Bini tua bini muda,
Mana kan sama bini no tiga,
Mari bermaafan sesama kita,
Di pagi Aidilfitri yang mulia.
Jangan ditolak rezeki yg datang,
Apatah lagi rezeki berkahwin lagi,
Hari raya bakal menjelang,
Puasa ditinggal wajarlah ganti.
Anak dara seindah rupa,
Hebat lagi kuasa jandanya,
Kalau tuan tidak puasa,
Jangan nak bermegah berhari raya.
Berpoligami banyak risikonya,
Tambahkan ilmu didada seadanya,
Jangan hanya bersalam saja,
Duit raya dan angpau turutlah serta.
Gadis bertudung indah ditenung,
Jika berkenan jumpalah ibu bapanya,
Bila memandu pulang ke kampung,
Berhati-hatilah di jalan raya.
Berkahwin 4 memanglah hebat,
Silap langkah boleh kena lipat,
Nak hantar kad raya dah tak sempat,
Pakai whatsapp pun kira ok sbb nak cepat.
Wahai kawan2 gagah perkasa,
Sudilah membantu wanita yg dah berusia,
Maaf andai terkasar bahasa,
Saya ucapkan Selamat Hari Raya !!
Andai kata Di sepanjang Persahabatan Kita, ada terkasar bahasa, segala makan minum, umpat2 blkg, harap dihalal & dimaafkan..😂😂😃😃😍😍
SELAMAT HARI RAYA
AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Jumaat, 7 Jun 2019
Sabtu, 1 Jun 2019
Minda melayu
*Tragedi pemikiran Melayu.*
Oleh: PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ
KALAU ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa Melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam.
Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk berdepan dengan Majapahit.
Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang jadi tragedi ialah orang Melayu tidak nampak ini semua kerana tiga pengaruh besar.
Pertama, dalam tahun 1920-an dan 1930-an, pihak penjajah British menolak apa yang datang daripada Melayu, termasuk pantun, sebagai folk art, menjadikan apa yang dihasilkan oleh Melayu sebagai second class.
Ketika itu, Melayu yang berharap untuk naik pangkat dan dapat kerja dengan kerajaan penjajah terpaksa ikut teori penjajah Inggeris. Ini semua membawa orang Melayu kepada perspektif jati diri yang salah.
Itu pengaruh penjajah.
Pada zaman ini, saya melihat sungguhpun banyak pemimpin Melayu bercakap tentang sains dan teknologi, orang Melayu pada umumnya tidak dapat menangkap pandangan itu.
Di Eropah, sejak zaman renaissance, mereka telah mempelajari kemajuan sains dengan pendekatan yang berbeza dengan Islam. Mereka sentiasa bertanya.
Malangnya, di Malaysia, dari bangku sekolah kita tidak galakkan budak-budak bertanya. Sampailah mereka di universiti, kita tidak galakkan mereka bertanya: Kenapa?
Di negara kita, pelajar tidak berani bertanya dan guru-guru pula tidak tahu menjawab. Budaya ini menunjukkan tidak wujudnya inquiry mind dalam masyarakat Melayu. Kita tidak ada sikap saintifik.
Sikap negatif inilah yang menyebabkan berleluasanya cerita orang kena tipu dengan bomoh. Yang saya hairan, graduan-graduan universiti pun kena tipu dengan bomoh.
Kalau pada kurun ke-18, terutama di England, orang selalu bertanya: Kalau betul ada hantu, mana hantu? Kita hendak pergi ke tempat hantu, kita nak pergi tengok hantu untuk lihat apa manifestasi hantu.
Pendekatan berani bertanya ini adalah sikap masyarakat dan tamadun yang berasaskan sains. Malangnya, kita tidak sedia dan berani bertanya, yang akhirnya menyebabkan kita tidak berani menghadapi cabaran.
Pemikiran Melayu ini sebahagiannya adalah sisa-sisa pengaruh penjajahan British. Ini bukan rahsia lagi.
Kita boleh membaca dokumen-dokumen itu di London. Menurut para pegawai Inggeris, orang Melayu ini kalau diberi terlalu banyak pendidikan dan kalau diajar ilmu sains, kelak mereka akan jadi seperti orang India di India. Mereka akan berdemonstrasi dan hendakkan kebebasan.
Jadi ajarlah dia cerita Pak Pandir sahaja, itu sikit, ini sikit. Orang Melayu tidak suka sains, dia suka agama, jadi ajarlah tentang agama. Dia suka dengan raja dia, ajar Melayu buat bakul.
Akibat dasar itu, tidak ada trouble makers. Trouble makers Melayu hanya timbul selepas Perang Dunia Kedua setelah kemasukan Jepun.
Telah ada banyak buku yang membincangkan tentang subjek bagaimana British berjaya mengamalkan dasar yang mengongkong minda Melayu.
Itu semasa penjajahan. Selepas kita merdeka, minda orang Melayu masih terkongkong kerana semua orang Melayu kemudiannya gila hendak kuasa dan hendak jadi kaya.
Ini adalah teori saya mengapa minda Melayu tidak berubah. Saya bertanggung jawab tentang pandangan ini.
Selepas merdeka, sesetengah orang Melayu yang ada kuasa, dia rasa dia boleh memerintah Malaysia sama bagus macam penjajah British.
Minda Melayu ini sentiasa ada sesuatu yang membendung dan mempengaruhi - daripada kesan-kesan kolonialisasi pada tahun-tahun 1930-an, pengaruh Indonesia yang tidak sesuai di sini pada tahun 1940-an dan 1950-an, kesan media massa, dan kemudiannya budaya wang dalam masyarakat Melayu pada dekad-dekad terakhir ini.
*Sekarang ini semua orang Melayu hendak kaya.*
Sebagai seorang pendidik universiti, saya percaya (tetapi saya tidak ada buktinya) kalau orang mendapat pendidikan, mereka akan lebih bebas dan berubah.
Contohnya pada akhir tahun 1970-an. Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia ketika itu dapat menarik banyak modal asing untuk membuka kilang mikrocip.
Kita dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada beratus-ratus ribu orang terutamanya untuk wanita.
Wanita Melayu yang bekerja kilang ketika itu akhbar-akhbar gelar mereka ini sebagai minah karan. Orang Melayu hina wanita Melayu yang bekerja kilang.
Kenapa budak-budak perempuan Melayu ini mahu tinggalkan rumah di Kelantan, tinggalkan kampung di Johor untuk pergi bekerja kilang di Pulau Pinang, Selangor dan Melaka?
Mereka sanggup kerana mereka telah belajar sampai ke peringkat sekolah menengah. Jadi program kerajaan membuka sekolah-sekolah menengah pada tahun 1960-an dan 1970-an, walaupun tidak ada rancangan khusus, ia telah membebaskan pemikiran budak-budak perempuan Melayu.
Waktu itu terdapat beribu-ribu remaja wanita Melayu pergi bekerja di kilang-kilang. Dalam penyelidikan saya pada tahun 1970-an, dalam soal selidik saya bertanya mereka, bila hendak kahwin?
Di kampung, dulunya mereka ini berumah tangga pada usia muda. Umur 18 dan 19 tahun sudah kahwin atau dikahwinkan, tetapi akhirnya bercerai juga.
Oleh kerana pendidikan dan faktor pendedahan kepada karier baru, wanita Melayu itu sudah ada idea tidak mahu kahwin cepat-cepat. Mereka hendak bekerja terlebih dahulu dan menyimpan duit.
Kita tanya lagi, kalau sudah kahwin hendak anak cepat atau lambat? Mereka kata lambat. Mereka hendak tangguh dapat anak sebab mereka hendak enjoy hidup berkahwin dan mewujudkan rumah tangga yang lengkap terlebih dahulu. Kata mereka, kalau dapat anak susahlah.
Dalam sekelip mata, wanita Melayu berubah sikap. Ini semua tidak diprogramkan oleh kerajaan. Ia jadi begitu sahaja.
Tetapi masyarakat Melayu tidak faham keuntungan perubahan minda wanita ini terutama di kalangan kumpulan berfikiran konservatif.
Hari ini di Malaysia, trend semasa ialah wanita menguasai 65 peratus tempat belajar di universiti-universiti. Dalam sektor kerajaan, banyak wanita yang memegang jawatan tinggi.
Trend ini pasti mengubah masyarakat Melayu secara pesat, sebagaimana ia mengubah pemikiran wanita Melayu pada tahun 1970-an.
Ini semua adalah hasil daripada perubahan sikap yang tidak dirancang tapi terjadi.
Perubahan minda itu berlaku secara tidak sengaja. Kadang-kadang kalau nasib kita baik, hasil perubahan yang tidak dirancang itu juga progresif seperti dalam kes perubahan minda wanita Melayu.
Bagaimanapun, kadang-kadang perubahan yang dirancang tidak terjadi kerana orang yang hendak melaksanakannya pun tidak jujur selain terdapat pengaruh lain yang menghalang seperti pengaruh politik tempatan, politik antarabangsa, Indonesia, peranan orang agama yang menimbulkan nilai-nilai sama ada seseorang dapat pergi syurga atau tidak.
Minda Melayu tidak dapat memikul ini semua. Kerana ada sesuatu dalam budaya mereka yang masih tidak diubah, mereka sanggup duduk di kedai kopi main dam. Contohnya orang lelaki di Kelantan dan Terengganu. Kalau mereka tidak main dam, mereka akan bincang untuk gasak kerajaan. Semua salah, dia sahaja yang betul.
Titik perubahan kepada minda Melayu ialah tragedi 13 Mei 1969, tetapi peristiwa tersebut dan dasar-dasar ekonomi, pendidikan dan politik selepas itu tidak sepenuhnya menukar sikap orang Melayu.
Ada beberapa faktor lain yang menghalang iaitu pengaruh Barat, peranan media massa, politik serta agama.
Kita memang berubah sedikit dari segi lahiriah tetapi saya tidak fikir orang Melayu kini berada pada kedudukan yang lebih baik.
Kita sudah terjangkit apa yang bekas Perdana Menteri British, Margaret Thatcher hendak dulu, dan fahaman ini cukup besar sama ada di kalangan pemimpin Melayu dalam UMNO mahupun Pas, dan juga di kalangan para pegawai kerajaan.
Kita hendak menjadi apa yang Thatcher kata a nation of shopkeepers. Kita tidak mahu kata shopkeepers, kita gunakan istilah usahawan.
Orang berfikir kalau sebahagian besar orang Melayu jadi usahawan, maka ekonomi orang Melayu akan naik. Ini saya rasa salah. Pendekatan untuk membangunkan orang Melayu dengan wang ringgit dan kebendaan ini tidak betul. Tesisnya silap.
Tetapi itulah minda Melayu sekarang.
Akhirnya saya lihat orang Melayu kini sudah kurang komitmen terhadap bangsanya sendiri. Sudah tidak ada kesedaran bahawa aku orang Melayu, aku mesti berkhidmat kepada orang Melayu, untuk membangunkan orang Melayu.
* PROFESOR Diraja Ungku Aziz adalah bekas Naib Canselor Universiti Malaya. Beliau terlibat aktif dalam isu-isu pembangunan masyarakat Melayu sejak zaman sebelum merdeka.

Rabu, 29 Mei 2019
Hakikat kimi-A!
Nabi pesan nak dunia kena ada ilmu... contoh cari rezeki ... pastikan fekah, tauhid dan tasaufnya kena mengikut syariat.
Fekah.. halal haramnya... tauhid.. adakah pekerjaan ini semakin mdekatkan diri dgn الله... tasawuf... semakin kita warak.
Sambil mengajar... kenalkan anak murid kita dgn rabb jalil..
Contoh. Ajar kimi-A!...
Tekankan konsep yg ilmu kimi-A! Itu M U D A H ... ان شآءالله A! .... milik الله. Guru hanya asbab. Faham pun milik الله jua.
So jelaskan pd pelajar klu nak faham... minta pd الله dgn cara doa dan usaha.... contohnya istiqomah subuh berjemaah di masjid utk yg lelaki...
Guru hanya menerangkan. Tak boleh memahamkan. Sebab?... hanya الله yg boleh bg faham.
Itu beza tahu dan faham...
Tahu x semestinya faham. Tapi faham mesti dia tahu hakikat sesuatu ilmu.
Kimi-A! dan atom x dpt dipisahkan... maka tanya lah pelajar dgn hati yg jujur dan ikhlas. Siapa yg cipta atom?
Ingat... sains bermaksud "the sign of creator".... sains "just explain H O W ... but cannot explain WHY

Isnin, 27 Mei 2019
Aurat isterimu
KAMI ADIK BERADIK TERMASUK AKAK IPAR 24 JAM PAKAI TUDUNG KAT DALAM RUMAH KALAU IPAR DUAI BALIK UMAH IBU😅 BUKAN HARI RAYA JE HARI2 BIASE PUN SAME.HEHEHE BUKAK TUDUNG TIME KAT DALAM BILIK,BILIK AIR,ABG2 IPAR G SOLAT JUMAAT OR KELUAR G JALAN😂 KALAU DIEONG BALIK KELAM KELIBUT CARI TUDUNG,HAHAHA KADANG TAK JUMPE TUDUNG TUALA PUN JADI BUAT TUTUP KEPALA😅 MANA YG DAH KAWIN SEMUA TIDUR BILIK TAPI SEKARANG BILIK TAK CUKUP SALAH 1 FAMILY KENA MENGALAH TIDUR KAT RUANG TAMU TUTUP DGN TIRAI SOLAT😁
Bagi yang nak balik beraya di kampung, meh baca cerita lama tulisan saya ini untuk difikir.
CERITA BALIK BERAYA
BANYAK MANA MENGGENDONG DOSA
Subuh selepas hari raya, saya menyapa seorang jiran yang bersolat jemaah subuh bersama saya, "Anak cucu ramai balik, penuh rumah agaknya, Mak Lang. "Dia membalas, "Mak Lang dah siap awal, Mak Lang dah tempah homestay. Mak Lang suruh yang lelaki tidur di homestay, tinggal anak isteri saja di rumah Mak Lang. Bimbang balik beraya buat dosa, dosa melihat aurat ipar lamai, sepupu, biras. "
Cerita balik raya di kampung memang seronok tetapi hakikatnya mudah terpalit dosa jika tidak dirancang. Apa tidaknya bila beberapa keluarga berhimpun dalam satu rumah, tidur bergelimpang hingga ruang tamu kerana tak cukup bilik, akan berlakulah penampakan aurat ipar, sepupu, biras dsbnya masa tidur, keluar bilik mandi, masa menyusu badan. Kalau dah tidur, tetaplah terbuka aurat.
Paling resah adalah wanita yang kena berbungkus 24 jam kerana sentiasa ada orang yang bukan mahram diselilingnya, rimas, panas. Ditambah pula beratur di bilik mandi. Inilah cerita tidak seronok balik kampung beraya yang tidak terzahirkan kerana nak jaga hati banyak pihak, tetapi wanita yang solehah tetap berkorban demi menjaga hati suami dan mentua serta ipar.
Namun suami yang perihatin dan mentua yang mengambil berat sepatutnya mengambilkira persediaan menyambut kepulangan anak cucu dan menantu agar berhimpun untuk beraya tidak terpalit dosa.
Suami yang perihatin sepatutnya mengambilkira untuk tetap menyembunyi aurat isteri, meringankan pengorbanan kena berbungkus 24 jam.
Tindakan Mak Lang itu adalah sesuatu yang betul. Zaman dulu dimana masalah aurat tidak diberi penekanan, hal ini diremehkan. Tetapi pada kita yang sentiasa menjaga aurat, jangan diambilmudah bila beraya bersama ipar lamai, sepupu, biras kerana hukum aurat tidak berubah dlm situasi apa pun.
Nak jaga hati emak dan mentua, bukan bermakna boleh main cincai dlm masalah aurat, boleh lebih kurang, biar tidur bersesak, terselak sana sini, asal boleh tidur. Pemisahan lelaki wanita yang bukan mahram tetap kena berlaku dan diutamakan dari soal kekeluargaan.
Maka menyedia ruang pemisahan ini wajib atau mengasing dengan menyewa homestay atau hotel, walaupun belanja tinggi tetapi itu lebih baik dari sekali terpandang aurat ipar atau sepupu atau yang lain yang bukan mahram. Bukan sahaja bila balik beraya, bahkan bila berkampung kerana kenduri kendara.
Keadaan seperti ini sudah menjadi kebiasaan bila berkumpul beramai-ramai di kampung halaman.Walaupun ianya satu kenangan manis namun perlu ada ruang pemisah di antara yang bukan mahram. Pic via Twitter
Jangan ambil mudah soal aurat, kasihanilah isteri anda dan anak dara anda, kerana suami juga tetap terseret jika aurat isterinya terdedah jika dia tidak bersedia mengelaknya.
Kisah Tsalabah bin Abd Rahman yang terlihat betis wanita bukan mahramnya, merasa amat berdosa lalu mengasing diri ke gua hingga nabi menemuinya, adalah contoh betapa beratnya dosa melihat aurat wanita bukan muhrim(hadis ini dikatakan daif tetapi boleh jadikan teladan). Jangan balik beraya, menggendong dosa.
Jangan peduli sindiran orang yang menyebut, "balik kampung tapi tidur homestay, hotel", kerana mereka mungkin tidak faham kita nak mengelak dari terbuat dosa. Selain itu faktor keperluan untuk mandi manda dan membuang air juga penting kerana itu keperluan hidup yang boleh menjejas kesihatan.
Kesimpulannya, apa juga yang kita buat, jangan kadar merancang untuk melaksanakannya, tetapi rancanglah supaya apa yang dibuat menjadi kebajikan, apa yang dibuat terelak dari dosa.
Bantulah isteri anda dlm memelihara auratnya, bahkan memelihara aurat isteri itu satu kecemburuan yang mandatory, yang wajib dilaksanakan. Wallahu a'lam
#agamasentiasadijaga

Hafiz
Saya bertanyakan anak saya yang pernah belajar di Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS) tentang dakwaan konon tidak logik untuk khatam al-Quran sekali sehari atau dua kali, apa pandangan mereka?. Mereka menjawab kenapa pula tidak logik? Tidak logik bagi orang yang jarang membaca al-Qur'an dan membaca dengan merangkak-rangkak. Mereka bagitau kalau mahu ikut sifir logik mudah, masa bagi para hafiz biasa ambil ialah sekitar:
1 halaman = 30 saat (syarat maahad tahfiz tetapkan biasanya tidak lebih 1 minit untuk 1 halaman)
1 juz = 20 halaman = 20x30= 10 minit
30 juz = 30 x 10 min = 300 min = 5 jam
5-6 jam ini untuk hafiz Melayu yang bukan fasih Arab khatam itu biasa. Kalau insan macam Imam al-Shafie, orang Arab, fasih Arab, Hafiz mantap pasti lebih cepat lagi. Ini belum bicara dari segi keberkatan masa. Saya tanya setakat Ramadan ini sudah berapa kali khatam, tidak untuk berbangga, salah seorangnya malu-malu menjawab 5 kali (dalam keadaan sibuk dengan dunia moden hari ini). Tak percaya cuba tanyakan anak-anak tahfiz. Katanya lagi ada kawannya pernah khatam 15x sepanjang Ramadan. Moga-moga Allah kekalkan mereka dan kita semua ahli Qur'an.
Yang duduk sembang kencang tak logik ini, bulan Ramadan baru nak sentuh al-Qur'an, memanglah. Cuba baca buku Imam Nawawi "At-Tibyan fi Adabi Hamalatil Quran" di situ dicatatkan pengalaman mereka di kalangan Salaf yang khatam al-Qur'an beberapa kali sehari, bermacam-macam. Ini bukan cerita dongeng. Ingat juga zaman itu tiada internet dan media sosial macam kita yang asyik buang masa dan banyak gangguan, baca sikit tengok hp, bila nak habis?
Yang tidak logik apabila yang jarang baca al-Qur'an dapat khatam sekali sebulan!
.Dr. Nik Roskiman
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10219293963889425&id=1519812753

Langgan:
Catatan (Atom)