Saya bertanyakan anak saya yang pernah belajar di Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS) tentang dakwaan konon tidak logik untuk khatam al-Quran sekali sehari atau dua kali, apa pandangan mereka?. Mereka menjawab kenapa pula tidak logik? Tidak logik bagi orang yang jarang membaca al-Qur'an dan membaca dengan merangkak-rangkak. Mereka bagitau kalau mahu ikut sifir logik mudah, masa bagi para hafiz biasa ambil ialah sekitar:
1 halaman = 30 saat (syarat maahad tahfiz tetapkan biasanya tidak lebih 1 minit untuk 1 halaman)
1 juz = 20 halaman = 20x30= 10 minit
30 juz = 30 x 10 min = 300 min = 5 jam
5-6 jam ini untuk hafiz Melayu yang bukan fasih Arab khatam itu biasa. Kalau insan macam Imam al-Shafie, orang Arab, fasih Arab, Hafiz mantap pasti lebih cepat lagi. Ini belum bicara dari segi keberkatan masa. Saya tanya setakat Ramadan ini sudah berapa kali khatam, tidak untuk berbangga, salah seorangnya malu-malu menjawab 5 kali (dalam keadaan sibuk dengan dunia moden hari ini). Tak percaya cuba tanyakan anak-anak tahfiz. Katanya lagi ada kawannya pernah khatam 15x sepanjang Ramadan. Moga-moga Allah kekalkan mereka dan kita semua ahli Qur'an.
Yang duduk sembang kencang tak logik ini, bulan Ramadan baru nak sentuh al-Qur'an, memanglah. Cuba baca buku Imam Nawawi "At-Tibyan fi Adabi Hamalatil Quran" di situ dicatatkan pengalaman mereka di kalangan Salaf yang khatam al-Qur'an beberapa kali sehari, bermacam-macam. Ini bukan cerita dongeng. Ingat juga zaman itu tiada internet dan media sosial macam kita yang asyik buang masa dan banyak gangguan, baca sikit tengok hp, bila nak habis?
Yang tidak logik apabila yang jarang baca al-Qur'an dapat khatam sekali sebulan!
.Dr. Nik Roskiman
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10219293963889425&id=1519812753
Tiada ulasan:
Catat Ulasan