Siang tadi aku solat Jumaat kat Masjid XXXXX. Masjid penuh macam biasa.. Dalam ramai manusia berpusu-pusu cuba mengambil saf sebelum solat, kelihatan seorang mak nyah terkial-kial mencari ruang.. Ya! Aku ulang lagi sekali, *MAK NYAH / BAPOK / PONDAN / ARBOK / SPESIS SAJAT* dengan rambut panjang blonde penuh, diikat 'pony-tail' dan memakai baju kurta yang dinafikan saf dia oleh jemaah yang ada.. Bila ada ruang terbuka yang dia nak masuk, ada je orang yang block dia..
Dia pun patah balik ke belakang menuju ke saf aku (saf tengah masjid) dengan muka sedih.. Bila dia lintas depan aku, aku pun tarik tangan dia sambil cakap; "Bro, meh sini solat sebelah aku" sambil aku buka ruang untuk dia walaupun dah agak sempit kat situ..
Selesai solat masa imam baca doa, dia menangis teresak-esak.. Aku dapat rasa apa yang dia rasa.. Kadang aku hairan dengan sikap kita-kita yang dah rasa seolah sebelah kaki dah ada dalam syurga.. Kita selalu menilai manusia dari luaran tanpa mahu memahami dalaman.. Kita selalu rasa yang kita suci dan yang lain adalah jijik dan kotor.. Tanpa kita sedar, kita lebih teruk dari Arab jahiliyah.. Lebih bangsat dari manusia yang kita panggil 'kafir harbi'.. Kurang-kurangnya diorang tu sembah patung ukiran yang dianggap Tuhan.. Tapi kita? Kita lebih teruk..
Hari ini, kita yang jadi Tuhan!
Syurga-neraka manusia lain, kita yang tentukan..
Allahu..
Teringat satu ketika dulu aku pernah hadiri satu acara gig di Jakarta, Indonesia.. Tiba waktu Maghrib, ada seorang budak punk dengan rambut spike warna hijau, memakai sleeveless t-shirt gambar The Exploited dan kedua lengan yang penuh dengan tattoo menghampiri aku dan mengajak solat.. Aku tergamam melihat budak ni.. Tapi dia senyum je (agaknya boleh baca apa yang aku fikir) sambil bercakap; "Mas.. Allah itu menilai hati kita. Bukannya luaran kita.. Siapa pun kita di sini, jangan pernah menafikan diri sebagai hamba yang Esa.. Jadi solat itu wajib! Ayo Mas..!"
Kadang-kadang Allah hantar budak punk je pun nak tarbiahkan kita.. Hari ini, Allah hantar bapok pulak untuk sekolahkan jemaah Jumaat tadi..
kau fikir kau siapa?
*Tun Fairul Azri*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan