Adila Manan:
Kongsi pandangan seorang Pengetua dari Johor..
Aku lebih selesa menjadi penghuni tetap yg pasif dlm grup ini. Semua bahan aku santap sebagai juadah istimewa tanpa rasa apa2.
Namun bila terlalu acap teman2 menbicarakan soal kredibiliti guru yg sentiasa diperlekehkan oleh masy dan konon kurangnya keprihatinan kpm serta tiadanya sop yg setara..maka aku terpanggil melontarkan cerita berdasarkan kefahaman dan pengalaman.
Pertama..apa shj hukuman d sek utk mendidik. Hukuman yg d benarkan nasihat amaran rotan gantung dan buang.
Yg membezakan prof keguruan ialah kebijakkan menangani emosi.
~ kot kalau d buang sekali pun dan atas apa jua kesalahan..murid akan diterima sek balik selepas merayu ke Jpn
~ kalau ckg tak punya keilmuan ini selepas dilatih secara profesional bertahun lamanya dan berpeluang mendidik berdekad lamanya..apa beza kita dgn mereka yg panas baran wataknya
~ kalau guru menjerit menampar memaki dan menghukum spt ayah tiri. Bayangkan kalau cara kita dicontohi oleh kerjaya doktor hakim polis dan seumpama
2013..aku d amanahkan menjadi ptua disebuah sek bermasalah disiplin di daerah dan negeri. 1800 murid 121 guru. 50% shj melayu. Keputusan akademik sentiasa di bawah di daerah dan negeri. Sek lebih dikenali sbagai sek gangsterism dan bermasalah disiplin.
Sebagai ketua aku letakkan teori keperluan maslow sbgai pegangan. Keperluan asas murid dipenuhi dan kemudian keperluan sosial -kasih sayang n penghargaan d beri..barulah keperluan rohani yg melibatkan nilai agama n akademik
~ tak lupa aku buat teori sendiri. Teori 3 perang nabi. Badar kuatkan iman. Uhud musuh emosi dan khandak bijak atur strategi.
Aku seru visi..sederap serlahkan kasih sayang.
- sederap seia sekata
- serlahkan ks - ks perlu ditunjukkan dan dibuktikan tanpa ada batas yg pelbagai.
Api xboleh dilawan api. Mulai 2013 tiada seorg pun guru termasuk hem n disiplin yg dibenarkan merotan. Kalau ada kes rotan aku yg buat. Jatuh hukum hari ini dan dirotan pada mgu depan selepas solat dhuha taubat n sarapan. Sebelum rotan doa dibacakan. Hukuman sangat harmoni. Menangis sebab insaf.
~ kes berat ditangani dgn rasional. Ramai gak murid dibuang. Tetapi klga diberi knsling dan dibantu utk merayu ke jpn. Semua murid kembali ke sek dan berubah.
~ apa yg aku buat demi kerjaya mulia tanpa niat apa2. Namun dihidu dimerata. Sudah ada 46 lawatan seluruh msia yg datang. 3 dato datang personal..Dato Abdullah md yunus pengarah bpsh..dato sulaiman wak n datuk k kita.
~ lima tahun kami sangat harmoni. Tiada isu disiplin yg membakar emosi..sek jadi destinasi pelancongan..kejayaan koko yg pelbagai dan akademik sgt meningkat.
~ semua terletak pada hati dan emosi. Nabi pernah tewas perang angkara segelintir yg beremosi.
Pada aku sayang perlu menjadi teras kehidupan ckg d sek. ISU ckg A yg viral baru2 ini. Pada aku dia bukan aset..sebaliknya liabiliti . Aku malu dgn kump profesional lain. Budak 12 tahun diajak bergelut dan bergusti. Hanya dgn alasan disiplin tergamak melakukan kekasaran sehingga tangan hinggap di muka. Rasionalkah ckg itu pada waktu itu. Belum ada dalam sejarah orang melempang dgn kasih sayang. Pasti diiringi dgn maki dan sumpah seranah. Bila tersepit..isu disiplin dijadikan alasan. Kita pulak beramai2 memberikan sokongan. Jadi wira. Pasti 2018 akan ramai ckg yg mencontohinya.
~ apa yg menyedihkan terlalu banyak fitnah dan tohmahan yg diviralkan. Hak ibu bapa dihalang. Kpm turut dipersalahkan..sedangkan garis panduan telah lengkap disediakan. Sentimen benci pada kerajaan membiasakan kita utk mudah juga membenci kpd watak dalang yg diviralkan tanpa pertimbangan dan belas kasihan.
~ Disiplin sek sebenarnya sgt terkawal..malah specis kini ramai yg jauh lebih baik drp kita. Kes 1 2 biasalah. Adat. Kelemahan ketara bukan murid tetapi PGB yg sekadar mengejar gred jawatan. Kurang kawalan dan penguatkuasaan peraturan yg disediakan. Ditambah pula kerjaya guru bukan datang dari roh dan penjiwaan tetapi berapa A dalam peperiksaan.
~ Masalah kita hari ini..ialah pendekatan memandaikan akademik pelajar. Bayangkan 378 calon spm sek ku dipaksa belajar seolah2 s
emua akan jadi doktor. Aku tahu sebahagian besar mereka tak berupaya. Sebab itu aku santaikan mereka. Akademik bukan segala. Mampu bermain 3D akan lebih berjaya. Dirty dificcult dangerous. Mereka inilah yg akan mengusir pati nanti. Murid enjoy ckg pun sama. Cuma ppd n jpn yg sentiasa mendakwa.
Yang ini kita betulkan. Sek jadikan pusat pembelajaran..mengenal dan mencari hidup. Yg berkrtrampilan berikan mereka peperiksaan utk memenuhi kerjaya. Yg lain sekadar menikmati pembelajaran. Ramai yg ada spm..tp sijilnya sekadar utk menutup lubang dinding yg retak di rumah.
Ye aku percaya sek tempat kita hilangkan stress. Percayalah. Baca kepimpinan segiovanni..lima kemahiran memimpin..insyallah sek akan terurus dgn baik.
Akhirnya..udah2le mengkritik. Lebih baik fikirkan apa yg baik utk bangsa. Tp nak fikir sgt pun..usia kita dah sangat senja..lebih baik beristighfar dan bersyukur dgn yg ada.
~ aku pernah syer ini bsama pegawai2 jpn d langkawi..rasanya ipin bakri mahlizan antara audiennya. 2016 aku d panggil buat talk masa persidangan mpsm kbgsaan di terengganu.
~ Doakan aku mampu menyumbang modul kasih sayang di tahun 2018. Dah siap..cuma tunggu masa diketengahkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan