perompak perompak lain.

Khamis, 28 Disember 2017

Peti sejuk

JANGAN LUPA SIMPAN SYILING DALAM FREEZER - UNCLE CHAN
.
.
Bro,
.
.
Harini Uncle Chan pesan kat aku, kalau nak tinggalkan rumah lama-lama, jangan lupa simpan syiling dalam freezer. 
.
.
Ape kena orang tua ni kasi pesanan pelik camni. Boleh kasi syiling tu beranak ke? Simpan lah duit syiling dalam tabung, tu pesan yang selalu aku dengar.
.
.
Benda ni mudah tapi sangat penting. Ramai orang tak buat sebab tak tau.
.
.
Kalau U tinggal rumah lama-lama, U tak tau kan kalau ada gangguan bekalan elektrik kat rumah? Kalau ada, U tak tau kan berapa lama sebelum elektrik sambung balik?
.
.
Saya tak kisah sangat pun Uncle, takde siapa dalam rumah tu pun. TV, kipas lampu semua tu memang dah OFF.
.
.
Young man (terasa muda kejap), ayam, ikan, daging dalam u punya freezer tu macam mana? Nuggets, sosej dan daging burger untuk anak U macam mana?
.
.
Kalau terputus 2 - 3 jam OK lg. Kalau TNB rasa nak biar 2 - 3 hari? Kalau seminggu?
.
.
Kalau semua tu dah defrost dan dibiarkan terlalu lama, ia akan mula rosak. Lepas elektrik sambung semula, freezer U akan bekukan balik semua tu. Mungkin ada yang sudah rosak dan U tak perasan.
.
.
Betul jugak. Kalau tak perasan rasa macam ok je lagi (beku lagi kot), masak buat kari lepas tu makan. Memang ke hospital la lepas tu. Silap-silap boleh mati.
.
.
Lepas tu masak sosej yang dah rosak tu kasi anak makan. Aduhh..
.
.
Tapi apa kaitan syiling tu?
.
.
Ini tips untuk agak berapa lama freezer tu OFF. U perlu;
.
Syiling
.
Gelas plastik yang lut sinar
.
Air
.
.
Mula-mula u isi air dalam gelas plastik tu 3/4 penuh dan letak dalam freezer. Biar jadi ais.
.
Lepas tu letak syiling atas ais tu.
.
.
Setiap kali balik rumah lepas cuti panjang, check syiling dalam gelas tu.
.
.
Kalau syiling tu masih diatas, bermakna mungkin tiada gangguan elektrik. Bagus!
.
.
Tapi kalau syiling tu di lantai gelas, bermakna ais tu dah pernah cair sepenuhnya. Mungkin terdapat gangguan elektrik yang lama.
.
.
Buang je lah semua bahan makanan atau minuman yang kemungkinan besar sudah rosak. Good indicator to check all your food supply inside your freezer. Jangan ambil mudah, pilih jalan yang paling selamat.
.
.
Terima kasih Uncle Chan Kui Peng - wise old man.
.
.
#teorikehidupanmanusia

Isnin, 25 Disember 2017

Soya

Minuman kacang soya boleh menyebabkan kanser? Macam tak percaya kan? Tapi, itulah kenyataannya yang ditulis oleh Doktor Haji Noorul Amin melalui facebook beliau. Jom baca dengan teliti kerana maklumat ini sangat berguna untuk anda sekeluarga.

Oleh: Dr Hj Noorul Amin Hj Abd Rahman

Pernahkah anda minum air soya ? Kemungkinan besar jawapannya pernah sebab KACANG SOYA dipromosikan sebagai makana n atau minuman kesihatan yang sangat berkhasiat. Pergi saja mana-mana kedai mini mart, kalau tidak ada air soya, itu bukan mini mart namanya.

Kenapa tidak ? Sebab KACANG SOYA begitu “gila” sekali dipromosikan sebagai makanan/minuman kesihatan yang baik untuk badan kita.

KACANG SOYA mula dipromosikan secara besar-besaran sebagai makanan/minuman kesihatan pada awal 1990an. Sebelum itu, amat jarang sekali kita dengar pasal SOYA. Cuba kita tanya datuk nenek kita adakah pada zaman muda mereka SOYA begitu popular seperti zaman ini. Jawapan mereka mungkin tidak.

Begitu banyak produk berasaskan KACANG SOYA seperti minuman KACANG SOYA, tauhu, malah minyak KACANG SOYA diperkenalkan kepada masyarakat kita dan diangkat sebagai “super food”. Berjuta-juta duit dilaburkan untuk pemasaran supaya masyarakat yakin KACANG SOYA ini selamat.

Dalam satu kajian yang dibuat di Amerika Syarikat pada tahun 2007, 85% penduduk Amerika percaya bahawa KACANG SOYA adalah baik untuk kesihatan dan tidak merbahaya kepada kita. Maka berjayalah syarikat-syarikat pengeluar SOYA memperbodohkan kita bahawa KACANG SOYA ini selamat tetapi sebenarnya TIDAK !!!

Amerika adalah pengeluar KACANG SOYA terbesar di dunia dengan pengeluaran sebanyak 108 juta tan metrik setahun.



Tidak ada SATU bahan pun dalam SOYA yang baik untuk kesihatan. Kesemuanya JAHANAMKAN kesihatan kita, Beratus-ratus kajian telah dibuat diseluruh dunia dan kesimpulan daripada kajian itu menunjukkan KACANG SOYA menyebabkan bermacam-macam masalah kesihatan seperti masalah penghadaman, mengurangkan sistem imun badan, merosakkan sistem saraf, masalah kemandulan, penyakit jantung dan juga KANSER!!!

KACANG SOYA mengandungi suatu bahan yang dinamakan PHYTOESTROGEN. Ini adalah bahan yang menyerupai hormon wanita iaitu ESTROGEN. Phytoestrogen ini tidak dihasilkan dalam badan kita tetapi ianya adalah daripada sumber tumbuhan antaranya daripada KACANG SOYA.

Kaum lelaki tidak sepatutnya makan/minum bahan berasaskan KACANG SOYA sekiranya anda ingin kekalkan kelakian anda.

Lelaki yang selalu mengambil bahan berasaskan KACANG SOYA boleh mengalami masalah kurang nafsu seksual, mati pucuk dan kemandulan. Ia juga akan menyebabkan berat badan bertambah seterusnya menyebabkan obesity.

Wanita yang mengambil Phytoestrogen secara berlebihan berisiko tinggi untuk mengidap KANSER PAYUDARA dan juga masalah obesiti.

Phytoestrogen ini akan mengganggu kelenjar sistem endokrin badan iaitu kelenjar adrenal dan kelenjar thyroid. KACANG SOYA juga dikategorikan sebagai makanan yang mengandungi GOITROGEN. Goitrogen ialah bahan yang mengganggu aktiviti kelenjar thyroid.

Adakah anda sentiasa berasa letih, kurang tenaga, kurang penumpuan, kulit kering, kurang nafsu seksual dan tinggi kolesrol ? Jika ya, anda mungkin mengidap penyakit HYPOTHYROIDISM, satu keadaan yang disebabkan oleh kelenjar thyroid kurang merembeskan hormon thyroid.

Perubatan moden menyalahkan “autoimmune” sebagai punca penyakit ini tanpa mengambil kira faktor pengambilan berlebihan produk berasaskan KACANG SOYA yang mungkin menjadi penyebab penyakit ni. Ini tidak memeranjatkan kerana faktor pemakanan ditolak seratus peratus dari perubatan moden.

Tanyalah mana-mana pelajar perubatan, adakah mereka diajar tentang DIET yang salah menjadi punca penyakit ? Jawapan mereka saya yakin TIDAK kerana Perubatan Barat tidak menitik beratkan soal DIET atau MAKANAN sebagai punca penyakit.

“Jangkitan kuman”, “punca tidak diketahui”, “autoimmune” – inilah antara punca penyakit yang dicanangkan setiap hari dengan MENOLAK faktor diet yang salah.

BERHENTI SEGALA PRODUK BERASASKAN KACANG SOYA SEKARANG SEKIRANYA ANDA PENTINGKAN KESIHATAN BADAN ANDA

Sumber: FB Dr Hj Noorul Amin Hj Abd Rahman

Ahad, 24 Disember 2017

Mulia

Daripada Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata :

“Telah datang seorang Arab Baduwi kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya:

Wahai Rasulullah...!
Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku didunia dan akhirat.”

Rasulullah berkata kepadanya:
“Tanyalah apa yang engkau kehendaki.”

Arab Baduwi itu berkata:
Aku mahu menjadi orang alim.

Baginda menjawab:
"Takutlah kepada Allah SWT"

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang paling kaya.”

Rasulullah menjawab:
“Jadilah orang yang yakin pada diri.”

Bertanya lagi Arab Baduwi itu:
“Aku mahu menjadi orang yang adil.”

Lalu dijawab oleh Rasulullah:
“Kasihanilah manusia lain seperti engkau kasih pada diri.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi orang paling baik.”

Baginda menjawab:
“Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah.”

Dan dijawab oleh Rasulullah:
“Banyakkan zikrullah.”

Arab Baduwi itu bertanya:
“Aku mahu sempurnakan imanku.”

Baginda menjawab:
“Perelokkan akhlakmu.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsini (baik). “

Baginda menjawab:
Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu, sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”

Arab Baduwi bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang taat,”

Lalu dijawab baginda:
“Tunaikan segala kewajipan yang difardukan.”

Dia bertanya lagi:
“ Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.”

Rasulullah menjawab:
“Bersihkan dirimu daripada najis dosa.”

Dia terus bertanya:
“Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di bawah cahaya.”

Baginda menjawab:
“Jangan menzalimi seseorang.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat.”

Baginda berkata:
“Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain.”

Dia bertanya:
Aku mahu dihapuskan segala dosaku.”

Baginda menjawab:
“Banyakkan beristighfar.”

Dia berkata:
“Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia-mulia manusia,”

Lalu baginda menjawab:
“Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.”

Baginda menjawab:
“ Sentiasa menyerah diri (tawakal) kepada Allah.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.”

Baginda menjawab:
“Sentiasa berada dalam keadaan bersih (daripada hadas).”

Dia bertanya:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.”

Baginda menjawab:
“Cintailah segala yang disukai Allah dan Rasul-Nya.”

Dia bertanya:
“ Aku mahu diselamatkan daripada kemurkaan Allah pada hari kiamat.”

Baginda menjawab:
“Jangan marah kepada orang lain.”

Dia bertanya lagi kepada Rasulullah:
“Aku mahu diterima segala permohonanku.”

Baginda menjawab:
“Jauhilah makanan haram.”

Dia bertanya:
“ Aku mahu Allah menutupkan segala keaibanku pada hari kiamat.”

Baginda pun menjawab:
“Tutuplah keburukan orang lain.”

Dia bertanya:
“Siapa yang terselamat daripada dosa?”

Rasulullah menjawab:
“Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, meraka yang tunduk pada kehendak-Nya dan meraka yang ditimpa kesakitan.”

Dia terus bertanya:
“Apakah sebesar-besar kebaikan disisi Allah?”

Baginda menjawab:
“Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).”

Dia bertanya lagi:
“ Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?”

Baginda menjawab:
“Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.”

Dia bertanya:
“Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?”

Baginda menjawab:
“Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.”

Dia bertanya lagi:
“Apa yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat?”

Baginda menjawab:
“Sabar didunia dengan bala dan musibah.”

Dan telah berkata Imam Mustaghfirin:

“Aku tidak pernah menemui hadis sebegini lengkap merangkumi kesempurnaan agama dan kehidupan selain hadis ini.”