Rabu, 13 Jun 2018

Poligami raya

Bini tua bini muda,
Mana kan sama bini nombor tiga,
Mari bermaafan sesama kita,
Di pagi Aidil Fitri yang mulia.

Jangan ditolak rezeki yg datang,
Apatah lagi rezeki berkahwin lagi,
Hari raya bakal menjelang,
Puasa ditinggal wajarlah ganti.

Anak dara seindah rupa,
Hebat lagi kuasa jandanya,
Kalau tuan tidak puasa,
Jangan nak bermegah berhari raya.

Berpoligami banyak risikonya,
Tambahkan ilmu di dada seadanya,
Jangan hanya bersalam saja,
Duit raya dan angpau turutlah serta.

Gadis bertudung indah ditenung
Jika berkenan jumpalah ibu bapanya,
Bila memandu pulang ke kampung,
Berhati-hatilah di jalan raya.

Berkahwin 4 memanglah hebat,
Silap langkah boleh kena lipat,
Nak hantar kad raya dah tak sempat,
Pakai msg pun kira ok what?

Wahai kawan2 gagah perkasa,
Sudilah membantu wanita yg dah berusia,
Maaf andai terkasar bahasa,
Saya ucapkan Selamat Hari Raya!!

Andai kata di sepanjang persahabatan kita ada terkasar bahasa, segala makan minum, umpat2 blkg, harap dihalal & dimaafkan...😂😂😃😃😍😍

SELAMAT HARI RAYA
AIDIL FITRI...
MAAF ZAHIR BATIN...

character ethics

Kebetulan harini saya masih belum bercuti, dan ofis pun dah kosong, semua dah mood raya. Jadi saya spend masa saya untuk membaca buku 7 Habits of Highly Effective People karangan Stephen R Covey. Buku ni dah lama dah, penulis pun sudah meninggal dunia.

Pandangan saya tertancap pada penulisan beliau tentang Personality Ethics vs Character Ethics.

Character Ethics: Integrity, Fidelity, Morality, Courage, Humility, Modesty.. etc.

Personality Ethics: Positive thinking, Communication Skills, Influencing strategies, personality growth etc.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Masyarakat kita ada socially acceptable standard yang tersendiri, betul kan? Selalunya ia dibina berasaskan kepercayaan dan persepsi kita, apakah itu kejayaan. Maka sesiapa yang telah mencapai social standard yang kita bina, di situlah tandanya seseorang itu mencapai kejayaan.

Contoh social standard yang kita bina ialah
i. Kalau dapat straight A dalam peperiksaan besar, maknanya anak-anak kita pandai
ii. Kalau anak-anak/pelajar boleh bercakap di hadapan khalayak, mereka berani
iii. Kalau baby dah boleh berjalan umur 1 tahun, kira baguslah tu, kalau lambat berjalan, lambat bercakap, baby tu lembam dan slow
iv. Umur 6 bulan, baby patutnya dah tumbuh gigi.
v. Kalau masuk universiti, barulah dikira berjaya
Vi. Kalau anak dara umur 30 tak kahwin lagi, dikira anak dara tua

Oleh itu sebagai ibu bapa dan pendidik, sekiranya kita melihat kepada perlunya kita mendidik/nurture anak ini untuk mencapai social standard tersebut, kita akan cari cara bagi anak-anak kita/pelajar kita mencapai standard tersebut. Sebagai contohnya, kalau tak cukup pandai, kita hantar pergi tuisyen. Nak bagi business berjaya, kita belajar positive thinking, kemahiran pengucapan supaya kita dapat 'goreng' dan berjaya. Kita pergi belajar cara nak influence others supaya apa yang kita cakap akan diterima pakai. Lepas tu, kita psycho anak kita dan macam-macam lagilah supaya mereka berjaya.

Tapi kadang-kadang, apa yang kita harapkan kita tak dapat, maka kita akan jadi 'frustrated', terutamanya bila berkait dengan nak didik anak-anak ni. Bila anak-anak tak capai standard yang kita nak, sebelum dia ready untuk berubah, maka kita sendiri sebagai mak ayah yang akan rasa gelisah dan resah.

Tetapi sekiranya, kita menekankan character ethics sebagai penanda aras kejayaan (sepertimana yang ditekankan 150-200 tahun yang dulu), Insha Allah kita tak akan cepat frust dengan anak kita atau anak didik kita- personality ethics ini cuma masuk dalam literature selepas WW1, sebagai resipi kejayaan- sebab itulah kita nampak ramai je orang Amerika sekarang ni jadi motivator terkenal etc nak promosikan personality ethics ini.

As long as anak kita have a correct fundamental, we let them grow by themselves, but first we are clear with our deep motives. We should believe that each and everyone of us, have their own 'time' to have personal growth, but most importantly, anak-anak ini dididik dengan character ethics yang sepatutnya. We should also learn to defy the social standard, kerana Insha Allah, anak-anak ini, sekiranya ada character ethics nya, one day they will reach that standard, even they can go beyond this standard.

Stephen R Covey tidak menafikan keperluan personality ethics, akan tetapi ia bukanlah keperluan utama, it is only a secondary needs after character ethics.

Bila baca buku ni, banyak benda kena refleksi diri. It is not that our kids has to change first, it is us who have to change ourselves first.

And it takes time to build this character ethics, which is why it is very important even at primary school to be looking at this, more important than everything else.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua!

M Tazli Azizan
Seri Iskandar, Perak

Sabtu, 9 Jun 2018

Sebelum balik kampung

Sebelum balik kampung:

1. Cabut semua 🔌 kat dinding except fridge.
2. Buang sampah.
3. Jgn biar baju tersidai diluar.
4. Double triple check fan & lampu.
5. Kosongkan sink.
6. Bawak toiletteries.
7. Semat butang baju Melayu.
8. Pin brooch dibeg.
9. Sampin
10. Charger phone.
11. Duit & sampul raya.
12. Sebelum keluar baca al Fatihah, ayat Kursi, Bismillahillazi.Berniat ziarah, niat menjadikan perbuatan kita ibadah.
13. Niat Nak buat Jamak Qasar.
14. Jgn kelam kabut n marah2, jgn over happy.
15. Lapang dada & solat/baca doa musafir.
16. Tinggalkan rumah dgn tawakkal Allah menjaganya.
17. Pastikan semua ahli keluarga masuk kereta. Jgn tertinggal isteri/suami.
18. Top up siap2 touch n go, no more tambah nilai lanes.
19. Sentiasa kira cukup bilangan anak, esp di RnR (Pesanan Dr Abdul Jalil Omar)

*Selamat Pulang ke kampung*
Bawa kenderaan dengan iman.

Buka puasa

BERBUKA YANG MENDAPAT MURKA

1.    Jika kita bercadang berbuka di luar seperti kedai atau mall bersama keluarga atau kawan, pastikan di kawasan tersebut terdapat kemudahan ruang solat berdekatan.

2.    Andai mudah untuk kita lakukan solat di tempat tersebut, dan anggaran berbuka kita cuma sekitar 20 minit tempohnya (boleh sambung balik lepas solat), silakan.

3.    Kalau kita rasakan tempat tersebut tiada atau sukar didapati tempat solat, dan makanan berbuka yang dirancang agak berat, saya cadangkan untuk berbuka dahulu dengan kurma atau apa-apa yang ringan sahaja dahulu, dan tunaikan solat maghrib, baru pergi keluar makan di kawasan yang dirancangkan.

4.    Bulan Ramadan ini kita dapati mana-mana restoran termasuk di mall-mall selalu penuh ketika berbuka sehingga perlu ditempah dahulu tempatnya.
Ramai yang memesan juadah berbuka yang berat, lalu mengambil masa yang lama untuk menghabiskan hidangan berbuka sehingga terlalu melewatkan solat maghrib.
Pukul 8.10 (hampir sejam selepas waktu berbuka) pun masih ramai yang berat punggung lagi!
Belum lagi untuk mencari surau yang entah di mana.

5.    Ada yang makan dan bersembang habis-habisan, kemudian solat maghrib sipi-sipi sebelum Isyak.
Ini bukanlah erti hadis “dahulukan makanan yang dihidang dari solat”!

6.    Ada juga yang sampai habis waktu maghrib, makan-sembang tak habis-habis lagi!

7.    Bila puasa menjadi bulan berpesta makan dan hanya sekadar adat, inilah hasilnya.
Sakan berbuka rukun Islam ketiga, rukun kedua diabaikan.
Sedangkan syariat berpuasa demi menjadikan kita hamba Allah yang lebih bertaqwa, bukan menghabiskan waktu berbuka sambil leka tertawa!

* Orang yang berpuasa seharusnya mendapat dua kegembiraan: Ketika berbuka & ketika bertemu dengan Sang Pencipta.
Jangan pula kita hanya gembira berbuka, namun kelak berduka mendapat murka!

Oleh: Dr Kamilin Jamilin

Jumaat, 8 Jun 2018

Jad

Fokus Utama

Jadullah Qur'ani (Jad --- nama asal Yahudi) memeluk Islam tanpa orang yang menarik beliau untuk memeluk Islam tersebut berkata-kata kepadanya sebaliknya berbuat.

Jadullah meninggal dunia pada Tahun 2003 setelah 30 tahun mengIslamkan 6 juta penduduk Kristian Benua Afrika termasuk Selatan Sudan, Uganda (fokus Suku Zulu), Kenya. Kisah hidup Jad telah difilemkan di Perancis "Monsieur Ibrahim et Les Fleurs du Coran (Ibrahim dan Bunga-Bunga Qur'an)."

____________________________________

(Daripada Whatsaap saya, Jun 5, 2018)

*KISAH JAD, ANAK YAHUDI*
(Kisah benar)

*Jad* kanak-kanak berusia 7 tahun pada tahun 40an tinggal bersama keluarganya di salah sebuah apartment di sebuah kota di Perancis. Beliau lahir daripada keluarga Yahudi yang taat dan berpendidikan tinggi. Ibunya adalah Profesor di universiti terkemuka di Perancis.

Di satu sudut basement apartment tersebut ada sebuah kedai kecil "serba lengkap" yang menjadi tempat bagi warga sekitar membeli keperluan harian mereka termasuk keluarga *Jad.* Kedai tersebut milik seorang yang berasal dari Turki, *Ibrahim*, 67 tahun; seorang yang sangat sederhana, bukan orang yang berpendidikan tinggi.

*Jad* yang masih kanak-kanak hampir setiap hari membeli di kedai tersebut. Bila berbelanja, biasanya tanpa pengetahuan *Ibrahim* Jad mengambil sebatang coklat. Satu hari Jad terlupa mengambil (mencuri) coklat tersebut.

Ketika hendak keluar meninggalkan kedai tersebut *Ibrahim* memanggilnya dan berkata: *"Jad* kamu lupa sesuatu, Nak." *Jad* terus memeriksa barang yang telah dibeli tetapi tidak ada suatu pun yang dia lupa semuanya ada.

_"Bukan itu,"_ kata *Ibrahim. _"Ini."_ Sambil memegang coklat yang biasa diambil *Jad*. Tentu sahaja *Jad* terkejut dan ketakutan. Takut sekiranya *Ibrahim* menyampaikan hal yang memalukan tersebut kepada ibu bapanya. Jad bingung dan pucat.

"Tidak apa-apa, Nak ... Mulai hari ini kamu boleh ambil sebatang coklat percuma setiap kali kamu berbelanja di kedai ini sebagai hadiah. Tetapi berjanjilah untuk berkata jujur apabila mengambilnya," kata *Ibrahim* sambil tersenyum.

Sejak hari itu *Jad* menjadi sahabat *Ibrahim*. Jad tidak hanya datang bertemu *Ibrahim* untuk berbelanja tetapi juga menjadi tempat Jad bercerita dan meluahkan perasaan. Bila menghadapi suatu masalah, *Ibrahim* adalah orang yang pertama diajaknya berbicara. Dan, bila itu terjadi, *Ibrahim* tidak pernah terus menjawab sebaliknya meminta Jad membuka halaman sebuah buku tebal yang tersimpan di dalam sebuah kotak-kayu. *Ibrahim* akan membaca dua halaman tersebut tanpa suara dan kemudian menerangkan jawapan dari masalah yang dihadapi oleh *Jad*.

Perkara tersebut berjalan selama lebih kurang 17 tahun. Sehingga pada suatu hari salah seorang anak *Ibrahim* menemui *Jad* dan memberi kotak-kayu tersebut kepadanya sambil menyampaikan berita sedih kematian Ibrahim.

Waktu itu Jad sudah menjadi seorang pemuda. Kotak-kayu berisi kitab tersebut diterimanya dengan rasa terharu.

Satu ketika Jad menghadapi satu masalah yang sukar, Jad mengambil kotak-kayu tersebut dan membuka kitab yang ada di dalamnya, sebagaimana yang Jad pernah lakukan ketika bersama *Ibrahim.* Masalahnya Jad mendapati kitab tersebut bertulis huruf Arab. Jad pun meminta pertolongan sahabatnya yang berasal dari Tunisia untuk menerangkan maksud dua halaman daripada kitab yang dia sendiri yang telah membukanya. Sahabat Jad menerangkan maksud tulisan tersebut. Sungguh, apa yang disampaikan sahabatnya seolah-olah jawapan khusus bagi masalah yang sedang Jad hadapi.

*Jad* bertanya kepada sahabatnya: _"Ini kitab apa..?"_
_*"Al-Qur'an*, Kitab Suci Umat Islam."_

Terkejut dan hairan *Jad* mendengar jawapan tersebut lalu Jad terus bertanya apakah syarat untuk menjadi seorang muslim.

Sahabat Tunisia beliau menjawab: _"Mudah, Syahadat dan berusaha menjalankan Syariah."_

Pada hari tersebut *Jad* memeluk slam dan menukar namanya kepada *Jadullah Al-Qurani*. Jad berjanji akan mempelajari Al-Qur'an dengan sebaik-baiknya.

Tentu saja keluarganya yang beragama Yahudi terutama ibunya yang bertugas sebagai profesor sukar menerima Jad memeluk Islam malah ibunya berusaha untuk mengembalikan *Jad* kepada agama Judaism.

Ibu Jad melakukan berbagai cara termasuk mengajak teman-teman dari kalangan intelektual Yahudi untuk menerangkan agama Judaism kepada *Jad*. Keadaan tersebut berjalan selama 30 tahun tetapi gagal memujuk Jad.

_"Ibrahim yang bersikap bersahaja telah mengalahkan semua orang-orang pintar di sekitar Jad."_
_Jadullah_ pernah berkata:

_"Saya menjadi muslim di tangan seorang lelaki yang tidak pernah bercakap soal agama" ..._

_"Orang itu tidak pernah berkata":_

_"Kamu Yahudi!!"_
_"Kamu Kafir!"_
_"Belajarlah agama!"_
_"Jadilah muslim!"_
_Tetapi orang itu menyentuh saya dengan akhlak, _Sebaik-baiknya perilaku._ _Memperkenalkan kepada saya kitab yang terbaik, Al-Qur'an"_

Jadullah mempelajari Al-Qur’an dan memahami isinya, kemudian beliau telah berdakwah di Eropah sehingga berjaya mengislamkan 6 Ribu Yahudi dan Nasrani di Eropah.

Satu hari Jadullah membuka lembaran-lembaran Al-Qur’an hadiah daripada Ibrahim. Tiba-tiba Jad menemui sehelai yang mengandungi peta dunia. Pada waktu melihat Benua Afrika, Jad menemui tanda tangan Ibrahim dan dibawah tanda tangan tersebut tertulis ayat:

( ﺍُﺩْﻉُ ﺇِﻟَﻰ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺭَﺑِّﻚَ ﺑِﺎﻟْﺤِﻜْﻤَﺔِ ﻭَﺍﻟْﻤَﻮْﻋِﻈَﺔِ ﺍﻟْﺤَﺴَﻨَﺔِ )
_“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik!!…”_
                                                      (QS. An-Nahl; 125)

Jad yakin bahawa tanda tangan dan ayat Al-Qur'an tersebut adalah wasiat daripada Ibrahim lalu Jad memutuskan untuk menunaikan Wasiat Ibrahim tersebut.

Setelah menyiapkan semua keperluan maka Jadullah pun meninggalkan Eropah berdakwah di negara-negara Afrika termasuk Kenya, Selatan Sudan (yang majoriti  penduduknya beragama Kristian), Uganda dan negara-negara sekitarnya.

Jadullah berjaya mengIslamkan lebih daripada 6 juta orang Suku Zulu. Ini baru ini baharu satu suku belum lagi dengan lain-lain suku.

*Jadullah Al-Qur'ani* meninggal dunia pada Tahun 2003 sebagai seorang pendakwah muslim yang tersohor.

Selama lebih daripada 30 tahun Jadullah telah mengIslamkan lebih daripada 6 juta penduduk Benua Afrika.

Ibunya memeluk Islam pada Tahun 2005 pada usia 78 tahun setelah dua tahun Jadullah meninggal dunia.

Fragmen Kisah benar Jad akhirnya menginspirasikan seorang Producer Filem Perancis menjadikannya dalam bentuk filem *“MONSIEUR IBRAHIM et Les Fleurs du Coran‘* *(Ibrahim dan Bunga-Bunga Quran)* di bawah arahan Pengarah *Francois Dupeyron*. Filem tersebut turut dibintangi oleh pelakon terkenal kelahiran Mesir --- Omar Sharif sebagai Uncle Ibrahim dan juga pelakon muda Perancis yang berbakat Pierre Boulange sebagai Jad --- pemuda Yahudi.

Saudara-saudari, di atas adalah Kisah Benar yang sangat luar biasa yang berupaya menimbulkan inspirasi khususnya kepada para pendakwah muslim.

Apa yang masih jelas kelihatan dalam masyarakat muslim tidak kira dimana sahaja sekarang ini adalah tindakan mudah mengkafirkan saudara muslim mereka sendiri hanya disebabkan oleh faktor berbeza guru atau pun berbeza mazhab atau pun berbeza tafsir ayat Al-Qur'an mahu pun hadis.

Subhanallah.