Hayati lah...Saya Share..
Satu hari, saya naik kereta kawan untuk pergi meeting. Tengah dalam perjalanan tu, tiba-tiba ada kereta Myvi hitam potong kami dari kiri dan membelok ke kanan tanpa beri signal pun. Nyaris-nyaris terlanggar kereta tersebut.
Nasib baik kawan saya ni sempat brake. Tapi yang peliknye, driver Myvi pulak yang berhenti tepi jalan tekan hon berkali kali, keluarkan kepala dari tingkap. Sambil maki hamun macam orang gila pada member saya ni. Siap tunjuk isyarat lucah lagi.
Yang member saya ni rilex je, senyum dan angkat tangan kemudian dan teruskan perjalanan.
Saya tanya beliau, “ko tak rasa panas ke? Bro tadi tue duk maki-maki, padahal dia yang salah. Kalau kau ajak tadi, aku turun sekali dah balun budak tu. Kita dua-dua fighter kan, ape nak takut?”.
Dia pusing pada saya, senyum dan cakap. "Kau pernah dengar tak Law of The Garbage Truck?"
Hahahaha, ko nak merepek apa pulak ni ? Mana ada law of garbage truck saya kata.
Beliau senyum dan teruskan." Macamni bro, ada sesetengah orang atas dunia ni, dia macam Lori Sampah. Hidup dia seharian dia asyik kutip sampah, kutip sampah, kutip sampah, dari pagi sampai ke malam.
Sampai masa, lori dia penuh. Bila lori penuh, dia dah tak boleh nak kutip lagi dah sampah baru. Jadi dia akan cari tempat untuk buang dan longgokkan sampah-sampah dia tu.
Dan kadang-kadang, kau akan jadi tempat dia longgok sampah dia.
Dan kau jangan take it personally. Kau just senyum, dan tutup diri kau. Supaya sampah dia tak masuk dalam kau. Kalau kau terima sampah dia, kau akan jadi tong sampah. Sama macam dia.
Now, you see. Hidup kita seharian, kita selalu jumpa orang-orang macam ni kan? Selalu nak marah, nak maki, nak pukul orang. Tak Ada pasal pun kadang-kadang nak mengamuk.
Kadang-kadang orang-orang ni adalah orang terdekat kita. Family kita, suami kita, anak kita, kawan-kawan kerja, bos kita, lecturer atau cikgu kita.
Don’t take it personally. Just faham, yang mereka telah kutip terlalu banyak perkara negatif seharian dalam hidup mereka. Dan mereka perlu tempat untuk humban sampah-sampah mereka, itu saja.
Anda cuma perlu senyum, dan tutup diri supaya sampah mereka tak masuk dalam anda.
Kalau anda beri mereka peluang untuk masukkan sampah mereka dalam anda, kini anda dah jadi tong sampah, sama seperti mereka. Eventually tong anda akan penuh dan anda pula terpaksa buang sampah anda pada orang lain.
Sebab tu hari ini terlalu banyak orang yang suka buat posting kecam sana, kecam sini, comment maki orang sana, maki orang sini. Hina semua orang macam dia sorang je suci. Perli memerli dan sebagainya.
Kenapa? Kerana, bila mereka boleh buang sampah mereka pada orang lain, mereka rasa lapang sikit sebab lori dah kosong.
Dan sedihnya, ramai orang. Terlalu ramai orang yang buang sampah mereka pada orang-orang yang mereka sayang. Berapa ramai kita jumpa ayah dan ibu yang balik kerja penat, stress, mereka lepaskan penat dan stress mereka pada anak-anak? Ramai kan?
Berapa ramai bos, cikgu atau lecturer yang ada masalah rumahtangga.Mereka bawa masalah mereka ke tempat kerja, dan lepaskan sampah mereka pada pekerja, anak murid mereka ? ramai kan ?
Agaknya apa yang akan jadi pada anak-anak, pekerja dan murid ni ? Lama-lama tong mereka juga akan penuh, dan mereka akan buang sampah mereka pada orang lain.
Kerana itulah saya rasa semua orang perlu belajar ilmu untuk jadi orang yang bertenang, rasa aman damai, take control of our own feelings.
Perasaan orang pada kita, kita tak boleh kawal. Tapi Perasaan kita pada diri kita. Itu 100% dalam kawalan kita. Kita boleh kawal sepenuh nya. Itu sepenuhnya dalam kuasa kita.
Kalau kita mula bagi kuasa untuk orang lain kawal perasaan kita, itulah satu bentuk penghambaan paling sadis. Jangan biarkan kata-kata orang, perbuatan orang, beri kesan pada inner peace anda.
Saya dah menjadi lori sampah all my life. Dari dulu selalu marah-marah, selalu mengamuk, selalu baran. Dan ia menyakitkan semua orang yang saya sayang. Alhamdulillah mereka semua sabar, dan berkat sabar itu saya kini faham The Law Of Garbage Truck.
Dapat sesuatu ? Jangan jadi sampah, dan tempat untuk orang buang sampah. Jangan Jadi batu api menyemarakkan sampah yang terbakar. 😊👍 sa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan