ILMU FARDHU AIN yang disepakati ulama ahli sunnah Waljamaah ialah 3 iaitu ilmu Akidah, Fiqh dan Tasawwuf. Ketiga² ilmu ini wajib dan fardhu pada setiap individu Muslim sebab ianya fardhu AIN bukan kifayah.
Fiqh ialah ilmu hukum hakam berkaitan amalan harian kita dan minimum fardhu ialah sekadar lepas semua ibadat² wajib kita seperti hukum hakam wudhuk, solat, puasa, haji, rukun sunat sah batalnya, najis, bangkai dan lain² berkaitan hukum syar'ie atau wadh'ie. Termasuk bahagian ini ialah ilmu tajwid dan quran sebab baca quran adalah rukun solat, Fatihah hanya sah jika tajwidnya sah. Jadi terkait² ilmu utama dan cabang hukum wajibnya.
Akidah ialah ilmu hukum hakam berkaitan kepercayaan kita kepada 6 rukun iman, tentang Allah, Rasul, Malaikat, kitab, kiamat, takdir dan setiap satunya ada had minimum wajib untuk diketahui seperti wajib tahu hak yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah dan Rasul. Kalau tak tahu Allah tu jisim atau tak, berarah atau tak, di langit ke di bumi, atau di mana-mana, tak tahu 25 rasul, tak tahu minimum 10 malaikat, tak tahu lepas mati jadi apa, seksa kubur, Mahsyar, Mizan, syurga neraka. Maknanya fardhu Ain nya masih belum selesai dan sedang menanggung dosa yang besar. Walaupun dia ahli ibadah zikir, solat sunat juta kali sehari, walaupun dia ahli dakwah yang tak pernah balik rumah sampai ke hujung² dunia. Sebab ini perintah solid dari baginda Nabi, menuntut ilmu ini FARDHU atas setiap muslim. Bukan kifayah.
Tasawwuf ialah ilmu hukum hakam berkaitan dengan muamalat hati kita. Tahu perkara yang SAH dan BATAL pada PAHALA dan PENERIMAAN amalan kita. Contoh, solatnya lengkap rukun, sunat, sah. Maka dari sudut fiqh dia sudah solat dan sah solatnya, tapi tiba² dalam solatnya ada riak, sum'ah, takabbur. Maka solat fiqhnya SAH tapi solat tasawwufnya BATAL, dalam erti kata lain, dia tidak berdosa kerana meninggalkan solat, tapi solatnya sia² dan tiada pahala, jauh sekali penerimaan daripada Allah.
Jadi ilmu akidah umpama akar, tak nampak sebab di dalam, tapi paling penting.
Ilmu fiqh umpama batang pokok, nampak besar dan gah berdasarkan usaha masing-masing, besar akarnya, besarlah batangnya. Jadi kalau kuat iman, kuatlah ibadah zikirnya. Jadilah besar batang pokok nya.
Ilmu Tasawwuf umpama ranting, daun dan buah. Penyeri dan peneduh serta memberi manfaat pada yang lain. Kalau ada akar, ada batang tapi tak ada ranting , daun, buah, orang akan tahu ini POKOK YANG MATI. Walaupun batang pokoknya besar gedabak. Jadi tak hairanlah begitu ramai ahli ilmu walaupun ada 10 phd, karang 200 buku, bahas ilmu tinggi melangit, tapi menolak tasawwuf, mereka dilihat MATI dan tiada kerohanian langsung dalam majlis, kata² dan tulisan mereka.
Ahli rohani, kata² dan tulisan mereka akan HANCUR LEBURKAN HATI² manusia kerana kata dan tulisan daripada hati itu akan terkesan di hati juga. Berbeza dengan ahli "khutbah" dan ahli "kitab" yang kata mereka hanya berpindah ke kata yang seterusnya macam burung kakak tua dan tulisan mereka hanya berpindah ke tulisan seterusnya macam tulisan buku² ilmiah yang di copy paste. Iman tidak meningkat, amalan tidak bertambah, topi sudu tetap di kepala, janggut tetap licin dicukur, akhlak tetap buruk, melihat wajahnya langsung tidak ingatkan kita pada Allah rasul dan akhirat. Tiada athar atau kesan Sunnah dan cinta Nabi padanya. Hanya khutbah dan tulisannya sahaja yang sedap didengar sebagai halwa telinga dan mata. Bukan terapi hati.
3 Ilmu ni sangat penting untuk disibukkan SEPANJANG UMUR kita sebab HANYA 3 ilmu ini sahaja yang akan dihisab dan dipersoalkan dengan keras di Mahsyar. Jika kita tahu bila akan mati dan ada peluang mendalami ilmu, dalamilah 3 yang wajib ni.
Ilmu² lain boleh celup², tapi 3 ni tak boleh celup². Begitu ramai yang sibuk dengan tafsir itu ini, hadis sahih tak sahih, khilaf mazhab, ada dalil takda dalil dan lain² perbahasan furu' atau cabang. Tapi bila tanya rukun wudhuk ada berapa? Terkebil-kebil mata, blank tak tau jawab.
Allah tak kan tanya kita kenapa mazhab Syafie khilaf dengan mazhab Hanafi, tapi Allah pasti tanya tentang wudhuk kita, solat kita, puasa kita. Hati² dan jangan seumur hidup kena tipu dengan iblis, syaitan, dajjal dalam FITNAH ILMU.
"Eh apa salahnya, benda baik"
Memang tak salah belajar ilmu lain. Tapi kena selesaikan apa yang wajib dulu. Mana ada budak tadika belajar add math. Kalau ada, kita akan tegur. Dan kalau budak tu jawab "eh apa salahnya, ini kan ilmu. Kan benda baik ni." Dan jawapan seterusnya dari kita tu lah jawapan yang sama untuk mereka yang suka melompat darjah dalam ilmu agama.
Zaman dajjal ni, kita tak boleh nafi ini zaman dajjal. Dan manusia akan disibukkan dengan ilmu² lain supaya yang wajib ditinggalkan. Ini fitnah ilmu. Manusia disibukkan dengan benda sunat dan wajib ditinggalkan. Manusia sibuk pukul dan siku orang di depan Kaabah yang hukumnya haram hanya untuk cium Hajarulaswad yang sunat. Manusia bodoh tenggelam dalam lautan dosa besar riba ambik loan bank untuk buat kenduri kahwin yang hukum asalnya sunat. Belum lagi yang buat majlis kahwin tapi ikhtilat campur laki perempuan, tayang aurat, tari menari, muzik lagu haram. Elok² sunat jadi haram. Bawak keluarga pergi makan, pasar malam, jalan² nak gembirakan mereka hukum sunat, tapi pergi waktu maghrib sampai luput waktu solat akhirnya haram. Dan banyak lagi contoh lain tentang pentingnya ilmu darjat ilmu.
Dan 3 ilmu ini wajib melalui dalil hadis Jibril yang malaikat soal jawab dengan baginda mulia tentang iman, Islam, Ihsan.
Dan sebenarnya, ada ilmu ke empat yang wajib pada zaman ini yang disebut dalam hadis tu.
Iaitulah ilmu Akhir zaman atau ilmu Fitan. Perkara ni disoal jawab oleh malaikat pada baginda di penghujung hadis tentang tanda kiamat, ia alamat tentang ilmu ini sama penting dengan 3 ilmu pertama. Cuma ianya dipisahkan sebab zaman dulu kurang "urgent" berbanding sekarang yang sangat urgent untuk diketahui oleh muslim. Dan ilmu Fitan ni pun sangat banyak versi, kecuali pada para wali yang diberi kesepakatan atas sesuatu. Sebab itu ilmu Fitan akan jadi fitnah bila belajar sendiri, sama macam 3 cabang ilmu fardhu Ain tu kalau tak berguru, habis hancur semuanya. Punggah.
Ilmu Fitan lebih sensitif daripada ilmu lain, jadi hanya yang betul-betul ada "Sanad" sahaja khabar sahih akan sampai melalui wali². Jadi tak hairanlah kalau yang mula² bai'at Mahdi nanti semuanya adalah mursyid² utama dunia. Di belakang mereka ada ribuan murid yang dengar dan taat. Untunglah mereka yang ada tali untuk berpegang dan diikat rapi (bukan sekadar berdamping dengan tali tanpa ikatan).
Dajjal akan datang selepas semua peringkat peringatan tentang Dajjal dimatikan atau didiamkan (seperti di beberapa tempat yang berlaku sekarang, ulama dipenjarakan, di assassinated dll bila banyak sebar rahsia penipuan Dajjal).
Selamat datang ke dunia baru. Selamat datang ke dunia Ashabul Kahfi akhir zaman bagi mereka yang sudah "wake up" dan sudah bersama jemaah. Takziah buat mereka yang masih tenggelam berenang seronok dalam sistem dan berlumba-lumba mengejar syurga ciptaan Dajjal. Kejarlah sijil anda, pangkat, harta, nama, harta kertas anda sepuasnya.
"Berbaiah lah walaupun terpaksa merangkak di atas salji."
k bye.
Zakuan Faiz
9/3/2019
Tanah Syam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan