Ahad, 16 Disember 2018

Diri

Dari Tok Kenali rahimahullah:

Aku tinggalkan pada kamu satu ilmu, jangan kamu lupa sampai bila-bila.

" (dalam) kehidupan kamu itu, jangan sampai terlihat ada nya DIRI. "

Maksudnya. Dalam kehidupan kita, dalam pekerjaan amal baik kita. Jangan sampai nampak diri kita yg dpt buat amal tu. Bila kita dpt tolong org susah, jangan nampak diri yg tolong tu, pandang itu semua dari Allah. Pertolongan Allah . Kalau kita nampak diri kita, buat itu kita kata "aku yg buat", kita buat ini, kita kata jugak "aku yg buat ni". Kita nampak diri kitaa je,  takde nampak yg semuanya daripada Allah. ALLAH yg izinkan, Allah yg berikan. Camtu

Kalau ternampak adanya diri, segala amal kita tidak diterima Allah. Kerana lahirkan riak yg tersembunyi. Tergadai semua amal baik kita kerana nampak diri yg buat itu ini. Dia tak nampak semuanya dari pertolongan Allah.

- Tok Kenali -

Nabi

Berkaitan risalah yg diedarkan pelajar ttg: _"Muslim Love Jesus.. Baginda adalah seorang nabi"_ adalah program dakwah utk menerangkan bahawa Isa a.s adalah Nabi & bukan Tuhan spt yg difahami oleh penganut kristian & segelintir Melayu jahil. Utk makluman nama nabi² dlm kitab² sebelum Al Qur'an spt Injil, Taurat, Zabur ada perbezaan dari segi sebutan.. contohnya:
1. Adam = Adam
2. Idris = Enoch,
3. Nuh = Noah,
4. Hud = Eber,
5. Shaleh = Shelah,
6. Ibrahim = Abraham,
7. Lut = Lot,
8. Ismail = Ishmael,
9. Ishak = Isaac,
10. Ya'kub = Jacob,
11. Yusuf = Joseph,
12. Ayub = Job,
13. Syuaib = Jethro,
14. Musa = Moses,
15. Harun = Aaron,
16. Zulkifli = Ezekiel,
17. Daud = David,
18. Sulaiman = Solomon,
19. Ilyas = Elijah,
20. Ilyasa' = Elisha,
21. Yunus = Jonah,
22. Zakaria = Zechariah,
23. Yahya = John,
24. Isa = Jesus,
25. Muhammad = Mohammed.

sbb tu, bila sebut "Jesus" shj kita anggap org itu sesat atau kafir..  Wallahu a'lam.

Telur pecah



Kisah Suami Isteri Sanggup Beli Telur Pecah, Hukum Tukar Barang Yang Kita Rosakkan Sendiri Di Kedai Adalah Haram - Sepasang suami isteri sedang membeli belah bersama seorang anak mereka.

Mereka membeli satu tray telur. Si suami mengambil telur dan meletakkan ke dalam troli. Anak mereka yang baru berumur 2 tahun telah memecahkan sebiji telur ayam tanpa sengaja.

"Yang, letak balik lah tray telur ini, ambil yang lain. Yang tak pecah. Kalau ambil yang ini, rugilah. Lagipun bukannya orang nampak."

Beritahu si suami kepada isterinya.

"Harga satu tray telur ni RM9.00. Ada 30 biji. Maknanya satu biji harganya RM0.30. Kalau sebiji pecah maka cuma rugi RM0.30 je."

Si isteri menjawab.

"RM0.30 pun duit juga yang"

Si suami pantas menjawab.

Si isteri kemudian bercerita kepada suaminya. Saya pernah dengar ustaz ada cerita mengenai hisab.

Kesalahan paling kecil akan di adili selama 40 tahun. Itu 40 tahun akhirat. Satu hari di akhirat bersamaan 1,000 tahun di dunia. Bayangkan berapa lamanya hisab jika kesalahan lebih besar.

Teringat juga kisah seorang alim. Pada suatu hari ada seorang tua yang memikul seikat kayu api. Orang tua ini menyerahkan kayu apinya kepada si alim untuk di jaga sekejap kerana beliau ada hal lain. Orang alim itu menjaga kayu api tersebut. Kemudian beliau merasa ada sisa makanan melekat di giginya. Orang alim itu mengambil serpihan kayu api yang dijaganya untuk mencungkil giginya.

Setelah orang alim ini mati. Kawan beliau bermimpi yang beliau diseksa di alam barzakh. Kawannya bermimpi mengenai perkara tersebut beberapa hari.

Kawannya bertanya

"kenapa kau di seksa, sedangkan kau seorang yang alim".

Orang alim itu menjawab

"aku telah mengambil serpihan kayu api dari seorang tua, tetapi aku terlupa untuk minta halal. Kau tolong jumpa orang tua ini dan minta halal kayu apinya bagi pihak aku".

Kawan orang alim ini berjumpa orang tua yang dimaksudkan dan meminta halal bagi pihak si alim. Sejak hari itu beliau tidak lagi bermimpi yang si alim ini diseksa.

"Jika kita meletakkan telur yang pecah ini dan ambil yang baru, sedangkan anak kita yang memecahkannya berapa pula nilai yang kita perlu bayar di akhirat kelak. Sedangkan harganya di dunia cuma tiga puluh sen."

Si isteri menasihati suaminya.

"Betul kata awak tu, apa sangatlah RM0.30 di dunia ini. Kalau kita tukar telur lain, tak pasal-pasal kena seksa di akhirat."

Pasangan suami-isteri itu pulang ke rumah dengan membeli satu tray telur. Sebiji telur dari tray itu sudah pecah. Mereka akur dengan nilai sebiji telur.

Ambil Ikhtibar 👍

Jumaat, 14 Disember 2018

Didik anak

CNP

Pergi pasar dengan Adra tadi, sorang aunty cina tu bagi tips cara ajar anak.

Anak dia 2 org master. Sorang kerja kat China, sorang kat Hong Kong.

"Anak kecil lagi macam ni jangan paksa dia tengok buku. Telefon jangan bagi lama. You kena selalu tanya dia. Macam harini you pergi pasar. Bagitahu dia ini sayur apa ini ikan apa. Sayur ini warna apa. Nanti balik bapak dia balik, suruh dia cerita sama bapak dia. Mak bawak pergi mana. Beli apa. Beli berapa. Warna apa. Bagi anak you recall, bagi dia boleh cerita semua details."

"Dekat rumah, jangan ajar anak masa you berdiri. You tinggi dia rendah, nanti dia rasa ada jarak. You duduk sama dia, baru dia rasa senang dengan you. Jangan selalu ajar ajar ajar dia. Nanti dia rasa tekanan. Ajar 10 minit, kasi dia main. Nanti dia sudah main happy2, you panggil dia "lai" sini mama mau tanya"

Bila bagi anak barang/makanan. Ajar dia untuk kongsi. Contoh bila you kasi dia apple, "nak sikit". Ajar dari kecil bila ada barang ke apa ke, tu bukan dia sorang punya. Lagi2 share dengan parents. Nanti dah besar dia akan ingat parents.

Lagi aunty tu pesan.
Kalau mak bapak ada buat salah, jangan ego taknak mintak maaf.
"Oh ya, mama salah tadi..sorry"

Ada lagi. "Nanti anak sekolah, jangan marah dia tak dapat nombor 1. You marah le tak marah ke sama. Benda sudah jadi. Kalau semua orang dapat nombor 1 siapa nak dapat nombor last? Jangan banding2 anak you dengan orang lain. Sama macam kita orang susah makan ikan kecik. Itu taukey besar makan ikan mahal besar. Dia kenyang kita pun kenyang"

okay. Kat sini mungkin aunty tu nak sampaikan yang rezeki masing2. Jadi, bersyukurlah. Dia just cakap kalau suka bandingkan nanti anak akan rasa hasad dengki pada orang. (Selalu kan kita bandingkan anak tanpa sedar? Eh anak dia dah pandai baca, anak aku belum.haa contohhh. Tak ke kecik hati anak tu)

Banyak lagi dia ajar tadi sampai kebas tangan pegang ayam & ikan tadi.

Pergi mana2 pun kita boleh dapat ilmu baru tau. Ni ilmu parenting 🙂

Tq aunty.

Kopipes status kawan kat fb..

Bisnes

Dulu-dulu aku pun mengeluh juga apabila kebanyakan barang atau servis yang orang Muslim jual ( boleh baca Melayu ) semua mahal belaka. Harga lebih tinggi berbanding produk sedia ada dalam pasaran. Ini realiti.

Sampai satu tahap, baru aku sedar dan faham mengapa produk dan perkhidmatan orang kita lebih mahal berbanding orang lain. Berikut adalah beberapa faktor yang aku kenal pasti.

1. Kos pengeluaran. Orang kita belum pandai berpakat-pakat. Kita masih suka berniaga sendiri-sendiri. Beli barang sikit-sikit, dapat pun harga sikit-sikit. Orang lain berniaga berpersatuan, beli barang mentah ramai-ramai. Mereka dapat harga pukal.

2. Kos logistik. Orang kita tak pandai nak berpakat-pakat. Satu bisnes satu lori. Satu kedai satu van. Kita sanggup bangun awal pagi ke pasar dan kita sanggup pusing satu bandar buat delivery. Kita tak nampak kos logistik. Orang lain berpakat elok. 10 bisnes boleh ‘outsource’ logistik kepada 1 orang. Jimat.

3. Kos operasi. Orang kita tidak ada kemampuan ‘cashflow’ yang kuat. Bisnes banyak dapat. Modal tak ada. Naik turun Bank, tak cukup syarat. Nak berpartner, orang kita belum bersedia nak kongsi untung. Akhirnya layan semua kerja sendiri. Orang lain boleh berpakat. Mereka ada banyak sumber kewangan. Mereka terus hidup.

Aku bagi contoh mudah begini,

Dulu sewaktu aku dapat tempahan untuk mengeksport berkontena udang ke Korea, aku pusing satu Semananjung mencari stok. Di Pantai Barat misalnya, semua kolam udang dari Lukut sampai ke Perak aku masuk. Apabila bertanya tentang stok dan harga, mereka akan berikan aku nombor orang yang sama.

“ You contact dia ni. Nanti dia akan layan you “

Aku pening. Nama kolam lain-lain, owner pun lain-lain. Tapi kenapa urusan belian hanya diuruskan oleh satu orang sahaja ? Akhirnya  baru aku faham, mereka bergerak dalam kumpulan. Mereka lantik satu orang sahaja untuk uruskan jualan.

“ Kami kongsi modal beli benih udang “

“ Kami kongsi modal beli makanan udang “

“ Kami kongsi supply chain “

“ Kami kongsi semua benda agar kos pengeluaran kami jadi rendah. Bila semua ni rendah, kami dapat jual pada harga murah “

“ Macam ni rupanya depa urus bisnes. Patutlah depa boleh jual murah “, bisik aku dalam hati.

Aku tuliskan pengalaman yang benar-benar terjadi disekeliling kita. Mungkin selama ini kita tahu, tapi kita tak sedar. Atau mungkin kita nampak, tapi kita tidak faham. Bangunlah kawan-kawan. Buka mata dan buka hati.

Jadi kawan-kawan, mulai hari ini tak usah mengeluh lagi apabila barang yang orang kita jual sedikit mahal. Ini semua salah kita sendiri. Kita tak pernah diajar untuk bersungguh-sungguh menjadi orang berniaga. Kita diajar senang dan selesa. Kita diajar untuk jadi pembeli dan pandai ‘complaint’. Tanpa kita sedar.

Mulai hari ini juga kawan-kawan, aku menyeru kalian sebagai pengguna supaya teruslah menyokong bisnes orang kita. Biar kita berbelanja lebih sedikit dan bayar lebih sedikit untuk mereka. Kerana itu akan membesarkan bisnes mereka di kemudian hari.

“ Small is the new Big “

Apabila semakin ramai diantara kita yang teribat dalam rantaian perniagaan di bumi Malaysia ini membesar dan maju, inshaAllah kita akan nikmati tawaran yang lebih baik di masa depan. Apabila semua kos pengeluaran berjaya dikurangkan, kualiti dapat ditingkatkan dan harga itu dapat dikawal.

Dan yang paling penting kawan-kawan, jika orang kita maju dan untung, mereka akan mengeluarkan zakat. Keupayaan mereka untuk berwakaf juga menjadi tinggi. Ini Fardhu Kifayah kita. Kita bising-bising, tapi kita tak menyokong, orang kita akan tetap kalah.

Perjuangan untuk menyatukan hati manusia agar faham dan mampu berjuang dalam satu kumpulan ini bukan senang. Kerana ini belum menjadi sebahagian daripada sikap kita. Kerana ini juga belum jadi sikap yang berjaya membentuk budaya kita.

“ Aku tahu ini susah. Tetapi boleh dilaksanakan “

Ikram Al Banjari
Saudagar Jalanan
Tolong share agar melayu boleh bersatu dan maju.