Selasa, 7 Mei 2019

Tekanan sekolah

Hari ini hari terakhir aku bertugas disebuah sekolah. Dua minggu lalu aku mengambil keputusan untuk memohon keluar kerana faktor tertentu.  Pagi tadi aku terima memo lapor diri pada 1 Mei di sekolah baru. Itu pun hanya disampai oleh kerani pejabat. Sebelum left group sekolah.. Aku sent ayat-ayat cinta untuk semua. Aku kongsikan disini kot-kot berguna karangan panjang aku ini utk anda semua..hihihi.

Sistem dalam KPM khususnya di JPN dan Ppd sedang nazak.  Kongsilah dengan seluruh warga guru sempena Hari Guru ini. Sy izinkan utk CnP dan share. Kerana sy tahu apa yg sdg berlaku di banyak sekolah skrg. Nasib guru tidak akan terbela biarpun anda hebat atau bagus.. Tapi nasib PGB akan dijaga dan ditatang biarpun mrk SAKIT.  Tiada hadiah paling berharga yang dapat sy berikan kepada anda Guru Malaysia melainkan hadiah nukilan ini. Semoga ianya bermanfaat dan menginspirasikan anda. Selamat Hari Guru

Guru Pengalaman Termahal - Terima Kasih SMK XXX

Antara nasihat terbaik yang pernah diterima dari seorang mentor pada 2014 ialah ‘change your location' apabila keadaan memerlukan demi membangkit aura positif dalam kehidupan.
Jangan kekal di tempat yang sama jika suasana kurang selesa dalam  kerjaya.

Saya pernah mengambil keputusan paling berat dan sukar dengan meninggalkan SMK XX (memohon keluar) selepas 14 tahun di situ pada tahun 2015 atas faktor pentadbir dan kecelaruan dalaman. Setelah berbulan berhijrah, PK Hem sekolah (skrg seorang pengetua) memujuk saya kembali. Rupanya saya mengambil tindakan paling bijak walaupun tidak pernah diingini.

Ucapan dan mesej ramai rakan setelah bertukar di tempat baru menyebabkan saya terharu dan amat bersyukur dihargai tanpa diminta. Amat tepat dan benar pesan Nabi SAW.. BERHIJRAHLAH NESCAYA KAMU BEROLEH KEMULIAAN.

Justeru saya mengambil keputusan memohon berhijrah sekali lagi bagi terus bersemangat dan meningkatkan prestasi. Di mana-mana pun saya pernah berada sepanjang perkhidmatan ini, terasa amat disokong dan dihargai termasuklah di SMK XXX khususnya  rakan PPKI yang ikhlas dan jujur sebagai rakan sekerja.

Sepanjang 8 bulan di sini saya ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua pihak khususnya puan pengetua,  barisan pentadbir, warga guru , kakitangan serta para pelajar SMK XXX kerana jasa besar anda yang memberikan satu pengalaman termahal dan ilmu bermanfaat dalam kerjaya. Saya tidak akan menemui ilmu ini di mana-mana universiti terkemuka dunia.  Semua yang dilalui di SMK XXX adalah kenangan yang amat berfaedah.
Saya seorang penulis sejak 1993 dan telah menulis beratus-ratus artikel di akhbar, majalah dan media sosial.

Perdana Menteri dan Pejabat Menteri Pendidikan pernah menghantar surat penghargaan atas tulisan-tulisan saya. Banyak pandangan kritis melalui tulisan dan ceramah motivasi kerjaya  keguruan telah membuka mata dan mengembirakan ramai guru dan sekolah. Ianya memberikan kesan positif dan perubahan yang baik kepada persekitaran kerjaya keguruan. Alhamdulilah

Namun ada juga segelintir kecil pihak yang truma, negatif serta sukar menerima kritikan kekal dengan pendirian mereka. Siapalah kita untuk mengubah suasana.  Hanya dengan izin Allah segala perubahan boleh berlaku 'Kun Faya Kun'. Kita doakan mereka beroleh sesuatu yang akan membuka mata hati mrk. Ameen. 

Menulis dapat membuat beribu-ribu orang berfikir dan mengubah dunia berbanding bercakap atau membawang.
Antara tulisan yang mendapat maklumbalas amat positif dari seluruh negara dan dikongsi ramai guru ialah tulisan pada 2017. (Nasihat Ikhlas Buat Warga Pendidikan)

Saya titipkan di sini sebagai menghargai anda semua yang banyak menyokong saya sepanjang di SMK XXX. Salah silap terlajur kata bicara atau tindakan mohon maafkan saya. 

Yang baik ambil sebagai panduan, yang buruk macam perangai Ust Madi (Nur 2) jika ada dalam diri kita sama-sama kita nilaikan. insyaAllah dengan izinNya saya akan cuba menulis sebuah buku inspirasi motivasi untuk semua. Anda warga SMK XXX akan menjadi sebahagian kisah pengalaman dalam buku ini.

Terima kasih kerana menjadi guru pengalaman sepanjang saya berkhidmat di sini. 

Berkongsi sesuatu yang bermanfaat umpama memberikan emas kepada sahabat. Share jika memberikan kebaikan kepada orang lain.
👇🏾👇🏾👇🏾
SATU PANDUAN DAN INGATAN BUAT WARGA PENDIDIKAN MALAYSIA

1. Jangan terlalu over dos kerja sbg guru. Ramai yang sakit jiwa, stress dan mati mengejut. Zaman berhempas pulas umpama lilin membakar diri sudah berlalu. Ini zaman bayar bil baru lampu bernyala.
Nota ;Kajian Kesihatan Mental terbaru mengesahkan 90% punca stress banyak berlaku di tempat kerja (sekolah)

2. Guru bukan aktivis badan kebajikan tapi 'Pembina Modal Insan'..Nasib mu belum pasti dapat pembelaan. Ianya bukan auta tapi fakta. Suarakan yg hak dan isu kebajikan rakan-rakan. Kesatuan guru pula sudah tiada taring sengatan, Bayaran yuran umpama mencurah air di dalam lautan.Tengoklah sendiri, tiada hasil yg mengembirakan !!

3. Pemegang jawatan di sekolah, PPD, JPN dan KPM tidak mampu  melakukan perubahan. Menyelesaikan isu kecil pun mereka terikat dasar dan punca kuasa peraturan. Anda mungkin terkontang kanting kemudian.  Segelintir cuma mereka yg tidak mengutamakan pangkat kedudukan. Suatu hari anda akan merasai kebenaran pepatah 'habis madu sepah dibuang bertaburan'. Ketika memerlukan sokongan, rakan sekolah hilang lari bertempiran. Sikap 'enau dalam belukar' akan kelihatan. Akan muncul juga jenis 'kawan makan kawan'.. Yakinlah ini kenyataan !

4. Berubah kerajaan persekutuan atau 10 kali Menteri Pendidikan berganti jawatan, belum tentu nasib kita ada pembelaan. Pilihan yg ada, kerjalah dengan kegembiraan. Usah risau dengan sistem dan dasar yang tak ketahuan. Yang boleh ikut, kita ikut. Jika anda tidak mampu mengubah angin, laraskan layar anda!

5. Pemimpin sekolah harus berani berubah. Usah terlalu rigid atau taksub SOP, belajarlah bertoleransi, bina karektor disegani dan disayangi. Anda pasti lebih dihormati. Persaraan dan kehilangan akan dirasai. Malangnya ramai yang mencipta jurang benci, macam kuku besi, alahai sedih sekali. 80% pentadbir pendidikan kini tak cukup masak dan tiada kualiti. Persekitaran pendidikan jadi negatif dan punca tekanan. Semangat menurun akibat sikap dalaman. Sokongan dan penghargaan kurang diberikan rakan sejawatan. Semakin ramai kaki bodek, tamak jawatan dan hilang pedoman. Persaraan awal jadi pilihan. Pentadbir  rigid, tidak terbuka terhadap teguran, mesyuarat kerap, lama dan membosankan. Ada bos mula lemas dalam kuasa pinjaman. Lupa diri dek ujian jawatan yang mengubah perwatakan.

6. Markah prestasi usah kecewa jika tidak memuaskan hati. Bekerjalah dengan penuh komitmen dan rendah diri. Sentiasa syukur dan redha. Jangan merungut atau kecewa, mungkin itu bukan hak kita. Kerjalah dgn ikhlas, jangan dengki atau tikam kawan utk tunjuk prestasi kepada majikan. Usah fikir target APC dan imbuhan. Paling utama  biar hati gembira, hubungan silatulrohim mesra berkekalan.

7. Sokong dan hargai rakan taulan. Berikan ucapan tahniah kpd mereka yg terima anugerah prestasi atau kemajuan. Ingati harijadi rakan dan doakan mereka kejayaan. Salurkan aura positif kepada sahabat kenalan. Doakan mereka kerana itulah senjata paling berkesan. Maafkan musuh agar hati tenang dan bahagia berpanjangan. Itu pesan DMFK yang ku jadikan pegangan.

8. Targetlah umrah atau Ibadah haji seawal usia. Semua perkara akan lebih indah setelah kesempurnaan agama dilaksana.. percayalah janji Allah mana ada dusta !

9. Cuti sekolah jalanlah sepuasnya. Ianya ubat minda dan kesihatan untuk  menghilangkan tekanan dalaman.  CRK kita 7 hari sahaja (skrg 10 hari), sapulah cuti sekolah jalan cari makan yang memang hak kalian.

10. Tuisyen dan kelas tambahan, tak salah anda minta bayaran. Masa bekerja @ mengajar  sudah padan.  Teringin buat kelas tambahan..silakan. Jangan kecewa jika tidak dihargai pengorbanan. Kos yang paling mahal ialah penghargaan dari persekitaran dan majikan.

11. Semasa di sekolah kerjalah sehabis baik, menepati masa, cekap berwibawa, jangan benarkan kita dipandang lekeh pada personaliti dan perwatakan. Keluar pagar jangan pandang belakang, jalan terus ke depan. Lakukan apa yang anda suka dan cuba usaha tambah pendapatan. Jangan peduli kritikan jenis manusia hantu syaitan. Mereka mahu kita fail dalam kehidupan.

12. Jika tiada masalah  kewangan dan beban hutang pencenlah awal sebagai pilihan.

Jika kita memudahkan urusan orang lain, pasti ALLAH akan memudahkan urusan kita, sebaliknya jika kita menyukarkan urusan orang, Allah juga menyempitkan segala urusan kita.

HIDUP BERBAKTI

Pertubuhan Kebajikan Warga Pendidikan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan