Sabtu, 2 Mac 2019

Anod

Bismillahirrahmanirrahim.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, nescaya dia kan melihat (balasan)nya pula". (Surah al-Zalzalah 99:7-8)

Perkataan zarah sangat dekat dengan saya. Masakan tidak, kelulusan diploma pendidikan, sarjana muda dan sarjana semuanya adalah tentang kimia. Bahkan sedang pula menyiapkan phd dalam kimia juga.

Dalam setitis air terdapat lebih 30 ribu juta trillion(nombor 3 dan ada 22 kosong dibelakangnya) zarah air (dengan anggapan setitis air bersamaan isipadu 1mL) bayangkan betapa kecilnya zarah air.

kehidupan saya dipengaruhi oleh fakta-fakta ini. Oleh itu, penilaian saya terhadap apa yang boleh dan tidak boleh adalah sangat halus.

Pernah saya membeli sebuah buku di kedai buku. Saya diminta mengisi borang memberi pendapat (tick sahaja dan menulis one liner) tentang buku tersebut dan akan diberikan diskaun yang agak lumayan. Saya menolak utk mengisi setelah merasakan saya tidak layak menerima diskaun kerana belum pun membaca. Biarlah saya rugi sedikit asalkan saya bersih.

Pernah juga saya shopping dan berjumpa tawaran murah yang menghadkan pembelian kepada beberapa unit sahaja utk satu keluarga pada hari tersebut. Saya melarang ahli keluarga mengambil lebih dari dibenarkan dengan cara bayar berasingan. Kerana saya tahu ada hak org lain pada barang2 tersebut.

Saya juga berasa terkilan apabila melihat mereka yang tidak bawa bayi, parkir di tempat parkir dikhaskan utk ibubapa yg membawa bayi (parking lebih besar). Bagi saya ianya hak org lain.

Isteri membawa pulang kertas A4 yang dihadiahkan pibg sekolahnya, banyak hari saya argue dengan isteri benarkah pibg benarkan cikgu menggunakan sesuka hati sebagai penghargaan? atau hanya boleh digunakan utk tujuan pembelajaran anak2 di sekolah.

Pernah saya mengadu pada guru mentor saya tentang pengisian borang tertentu di sekolah yang memerlukan guru menyatakan sesuatu tanpa asas yang kukuh. Perkara ini merunsingkan saya.

Bagi saya, umur 38 tahun cukup untuk mendewasakan saya. Saya belajar bahawa status, duit, material dan kejayaan bukanlah segala-galanya sehingga nilai-nilai kemanusiaan habis dilanggar.

Jika seorang awam nampak suatu jenayah dan mengelak utk menghalang kerana risaukan keselamatan atau apa sahaja sebab maka itu bukanlah suatu yang aib. Tetapi jika polis beruniform pula berhadapan dengan situasi yg sama dan mengelak, ia adalah suatu aib kepada beliau.

Begitulah guru, seorang guru adalah pendidik. Jika tidak menunjukkan teladan dan memberi isyarat yang jelas kepada anak didik maka itu adalah aib. Cumanya manusia banyak alasan dan berselindung dan bersembunyi disebalik alasan.

Saya tidak sanggup bersekongkol kerana neraca saya adalah halus. Oleh itu pernah sekali pada acara peringkat kebangsaan yang mana saya bertanggungjawab secara langsung dengan persembahan pelajar. Saya telah membatalkan persembahan menari pelajar perempuan yang saya ketahui adanya acara tersebut pada saat akhir. Malamnya akan berlaku, petangnya saya arahkan pelajar yg menari jangan terlibat dan mereka akur. Saya bukan siapa-siapa, hanya guru biasa ketika itu sehingga sekarang. Saya telah melakukan kesalahan besar apabila membatalkan acara yang diuruskan oleh penolong ko-k ketika itu. Tetapi saya terima risikonya, hanya kerana....zarah. Ada yang tersilap sangka dengan katanya memandangkan hina dan buruk pelaku. Percayalah, dosa saya dan anda selesai dengan taubat, dan sebaik-baik manusia adalah yang bertaubat. Tetapi membiarkan pelajar mendapat didikan yang salah, membesar dengan nilai yang salah adalah lebih saya takut kerana saya seorang guru.

Umur dah dekat 40, bila lagi nak faham rezeki di tangan Allah swt. Pesanan saya kepada semua janganlah risau untuk menegakkan prinsip yang benar dan jangan pula melampaui batas dlm menegakkan prinsip sehingga tidak syarie seperti terputus ukhuwah. Biasa org seperti saya, jiwanya cukup utk menerima perbezaan, berdiskusi tentang perbezaan sehingga tegang dan apabila selesai kita berlapang dada dan senyum semula.

Alhamdulillah jangan kita risau rezeki, pangkat, pengiktirafan dan sebagainya. Selepas 2 tahun berkhidmat, Allah beri saya rezeki yg cukup utk menunaikan haji. 5 tahun berkhidmat saya sudah jadi guru cemerlang kimia, dipantau utk diberi kenaikan pangkat dalam keadaan tanda nama tak jumpa cari. Dapat belajar master chemical instrumentation dlm keadaan tiada course utk guru part timer, alhamdulillah selesai. PhD sahaja belum selesai dan sedang berusaha. Terima kasih biasiswa yang diberikan kerajaan Malaysia, guru-guru saya yang menyokong (anda tahu siapa anda) rakan-rakan dunia akhirat, dan yang paling penting, ibubapa saya, isteri dan anak-anak.

Saya berlindung dengan Allah swt dari sifat riak dan yang seumpamanya. Tidak saya tulis tentang diri saya ini melainkan atas keperluan.
Semoga mereka yang lebih arif menegur saya demi kebaikan.

Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan