Info Teknologi Besi Tanah Melayu
- dicatat berusia lebih 2600 tahun dahulu.
- catatan usia tidak termasuk penemuan baru
teknologi besi di Sg Batu,Merbok Kedah yg
lebih tua.
- ada berbagai teknologi pembuatan
berasaskan besi utk senjata, alat2
pertukangan,perhiasan dan berbagai lg.
Antaranya yg terhebat:
•Senjata dari campuran Besi tulang mawas
- mengikut catatan ianya teknologi org melayu
yg berusia lebih 1000 thn dahulu.
- bukti menunjukkan kemajuan ilmu2 kimia &
fizik dlm kaedah percampuran Besi
- teknologi bukan shj mengukuhkan ikatan
antara atom2 besi,lebih kuat,padat & takat
lebur lebih tinggi,tidak melekat magnet malah
menjadikan nya berbisa sepanjang masa
selagi molekul2 dlm ikatan tidak diubah/
dikeluarkan.
- takat lebur senjata/item yg dicampurkan besi
tulang mawas memerlukan suhu sehingga
3000°c. Dua kali peningkatan suhu dr takat
lebur besi biasa.
- tempoh penyejukkan slps dileburkan juga
adlh lebih cepat.
- teknik pengasingan bijih2 besi yg diambil drp
SUMSUM TULANG MAWAS perlu dilakukan
dgn teliti & cermat kerana ianya beracun. Ia
sememangnya ada kaedah khusus yg perlu
dipelajari.
KAEDAH PERCAMPURAN
- teknik yg digunakan adlh sama seperti
pembuatan aloi hari ini malah lebih ADVANCE
dan RARE. Paling menarik ianya MISTIK.
- semasa pemanasan/pembakaran item, ia
perlulah dibt didlm kebuk wasap supaya tidak
terhidu asap yg dikeluarkan semasa
melakukan proses. Menghidu asap(warna
ungu kebiruan) beracunnya sahaja walau pun
dlm kuantiti yg kecil mampu membuat
individu sesak nafas dan pengsan.
- satu lg keistimewaan senjata org melayu ialah
rata2 ianya campuran lebih drp 3 jenis besi.
Yg cukup popular adlh 7 jenis besi & 3 jenis
meteor.7 jenis besi ini adalah besi "PA"& tidak
termasuk Besi tulang mawas td.
- langkah terakhir bg sesetgh senjata terpilih/
khas utk perajurit,raja2 & pembesar adlh
disepuh dgn emas,perak,tembaga @ ditindik
dgn beberapa jenis permata tertentu sprti
delima,zamrud & kecubung sbg pengadang
"PANAS" item dr mengena kpd tuan. Ada jg
sbg fungsi peluntur ilmu kebal musuh &
penaklukan jurus ghoib.
- Selain itu,ianya jg bg menunjukkan status
pemiliknya.
• Dibawah ini adalah contoh manuskrip Melayu
lama dalam pembuatan keris & yg
menggunakan campuran besi tulang mawas.
Masih tersimpan rapi bersama beratus2
manuskrip lama lain di MUZIUM SIMPANAN
AL-QURAN LAMA NUSANTARA, KOMPLEK
PONDOK AHMADIAH ISLAMIAH, DESA SALA
ANAK AYAM, NARATHIWAT THAILAND.
- di situ tersimpan 72 al-quran tulisan tangan
kuno dan kitab2 agama selain kitab
perubatan,astronomi,arkitek dan senireka yg
ditulis dlm tulisan jawi yg berusia sehingga
700 tahun.
credit FB: Badbisa Takluk Jagat
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Jumaat, 18 Januari 2019
How to fish
Dari fb tuan MegatAli MJ
Didik Pelajar "How To Fish"
=====================
Kesilapan besar sebahagian daripada ahli masyarakat termasuk pendidik hari ini adalah terlalu ingin menonjolkan ramainya pelajar yang mendapat gred yang hebat daripada setiap peperiksaan tanpa mengira peringkat, walau pun pada hakikatnya kemudiannya pelajar itu gagal mengekalkan kehebatan itu apabila berada di peringkat lebih tinggi atau ketika berada di alam pekerjaan. Keadaan ini cuba dimanfaatkan oleh golongan tertentu untuk memenuhi cita-cita memaparkan angka-angka sasaran untuk menonjolkan kononnya kehebatan pengurusan atau pengajaran mereka masing-masing. Dalam menjustifikasikan pelaksanaan kepincangan ini, kadang-kadang ramai juga yang suka menyalahkan orang lain seperti nyanyian lagu "bangau oh bangau ..." itu, dan terlalu sedikit yang ingin meneliti dan mengkaji punca permasalahan dan berusaha memperbaiki kepincangan itu.
Pada hari ini secara umumnya, "gred" adalah sesuatu yang mengukur kemampuan penguasaan pelajar terhadap kandungan pelajaran yang diajar, tetapi biasanya tidak mampu mengukur penguasaan dan amalan kemahiran belajar dan sikap pelajar mengikut aras umur mereka. Mungkin ramai pelajar yang mendapat gred A dalam peperiksaan, hanya mendapat D dalam amalan kemahiran belajar (yang sememangnya tidak diukur). Jarang sekali pelajar akan mendapat A dalam peperiksaan dan mendapat A juga dalam kemahiran belajar dan sikap. Kemahiran dan pembinaan sikap yang baik hanya boleh dicapai jika proses dan pendekatan pendidikan itu tepat dengan keperluan untuk aras umur / peringkat pelajar yang berkenaan.
Kita perlu mendidik pelajar dengan pendekatan 'how to fish', bukan mendidik dengan 'give /feed them fish'. Jika kita guna pendekatan 'how to fish', InsyaAllah mereka mempunyai kemahiran dan mampu untuk meneruskan hidup dan tidak akan mati kelaparan jika tidak ada yang memberi 'fish'. They still can use their skill to fish and get their own fish.
Dalam konteks 'How to fish', pemberian handout / nota perlu tindakan penelitian semula secara serius. Jika ia membawa kepada 'give them fish', maka perlulah ia diberhentikan. Tetapi jika pemberian handout boleh membantu dalam proses untuk memperkuatkan skill 'how to fish', maka adalah kemunasabahannya untuk diberikan 'handout'.
Pemerhatian menunjukkan ramai pelajar yang mengusung (membawa) nota yang dibekalkan pensyarah / guru yang penuh dengan tandaan 'highlighter' dibawa ke sana dan ke mari, tanpa mereka berusaha membuat nota sendiri. Apakah sebenarnya kemahiran yang pelajar seperti ini miliki? Ia akan lebih tertumpu kepada membaca nota itu dengan menghafal membuta tuli dan tidak mengamalkan proses untuk menulis semula bahan yang dibaca dan merumuskan apa yang dipelajari. Ia akan memusnahkan amalan pembelajaran yang sangat penting untuk masa depan kejayaan berterusan pelajar.
Pelajar perlu buat nota sendiri (yang unggul mengamalkan lima (5) fasa membuat nota, iaitu nota sebelum kelas (menggunakan sinopsis kursus dan buku rujukan yang disenaraikan), nota semasa kelas (boleh memberikan lebih tumpuan kepada perkara yang disampaikan pensyarah, menyalin keyword atau poin penting sahaja secara ringkas), nota selepas kelas (berdasarkan ingatan, kefahaman dan rujukan kepada buku-buku rujukan yang disenaraikan), melengkap dan menambah nota (memperkayakan nota dengan merujuk kepada pelbagai sumber) serta memadatkan / memindahkan nota ke bentuk lain seperti kad-kad kecil, rakaman suara, membuat carta peta minda, membuat nota satu muka-surat dan sebagainya (merumus dan memadatkan nota)), mengatur penggunaan masa dengan pertimbangan yang tepat (membuat senarai keutamaan dalam pembelajaran dan tindakan) melalui pembinaan jadual waktu peribadi, mengamalkan proses pencernaan (memproses bahan yang diterima untuk menjadi ilmu sendiri, membuat nota dengan ayat sendiri, berusaha menerbitkan formula yang boleh diterbitkan untuk mengurangkan hafalan membuta-tuli, berlatih menjawab soalan sama ada untuk aras rendah atau aras tinggi mengikut hiraki pengkelasan taksonomi Bloom, mengkaji persamaan dan perbezaan, mengkaji hubungkait antara konsep2 yang dipelajari, dan lain-lain).
Jika anda bandingkan situasi di mana seseorang yang sampai ke satu tempat tertentu dengan memandu sendiri berbanding dengan memandu dengan bantuan orang lain di sebelahnya atau menggunakan alat GPS. Pada pendapat anda, keadaan manakah akan membolehkan pemandu itu lebih cepat sampai ke tempat yang sama sekali lagi tanpa bantuan seperti yang diterima pada kali pertama itu? Saya yakin pemandu yang memandu dengan situasi pertama akan sampai ke tempat itu lebih awal kerana banyak perkara telah dipelajari semasa perjalanan pertama itu walaupun beliau mungkin mengambil masa yang agak lebih panjang. Itulah perumpamaan untuk orang yang belajar. Seorang yang belajar lebih 'independent' berbanding dengan seorang yang belajar terlalu bergantung kepada guru dan orang lain akan menguasai bahan yang dipelajari dengan lebih baik.
Dalam standard yang digariskan oleh UNESCO untuk Students Learning Time (SLT), masa belajar sendiri oleh pelajar itu juga dikira untuk memastikan mereka menjadi manusia terpelajar yang mampu meneruskan pembelajaran sepanjang hayat yang akhirnya mampu membuat penyelidikan dan inovasi untuk kemajuan negara dan manusia sejagat. Dalam pelaksanaan konsep SLT, contihnya satu jam kuliah rasmi memerlukan dua jam pelajar belajar sendiri. Ini boleh dikaitkan dengan proses membuat nota. Dua jam masa pelajar belajar sendiri itu berkaitan dengan menyediakan nota sebelum kuliah (satu jam) dan menyediakan nota selepas kuliah (1 jam). Untuk satu jam tutoran rasmi, pelajar juga memerlukan dua jam untuk belajar sendiri. Jika digabungkan semua mod pengajaran dan pembelajaran itu, peruntukan masa dalam SLT untuk kuliah, tutoran dan amali itu maka ia mampu memberikan ruang secukupnya untuk pelajar membina kemahiran yang akhirnya mampu belajar sepanjang hayat.
Dalam konsepsualasi proses pembelajaran yang saya bangunkan, saya merumuskan pada tahap umur pelajar 18 tahun, seharusnya pelajar memiliki tahap berdikari lebih kurang 80 peratus, dan tahap pergantungan mereka kepada pensyarah atau guru dan orang lain adalah lebih kurang 20 peratus. Kedua-dua perkara ini akan berbeza dan berubah mengikut umur pelajar. Pelajar yang berumur lebih kurang 12 tahun seharusnya mempunyai tahap daya usaha sendiri dan kebergantungan kepada orang lain sebanyak 50 peratus. Model ini dibina berdasarkan sifat manusia itu sendiri di mana seorang bayi yang baru lahir bergantung sepenuhnya kepada ibubapa, manakala seorang graduan yang baru tamat ijazah pertama pada usia 23 - 24 tahun sepatutnya mempunyai tahap berdikari hampir 100 peratus, dan pergantungan kepada orang lain seharusnya hampir sifar (kerana inilah sifat yang diperlukan majikan daripada staf baru mereka). Berdasarkan model ini, di manakah kedudukan pelajar-pelajar yang dididik pada hari ini? Saya memang amat yakin, sebahagian besarnya telah tersasar jauh sebab itu kualiti lulusan hari ini banyak dipersoalkan oleh pelbagai pihak terutamanya majikan dan pengurusan kanan korporat.
Di sini saya tidak bincangkan secara terperinci berkenaan pengkelasan taksonomi Bloom kerana ia lebih kepada kemahiran kognitif yang berkaitan juga dengan penguasaan kandungan dan proses mental. Kalau kemahiran proses asas pembelajaran seperti dibincangkan di atas tidak dikuasai, kemahiran kognitif tidak akan membawa makna yang besar kepada lulusan yang dihasilkan. Pelajar mungkin mendapat ijazah dengan purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.5, tetapi tidak mampu untuk membuat persediaan, menyediakan nota dan minit yang baik ketika bekerja kelak, kerana mungkin graduan itu lulus dengan baik kerana bantuan yang terlalu banyak daripada pensyarah atau sistem pendidikan itu sendiri.
Oleh kerana sifat itulah maka penekanan amalan 'How to fish' itu sangat perlu diutamakan untuk menjadikan pelajar itu mampu berdikari bersesuaian dengan peringkat umur dan keperluan hidup mereka.

Ahad, 13 Januari 2019
Riba
~RIBA&Sistem Perhambaan Moden~
_________________________________________
Huru hara akhir zaman... Tahukah anda bahawa riba' adalah punca utama menyebabkan perbezaan jurang ekonomi yg mana mereka yg miskin menjadi semakin miskin dan yg kaya menjadi semakin kaya? riba', kadar faedah, dan bunga itu adalah benda yg sama..
Disini saya ingin mengajak rakan2 semua melihat kejahatan bank.. Contoh, kita melihat konsep membeli rumah itu dari sudut yg berbeza, adakah benar dgn membeli dan membayar tiap2 bulan selama dua-tiga puluh tahun itu kita mem"bayar" pinjaman rumah itu sebenarnya?
Saya akan sediakan satu contoh perkiraan utk membolehkan kita melihat sendiri utk siapakan kita bekerja penat lelah utk mencari wang membayar pinjaman terutamanya dalam 2/3 pertama tempoh pinjaman tersebut.
Contoh:
Jumlah pinjaman : RM300,000
Kadar riba' : 6%
Tempoh pinjaman: 30 tahun
Kadar riba' atau kadar faedah saya letakkan atas dasar anggaran purata berdasarkan sejarah turun naik kadar pinjaman asas (BLR) Bank Negara. Berikut adalah carta pinjaman dari laman web BankRate utk menjelaskan fakta sebenar berkenaan pinjaman tersebut.
Utk pinjaman sebanyak 300K itu, dari RM 1798.65 bayaran bulanan yg dibayar, hanya RM 298.65 digunakan utk membayar wang yg dipinjam, sebanyak RM 1500 adalah riba' atau faedah yg dikenakan oleh pihak bank. Jumlah bayaran utk pinjaman sebenar meningkat hanya sekitar RM 2 sahaja sebulan utk tahun pertama. Jumlah yg dibayar pada tahun pertama utk melangsaikan hutang hanya berjumlah RM 3684.01 hanya 1.2% dari jumlah pinjaman asal iaitu 300K, manakala jumlah riba' yg dibayar adalah sebanyak RM 17,899.80 atau 5.98% dari jumlah pinjaman
Pada tahun kedua pula, jumlah pinjaman asas yg dibayar adalah RM 3911.26 dgn peningkatan hanya sebanyak RM 227.25 dari tahun pertama. Jika dikira jumlah wang yg sudah kita depositkan kedalam akaun pinjaman selama dua tahun, jumlahnya pula adalah sebanyak RM 43.167.60 yang mana hanya RM 7595.27 untuk menolak pinjaman asas. Ini bermakna, walaupun sudah membayar lebih 40 ribu, jumlah pinjaman masih melebihi 290 ribu dan wang keringat kita sebanyak lebih 35 ribu ringgit hanyalah utk membayar riba'.
Tidakkah jumlah ini sahaja sudah cukup utk membuka mata untuk siapa sebenarnya kita bekerja? sehingga isteri terpaksa keluar bekerja utk membantu membayar pinjaman hingga pelaburan saham akhirat yg utama iaitu anak2 yg soleh terabai, isteri bercampur gaul bebas dengan lelaki lain dan pelbagai lagi penyakit sosial.
Keadaan diperhambakan oleh bank ini berterusan hinggalah tempoh pinjaman mencecah 2/3 dari usia tempoh pinjaman. Hanya pada tahun yang ke 19 sahaja baru jumlah bayaran utk pinjaman melebihi jumlah riba' atau faedah, dengan jumlah riba' yg dibayar hampir mencecah harga pinjaman iaitu 279 ribu, sedangkan hutang belum pun separuh dibayar iaitu masih berbaki 178 ribu.
Jumlah keseluruhan yg akan dibayar selama 30 tahun itu adalah RM 647,514.57 yang mana riba'nya sahaja adalah sebanyak RM 347,514.57, hampir 50 ribu melebihi jumlah pinjaman asal/harga rumah itu sendiri..
Pemikiran manusia telah terpedaya dgn dakyah dan tipu helah dunia yg sementara ini. Manusia menjadi hamba kepada bank dan menindas diri sendiri tanpa sedar. Disebabkan oleh sistem Bank ini jugalah pelbagai masalah sosial masyarakat berlaku di zaman ini. Sebab itulah Allah mengishtiharkan perang terhadap riba' dan sesiapa yg terlibat dengan riba' baik yg mengambil, memberi, merekod ataupun menjadi saksi akan mendapat dosa yg sama. Mereka tak sedar disebabkan perbuatan mereka itulah hidup mereka menjadi sedemikian rupa, penuh dgn keadaan tertekan, susah hati, duka dan sengsara akibat dari hutang berlandaskan riba itu tadi.
Bagaimana pula dgn bank yg memberikan pinjaman berlandaskan Islam? Bagi saya ianya sama sahaja dgn pinjaman kenvensional kerana ianya juga bertujuan mengaut keuntungan dgn menghisap darah umat Islam yg terpedaya, ianya tetap riba' akan tetapi riba' yg ikut pintu belakang bak kata Sheikh Imran Hossein. Bagaimana bank islam pasti rumah yg akan dibeli naik harga seperti harga jualan? Adakah mereka mempunyai ahli nujum yg boleh meramal masa depan? Jika harga rumah naik, sama2lah untung, jika harga rumah turun atau tidak naik, maka pembeli menjadi hamba kepada bank yg berselindung atas nama atau pinjaman cara Islam. Adakah ini diterima walau dilihat dari segi kemanusiaan sekali pun dan bukan atas dasar islam?
Allah menghalalkan perniagaan dan mengharamkan riba', bank bukan perniagaan tetapi adalah riba kerana didalam perniagaan yg sebenar terdapat risiko yg mana Allah boleh membuatkan seseorang itu untung atau rugi dan ini membolehkan kekayaan dibahagi dan tersebar dikalangan manusia. Bank pula bukan perniagaan kerana bank menutup pintu risiko atau meminimumkannya dan meletakkan risiko hanya pada peminjam, contohnya jika peminjam kehilangan kerja dan tidak boleh membayar ansuran bulanan, pihak bank akan menendang peminjam keluar dari rumah yang disangka miliknya itu. Sebab itulah nota perjanjian jual beli (S&P) yg asal dipegang oleh bank dan peminjam hanya mendapat salinannya sahaja.
Sama2lah kita berfikir arah tuju hidup kita ini samada berada di landasan yg betul atau hanya jalan yg "nampak" betul tetapi membinasakan. Memang saya akui diakhir zaman ini utk hidup berlandaskan cara Islam amat sukar ibarat menggenggam bara api, namun ianya berbaloi utk ganjaran masa depan iaitu akhirat yg kekal abadi, Insyaallah.
kredit: INfo Akhir Zaman

Sabtu, 12 Januari 2019
Hukum dunia
Hari ni dalam sajarah...
Pertama kali aku naik grab, sembang dengan driver sampai driver menangis. Allahu Akbar...
Siang tadi aku pi KL sat atas urusan kerja. Sampai Airport Subang, macam biasa book grab utk ke tempat meeting. Memandangkan aku sampai Subang kol 12.20tgh hari, so aku terus book grab ke Masjid Saidina Abu Bakar As-Sidiq, Bangsar utk solat Jumaat...
Driver grab ni seorang lelaki Melayu dalam lingkungan pertengahan 50an. Orangnya smart, bila mula bersembang aku dapat simpulkan dia ni educated dan knowledgeable dalam business & corporate world...
Bila dia sembang bab meniaga, korporat aku pun tokok tambah apa yg patut. Asalnya sekadar layan ja apa yg dia sembang sementara nak sampai ke destinasi...
Tiba2 dia bgtau kisah silam dia. Dia ni rupanya seorang bergelar "Datuk" dari Kerteh. Dulu dia seorang jutawan. Bisnes buat pelantar minyak dan kerja2 yang berkaitan oil & gas industry...
Masa kaya, akaun bank ada berjuta-juta. Apa anak isteri nak semua dia belikan. Katanya sekali supply besi utk binaan pelantar minyak kurang2 pun dalam RM15-20 juta...
Kereta mewah ada 5 buah. Rumah banglo ada di Pahang, Terengganu & KL. Anak 3 orang dan seorang isteri...
Tahun 2016, Allah uji dia dan keluarga dia. Dengan sekelip mata dia jatuh susah. Bisnes dia tak menjadi. Dah supply barang dan buat kerja payment tak dapat, rakan meniaga pulak tipu, supplier cari mintak payment, bank hantar notis saman sebab tak bayar loan dan macam2 lagi...
Kemuncaknya semua harta terpaksa dijual dan dilelong. Dia ada ambik lawyer untuk lawan tuntut bayaran dari pihak yg berhutang dengan dia, tapi kes bertahun tak selesai juga. Legal fee dan lebih RM100k. Akhirnya dia tak teruskan kes sebab xdak duit nak bayar legal fee...
Disebabkan habuk pun tak ada, akhirnya isteri dia minta cerai. Isteri kahwin lain dan anak2 ikut isteri. Sampai tahun lepas anak lelaki sulung dia kahwin pun, dia langsung tak dijemput. Kiranya hubungan dengan isteri dan anak2 terus terputus sejak jatuh miskin...
Katanya lagi hidup dia kini kosong. Isteri sendiri dan anak2 pun boleh lari. Kaum keluarga dan kawan2 apatah lagi. Pada mulanya dia pernah minta bantuan ahli keluarga, tapi dihalau. Minta bantuan rakan, semua melarikan diri. Nak hutang dengan bank, bank reject...
Masa bagitau kisah family dia, dia mula menangis especially bila dia cerita tentang kegagalan dia mendidik isteri dan anak2. Dia cuma mampu bagi duit tapi bukan kasih sayang, didikan dan mengajak ke jalan Allah...
Perkara yang paling dia tak sangka dalam hidup, seorang isteri yang selama ini hidup bersama dengan dia lebih dari 20 tahun waktu senang boleh tinggalkan dia kerana kemiskinan. Anak kandung tak mengaku dia ayah. Keluarga sanggup buang dia sedangkan suatu ketika dulu apa yang ahli keluarga dan saudara mara dia nak, dia bagi..
Sekarang ni harta yang dia ada cumalah sebuah kereta Produa Axia untuk buat grab. Untuk berteduh, dia cuma menyewa bilik RM200 sebulan di area Ara Damansara. Rutin hidup dia, bangun bawa grab dan pulang rehat di bilik sewa. Makan di warung atau kedai mamak. Pernah ketika tengah makan dia ternampak rakan lama bergelar Datuk juga, kelam kabut dia sembunyi sebab malu. Pernah juga beberapa kali nak ambik passanger di Airport Subang. Bila dah dekat, rupanya orang yang dia kenali maka terus dia memecut laju dan cancel trip. Semuanya kerana malu dan terasa dirinya terlalu hina. Hidup dia sangat kosong. Segalanya tiada. Katanya, "Kalau bukan Islam jadi macam saya, confirm dah terus bangunan atau bunuh diri. Nasib baik saya tak sampai ke tahap itu"...
Dia kata kat aku, "Saya tak tahu sebab apa. Tapi encik ni macam ada aura yang menyebabkan saya kongsi semua ni. Encik customer pertama saya yang saya kongsikan kisah hidup saya. Saya bukan minta simpati, cuma sekadar berkongsi pengalaman hidup. Encik masih muda. Manalah tahu kalau encik kaya suatu hari nanti, jangan jadi macam saya. Silap saya, saya bela bini dan anak2 dengan duit tapi bukan dengan didikan agama dan kasih sayang. Itu yang dia orang tak pedulikan saya"..
Nak cerita panjang lagi. Cuma dipendekkan cerita kata² aku kat dia, "Saya tak tahu nak kata apa. Cuma saya doakan Allah bagi kekuatan kat Abang utk teruskan kelangsungan hidup Abang. Allah sebenarnya sayang Abang. Dia uji Abang dengan kesusahan supaya boleh kembali kepada Dia. Kalau Allah terus uji dengan kesenangan tak tahu bila kita akan ingat Allah dan kembali pada Allah. Maaflah, saya sendiri pun tak betul. Cuma bagi saya, bila takdak sesiapa bersama Abang, inilah peluang terbaik untuk Abang dekatkan diri dengan Allah. Keluarga tak sayang tapi Allah sayang Abang. Dia buka jalan seluas-luasnya untuk Abang dekatkan diri dengan Dia. Banyak bersabar dan berdoa. Doa sama untuk bekas isteri dan anak2. Insya Allah, saya doakan suatu hari nanti dia orang akan kembali pada Abang. Paling penting dalam kita kalut bawa grab, solat kena jaga"...
Kisah macam ni kita selalu tengok dalam drama, tapi hari ni aku jumpa kisah yang real. Apapun moral of the story, sebagai suami atau ketua keluarga, tanggungjawab kita bukan setakat cari duit tapi yang lebih utama mendidik dan memastikan isteri dan anak2 jadi insan yang bertakwa...
Credit to Azdy Mohd Arshad

Kuan Chee Heng
*Kalaulah Saya Penguatkuasa, Saya Tak Sita, Saya Akan Bimbing – Uncle Kentang*
Siapa yang tak mengenali Unlce Kentang? Kuan Chee Heng seorang aktivis sosial terkenal dengan aktiviti sukarela melakukan kerja kebajikan demi untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa atau agama.
Pelbagai usaha dilakukan sebelum ini antaranya menyediakan kemudahan ambulan, teksi serta menjual barang-barang makanan dengan caj yang dikenakan serendah 10 sen semata-mata untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan.
Terbaru, Uncle Kentang berkongsi di laman Facebook miliknya betapa beliau kecewa dengan sikap segelitir pihak yang bertindak menghina golongan yang kurang bernasib baik.
Catatannya itu ditulis untuk membuka mata pihak-pihak terlibat. Semoga kita sama-sama dapat membantu Uncle Kentang, memudahkan ramai orang.
KAMI PENGEMIS REZEKI TEPI JALAN……. KAMI TAK PANDAI BERTANDING POLITIK, KAMI BERTANDING DENGAN PANAS, HUJAN, HABUK SETIAP HARI DI TEPI JALAN… KAMI TIADA ADA OPIS YANG BERHAWA DINGIN…. KAMI TIDAK MINTAK SIMPATI…. TAPI KAMI MINTAK ADIL DARI SEGI AGAMA……
Kalau lah saya penguatkuasa, saya tak akan hukum. Saya bimbing. Sedih dalam Malaysia baru, gerai gerai tepi jalan kena angkut . Macik tu bertanding bukan di politik, bertanding dengan hujan, dengan panas, dengan habuk, dengan angin kencang yang pecahkan payung, bertanding masak bodoh kerana semua masakan tak dapat jual kerana hujan turun lebat…… bukan macam YB, kereta besar, sokongan rakyat yang kena tipu habis, YB boleh lah meeting di dalam ofis, hari hari keluar dalam TV entah cakap apa apa…… jaga YB, longkang mati akhirat tu dekat sangat…. jangan lah kau hina kami makcik gerai tepi jalan….. kalau lah AKU BERAGAMA ISLAM, akan aku permudahkan lesen, bawa borang dan bantu makcik ini isi dan dan di gerai…. berikan geran bantuan kewangan untuk menaikkan bisness….. akan aku arahkan penguatkuasa lesen untuk bawa kerani kerani dalam opis tu turun padang, bawa segala cop cop pejabat dan mesin mesin untuk bayar dan bantu mereka dapatkan lesen….
BUKAN KAH AJARAN AGAMA SURUH KITA MEMPERMUDAHKAN…. MENGAPA KITA YANG BERAGAMA HARUS SEKSA MEREKA…. sediakan lori Majlis , truk majlis untuk bantu mereka pindah ke tempat yang sesuai kalau kita percaya tapak yang sediaada ganggu lalu lintas… adalah tanggung jawab kita sebagai orang yang beragama mencarikan tempat sesuai untuk mereka berniaga…. kalau anda robohkan gerai mereka, kau rampas barang mereka … adakah kau selidik latar belakang keluarga… adakah makcik patient dialysis, atau ada ahli keluarga terlantar, atau ada ahli keluarga yang sedang sakit kanser… adakah anak anak yang masih kecil masih sekolah dan perut lapar jalan kaki berbatu ke sekolah…. Ohhhh Tuhan ku….. kita semua beragama….. adakah kita fikir untuk mereka yang susah….. MULA HARI INI KITA UBAH….. TIADA GUNA KITA UBAH KERAJAAN KALAU PATTERN YB MASIH SAMA…. ATAU LEBIH TERUK DAN HANYA PANDAI MENGHUKUM…. MALU SAYA KERANA SAYA BELUM ISLAM…. Kerana saya lihat rata rata YB yang beragama macam tak fikir langusng mati…… MARILAH MARI LAH MARI LAH…. MATI ITU PALING DEKAT DENGAN MU…. TIDAK JAUH TU…. Kamu jadi YB dengan Izin Tuhan…. kalau Tuhan kata kamu accident hari ini, maka kamu accident dan terus lumpuh…
NAK ANGKUH APA…… MASA ITU BOSS POLITIK BESAR MU PUN TAK BOLEH BANTU MU…. MASA ITU LAH BOSS POLITIK BESAR MU TINGGALKAN MU…. KERANA KAMU SUDAH LUMPUH DAN TAK BERGUNA…. YANG MENGIRING MU, SAHABAT MU YANG SETIA, AHLI KELUARGA MU…. AMALAN MU…. SEGALA AMALAN BAIK MU PASTI AKAN HADIR BERSAMA MU…. MEREKA TAK LARI… DAN TUHAN AKAN BERSAMA MU….. Marilah kita bantu makcik makcik gerai tepi jalan. pak cik pak cik yang saban hari duduk tepi jalan hanya untuk mencari sesuap nasi untuk cucu, anak anak dan kita sepak teranjang gerai mereka…. adakah kita tidak kejam?
RENUNG RENUNG LAH…. JANGAN KAU LUPA BAWA BERSAMA AGAMA MU KETIKA KAMU BERTUGAS…. DAN MENJALANKAN TUGAS DI TEPI JALAN…….
Sumber: Kuan Chee Heng

Langgan:
Catatan (Atom)