Ahad, 7 Januari 2018

Adab

ADAB

Apakah itu adab? Adakah Adab itu jalan tunduk depan orang tua,  tunduk di hadapan guru atau apakah sebenarnya hakikat adab?

Adab mengikut apa yg Daku fahami dari kalam guru-guru ku adalah " MELAKUKAN SESUATU PERKARA YANG MENGEMBIRAKAN " , Ini adalah asas dan point besar dalam beradab...

Maknanya Adab ini adalah pekerjaan Jiwa / hati yg diterjemahkan pada perbuatan dan tindakan...

Jalan tunduk depan orang tua , senyap dihadapan guru itu hanyalah form bukan content..

Maka form akan berbeza-beza mengikut mode dan kegembiraan orang yang ingin kita  beradab itu maka ada kalanya berjenaka dan berhibur itu adab dan adakalanya biadab , mengapa ia menjadi biadab?  Kerana Kamu melakukan dalam hal keadaan Guru Kamu tidak senang akan hal itu pada Waktu itu.

Maka bentuk adab itu akan berbeza2 mengikut apa yang guru tadi gembira..

Maka untuk mencapai peradaban yang benar samada pada guru, suami, ibu, ayah  maka perlulah kita menyelami jiwa mereka hingga bersatu jiwa kita dengan mereka barulah kita mampu melaksanakan adab yg benar dan barulah adab itu hidup yg datang dari jiwa yang hidup,  bukan adab itu datang atas susunan disiplin dan undang2 , hanya mengikut form tanpa mencapai Content.

Maka benarlah adab kita pada :

Allah
Rasulullah
Pembimbing Rohani
Guru
Ibu
Ayah
Sahabat
Masyarakat

Maka di situ kita memahami adab itu berlaku bukan sahaja kita berdepan dengan Mereka,Tapi tika mereka tiada di hadapan pun tetap Adab itu hidup didalam jiwa dan zahir pada perbuatan dan tindakan

=====

Orang Tua2 Cakap

Kalaulah Suami Isteri tu kuat cintanya dan saling berhubungan jiwa mereka,  apa yang diinginkan oleh suami dapat dibaca dan dirasai oleh isteri. Suami baru terdetik nak makan Ikan Patin Masak Tempoyak, balik ke rumah memang sudah terhidang makanan keinginan nya itu..

Maka begitulah murid dengan guru,  kalau hati murid sudah bersatu dengan Guru pasti murid dapat membaca isi hati dan keinginan guru..

🌹Baba Long Idris🌹

#AdabCintaFakir
#AdabituCinta
#Bicaraketuhananmasa
#fanafissyeikh

Kasih sayang

Adila Manan:
Kongsi pandangan seorang Pengetua dari Johor..


Aku lebih selesa menjadi penghuni tetap yg pasif dlm grup ini. Semua bahan aku santap sebagai juadah istimewa tanpa rasa apa2.

Namun bila terlalu acap teman2 menbicarakan soal kredibiliti guru yg sentiasa diperlekehkan oleh masy dan konon kurangnya keprihatinan kpm serta tiadanya sop yg setara..maka aku terpanggil melontarkan cerita berdasarkan kefahaman dan pengalaman.

Pertama..apa shj hukuman d sek utk mendidik. Hukuman yg d benarkan nasihat amaran rotan gantung dan buang.
Yg membezakan prof keguruan ialah kebijakkan menangani emosi.
~ kot kalau d buang sekali pun dan atas apa jua kesalahan..murid akan diterima sek balik selepas merayu ke Jpn
~ kalau ckg tak punya keilmuan ini selepas dilatih secara profesional bertahun lamanya dan berpeluang mendidik berdekad lamanya..apa beza kita dgn mereka yg panas baran wataknya
~ kalau guru menjerit menampar memaki dan menghukum spt ayah tiri. Bayangkan kalau cara kita dicontohi oleh kerjaya doktor hakim polis dan seumpama

2013..aku d amanahkan menjadi ptua disebuah sek bermasalah disiplin di daerah dan negeri. 1800 murid 121 guru. 50% shj melayu. Keputusan akademik sentiasa di bawah di daerah dan negeri. Sek lebih dikenali sbagai sek gangsterism dan bermasalah disiplin.

Sebagai ketua aku letakkan teori keperluan maslow sbgai pegangan. Keperluan asas murid dipenuhi dan kemudian keperluan sosial -kasih sayang n penghargaan d beri..barulah keperluan rohani yg melibatkan nilai agama n akademik
~ tak lupa aku buat teori sendiri. Teori 3 perang nabi. Badar kuatkan iman. Uhud musuh emosi dan khandak bijak atur strategi.

Aku seru visi..sederap serlahkan kasih sayang.
- sederap seia sekata
- serlahkan ks - ks perlu ditunjukkan dan dibuktikan tanpa ada batas yg pelbagai.

Api xboleh dilawan api. Mulai 2013 tiada seorg pun guru termasuk hem n disiplin yg dibenarkan merotan. Kalau ada kes rotan aku yg buat. Jatuh hukum hari ini dan dirotan pada mgu depan selepas solat dhuha taubat n sarapan. Sebelum rotan doa dibacakan. Hukuman sangat harmoni. Menangis sebab insaf.

~ kes berat ditangani dgn rasional. Ramai gak murid dibuang. Tetapi klga diberi knsling dan dibantu utk merayu ke jpn. Semua murid kembali ke sek dan berubah.

~ apa yg aku buat demi kerjaya mulia tanpa niat apa2.  Namun dihidu dimerata. Sudah ada 46 lawatan seluruh msia yg datang. 3 dato datang personal..Dato Abdullah md yunus pengarah bpsh..dato sulaiman wak n datuk k kita.

~ lima tahun kami sangat harmoni. Tiada isu disiplin yg membakar emosi..sek jadi destinasi pelancongan..kejayaan koko yg pelbagai dan akademik sgt meningkat.

~ semua terletak pada hati dan emosi. Nabi pernah tewas perang angkara segelintir yg beremosi.

Pada aku  sayang perlu menjadi teras kehidupan ckg d sek. ISU ckg A yg viral baru2 ini. Pada aku dia bukan aset..sebaliknya liabiliti . Aku malu dgn kump profesional lain. Budak 12 tahun diajak bergelut dan bergusti. Hanya dgn alasan disiplin tergamak melakukan  kekasaran sehingga tangan hinggap di muka. Rasionalkah ckg itu pada waktu itu. Belum ada dalam sejarah orang melempang dgn kasih sayang. Pasti diiringi dgn maki dan sumpah seranah. Bila tersepit..isu disiplin dijadikan alasan. Kita pulak beramai2 memberikan sokongan. Jadi wira. Pasti 2018 akan ramai ckg yg mencontohinya.

~ apa yg menyedihkan terlalu banyak fitnah dan tohmahan yg diviralkan. Hak ibu bapa dihalang. Kpm turut dipersalahkan..sedangkan garis panduan telah lengkap disediakan. Sentimen benci pada kerajaan membiasakan kita utk  mudah juga membenci kpd watak dalang yg diviralkan tanpa pertimbangan dan belas kasihan.

~ Disiplin sek sebenarnya sgt terkawal..malah specis kini ramai yg jauh lebih baik drp kita. Kes 1 2 biasalah. Adat. Kelemahan ketara bukan murid tetapi PGB yg sekadar mengejar gred jawatan. Kurang kawalan dan penguatkuasaan peraturan yg disediakan. Ditambah pula kerjaya guru bukan datang dari roh dan penjiwaan tetapi berapa A dalam peperiksaan.

~ Masalah kita hari ini..ialah pendekatan memandaikan akademik pelajar. Bayangkan 378 calon spm sek ku dipaksa belajar seolah2 s

emua akan jadi doktor. Aku tahu sebahagian besar mereka tak berupaya. Sebab itu aku santaikan mereka. Akademik bukan segala. Mampu bermain 3D akan lebih berjaya. Dirty dificcult dangerous. Mereka inilah yg akan mengusir pati nanti. Murid enjoy ckg pun sama. Cuma ppd n jpn yg sentiasa mendakwa.
Yang ini kita betulkan. Sek jadikan pusat pembelajaran..mengenal dan mencari hidup. Yg berkrtrampilan berikan mereka peperiksaan utk memenuhi kerjaya. Yg lain sekadar menikmati pembelajaran. Ramai yg ada spm..tp sijilnya sekadar utk menutup lubang dinding yg retak di rumah.

Ye aku percaya sek tempat kita hilangkan stress. Percayalah. Baca kepimpinan segiovanni..lima kemahiran memimpin..insyallah sek akan terurus dgn baik.

Akhirnya..udah2le mengkritik. Lebih baik fikirkan apa yg baik utk bangsa. Tp nak fikir sgt pun..usia kita dah sangat senja..lebih baik beristighfar dan bersyukur dgn yg ada.

~ aku pernah syer ini bsama pegawai2 jpn d langkawi..rasanya ipin bakri mahlizan antara audiennya. 2016 aku d panggil buat talk masa persidangan mpsm kbgsaan di terengganu.
~ Doakan aku mampu menyumbang modul kasih sayang di tahun 2018. Dah siap..cuma tunggu masa diketengahkan.

Sabtu, 6 Januari 2018

Madu

Seorang wanita solehah telah sah menjadi isteri. Lalu berkata pada suaminya,
 "Wahai suamiku, aku akan selalu mencintaimu. Sudah kudratku untuk taat kepadamu kerana itulah jalan surgaku. Engkau imamku dan aku adalah makmum bagimu.
Tiba2 suaminya menoleh kebelakang dan berkata..
" kenapa makmumnya baru satu... "
Yang lainnya mana.. ??

"Belum datang...
InsyaAllah akan menyusul nanti. Bila Allah mengkehendakinya!"

"Bila ada makmum lain datang.. Apakah kamu tak marah wahai isteriku sayang..?

"Buat apa aku marah, sedang Allah berkehendakkan begitu. Aku hanya inginkan redho Allah. Apa gunanya taat suami bila tak redho dengan ketentuan Allah..
Bukankah begitu bang?

"Alhamdulillah... Betul isteriku! Terimakasih kerana kamu telah memahami ketentuan Allah ... Qada dan qadar dariNya.
Terimakasih kerana kamu memahami suamimu.. inilah perasaan suamimu dan perasaan lelaki yang ada diluar sana.

Wahai wanita sedarlah... Bahwa kita semua adalah makmum. Jangan halang makmum2 lainnya yang juga inginkan pahala berjamaah bersama kita. Allah yang hadirkan mereka...
Mereka adalah rezeki sekaligus ujian bagi kita... Terimalah dengan lapang dada, dengan iman dan takwa serta syukur atas segala kurniaanNya.

Semoga bermanfaat.....

Jumaat, 5 Januari 2018

Sekolah

*Cikgu, Berapa Lama Nak Beratur, Saya Kejap Lagi Nak Masuk Kerja"* -...
siakapkeli.my
🌊🐬💦💙🌼💙💦🦅🌈

Minggu pertama persekolahan sudah pasti ramai ibu bapa yang akan menghantar anak mereka hingga ke pintu kelas anak mereka. Terutama jika anak mereka baru menjejakkan kaki ke darjah satu. Kerisauan jika anak mereka ini menangis mencari mereka apabila mereka pergi.

Menangis mencari ibu bapa dan mahu pulang ke rumah, itu sudah menjadi kebiasaan ragam anak-anak yang baru mula persekolahan. Namun, bagaimana pula ragam ibu bapa yang melebih-lebih dari anak-anak yang pertama kali masuk ke alam persekolahan.

Menerusi perkongsian  Siti Saleha Jaffar, memantau dan mengajar anaknya selama beberapa hari di sekolah telah membuka matanya realiti tingkah laku ibu bapa yang bakal menjadi ikutan anak-anak mereka.



Selama 4 hari follow rayqal, mengajar dan memantau cara membeli, mengajar menunggu mamy/abah ambil, mengajar naik turun van, inilah realiti yang terjadi di depan mata

1. Cikgu mengarahkan supaya ibubapa beredar dari tapak perhimpunan untuk meneruskan kelancaran aktiviti. Tindakan sesetengah ibu bapa mengabaikan arahan itu malah berwefie dan memaksa anak-anak pose.

Hakikat : Ibubapa sendiri mengajar anak degil dan mengingkari arahan. Jadi anda mengharapkan cikgu untuk didik anak anda tidak degil dan mengikut arahan?

2. Waktu anak rehat, ibubapa mengambil tempat duduk murid lain untuk temankan anaknya sahaja makan..maka murid tersebut terpinga-pinga sambil memegang pinggan dan air sambil mata meliar mencari tempat duduk. Kawan terlanggar habis mee dan air tumpah. Bayangkan itu yang terjadi pada anak kita sendiri.

Hakikat : Ibubapa sendiri mengajar anak menjadi seorang yang mementingkan diri dan mengambil hak orang lain.

3. Cikgu mengarahkan supaya ibubapa beredar di hadapan kelas untuk memulakan sesi pembelajaran tapi arahan diingkari malah keluarkan smartphone sambil snap gambar.

Hakikat : Ibubapa mengajar anak untuk tidak yakin dan tidak mempercayai seseorang yang menjalankan amanah. Mengajar anak tidak menghormati hak orang lain.

4. Sambil beratur membeli buku dan bayar yuran, seorang bapa sambil memimpin anak berusia 4-5 tahun memotong barisan. "cikgu, berapa lama nak beratur nie, saya kejap lagi nak masuk kerja.” Maka si anak kecil petah berkata-kata. "papa kata cuti hari nie nak bawak adik pergi tengok cerita jumanji” dan si kecil itu dijerkah bapanya di khalayak ramai.

Hakikat : Ibubapa sendiri mengajar anak bercakap bohong, menipu, tidak sabar dan menjatuhkan maruah orang di hadapan orang adalah tidak salah.

5. Ibubapa beratur bersesak-sesak dengan murid lain membeli makanan untuk anaknya seorang dengan tujuan mengajar cara membeli di kantin..maka drama berlangsung lebih kurang 5-7 minit disitu. Murid-murid lain dibelakang masih ramai lagi. Apabila masing-masing dapat makanan, baru menyuapkan makanan sesuap dua, loceng berbunyi tanda waktu rehat berakhir. Maka si polos, bangun sambil menoleh makanan yang tak sempat dihabiskan dan berlalu mencuci tangan.

Hakikat : Ibubapa mengajar anaknya cara mementingkan diri sendiri, mengambil hak orang lain dan tiada rasa belas pada orang lain..apa salahnya buat role play jual beli di rumah?

6. Parking kenderaan dan van sekolah dipenuhi oleh kereta-kereta ibubapa yang mahu mengambil anaknya. Dikejauhan terlihat murid yang masih belum biasa menangis keseorangan mencari van yang terselindung disebalik kenderaan ibubapa lain.

Hakikat : Ibubapa mengajar anaknya mementingkan diri, tidak peduli orang lain dan mengambil hak orang lain itu tidak menjadi satu kesalahan.

Begitulah drama realiti serba sedikit yang terjadi di hadapan mata. Sedih memang cukup sedih melihat betapa masyarakat sekarang semakin tenat adab, akhlak dan tingkah laku. Lagi sedih, bila memikirkan sikap generasi akan datang 10-20 tahun lagi bagaimana hasil corakannya.

Sedarlah wahai ibubapa, dikala kita galak menyalahkan guru-guru atas tingkah laku anak kita yang tidak seperti di harapkan.

Berhenti

http://www.thesundaily.my/news/2018/01/03/50000-malaysians-expected-be-laid-year

Angka 50,000 itu adalah unjuran yg sangat positif yg mungkin cuma melibatkan 50,000 orang di sektor formal.
Angka sebenar mungkin mencecah 200,000 rakyat Malaysia yg pada hari ini masih berkerja bakal menjadi penganggur
buat jangka masa panjang.

Itu bermakna setiap hari 550 orang akan di berhentikan kerja pada tahun ini.


550 orang akan menjadi npl dan bangkrap setiap hari kerana gagal membayar kad kredit, hutang kereta, rumah dan
lain lain hutang konvensional.

Jika anda masih konfiden kerana anda  seorang peniaga dan tidak bergantung kepada mana majikan untuk membayar gaji
anda, fikir lagi sekali. Sistem ekonomi negara ada seperti sesawang di mana setiap orang pasti memberikan kesan kepada
orang lain. MALAH SAYA BERANI KATA PENIAGA AKAN LAGI RAMAI BANGKRAP PADA TAHUN 2018 INI DAN PENIAGAAN DARI YANG TERBESAR
KEPADA YANG PALING KECIL AKAN TERKENA KESAN EKONOMI BURUK!

Tahun ini bukanlah satu tahun yang baik untuk sesiapa pun di muka bumi ini, seluruh dunia bakal menghadapi ekonomi merosot.

Mungkin tuan tuan bertanya salah siapakah ini?

Tuan tuan dan puan puan tidak perlu melihat jauh, sila ke kawasan perumahan elit, rumah rumah berpgar elektrik dan berjaga nepal.
Merekalah punca tuan tuan dan puan puan di buang kerja pada tahun ini.

Ini adalah kegagalan sistemik kapitalisma, sama seperti kegagalan sistemik sosialisma di negara komunis pada tahun 1980an.
Puncanya kuasa dan kekayaan tertumpu kepada yang sangat kaya dan tidak lagi bertukar tangan. Masalahnya senang sahaja,
Super Rich telah mengumpul terlalu banyak kekayaan dan telah menhalang pertumbuhan kekayaan baru terlalu lama.

Tak kira nama apa yang di berikan kepada sistem itu, sosialis atau kapitalis, jika yang duduk di atas terlalu tamak dan menghambakan
yang dibawah inilah hasilnya. Kegagalan ekonomi secara meluas!

Saya tidak ada penyelesaian atau menyarankan apa apa penyelesaian. So sorry, sebab saya tahu sikap tamak ini di warisi setiap orang
termasuk saya sendiri.

Bersedialah untuk kegawatan ekonomi dan bersabarlah.

Ini cumalah komentari saya, jangan gunakan ia untuk melakukan keputusan hidup atau perniagaan.

Honestly



Dr Micheal

https://www.facebook.com/antiGSTanakmuda/