Sabtu, 28 April 2018

توكل

Riwayat lain, terdapat seorang soleh yang sedang berjalan di tengah-tengah padang pasir.  Kemudian datang Syaitan menggodanya:  “Di padang pasir ini tiada orang lain dan tiada yang subur di sini.  Engkau akan mati di sini kerana tidak membawa bekalan”. 

Akan tetapi, beliau tidak goyah sedikitpun mendengar godaan Syaitan itu, bahkan beliau mengambil jalan yang tidak biasa dilalui orang dengan tujuan tidak mahu mengambil apa-apa dari orang lain dan tidak mahu mamakan apa sekalikpun.

 Dalam hati, beliau berkata:  “Aku tidak makan apa-apa keuali jika ada orang memasukkan ke dalam mulutku samin dan madu”.
Kemudian, beliau terus menyimpang dari jalan yang sebenar seorang diri.  Kemudian, beliau mengatakan:  “Lama sungguh aku berjalan.  Tiba-tiba aku melihat seorang kafilah yang tersesat jalan. 

Maka, agar dia tidak melihatku, akupun merebahkan diri ke tanah.  Tetapi Allah mentakdirkan sebagai lain iaitu kafilah itu berjalan ke arahku sehingga dia menemui aku dalam keadaan terbaring.  Lalu, aku memejamkan mata, tetapi dia mendekati aku dan berkata:  “Kasihan orang ini, terkandas dalam perjalanan.

 Dia pengsan kerana kelaparan dan kehausan.  Biar aku masukkan ke dalam mulutnya samin dan madu kerana kalau makanan keras, mungkin akan membahayakan dirinya.  Dengan madu dan samin, mudah-mudahan dia dapat segera sembuh dari pengsan”.  Kemudian orang itupun berusaha memasukkan ke dalam mulutku samin dan madu.

 Aku menutup mulut rapat-rapat.  Ternyata, orang itu tidak kehabisan akal, dia membuka mulutku secara paksa dengan pisau.  Lalu, aku tertawa... Menyaksikan keadaan itu, dia bertanya kepadaku:  “Gilakah engkau?  Tadi aku lihat engkau tergolek pengsan, tatapi kini engkau tertawa, gilakah engkau?”  Aku jawab:  “Tidak!  Aku tidak gila... Alhamdulillah. 

“Kemudian aku ceritakan kepadanya tentang apa yang aku alami dari awal (ketika aku digoda Syaitan), hingga dia menemui aku.  Dia merasa hairan mendengar ceritaku”.
Demikianlah orang yang bertawakal kepada Allah, mendapat rezeki tanpa disangka.  Semua itu adalah aturan Allah.  Salah seorang guru kami mengatakan:  “Tatkala aku menuju sebuah masjid yang terpencil dengan tidak membawa sebarang bekalanpun sebagaimana kebiasaannya para wali, aku telah digoda oleh Syaitan katanya:  “Masjid yang engkau tuju ini jauh dari orang ramai.  Alihkan tujuan kamu ke masjid yang berada di tengah-tengah desa, nescaya engkau akan mendapat makanan”.

  Dalam hati, aku berkat:  “Tidak, aku akan tidur di masjid terpencil itu.  Aku bersumpah tidak akan makan kecuai halwa (manisan) .  Dan aku juga tidak akan makan, kecuali disuap sesuap demi sesuap”.  Kemudian, aku solat Isyak dan mengunci pintu masjid.  Di tengah malam, ada seseorang mengetuk pintu sambail membawa obor. 

Lama orang itu mengetuk pintu.  Setelah aku buka, aku lihat seorang nenek bersama seorang pemuda berdiri di depan pintu.  Lalu mereka masuk dan meletakkan sebuah piring berisikan kuih di hadapanku.  Kemudian, nenek itu berkata kepadaku:  “Pemuda ini anakku dan aku membuat kuih ini untuknya. 

Tetapi oleh kerana terdapat sedikit perselisihan faham antara kami berdua, maka dia bersumpah tidak mahu memakannya kecuali disertai seorang pembantu yang berada di masjid”.  Lalu, sambil mempersilakan, dia menyuap aku secara bersilih ganti dengan anaknya.  Demikian seterusnya, sehingga kami kenyang.  Setelah itu, merekapun pulang dan aku menutup pintu dengan perasaan yang penuh kehairanan”.

Begitulah Allah mengatur rezeki seseorang dan ini cuma sebahagian kecil dari sekian banyak contoh mengenai orang yang kuat hatinya melawan godaan Syaitan.  Semua itu merupakan contoh perjuangan para solihin yang melawan Syaitan dan hawa nafsau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan