ADAB
Apakah itu adab? Adakah Adab itu jalan tunduk depan orang tua, tunduk di hadapan guru atau apakah sebenarnya hakikat adab?
Adab mengikut apa yg Daku fahami dari kalam guru-guru ku adalah " MELAKUKAN SESUATU PERKARA YANG MENGEMBIRAKAN " , Ini adalah asas dan point besar dalam beradab...
Maknanya Adab ini adalah pekerjaan Jiwa / hati yg diterjemahkan pada perbuatan dan tindakan...
Jalan tunduk depan orang tua , senyap dihadapan guru itu hanyalah form bukan content..
Maka form akan berbeza-beza mengikut mode dan kegembiraan orang yang ingin kita beradab itu maka ada kalanya berjenaka dan berhibur itu adab dan adakalanya biadab , mengapa ia menjadi biadab? Kerana Kamu melakukan dalam hal keadaan Guru Kamu tidak senang akan hal itu pada Waktu itu.
Maka bentuk adab itu akan berbeza2 mengikut apa yang guru tadi gembira..
Maka untuk mencapai peradaban yang benar samada pada guru, suami, ibu, ayah maka perlulah kita menyelami jiwa mereka hingga bersatu jiwa kita dengan mereka barulah kita mampu melaksanakan adab yg benar dan barulah adab itu hidup yg datang dari jiwa yang hidup, bukan adab itu datang atas susunan disiplin dan undang2 , hanya mengikut form tanpa mencapai Content.
Maka benarlah adab kita pada :
Allah
Rasulullah
Pembimbing Rohani
Guru
Ibu
Ayah
Sahabat
Masyarakat
Maka di situ kita memahami adab itu berlaku bukan sahaja kita berdepan dengan Mereka,Tapi tika mereka tiada di hadapan pun tetap Adab itu hidup didalam jiwa dan zahir pada perbuatan dan tindakan
=====
Orang Tua2 Cakap
Kalaulah Suami Isteri tu kuat cintanya dan saling berhubungan jiwa mereka, apa yang diinginkan oleh suami dapat dibaca dan dirasai oleh isteri. Suami baru terdetik nak makan Ikan Patin Masak Tempoyak, balik ke rumah memang sudah terhidang makanan keinginan nya itu..
Maka begitulah murid dengan guru, kalau hati murid sudah bersatu dengan Guru pasti murid dapat membaca isi hati dan keinginan guru..
🌹Baba Long Idris🌹
#AdabCintaFakir
#AdabituCinta
#Bicaraketuhananmasa
#fanafissyeikh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan