Selasa, 26 Mac 2019

Fardhu ain

ILMU FARDHU AIN yang disepakati ulama ahli sunnah Waljamaah ialah 3 iaitu ilmu Akidah, Fiqh dan Tasawwuf. Ketiga² ilmu ini wajib dan fardhu pada setiap individu Muslim sebab ianya fardhu AIN bukan kifayah.

Fiqh ialah ilmu hukum hakam berkaitan amalan harian kita dan minimum fardhu ialah sekadar lepas semua ibadat² wajib kita seperti hukum hakam wudhuk, solat, puasa, haji, rukun sunat sah batalnya, najis, bangkai dan lain² berkaitan hukum syar'ie atau wadh'ie. Termasuk bahagian ini ialah ilmu tajwid dan quran sebab baca quran adalah rukun solat, Fatihah hanya sah jika tajwidnya sah. Jadi terkait² ilmu utama dan cabang hukum wajibnya.

Akidah ialah ilmu hukum hakam berkaitan kepercayaan kita kepada 6 rukun iman, tentang Allah, Rasul, Malaikat, kitab, kiamat, takdir dan setiap satunya ada had minimum wajib untuk diketahui seperti wajib tahu hak yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah dan Rasul. Kalau tak tahu Allah tu jisim atau tak, berarah atau tak, di langit ke di bumi, atau di mana-mana, tak tahu 25 rasul, tak tahu minimum 10 malaikat, tak tahu lepas mati jadi apa, seksa kubur, Mahsyar, Mizan, syurga neraka. Maknanya fardhu Ain nya masih belum selesai dan sedang menanggung dosa yang besar. Walaupun dia ahli ibadah zikir, solat sunat juta kali sehari, walaupun dia ahli dakwah yang tak pernah balik rumah sampai ke hujung² dunia. Sebab ini perintah solid dari baginda Nabi, menuntut ilmu ini FARDHU atas setiap muslim. Bukan kifayah.

Tasawwuf ialah ilmu hukum hakam berkaitan dengan muamalat hati kita. Tahu perkara yang SAH dan BATAL pada PAHALA dan PENERIMAAN amalan kita. Contoh, solatnya lengkap rukun, sunat, sah. Maka dari sudut fiqh dia sudah solat dan sah solatnya, tapi tiba² dalam solatnya ada riak, sum'ah, takabbur. Maka solat fiqhnya SAH tapi solat tasawwufnya BATAL, dalam erti kata lain, dia tidak berdosa kerana meninggalkan solat, tapi solatnya sia² dan tiada pahala, jauh sekali penerimaan daripada Allah.

Jadi ilmu akidah umpama akar, tak nampak sebab di dalam, tapi paling penting.

Ilmu fiqh umpama batang pokok, nampak besar dan gah berdasarkan usaha masing-masing, besar akarnya, besarlah batangnya. Jadi kalau kuat iman, kuatlah ibadah zikirnya. Jadilah besar batang pokok nya.

Ilmu Tasawwuf umpama ranting, daun dan buah. Penyeri dan peneduh serta memberi manfaat pada yang lain. Kalau ada akar, ada batang tapi tak ada ranting , daun, buah, orang akan tahu ini POKOK YANG MATI. Walaupun batang pokoknya besar gedabak. Jadi tak hairanlah begitu ramai ahli ilmu walaupun ada 10 phd, karang 200 buku, bahas ilmu tinggi melangit, tapi menolak tasawwuf, mereka dilihat MATI dan tiada kerohanian langsung dalam majlis, kata² dan tulisan mereka.

Ahli rohani, kata² dan tulisan mereka akan HANCUR LEBURKAN HATI² manusia kerana kata dan tulisan daripada hati itu akan terkesan di hati juga. Berbeza dengan ahli "khutbah" dan ahli "kitab" yang kata mereka hanya berpindah ke kata yang seterusnya macam burung kakak tua dan tulisan mereka hanya berpindah ke tulisan seterusnya macam tulisan buku² ilmiah yang di copy paste. Iman tidak meningkat, amalan tidak bertambah, topi sudu tetap di kepala, janggut tetap licin dicukur, akhlak tetap buruk, melihat wajahnya langsung tidak ingatkan kita pada Allah rasul dan akhirat. Tiada athar atau kesan Sunnah dan cinta Nabi padanya. Hanya khutbah dan tulisannya sahaja yang sedap didengar sebagai halwa telinga dan mata. Bukan terapi hati.

3 Ilmu ni sangat penting untuk disibukkan SEPANJANG UMUR kita sebab HANYA 3 ilmu ini sahaja yang akan dihisab dan dipersoalkan dengan keras di Mahsyar.  Jika kita tahu bila akan mati dan ada peluang mendalami ilmu, dalamilah 3 yang wajib ni.

Ilmu² lain boleh celup², tapi 3 ni tak boleh celup². Begitu ramai yang sibuk dengan tafsir itu ini, hadis sahih tak sahih, khilaf mazhab, ada dalil takda dalil dan lain² perbahasan furu' atau cabang. Tapi bila tanya rukun wudhuk ada berapa? Terkebil-kebil mata, blank tak tau jawab.

Allah tak kan tanya kita kenapa mazhab Syafie khilaf dengan mazhab Hanafi, tapi Allah pasti tanya tentang wudhuk kita, solat kita, puasa kita. Hati² dan jangan seumur hidup kena tipu dengan iblis, syaitan, dajjal dalam FITNAH ILMU.

"Eh apa salahnya, benda baik"

Memang tak salah belajar ilmu lain. Tapi kena selesaikan apa yang wajib dulu. Mana ada budak tadika belajar add math. Kalau ada, kita akan tegur. Dan kalau budak tu jawab "eh apa salahnya, ini kan ilmu. Kan benda baik ni." Dan jawapan seterusnya dari kita tu lah jawapan yang sama untuk mereka yang suka melompat darjah dalam ilmu agama.

Zaman dajjal ni, kita tak boleh nafi ini zaman dajjal. Dan manusia akan disibukkan dengan ilmu² lain supaya yang wajib ditinggalkan. Ini fitnah ilmu. Manusia disibukkan dengan benda sunat dan wajib ditinggalkan. Manusia sibuk pukul dan siku orang di depan Kaabah yang hukumnya haram hanya untuk cium Hajarulaswad yang sunat. Manusia bodoh tenggelam dalam lautan dosa besar riba ambik loan bank untuk buat kenduri kahwin yang hukum asalnya sunat. Belum lagi yang buat majlis kahwin tapi ikhtilat campur laki perempuan, tayang aurat, tari menari, muzik lagu haram. Elok² sunat jadi haram. Bawak keluarga pergi makan, pasar malam, jalan² nak gembirakan mereka hukum sunat, tapi pergi waktu maghrib sampai luput waktu solat akhirnya haram. Dan banyak lagi contoh lain tentang pentingnya ilmu darjat ilmu.

Dan 3 ilmu ini wajib melalui dalil hadis Jibril yang malaikat soal jawab dengan baginda mulia tentang iman, Islam, Ihsan.

Dan sebenarnya, ada ilmu ke empat yang wajib pada zaman ini yang disebut dalam hadis tu.

Iaitulah ilmu Akhir zaman atau ilmu Fitan. Perkara ni disoal jawab oleh malaikat pada baginda di penghujung hadis tentang tanda kiamat, ia alamat tentang ilmu ini sama penting dengan 3 ilmu pertama. Cuma ianya dipisahkan sebab zaman dulu kurang "urgent" berbanding sekarang yang sangat urgent untuk diketahui oleh muslim. Dan ilmu Fitan ni pun sangat banyak versi, kecuali pada para wali yang diberi kesepakatan atas sesuatu. Sebab itu ilmu Fitan akan jadi fitnah bila belajar sendiri, sama macam 3 cabang ilmu fardhu Ain tu kalau tak berguru, habis hancur semuanya. Punggah.

Ilmu Fitan lebih sensitif daripada ilmu lain, jadi hanya yang betul-betul ada "Sanad" sahaja khabar sahih akan sampai melalui wali². Jadi tak hairanlah kalau yang mula² bai'at Mahdi nanti semuanya adalah mursyid² utama dunia. Di belakang mereka ada ribuan murid yang dengar dan taat. Untunglah mereka yang ada tali untuk berpegang dan diikat rapi (bukan sekadar berdamping dengan tali tanpa ikatan).

Dajjal akan datang selepas semua peringkat peringatan tentang Dajjal dimatikan atau didiamkan (seperti di beberapa tempat yang berlaku sekarang, ulama dipenjarakan, di assassinated dll bila banyak sebar rahsia penipuan Dajjal).

Selamat datang ke dunia baru. Selamat datang ke dunia Ashabul Kahfi akhir zaman bagi mereka yang sudah "wake up" dan sudah bersama jemaah. Takziah buat mereka yang masih tenggelam berenang seronok dalam sistem dan berlumba-lumba mengejar syurga ciptaan Dajjal. Kejarlah sijil anda, pangkat, harta, nama, harta kertas anda sepuasnya.

🌷✍Fb Ustaz Yunan Ahmad

Rabu, 20 Mac 2019

Ikan gelama

*NASI DAN IKAN GELAMA KERING BEKAL ANAK KE SEKOLAH*.

Ketika menjadi pengetua disuatu pagi, memantau kawasan sekolah,saya didatangi oleh seorang guru perempuan yg ditugaskan mengawas kedatangan pelajar dipintu pagar.Kami bercakap dipinggir jalan masuk ke pejabat.

Katanya,"Cikgu Ghani,saya nak tunjuk satu benda.Ini mungkin tak baik,tapi saya nak tunjuk juga.Seorang ibu pelajar telah mengirim bekal makanan kpd saya untuk anak perempuannya yg tertinggal dirumah semasa dipintu pagar tadi.Dia kata dia nak cepat nak pi kerja,mungkin pekerja kilang.Saya cuba tengok apa yg dibekalkan.Sedih sangat cikgu." Dia berpaling menahan perasaan..Saya mengambil tupperware plastik lalu membukanya.Subhanallah! Nasi putih dg ikan gelama kering belah belakang yg kecil dua ekor.Saya pula yg jd serba salah.

Guru perempuan itu terus mengesat air mata,sambil memberitahu bekalan itu kebetulan utk pelajar kelasnya yg dia tidak tahu begitu miskin.Dia mengambil balik tupperware tersebut dan berkata,"Takpa cikgu,saya cuma nak kongsi dg cikgu,biar saya selesaikan."Saya lihat dia berjalan ke arah kantin sekolah mungkin membeli lauk tambahan dan minuman.

Kita mungkin makan ikan gelama kering untuk mengubah selera, bersama gulai nangka dan sambal belacan berulam.Tetapi mereka makan ikan kering dg nasi kerana tiada pilihan.Itu yg paling murah dan mengenyangkan.Membawa bekal itu sudah menjadi tanda mereka tidak berupaya memberi wang saku kpd anak utk makan di kantin,sedangkan anak perlu diberi makan.Jika bekal makan nasi dg ikan gelama kering waktu pagi,,tengah harinya makan apa agaknya.Waktu rehat hari itu,sengaja saya mengintai pelajar ini,tepat seperti dijangka,dia makan sendirian dibawah pokok,mungkin terasa malu dg bekalnya dilihat rakan.

Ya Allah,anak anak kita bersarapan makan roti gardenia disapu peanut butter,serikaya,jem.Anak-anak kita bersarapan makan roti bakar dg kentang goreng dan kacang panggang.Anak-anak kita bersarapan dg nasi lemak,ikan bilis,sotong,telor rebus.Anak-anak kita bersarapan dg burger,frankfurter,egg banjo telor meleleh,nugget, karipap,cucok badak dg teh,nescafe,milo ais.Dibekal duit poket lagi untuk kudapan dikantin.Mereka memamah nasi dg ikan kering dan mungkin berteman air paip.

Pertama saya nak mengajak anda bersyukur dg apa yg kita ada berbanding orang lain.Dizaman ini masih ada orang makan nasi dg ikan kering.Kedua nak ajak anda mendidik anak untuk belajar bersedekah dan berkongsi rezeki.Contohnya minta anak kenali seorang rakan pelajarnya yg miskin atau yatim,kirimkan seringgit sehari untuknya sebagai sedekah jariah kita utk dia makan dikantin.Atau jika anak bawa bekal,lebihkan sedikit utk dikongsi oleh anak yatim atau miskin itu.Anda akan menjadi orang yg bertuah kerana bersedekah hampir tiap hari kpd yatim atau miskin walau sekedar rm1,atau sekeping roti atau sesenduk nasi lemak atau sebiji egg banjo..Moga anak anda terdidik untuk mengasihi anak yatim dan miskin,moga Allah memberkati hidup anda sekeluarga.Mungkin boleh juga dikirimkan sebotol air mineral setiap hari kerana nabi menyebut antara sedekah yg terbaik adalah memberi minum.

Jika mampu,biayailah pakaian,alatan sekolah,yuran dsbnya.Sesungguhnya mereka yg miskin dan yatim sengaja diadakan oleh Allah sebagai ujian kpd kita dan juga peluang untuk berbuat baik.

Siapa yg mengabaikannya,bimbang mereka juga tidak dipandang oleh Allah di hari akhirat.Jika terdetik rasa simpati,jika tergenang airmata dgn kisah ini,ayuh mulakanlah untuk mencari anak yatim dan miskin utk dibantu dlm misi sedekah jariah harian kita.

Wassallam.

Sampah

Hayati lah...Saya Share..

Satu hari, saya naik kereta kawan untuk pergi meeting. Tengah dalam perjalanan tu, tiba-tiba ada kereta Myvi hitam potong kami dari kiri dan membelok ke kanan tanpa beri signal pun. Nyaris-nyaris terlanggar kereta tersebut.

Nasib baik kawan saya ni sempat brake. Tapi yang peliknye, driver Myvi pulak yang berhenti tepi jalan tekan hon berkali kali, keluarkan kepala dari tingkap. Sambil maki hamun macam orang gila pada member saya ni. Siap tunjuk isyarat lucah lagi.

Yang member saya ni rilex je, senyum dan angkat tangan kemudian dan teruskan perjalanan.

Saya tanya beliau, “ko tak rasa panas ke? Bro tadi tue duk maki-maki, padahal dia yang salah. Kalau kau ajak tadi, aku turun sekali dah balun budak tu. Kita dua-dua fighter kan, ape nak takut?”.

Dia pusing pada saya, senyum dan cakap. "Kau pernah dengar tak Law of The Garbage Truck?"

Hahahaha, ko nak merepek apa pulak ni ? Mana ada law of garbage truck saya kata.

Beliau senyum dan teruskan." Macamni bro, ada sesetengah orang atas dunia ni, dia macam Lori Sampah. Hidup dia seharian dia asyik kutip sampah, kutip sampah, kutip sampah, dari pagi sampai ke malam.

Sampai masa, lori dia penuh. Bila lori penuh, dia dah tak boleh nak kutip lagi dah sampah baru. Jadi dia akan cari tempat untuk buang dan longgokkan sampah-sampah dia tu.

Dan kadang-kadang, kau akan jadi tempat dia longgok sampah dia.

Dan kau jangan take it personally. Kau just senyum, dan tutup diri kau. Supaya sampah dia tak masuk dalam kau. Kalau kau terima sampah dia, kau akan jadi tong sampah. Sama macam dia.

Now, you see. Hidup kita seharian, kita selalu jumpa orang-orang macam ni kan? Selalu nak marah, nak maki, nak pukul orang. Tak Ada pasal pun kadang-kadang nak mengamuk.

Kadang-kadang orang-orang ni adalah orang terdekat kita. Family kita, suami kita, anak kita, kawan-kawan kerja, bos kita, lecturer atau cikgu kita.

Don’t take it personally. Just faham, yang mereka telah kutip terlalu banyak perkara negatif seharian dalam hidup mereka. Dan mereka perlu tempat untuk humban sampah-sampah mereka, itu saja.

Anda cuma perlu senyum, dan tutup diri supaya sampah mereka tak masuk dalam anda.

Kalau anda beri mereka peluang untuk masukkan sampah mereka dalam anda, kini anda dah jadi tong sampah, sama seperti mereka. Eventually tong anda akan penuh dan anda pula terpaksa buang sampah anda pada orang lain.

Sebab tu hari ini terlalu banyak orang yang suka buat posting kecam sana, kecam sini, comment maki orang sana, maki orang sini. Hina semua orang macam dia sorang je suci. Perli memerli dan sebagainya.

Kenapa? Kerana, bila mereka boleh buang sampah mereka pada orang lain, mereka rasa lapang sikit sebab lori dah kosong.

Dan sedihnya, ramai orang. Terlalu ramai orang yang buang sampah mereka pada orang-orang yang mereka sayang. Berapa ramai kita jumpa ayah dan ibu yang balik kerja penat, stress, mereka lepaskan penat dan stress mereka pada anak-anak? Ramai kan?

Berapa ramai bos, cikgu atau lecturer yang ada masalah rumahtangga.Mereka bawa masalah mereka ke tempat kerja, dan lepaskan sampah mereka pada pekerja, anak murid mereka ? ramai kan ?

Agaknya apa yang akan jadi pada anak-anak, pekerja dan murid ni ? Lama-lama tong mereka juga akan penuh, dan mereka akan buang sampah mereka pada orang lain.

Kerana itulah saya rasa semua orang perlu belajar ilmu untuk jadi orang yang bertenang, rasa aman damai, take control of our own feelings.

Perasaan orang pada kita, kita tak boleh kawal. Tapi Perasaan kita pada diri kita. Itu 100% dalam kawalan kita. Kita boleh kawal sepenuh nya. Itu sepenuhnya dalam kuasa kita.

Kalau kita mula bagi kuasa untuk orang lain kawal perasaan kita, itulah satu bentuk penghambaan paling sadis. Jangan biarkan kata-kata orang, perbuatan orang, beri kesan pada inner peace anda.

Saya dah menjadi lori sampah all my life. Dari dulu selalu marah-marah, selalu mengamuk, selalu baran. Dan ia menyakitkan semua orang yang saya sayang. Alhamdulillah mereka semua sabar, dan berkat sabar itu saya kini faham The Law Of Garbage Truck.

Dapat sesuatu ? Jangan jadi sampah, dan tempat untuk orang buang sampah. Jangan Jadi batu api menyemarakkan sampah yang terbakar. 😊👍 sa

Punch kad

Ismail Mohd Salleh:
KISAH PUNCH KAD MERAH.

"Awak dah tiga kali lewat bulan ini. Bulan depan saya tukarkan punch kad awak warna lain. Menandakan kehadiran awak dah tiga kali lewat!"

Keras seorang guru besar memarahi guru ini. Guru ini hanya menunduk dan mengangguk sahaja dengan redha. Ya, dia terlambat 3 kali dan itu termaktub dalam peraturan. Dia akur tanpa bantahan.

Dalam mesyuarat, hal ini dibangkit dan mana-mana guru yang bertukar warna kad disindir-sindir dan diperli. Tidak komitmen dan tidak berdisiplin kata GB tegas ini.

Masa berlalu. Teraju bertukar tangan. Diganti oleh GB lain yang tegas juga dalam bicara dan kata-kata. Namun bila berdepan, bila hadap berdua GB baru ini sangat santun dan berlemah lembut. Nasihat yang baik diberi, bukan ugutan atau sindiran kasar.

Beberapa bulan kemudian, sekali lagi punch kad guru ini berwarna merah. Empat kali dalam sebulan. Dia dah redha jika kad bertukar warna bulan depan.

Bulan seterusnya, kad dia masih warna yang sama. Seolahnya dia tidak lewat melebihi tiga kali. Maka diberanikan diri bertanya pada GB baru.

"Puan. Bulan lepas saya lewat lagi empat kali. Kenapa punch kad saya tidak 'diturunkan darjat' menandakan saya pernah lewat?"

GB itu tersenyum. Diarahkan kerani mengambil punch kad cikgu ini. Lantas ditunjuk dan berkata,

"Cikgu. Cikgu lihat punch kad cikgu. Benarlah ada merah empat kali menandakan lewat dari sepatutnya. Lihat merah yang pertama, masanya 7:21 minit.

Hanya lewat satu minit sahaja. Lagi pun masa itu kelas belum bermula. Kelas kan bermula jam 7:30 pagi. Begitu juga tiga lagi kelewatan cikgu. Semuanya tidak lebih dari 7:30. Maka saya maafkan.

Lagi pun pagi-pagi jalan depan sekolah memang jem. Cikgu pula turunkan anak dulu di pra sekolah. Saya percaya sebenarnya cikgu dah berada dalam kawasan sekolah sebelum jam 7:15 pagi lagi kan?"

Sambil tersenyum GB itu memberi penjelasan. Cikgu ini mengangguk-angguk tanda faham. Terharu dia dapat pentadbir yang memahami, bukan yang jenis mencari salah.

"Puan. Terima kasih banyak atas pertimbangan puan. Benar apa yang puan cakap. Saya berada dalam kawasan sekolah kadangkala lebih awal, namun untuk punch kad itu memakan masa atas pelbagai faktor."

GB itu tersenyum lantas menyambung,

"Adalah kejam bagi saya menghukum guru-guru dibawah saya hanya sekadar warna merah 3-4 kali ini.

Cuba awak perhati waktu awak pulang kat punch kad ini. Awak layak pulang seawal jam 1:00 petang. Namun hampir setiap hari awak berkorban masa demi sekolah dan anak-anak didik sampai jam 2-3 petang.

Lewat satu minit diganti dengan tambahan 2-3 jam setiap hari adalah sesuatu yang mengagumkan saya. Cikgu tidak pernah membangkitkan pengorbanan cikgu berada lebih masa di sekolah.

Apa perlu saya bangkitkan kelewatan satu minit atas faktor teknikal? Saya belum sezalim itu cikgu. Itu bukan cara saya mentadbir sekolah. Terus beri yang terbaik cikgu ya!"

Guru ini merasa sangat dihargai. Dia merasa sangat senang dengan pentadbir yang bertolak ansur dan pandai mengenang budi.

Setiap langkah ke sekolah di hari mendatang dia hayun dengan semangat yang lebih membara. Setiap program sekolah dia cuba jayakan sebaik mungkin.

Benarlah, seorang pemimpin yang baik tidak hanya pandai mencari salah.

Pemimpin yang baik tidak hanya tahu bertegas dan marah-marah.

Pemimpin yang baik tidak membuatkan anak buah mereka bekerja keras dengan ugutan dan paksaan.

Sebaliknya pemimpin yang hebat mampu memenangi hati anak-anak buahnya sehingga mereka seronok bekerja bersama.

Sehingga anak-anak buahnya melakukan segalanya bukan kerana paksaan atau ugutan. Tapi dengan kerelaan dan rasa hormat yang menebal pada pemimpin yang pandai menjaga hati ini.

Kisah ini kisah benar yang aku dengar sendiri dari seorang sahabat guru. Mana yang baik sama-sama kita ikuti.

Begitulah.

***
- Gambar hanya hiasan sahaja.

#MFS
.

Ibu bapa

*Memang Ayah Tidak Menyusuimu, Tetapi Setiap Titisan Keringat Ayah Menjadi Susu Yang Membesarkanmu*

Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari.. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? Ayah selalu cakap,” telefonlah anak kita tu tanya dia macam mana kerja..”

Semasa kecil, ibulah yang lebih sering mendukung kita.. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian.

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak:

“Kan ayah dah kata jangan main hujan?”
“Kan ayah dah bagitau jangan minum air sejuk!”
Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau sebenarnya?

Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam, ayah dengan tegas berkata:

‘Tidak boleh!”
Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya. Maka ayahlah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.

Ayah marah kita, tetapi tahukah kita yang ayah tidak mahu apa-apa terjadi kepada kita bila keluar lewat malam?

Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar. Disaat kita memerlukan macam-macam, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi, tanpa menolak, beliau memenuhinya.

Saat kamu berjaya, ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga, walaupun kadang-kadang ayah macam buat tidak tahu tapi tahukah kamu sebaik kamu pergi, ayah ceritakan dekat ibu kekaguman dia terhadap kita?

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah. Ayah sangat berhati-hati mengizinkannya daan akhirnya, saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita, ayah pun tersenyum bahagia.

Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia dan dia pun berdoa “Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik, bahagiakanlah putera puteri kecilku yang manis bersama pasangannya.”

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk dengan rambut yang memutih dan badan yang tidak lagi kuat untuk menjaga kita.

Itulah pengorbanan seorang ayah..
Apakah kita masih belum sedar? Masih memandang kemarahan ayah itu alasan untuk kita bencikan dia? Percayalah, dia orang yang paling rindukan kamu walaupun kerinduan ibu lebih menyerlah, tidak dapat dinafikan kerinduan ayah terhadap kita mungkin melebihi kerinduan ibu dekat kita, kita cium pipi ibu, ayah hanya tersenyum melihat.

Tahukah kita yang kita telah berlaku tidak adil terhadap ayah? Apakah ayah tidak layak mendapat ciuman sama yang kita berikan kepada ibu? Kamu lupa masa kamu kecil, ayah mendukung kamu dan mencium kamu?

Betapa hebatnya pengorbanan seorang ayah kepada anaknya cuma kita kadang2 terlepas pandang pengorbanan ayah kita. Hargailah pengorbanan dan kasih sayang seorang ayah, kerana setiap daripada kita sememangnya mempunyai seorang ayah yang hebat yang sentiasa menyayangi anaknya cuma lain ayah, lainlah caranya memanjakan anak.

Ayah tidak meminta untuk dibalas akan jasanya, dia cuma mahu anak-anaknya menjadi insan yang berguna, yang dapat membanggakannya. Adakah kita seperti yang dia inginkan?

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah berganti nyawa. Itulah ungkapan yang sesuai bagi mencerminkan kasih sayang seorang ayah.

Sentiasa berbakti dan berdoa untuk ibubapa kita tak semestinya apabila mereka telah pergi menghadap Ilahi. Tetapi, biarlah mulai sekarang, agar disediakan untuk ibu bapa kita di sana nanti sebuah taman indah dan penyelamat ibu bapa kita dari azab kubur dan api neraka. InshaAllah, doa anak-anak yang soleh dan solehah yang dibawa bersama ke sana…

Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud:

Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya. (Hadis Riwayat Muslim)

Renungkanlah!!!


https://thecoverage.my/bahasa/gaya-hidup/islam/memang-ayah-tidak-menyusuimu-tetapi-setiap-titisan-keringat-ayah-menjadi-susu-yang-membesarkanmu/

.