Assalam warga psyarah KMS
Tempoh hari Dr Baiduriah telah beri amanat yang dibacakan oleh TP KMS
Eloklah diteliti pesanan dari ucapan itu. DB sudah menetapkan tiada lagi ranking antara kolej dan ranking antara pensyarah.
Kaji dan laksanakan *CoD, JITT, dan JITL*. Keperluan setiap pensyarah membuat nota kuliah sendiri, sediakan soalan dan jawapan tutorial / UPS / kerja kursus sendiri dan semua ini tidak boleh diselaraskan oleh unit atau kolej itu perlu diikuti dan dilaksanakan.
Bangunkanlah kesedaran dan kemampuan pelajar untuk belajar (beri kemahiran dan teknik belajar (termasuk kemahiran mengurus masa, kemahiran membuat nota, kemahiran untuk membuat mind map dsbnya itu) jika pelajar masih lemah perkara itu). *Jangan sekali-kali bagi nota kepada pelajar* (termasuklah nota rompong di mana pelajar mengisi tempat kosong dan juga mind map tidak boleh diberi kepada pelajar kerana mind map pun satu bentuk nota yang perlu dibuat sendiri oleh pelajar) kerana ini akan memusnahkan semua usaha penambahbaikan kualiti lulusan Matrikulasi.
Membuat nota itu adalah fundamental process yang perlu dilaksanakan oleh pelajar kerana ia memerlukan pelajar membuat rujukan kepada buku-buku yang disenaraikan. Fasa-fasa membuat nota (nota sebelum kuliah, nota semasa kuliah, nota selepas kuliah) itu selaras dengan prinsip SLT yang sangat ditekankan untuk membangunkan kemampuan pembelajaran sepanjang hayat (ini adalah garis panduan UNESCO).
Jika amalan membuat nota ini dilaksanakan dengan betul, pelajar yang mengamalkannya memang boleh menjadi jauh lebih baik daripada pelajar yang diberikan nota dan menghafal kandungan nota itu. Untuk melaksanakan proses membuat nota yang betul, setiap pensyarah perlu menyediakan dan mengedarkan sinopsis kursus, senarai buku rujukan dan perancangan harian untuk aktiviti PdP yang akan dilaksanakan sebelum permulaan kelas pertama.
Kemampuan setiap pelajar berbeza, jadi pencapaian akademik memang akan berbeza. Jadi jangan pula kita fikirkan semua orang boleh mendapat gred A atau B. Lagi pelik 100% A. Gred kelulusan pelajar perlu betul-betul mencerminkan kemampuan mengusai kemahiran dan kandungan pelajaran pelajar berkenaan.
Untuk merealisasikan tindakan pelajar, pensyarah tidak boleh membuat kelas tambahan kerana ini akan menganggu SLT pelajar. Hanya kelas gantian yang sangat perlu sahaja yang wajar dilaksanakan. Ini sebenarnya salah satu dasar Bahagian Matrikulasi.
Setiap pensyarah juga perlu mengikuti prinsip memberi kuliah yang betul. *Slaid / power point itu sepatutnya adalah talking points.* Pensyarah perlu secara lisan dan/atau berbantukan papan putih/hitam, video menghuraikan setiap point yang berkenaan.
Sesungguhnya spoon-feed memusnahkan masa depan bangsa dan negara. Matlamat utama pendidikan adalah untuk membentuk manusia supaya menjadi manusia yang berguna kepada majikan, bangsa dan negara; jika mereka di *spoon-feed* kebanyakan mereka hanya berguna kepada diri mereka sahaja dan tidak berguna serta menjadi beban kepada majikan, bangsa dan negara.
Renungan bersama
P/s--- ada satu kolej akan ditutup. Betul ke?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan