Assalamualaikum semua.
Siapa suka harta benda dia hilang kan? Saya nak share satu amalan yang di ijazahkan oleh guru pondok kami semasa mengaji di Pucong.
Kebanyakan dari kita ada harta benda yang berharga contoh kereta, motorsikal, laptop, telefon bimbit, dompet dan sebagainya. Tapi ramai dalam kalangan orang awam (kita) ada saja kes curi, hilang, samun dan sebagainya.
Perasan tak kes-kes seperti yang saya sebutkan di atas sangat sangat dan sangat jarang berlaku dekat tok-tok guru pondok? Sebab mereka ada amalan bagaimana nak jaga dan pelihara harta benda daripada niat jahat manusia. Apa amalan tu ?
Saya ambil contoh: kereta.
Caranya baca surah *Al-fatihah* (secara lafaz) memadai jika telinga sendiri dengar. Baca dari ayat pertama sampailah *إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ*
Lepastu berhenti sekejap. Niat dalam hati,
" Ya Allah peliharalah harta aku ini "
Sambil pegang stering atau body kereta, kemudian sambung ayat seterusnya sampai habis. Insya Allah harta kita dalam perlindungan Allah. Tak dicuri, tak hilang, tak akan disamun bahkan dijauhi daripada niat jahat manusia *DENGAN IZIN ALLAH*.
Maksud ayat *إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ*
"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan."
Saya ada kongsi amalan ni dengan kawan yang duduk rumah flat di Seksyen 6 Shah Alam, sebab dia kata kat situ kereta jiran asyik hilang, kalau tak hilang pun kena pecahkan cermin. Siapa pernah pi Seksyen 6, memang tahu kawasan perumahan dan flat situ agak gelap dan lampu jalan pun tak selalu nyala so tak hairan ramai orang nak jadi pencuri.
Masa sampai ayat *إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ*
kawan saya berniat,
"Ya Allah pelihara kereta aku ni, aku nak guna untuk pergi dan balik kerja cari rezeki".
Lepas dia amal dengan istiqamah, alhamdulillah dengan izin Allah sampai hari ini kereta dia masih ada dan berada dalam keadaan baik.
Macam mana Allah pelihara ? Wallahualam.
Semuanya atas kuasa Rabb. Kalaulah pokok, rumput, sungai, dan seluruh alam ini bertasbih tanpa henti memuji Allah pun kita yang manusia ini tak dibuka hijab untuk mendengar zikirnya alam inikan pula setakat Allah nak bagi tutup hijab si pencuri supaya mereka tak nampak langsung kereta kawan saya tu.
Semoga dengan ilmu yang dikongsi ini, pahala akan mengalir kepada guru pondok kami. Allahumma amin.
Sebarkanlah kepada keluargaserta kawan-kawan semua. In shaa Allah.
*AL BURAQ EXPRESS*
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Selasa, 8 Mei 2018
Rabu, 2 Mei 2018
Darwin
TEORI DARWINISME DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)
Setelah melihat blog kongres pendidikan, saya tertarik untuk berkongsi cerita dengan sahabat sekelian tentang sistem pendidikan di Malaysia secara umumnya. mungkin apa yang nak disampaikan ini, tidak terlalu memfokuskan subjek pendidikan Islam, namun saya menganggap ia suatu perkara menarik yang boleh dikongsi bersama.
Setahun yang lalu, saya telah mengambil subjek FSA3000 (Falsafah Sains)- UPM, ia adalah subjek elektif luar untuk kursus saya. Apa yang menariknya didalam kelas ini kami belajar tentang paradoks, perbandingan agama, serta teori Darwin. Untuk tugasan pertama kami, kami ditugaskan untuk membuat kesan teori Darwinisme dalam sistem pendidikan di Malaysia.
TEORI DARWIN
Teori Darwin atau Teori Evolusi merupakan falsafah tentang bagaimana asal usul kejadian manusia. Teori ini menggagaskan kejadian alam ini terjadi 'by accident'. Bermula dari satu sel dan berevolusi menjadi suatu makhluk yang lebih sempurna. Sebagai contoh, satu sel berevolusi menjadi ikan, seterusnya berevolusi lagi menjadi makhluk berkaki empat, kemudian berevolusi menjadi menjadi makhluk berkaki dua dan akhirnya menjadi manusia yang sempurna. Namun begitu, teori ini dapat disangkal menggunakan Hukum Termodinamik ke 2.
Bagi sesiapa yang megetahui tentang teori ini, mereka akan mengenali siapa "Ota Benga" yang menjadi mangsa kepada pembuktian teori ini.Teori inilah yang digunapakai didalam sistem pendidikan kita di Malaysia. Ia bukan sahaja diaplikasi didalam subjek Biologi tetapi semua subjek yang kita pelajari. Mungkin ada yang hairan, mengapa saya berkata begitu.
APA YANG DIGAGASKAN OLEH TEORI EVOLUSI
1- Gagasan yang paling besar ialah MENIDAKKAN KETUHANAN didalam kehidupan manusia.
2- Didalam teori ini, 'survival' merupakan pillar utama untuk memastikan
keberlangsungan sesuatu makhluk. Jika siapa kuat, akan mengalahkan yang lemah,
yang besar akan mengalahkan yang kecil.
KAITAN TEORI DARWIN DIDALAM PEMBELAJARAN DIMALAYSIA
Melalui gagasan yang saya tuliskan, kita dapat melihat kesemua subjek yang diajarkan disekolah tidak mengaitkan dengan ketuhanan. Tidak pernah kita melihat kesimpulan daripada hasil pembelajaran biologi mengarah kepada kuasa ketuhanan. Begitu juga subjek fizik, kimia dan 'related science' yang lain. Apatah lagi didalam subjek seperti ekonomi, sejarah, geografi dan lain-lain.
Pendidikan yang tidak berteraskan ketuhanan akan menyebabkan penuntutnya tidak mempunyai roh terhadap apa yang dipelajari. Apa yang berlaku didalam sistem pembelajaran adalah menghabiskan silibus, menghafal fakta, menganalisis, membuat perbandingan dan menyelesaikan segala tugasan yang diberikan kepada mereka. Tidak ada langsung elemen peningkatan iman terhadap subjek yang dipelajari.
Hasilnya yang berlaku didalam pendidikan ialah lahirnya pelajar yang berdisiplin tetapi tidak berakhlak. Sebagai contoh, pelajar sekolah yang berdisiplin tidak akan merokok disekolah kerana ada undang-undang yang membatasi mereka, tetapi apabila berada diluar sekolah mereka akan merokok kerana tidak wujud undang-undang tersebut. Begitu juga pelajar perempuan menutup aurat disekolah, tetapi membuka tudung apabila berada diluar. Inilah bezanya berdisiplin dan berakhlak.
Berdisiplin hanya akan berlaku bilamana berada ditempat yang telah ditetapkan undang-undangnya, manakala berakhlak akan berlaku bila-bila masa, dimana sahaja samada dalam keadaan berseorangan mahupun secara ramai. Pelajar berakhlak tetap tidak akan melakukan perkara yang melanggar hukum dan undang-undang kerana apa yang dilakukannya bukan kerana manusia tetapi telah sampai kepada tahap yang lebih tinggi iaitu ketuhanan.
Didalam teori kedua menggagaskan teori 'survival' dimana yang kuat akan mengalahkan yang lemah dan besar akan mengalahkan yang kecil. Jika kita melihat didalam kehidupan hari ini, contohnya didalam skop ekonomi kapitalisme, syarikat gergasi akan menguasai sistem ekonomi sehinggakan pengusaha kecil tidak akan mendapat tempat didalam dunia perniagaan. Begitu juga negara-negara besar yang berkuasa sering menyerang negara kecil dan lemah, orang yang berkuasa seperti pemimpin negara akan menzalimi rakyat. Semua yang berlaku ini adalah hasil fahaman Teori Darwin @ Teori evolusi. Mungkin point kedua ini tidak menjadi unsur utama didalam sistem pendidikan yang dibincangkan tetapi sekadar perkongsian untuk kita semua.
KESIMPULAN
Perlu difahami disini, bahawa Teori Darwin @ Teori evolusi bukanlah suatu falsafah yang tidak ada kepentingan kepada sesiapa, tetapi merupakan barah kepada permulaan kehidupan manusia. Secara sedar atau tidak kita telah melalui semua sistem ini dan melihat sendiri segala yang berlaku adalah berpunca teori ini. Sekian.
RUJUKAN
http://www.harunyahya.com/
Kongrespendidikan.blogspot

Sabtu, 28 April 2018
توكل
Riwayat lain, terdapat seorang soleh yang sedang berjalan di tengah-tengah padang pasir. Kemudian datang Syaitan menggodanya: “Di padang pasir ini tiada orang lain dan tiada yang subur di sini. Engkau akan mati di sini kerana tidak membawa bekalan”.
Akan tetapi, beliau tidak goyah sedikitpun mendengar godaan Syaitan itu, bahkan beliau mengambil jalan yang tidak biasa dilalui orang dengan tujuan tidak mahu mengambil apa-apa dari orang lain dan tidak mahu mamakan apa sekalikpun.
Dalam hati, beliau berkata: “Aku tidak makan apa-apa keuali jika ada orang memasukkan ke dalam mulutku samin dan madu”.
Kemudian, beliau terus menyimpang dari jalan yang sebenar seorang diri. Kemudian, beliau mengatakan: “Lama sungguh aku berjalan. Tiba-tiba aku melihat seorang kafilah yang tersesat jalan.
Maka, agar dia tidak melihatku, akupun merebahkan diri ke tanah. Tetapi Allah mentakdirkan sebagai lain iaitu kafilah itu berjalan ke arahku sehingga dia menemui aku dalam keadaan terbaring. Lalu, aku memejamkan mata, tetapi dia mendekati aku dan berkata: “Kasihan orang ini, terkandas dalam perjalanan.
Dia pengsan kerana kelaparan dan kehausan. Biar aku masukkan ke dalam mulutnya samin dan madu kerana kalau makanan keras, mungkin akan membahayakan dirinya. Dengan madu dan samin, mudah-mudahan dia dapat segera sembuh dari pengsan”. Kemudian orang itupun berusaha memasukkan ke dalam mulutku samin dan madu.
Aku menutup mulut rapat-rapat. Ternyata, orang itu tidak kehabisan akal, dia membuka mulutku secara paksa dengan pisau. Lalu, aku tertawa... Menyaksikan keadaan itu, dia bertanya kepadaku: “Gilakah engkau? Tadi aku lihat engkau tergolek pengsan, tatapi kini engkau tertawa, gilakah engkau?” Aku jawab: “Tidak! Aku tidak gila... Alhamdulillah.
“Kemudian aku ceritakan kepadanya tentang apa yang aku alami dari awal (ketika aku digoda Syaitan), hingga dia menemui aku. Dia merasa hairan mendengar ceritaku”.
Demikianlah orang yang bertawakal kepada Allah, mendapat rezeki tanpa disangka. Semua itu adalah aturan Allah. Salah seorang guru kami mengatakan: “Tatkala aku menuju sebuah masjid yang terpencil dengan tidak membawa sebarang bekalanpun sebagaimana kebiasaannya para wali, aku telah digoda oleh Syaitan katanya: “Masjid yang engkau tuju ini jauh dari orang ramai. Alihkan tujuan kamu ke masjid yang berada di tengah-tengah desa, nescaya engkau akan mendapat makanan”.
Dalam hati, aku berkat: “Tidak, aku akan tidur di masjid terpencil itu. Aku bersumpah tidak akan makan kecuai halwa (manisan) . Dan aku juga tidak akan makan, kecuali disuap sesuap demi sesuap”. Kemudian, aku solat Isyak dan mengunci pintu masjid. Di tengah malam, ada seseorang mengetuk pintu sambail membawa obor.
Lama orang itu mengetuk pintu. Setelah aku buka, aku lihat seorang nenek bersama seorang pemuda berdiri di depan pintu. Lalu mereka masuk dan meletakkan sebuah piring berisikan kuih di hadapanku. Kemudian, nenek itu berkata kepadaku: “Pemuda ini anakku dan aku membuat kuih ini untuknya.
Tetapi oleh kerana terdapat sedikit perselisihan faham antara kami berdua, maka dia bersumpah tidak mahu memakannya kecuali disertai seorang pembantu yang berada di masjid”. Lalu, sambil mempersilakan, dia menyuap aku secara bersilih ganti dengan anaknya. Demikian seterusnya, sehingga kami kenyang. Setelah itu, merekapun pulang dan aku menutup pintu dengan perasaan yang penuh kehairanan”.
Begitulah Allah mengatur rezeki seseorang dan ini cuma sebahagian kecil dari sekian banyak contoh mengenai orang yang kuat hatinya melawan godaan Syaitan. Semua itu merupakan contoh perjuangan para solihin yang melawan Syaitan dan hawa nafsau.

Isnin, 23 April 2018
Sampah
KISAH GURU DI MAKI HAMUN.
By Afandi Nasir
Seorang lelaki yang berbeza fahaman dengan seorang guru mengeluarkan kecaman dan kata-kata kasar, meluapkan kebenciannya kepada sang guru.
Sang guru hanya diam, mendengarkannya dengan sabar, tenang dan tidak berkata apa pun.
Setelah lelaki tersebut pergi, si murid yang melihat peristiwa itu lalu bertanya, "Mengapa guru diam sahaja tidak membalas makian lelaki tersebut?"
Beberapa saat kemudian, maka sang guru bertanya kepada si murid,
*"Jika seseorang memberimu sesuatu, tapi kamu tidak mahu menerimanya, lalu menjadi milik siapakah pemberian itu?"*
*"Tentu sahaja menjadi milik si pemberi." jawab si murid.*
"Begitu pula dengan kata-kata kasar itu." balas sang guru.
"Kerana saya tidak ambil endah dengan kata-kata itu, maka kata-kata tadi akan kembali menjadi miliknya. Dia harus menyimpannya sendiri. *Dia tidak menyedari, kerana nanti dia harus menanggung akibatnya di dunia bahkan di akhirat; kerana aura negatif yang muncul dari fikiran, perasaan, perkataan, dan perbuatan hanya akan membuahkan penderitaan hidup."*
Kemudian, sang guru meneruskan kata-katanya, "Sama seperti orang yang ingin mengotori langit dengan meludahinya. Ludah itu hanya akan jatuh mengotori wajahnya sendiri. Demikian halnya, *jika di luar sana ada orang yang marah-marah kepadamu... Biarkan sahaja… Kerana mereka sedang membuang SAMPAH HATI mereka. Jika engkau diam sahaja, maka sampah itu akan kembali kepada diri mereka sendiri, tetapi kalau engkau hiraukan, bererti engkau menerima sampah itu."*
*"Hari ini begitu banyak orang di jalanan yang hidup dengan membawa sampah di hatinya (sampah kekesalan, sampah amarah, sampah kebencian, ego dan sebagainya).*
Oleh itu, *jadilah kita seorang yang BIJAK bukan SAMPAH."*
Sang guru meneruskan *nasihatnya :*
"Jika engkau tak mungkin memberi, *janganlah mengambil."*
"Jika engkau terlalu sulit untuk mengasihi, *janganlah membenci."*
"Jika engkau tak dapat menghibur orang lain, *janganlah membuatnya bersedih."*
"Jika engkau tak mampu memuji, *janganlah mengeji."*
"Jika engkau tak dapat menghargai, *janganlah menghina."*
"Jika engkau tak suka bersahabat, *janganlah bermusuhan."*
*Kalam Ulama*
#Perkongsianuntukkitasemua
#SharingisCaring👌🏻👌🏻👌🏻

Sabtu, 21 April 2018
المِلَا يُو
KISAH ASAL MELAYU...
DARI KITAB SHEIKH DAUD AL FATANI....
"Kisah Kerajaan Kedah Tua Melalui Kalam Ulamak Amalan Pusaka Khalifah Wali Islam "
Bukan Melalui Sarjana Barat...
Kedatangan Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi Yamani Bersama 11 Sahabatnya Yang Lain Di Puncak Gunung Jerai,Kedah Darul Aman
Kisah Yang Diceritakan Oleh Tuan Guru Syekh Ahmad Junaidin,seperti yang
di ceritakan oleh Syekh Mahmud Nasri Usmani(Anak Murid Tok Kenali) seperti yang di ceritakan oleh Sultan Badlishah Kedah terdahulu pada Tuan Guru seperti yang ditulis di dalam beberapa Buku@Kitab,Ceramah Kuliah Tuan Guru kepada Murid-Muridnya di dalam Jemaah Abjad dan Warga Melayu.
Sejarah PengIslaman Penduduk Di Tanah Melayu Oleh Syekh Abdullah Al Qumairi melalui Pengislaman Raja Phra Ong Mahawangsa :
Islam bermula apabila Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani menghantar 12 orang muridnya yang diketuai oleh Sayyid Syeikh Abdullah Bin Abdul Qumairi daripada Baghdad ke Gunung Jerai pada kadar satu langkah dalam waktu zohor
Melalui Perjalanan Lipat Bumi Yakni Karamah Yang Dizahirkan Oleh Allah dengan Satu Langkah atau seperti Pegerakkan Tikar atau Karpet yang di gulung
Azan yang pertama dilaungkan di Puncak Gunung Jerai pada Waktu Zohor.
5 kali Azan, Asar,Magrib,Isyak dan Subuh.
Selepas Azan Zohor ke -2
Sayyid Syeikh Abdulah Al Qumairi menghadap Raja Phra Ong Mahawangsa di Istana Bukit Meriam(Lembah Bujang)
Mereka tidak melakukan apa apa serangan dan hanya mengambil tempat Uzlah selama 40 hari dan tidak secara tergesa gesa untuk melakukan kerja mengislamkan Raja Phra Ong Mahawangsa
Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi dan 11 Sahabatnya mengambil Tapak Langkahan Hulubalang dan Kafiat Adab sebagai Persiapan menentang Ilmu Istidraj oleh Raja Phra Ong Mahawangsa
Raja Phra Ong Mahawangsa beserta Sami saminya dan kesemua Puak yang disebut tadi menyerang Sayyid Syeikh Abdulah Al Qumairi dan 11 Orang Sahabatnya dengan segala bentuk Sihir dan Silap Mata melalui Latihan Pertahanan Diri,Perbomohan,dan lain-lain cara.
Agama yang dianuti ketika itu adalah Hindu dan Budha atau Sembahan Permujaan Patung dan Kepercayaan Animisme yang lain
Raja Phra Ong Mahawangsa juga menjemput Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi Yamani ke dalam Istana dan mempamerkan ilmu Istidrajnya namun berjaya di patahkan oleh Sayyid Syekh Abdullah Al Qumairi dengan Langkah Gerak Hulubalang yang di zahirkan oleh Allah kepadanya (Seumpama Kisah Nabi Musa Menentang Sihir Pengikut Firaun)
Kesemuanya itu tidak memberi bekas dan hasil.
Akhirnya Raja Phra Ong Mahawangsa dan Bala Tenteranya datang menghadap Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi dan bertanya kepada Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi :
Apakah yang Tuan Pakai ?
(Raja Phra Ong Mahawangsa Menyangkakan Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi mengamalkan Ilmu Sihir sepertinya)
Kami jumlah yang besar kalah dengan kamu jumlah yang kecil !
Sayyid Abdullah Al Qumairi menyebut Islam !
Apabila ditanya Apa itu Islam?
Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi menghuraikan dengan Panjang Lebar...
Raja Phra Ong Mahawangsa terus menerima Islam sebagai Agama melalui Ucapan "Talqin Syahadah" dan memerintahkan Pembesar-pembesarnya menerima Agama Islam.
Apabila Raja masuk Islam,Pembesar Pembesar pun turut masuk Islam diikuti Rakyat Jelata.
Mereka datang dengan Tempayan dan Gelas untuk menjamu Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi.Akhirnya Raja Phra Ong Mahawangsa perintah Tempayan dan Gelas dimusnahkan kecuali mangkuk kaca Baginda yang di cuci bersih dan dihadiahkan kepada Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi .
Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi pun menyebut
هذا قدح دار الأمن
Haza Qodah Darul Aman
بلدة طيبة ورب غفور
Negeri yang Baik(nyaman) dan Aman sedang (Tuhanmu) adalah Maha Pengampun
(Surah Sa"ba -15)
Negeri Kedah Dinamakan Sempena Bekas Minuman Arak Yang Selalu Diminum oleh Raja Phra Ong Mahawangsa dan Bekas itu kemudian di pecahkan oleh Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi lalu hari itu disebut perkataan "Haza Qodah Darul Aman" iaitu Negeri Yang Aman Bebas Segala Jenis Syirik,Kufur,Kafir,Munafik dan Murtad dan segala Jenis Perbuatan Thoghut setelah menerima Islam..
Perkataan Gelaran Al Mala U (Melayu) telah diberikan oleh Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi kepada Penduduk Kedah ketika itu yang ada pelbagai warna kulit dan keturunan yang terdiri dari Arab,Parsi,India,China,Monggolia dan 24 Jenis keturunan
Gelaran Al Mala U bermaksud Bangsa Yang Menerima Agama Islam (Bangsa Yang Beragama)
Juga digelar Ahli Jawi Jadid kerana menulis Tulisan Jawi dan bertutur dalam Bahasa Melayu
Nama Raja Phra Ong Mahawangsa kemudian ditukar kepada Raja Muzaffar Syah dan berguru kepada Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi kemudian diarahkan Pembinaan Menara Masjid di Puncak Gunung Jerai.(Menara Azan Tertinggi di Asia Tenggara Kerana Berada Di Puncak Gunung Jerai )
Sayyid Syekh Abdullah Al Qumairi adalah Guru Murabbi paling Kanan kepada Sultan Auliak Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani
Ketika Pembinaan Menara Puncak Gunung Jerai Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi jatuh Sakit lalu Wafat
Setelah itu Sultan Auliak Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani Guru kepada Sayyid Syeikh Abdullah Qumairi telah datang melawat Puncak Gunung Jerai dan kemudian telah Melantik Raja Phra Ong Mahawangsa dengan memakai Gelaran Sultan (Yang Pertama Di Alam Melayu)
Sultan istilah Bahasa tanpa Menuntut Jawatan Khalifah
Sultan juga bermaksud Ketua@Pemimpin kepada Orang Beriman
Wilayah yang berada di Wilayah Sultan dan Kerajaan Taklukkannya secara Automatik menjadi Wilayah Bangsa Al Mala U atau Milik "Islam Melayu Melayu Islam"
Dikatakan juga pada Tahun 1187 Masihi Tentera Al Mala U yang berpusat di Kedah telah menghantar 10 Ribu bala Tentera untuk membantu Sultan Salehudin Al Ayubi pada Misi Perang Salib ketiga di BaitulMaqdis dan hasilnya mereka berjaya merampas BaitulMaqdis(Tak pernah dinyatakan dalam Sejarah)
Pandangan Syekh Ahmad Fatani mengenai Bangsa Al Mala U
" al-Malayuwiyah itu dibangsakan kepada Milayu, dengan baris di bawah (kasrah) huruf Mim, atau baris di atas (fathah) dan baris depan (dhammah) huruf Ya", takrif yang diberikan bererti menurut dialek Arab dibunyikan dengan perkataan "mi" (Mi-layu) atau "ma" (Ma-layu) sedangkan dalam dialek Melayu sendiri ialah "me" (Me-layu)"
Negeri Melayu itu terletak di antara negeri India dan Cina. Adalah alam Melayu itu terdiri dari kebanyakan pulau yang terpencar-pencar atau terpisah-pisah. Pakar/ ahli ilmu geografi mengibaratkan bahawa alam Melayu itu adalah sebahagian daripada negeri-negeri India-Cina.
"Orang-orang Hijaz/Arab dan selain mereka menamakan Melayu dan bangsa-bangsa di wilayah-wilayah itu dengan sebutan "Jawah", iaitu satu golongan manusia di satu pulau yang besar di sana. Orang Melayu bukanlah daripada orang Jawa.
"Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan/mudah daripada bahasa-bahasa penduduk wilayah-wilayah itu. Sebab itulah kebanyakan orang Hijaz/Arab memakai menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan dengan bangsa-bangsa tersebut, yang berlainan bahasa mereka dengan bahasa Melayu.
"Bangsa Melayu itu adalah bersifat ikhlas, lemah lembut, lunak, berperibadi sopan. Mereka memiliki kehormatan yang sopan, menguasai pembaikan pertukangan, menerima pemodenan teknologi, mereka memperoleh pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kecemerlangan kefahaman padanya.
"Bangsa Melayu mempunyai kedaulatan-kedaulatan yang besar, maka kekuasaan-kekuasaan kafir telah menipu daya mereka."
Sumber Kitab Hadiqatul Azhar
"Digelarnya mereka ini kumpulan atau kelompok Melayu kepada mereka yang tinggal di Wilayah Kepulauan Melayu yang bermula di Utara Segeting Kera Thailand dan Timurnya di Filipina,dan Selatannya di Sempadan Australia,dan hingga di Kepulauan Madagascar"
- Syeikh Ahmad Junaidin
"Islam Melayu Melayu Islam"
Walahualam
Pengasas Majlis Haul Akbar Syeikh Abdullah Al Qumairi dan Himpunan Bani Jawi SeNusantara
Kita orang melayu, kalau lupakan jasa Syeikh Abdullah Al Qumairi kita memang manusia yang tak pandai mengenang budi, Orang kedah khususnya mesti kena kenal siapa Syeikh Abdullah Al Qumairi dan Sultan Muzaffar Shah 1 dah kenal kena selalu selalulah ziarah dan hadiahkan Al Fatihah... mereka adalah asbab Datuk nenek kita menerima ISLAM - Ym Ayahanda Dato' Hj Hashim Ismail An Naqsyabandi
#TerimaKasihAyahdanGuru

Langgan:
Catatan (Atom)