Khamis, 11 Oktober 2018

Kacang

SIKAP MALAS KAKIKATNYA BUKAN SIKAP

Pembentangan ini adalah hasil dari kajian lebih dari 40 tahun terhadap sikap, budaya dan lainnya yang dimiliki oleh bangsa bangsa besar termasuklah para sahabat.

Orang selalu memperkatakan sikap malas sebagai satu sikap atau perangai. Secara relatifnya Melayu memiliki sikap lebih malas berbanding kaum Cina. Masyarakat India lainnya di India relatifnya lebih malas berbanding Brahmin. Kaum kaum Melayu di Malaysia relatifnya lebih malas berbanding Melayu Jawa. Tidak hairanlah kaum kaum dan bangsa bangsa yang lebih rajin akan menguasai ekonomi, institusi ilmu, institusi agama dll.

Sebenarnya rajin dan malas bukan sikap. Kerajinan berlaku bila lobe otak Dopaminergik Neuron aktif dan malas berlaku bila lobe ini pasif.
Analoginya sembelit bukan penyakit. Sebelit adalah simtom kurangnya pengambilan serat dan probiotik dalam diet.
Jadi malas adalah simtom kurangnya pengambilan bahan sumber Dopamine dalam diet terutamanya kekacang.
Budaya pemakanan Cina tinggi kekacang berbanding Melayu. Dalam kalangan kaum Melayu, budaya subetnik Jawa lebih tinggi pengambilan kekacang dengan budaya technology tempenya.

Untuk bangunkan umat ini menjadi rajin, bangunkan budaya berkekacang dan bertempe dalam diet. Budaya, bukan sekali sekala.
Sama juga untuk bangunkan umat zero sembelit zero buasir bangunkan budaya berserat dan berprobiotik dalam diet umat.
Dalam ilmu pertanian organik, pokok pun akan rajin berbuah bila diberi extract taugeh.
Untuk rajinkan umat ini, jom bangunkam budaya Dopamine melalui pengambilan tempe, taugeh, kacang rebus, sayur kacang, taufu, air soya dll.
Jika ini dibudayakan, 10 Tahun lagi umat Islam Malaysia akan menguasai kembali buminya insyaallah. Jika tidak diubah budaya pemakanan, 100 tahun lagi pun umat ini tidak akan bangun.
Kekacang, makanan sunnah budaya Quraish yang jarang diperkatakan

Idris Zainal Abidin 013 4041505
Penceramah Brain Development

Rabu, 10 Oktober 2018

Hina

MAKHLUK PALING HINA

Di sebuah sekolah pondok,terdapat seorang pelajar yang tengah menuntut ilmu daripada seorang guru.Sudah bertahun-tahun lamanya si pelajar ini belajar hingga tibalah saat di mana dia akan dibenarkan pulang untuk berbakti kepada masyarakat

Sebelum dia pulang,gurunya memberi satu ujian kepadanya.Si guru kemudian berkata pada pelajar tersebut,"Sebelum kamu pulang,dalam tiga hari ini,aku ingin meminta kamu mencarikan seorang ataupun satu makhluk yang lebih hina dan buruk daripada kamu", ujar si guru.

“Tiga hari itu terlalu lama Tuan Guru.Hari ini saja saya mampu menemui ramai orang atau makhluk yang lebih buruk daripada saya", jawab si pelajar penuh keyakinan diri.

Si guru tersenyum seraya mempersilakan muridnya membawa seorang ataupun satu makhluk itu ke hadapannya.
Pelajar itu pun keluar dari ruangan gurunya dengan semangat kerana menganggap begitu mudah ujian itu.
Hari itu juga, si pelajar berjalan menyusuri jalanan.
Di tengah jalan,dia menemui seorang pemabuk tegar.
Menurut pemilik warung yang dijumpainya,orang tersebut selalu mabuk malahan setiap hari.
Fikiran si pelajar sedikit tenang, dalam hatinya dia berkata,

“Pasti dia orang yang lebih buruk dariku, setiap hari dia habiskan hanya untuk memabukkan dirinya, sementara aku selalu rajin beribadah."

Dalam perjalanan pulang si pelajar kembali berfikir,

“Rasanya si pemabuk itu belum tentu lebih buruk dari aku,sekarang dia sering mabuk tapi siapa yang tahu di akhir hayatnya Allah SWT mendatangkan hidayah hingga dia mampu husnul Khotimah,sedangkan aku yang sekarang rajin ibadah,kalau di akhir hayatku,Allah SWT mengkehendaki Su'ul Khotimah,bagaimana?
Ini bermaksud pemabuk itu belum tentu lebih hina dari aku", ujarnya bimbang.

Si pelajar kemudian kembali melanjutkan perjalanannya mencari orang atau makhluk yang lebih buruk darinya.Di tengah perjalanan,dia menemui seekor anjing yang menjijikkan kerana selain bulunya kusut dan baunya yang busuk,anjing tersebut juga menderita penyakit kudis.

“Akhirnya aku temui juga makhluk yang lebih hina dari aku.
Anjing tidak hanya haram,tapi juga berpenyakit kudis dan menjijikkan", kata santri dengan girang.

Dengan menggunakan guni beras,si pelajar membungkus anjing tersebut bertujuan hendak di bawa ke sekolah pondoknya.Namun di tengah jalan,tiba-tiba dia kembali berfikir.

“Anjing ini memang buruk rupa dan berkudis,namun benarkah dia lebih buruk dari aku?
Oh tidak,kalau anjing ini mati,maka dia tidak akan diminta bertanggung jawab atas apa yang dilakukannya di dunia,sedangkan aku harus bertanggung jawab pada semua perbuatan selama aku di dunia dan boleh jadi aku akan masuk ke neraka".

Akhirnya si pelajar menyedari bahawa dirinya belum tentu lebih baik dari anjing tersebut.

Hari semakin senja,si pelajar masih mencuba kembali mencari orang atau mahkluk yang lebih hina darinya.
Namun hingga malam tiba,dia tak juga menemuinya.
Lama sekali dia berfikir,hingga akhirnya dia memutuskan untuk pulang ke sekolah pondoknya dan menemui gurunya.

“Bagaimana Anakku, apakah kamu sudah menemukannya?", tanya sang guru.

“Sudah, guru", jawabnya seraya tertunduk.*

“Ternyata di antara orang atau makhluk yang menurut saya sangat buruk, saya tetap paling buruk dari mereka", ujarnya perlahan.

Mendengar jawapan si pelajar, si guru tersenyum lega.

“Alhamdulillah. Kamu ternyata lulus dari perguruanku ini, anakku", ujar si guru terharu.

Kemudian si guru berkata, "Selama kita hidup di dunia, jangan pernah bersikap sombong dan merasa lebih baik atau mulia dari orang ataupun makhluk lain.Kita tidak pernah tahu,bagaimana pengakhiran hidup yang akan kita jalani.
Boleh jadi sekarang kita baik dan mulia,tapi di akhir hayat menjadi makhluk yang seburuk-buruknya.
Boleh jadi pula sekarang kita beriman,tapi di akhir hayat,syaitan berhasil memalingkan wajah kita hingga melupakan-Nya"

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang di hatinya ada kesombongan meskipun sebesar biji sawi"
(Hadis Riwayat Muslim no.91)

Semoga sedikit ilmu yang dititipkan Allah SWT di hati kita tidak menjadikan kita sombong dalam segala urusan.

Dan semoga di sisa umur yang Allah SWT berikan dapat kita pergunakan sebaik-baiknya untuk memperbanyak amal soleh dan bukan hanya disibukkan dengan urusan duniawi belaka dan semoga kita menjadi lebih baik dan lebih bermanfaat, cermin²lah diri kita.

“Aamiin Ya Rabbal Alamiin”

Isnin, 8 Oktober 2018

Pemimpin

Alkisahnya...bila kita jadi PEMIMPIN

Jangan terlalu mengharap pada seseorang
Jangan terlalu menyayangi seseorang
Jangan terlalu membenci seseorang

Jadilah diri sendiri...belajarla menyendiri
Mengurus diri..berjalan sendiri..
Makan minum sendiri
Belajar bergembira sendirian
Belajar kecewa sendirian
Belajar bersedih sendirian
Belajar menyelesaikan masalah sendirian

Kerana pada mereka..
Bukan anda seorang yang perlu dilayan
Bukan anda seorang yang perlu didengari
Anda hanyalah salah seorang daripada ramai yg mereka sayang dan perlu diberi perhatian..suami....isteri..anak2..ibubapa..adik beradik...mertua...ipar duai...kawan rapat..jiran tetangga..rakan sepejabat

Jangan terlalu berharap pada seseorang
Belajar memimpin diri sendiri..supaya kuat fisikalnya..emosinya..rohaninya. dan mentalnya

'Don't blame others for dissapointing you but
blame yourself for expecting too much from them'
(Jangan salahkan orang lain kerana mengecewakan anda, tapi salahkan diri anda sendiri kerana terlalu mengharap pada mereka)

"Leaders are like Eagles..They dont flock..They stay strong alone..at the top"

Akhirnya..kita jugalah yang bertanggungjawab memimpin diri sendiri

Dulu, Kini Dan Selamanya Memimpin....

BANTING, 7 Okt 2018
(POST ASAL : BANTING, 7 Okt 2017)

Ahad, 7 Oktober 2018

Mati

💥 *PERGI TANPA BEBAN DIHATI*💥

💦Berapa lama lagi kita akan hidup? 10, 20 atau sekadar lima tahun lagi? Saya yakin tidak ada orang yang mampu menjawabnya.

💦Jika mendengar khabar ada sahabat, kenalan atau saudara kita meninggal dunia kerana kemalangan atau serangan jantung, apa perasaan kita?

💦Cuba bayangkan, apakah si mati pernah membayangkan bahawa dia akan mati pada saat kematiannya itu?

💦Agaknya, apakah yang ada di dalam hati dan perasaannya beberapa bulan, minggu, hari atau beberapa jam sebelum ajalnya tiba?

🍃Muhasabah Diri🍃

@Acu...✍🏻

Jumaat, 5 Oktober 2018

Bicara

☪ TAZKIRAH SIRAH

Penghakiman paling aneh di dunia!

Selepas Samarkand jatuh ke tangan tentera Islam, padri besar negeri itu mengutus surat kepada khalifah Islam, Amirul-Mu’minin Umar bin Abdul Aziz.

Di dalam surat tersebut dia mendakwa panglima tentera Islam, Qutaibah serta angkatan tenteranya telah memasuki Samarkand tanpa amaran dan tanpa seruan dakwah kepada Islam.

Umar mengarahkan hakim yang dilantik untuk bertugas di Samarkand bernama Jumay’ supaya membicarakan kes yang didakwa oleh padri besar tersebut.

Hakim memanggil kedua-dua pihak, pendakwa (padri besar Samarkand) dan yang didakwa (Qutaibah, panglima angkatan tentera Islam). Qutaibah dipanggil oleh petugas mahkamah atas nama peribadinya, tanpa dikaitkan dengan sebarang gelaran.

Datanglah Qutaibah ke mahkamah. Dia duduk bersebelahan paderi besar Samarkand di hadapan hakim Samarkand yang muslim.

Hakim memulakan perbicaraannya dengan mengajukan soalan kepada paderi besar Samarkand:-

Hakim: Apakah dakwaan kamu wahai orang Samarkand?-

Paderi: Qutaibah dan tenteranya telah memasuki dan menakluki negeri kami tanpa menyeru kami kepada Islam terlebih dahulu dan memberi tempoh kepada kami untuk kami membuat keputusan mengenai pendirian kami!

Hakim berpaling kepada Qutaibah seraya bertanya:- Apa jawapan kamu terhadap dakwaan ini wahai Qutaibah?

Qutaibah: Peperangan adalah tipu muslihat. Samarkand merupakan negeri yang besar. Semua negeri-negeri di sekitarnya melawan kami. Mereka tidak menerima Islam dan tidak mahu membayar jizyah.

Hakim: Wahai Qutaibah! Adakah kamu telah menyeru mereka (penduduk Samarkand) kepada Islam atau membayar jizyah atau perang?

Qutaibah: Tidak! Sebaliknya kami terus serang mereka secara mengejut dengan alasan yang telah saya sebutkan tadi.

Hakim: Aku mendapati kamu telah mengaku. Dan apabila pihak yang didakwa mengaku, selesailah perbicaraan. Wahai Qutaibah! Allah tidak menolong umat ini melainkan dengan (berpegang kepada) agama, menjauhi tipu daya dan menegakkan keadilan.

Kemudian hakim mengisytiharkan keputusan penghakimannya:

Hakim: Kami memutuskan supaya semua orang Islam dikeluarkan dari bumi Samarkand, merangkumi pemerintah, tentera, orang-orang lelaki, kanak-kanak dan wanita. Mereka hendaklah mengosongkan kedai-kedai dan rumah-rumah mereka. Jangan ada seorangpun orang Islam yang tinggal di Samarkand!

Paderi besar terpinga-pinga,tidak percaya dengan apa yang dilihat dan didengarnya. Tanpa bukti, tanpa saksi, perbicaraan selesai dalam masa beberapa minit sahaja.

Paderi besar dan orang-orang Samarkand yang turut hadir dalam mahkamah ketika itu, tidak menyedari bahawa perbicaraan telahpun selesai kecuali setelah melihat hakim, Qutaibah dan para petugas bangun dan beredar.

Hanya beberapa saat saja selepas itu, penduduk Samarkand mendengar deringan suara loceng memenuhi angkasan, debu-debu berterbangan memenuhi setiap ruang dan bendera-bendera kelihatan berkibaran di sebalik debu-debu yang bertiupan. Mereka tertanya-tanya kehairanan, apa yang telah terjadi?

Lalu diberitahu kepada mereka bahawa pemerintahan Islam telah ditamatkan dan angkatan tenteranya telah ditarik keluar. Satu pemandangan yang sungguh menakjubkan dan menggemparkan.Dan terbenam sahaja matahari pada hari itu, anjing-anjing berkeliaran di jalan-jalan yang sunyi, suara-suara tangisan bersahutan dari setiap rumah menangisi pemergian satu umat yang adil lagi penyayang dari negeri mereka.

Lantas paderi besar dan seluruh penduduk Samarkand tidak dapat menahan diri lebih lama lagi. Mereka keluar berarak beramai-ramai dikepalai paderi besar menuju ke arah angkatan tentera Islam sambil melaungkan syahadah bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah.Ya Allah!

Betapa hebatnya kisah ini. Betapa gemilangnya lembaran sejarah Islam yang agung.Pernahkah anda dengar satu angkatan tentera menakluk sebuah kota, kemudian penduduk kota itu membuat dakwaan ke atas tentera yang menakluk, dan akhirnya tentera yang menakluk itu kalah dalam perbicaraan dan diperintahkan keluar dari kota yang telah ditakluknya?

Demi Allah! Kita tidak akan temui kisah serupa ini dalam sejarah mana-mana umat di dunia ini selain dari umat Islam!

Dipetik dari buku ‘Qasas min at-Tarikh’ oleh Syaikh Ali at-Tantawi🍂