Selasa, 25 Jun 2019

Rotan

HANYA SEKADAR NUKILAN

Kepada ibu dan bapa yang terasa hati bila melihat anak anak dihukum guru..berbirat peha dan lengan dengan kesan rotan..pergi ke sekolah... Marah lah guru itu... Rakam wajah guru yang terlebih ajar anak kita... Sumpah seranah lah... Buat laporan pada PPD, JPN dan report polis... Buat lah... Yelah anak anda anak orang bukan anak pokok pisang...mestilah sayangkan... Dari kecik kita jaga..hingga sekolah menengah sukahati pulak cikgu nak merotan.

Marahlah guru guru itu... Malukan mereka dengan merakam wajah mereka... Just Do it.... Itu hak anda sebagai ibubapa.

Puas hatikan? Seronok kan sebab berjaya mengajar guru guru yang menghukum anak anak kita.

Ok kalau ibubapa rasa tindakan itu membuatkan anda MENANG...ye.. Anda dah menang.... Tapi hal yang sebenarnya... Anak anda yang KALAH dalam jangkamasa panjang.

Sebab lepas ni.. Guru guru akan lepas tangan.. Hanya mengajar tapi tidak mendidik... Hanya mengajar tapi tidak menegur... Buat apa kita tegur kalau lepas ni ibubapa berang.. Buat apa dirotan kalau lepas ni ibubapa yang meroyan...
Maka anak anak anda yang BESAR KEPALA ini akan membawa haluan sendiri.. Jika dia sesat.. Maka sesatlah.

Maafkan saya kalau ada ibubapa yang berasa hati dengan tulisan saya.

Ibubapa yang dihormati,
ILMU ITU DIAJAR SEIRING DENGAN ADAB.  sebab itu orang yang berilmu adalah orang yang beradab. Orang yang beradab akan  hormat pada sumber ilmu iaitu gurunya.  Jika murid memaki guru BABI, PONDAN..dan kata kata sumpahan.. Maka murid itu tiada adab... Kalau tiada adab makan tiada lah ilmu yang akan masuk ke jiwa dan minda.. Maka jadilah anak anak kita yang miskin adab budi dan moral. Anak anak ini bila dewasa kelak tak mustahil akan meninggalkan kita sendirian...akan jijik menjaga kita yang tua dan sakit...sebab adab tiada dalam jiwa.

Saya pernah di maki BABI hanya kerana pelajar tak setuju keputusan saya semasa mengadili permainan futsal. Hmmm kalau ibubapa dimaki anak dengan perkataan BABI.. adakah ibubapa masih boleh mengusap pipi anak dan menciumnya?  Ye boleh... Tapi tidak bagi saya... Walaupun saya tak melempang pelajar itu.. Tapi tetap tak lupakan kata katanya hingga kini. Hingga satu hari saya dengar dia sekarang menghuni pusat serenti kerana menjadi penagih dadah. Sedihkan?  Ye saya rasa sedih dan simpati pada ibubapanya. Walaupun saya tak pernah berdoa dia jadi begitu.

Jadi... Kepada ibubapa.. Kalau rasa guru 'Ah Qua'..tak mampu ajar anak... Maka ajarlah anak sendiri dirumah... Nak pindah pun tak guna sebab jika berpindah ke sekolah lain pasti guru lain pun tak mahu membimbing jiwa anak anak ini kerana sudah tular di media sosial.. Mereka hanya mengajar apa yang ada dalam sukatan sahaja... Bimbingan perlukan ikhlas, teguran dan dendaan supaya anak tak leka.

Pada guru.... Just play safe..... Jangan kacau kalau rasa anak didik kita jenis tak dapat menerima teguran berkali kali... Tulis surat mengadu je pada ibubapa mereka.. Mereka nak bertindak atau tidak terpulang pada mereka.
Tak payahlah cikgu rotan rotan sangat.. Ni zaman revolusi industri  4.0 ... Kita buat je 'kerja mengajar' kita.

Ini sahaja pandangan saya

Kredit: Cikgu Emmet Menulis

Poligami

Menjawab persoalan netizen yg tanya kenapa wall fb teman bertemakan kawen

Ini jawabnya ya
tepat, padat & ringkas

Poligami utk yg mampu saja... yg tak mampu... berusaha sampai mampu..... doakan yg baik² saja.

Jodoh urusan الله . Benda baik kena sokong. Sabar redha taat lapang dada.

Student matrik teman ada 50 orang.

Lelaki?.... 10 jer....

Selebihnya fikir sindili suda. Faham² ya

Sebab tu org tua² selalu pesan....

Isteri kena pandai jaga suami... makan minum dan emosi

Klu blaku sesuatu... pompuan yg disalahkan....

Tu lah mike.... tak pandai jaga laki.... udahnya laki mike cari pompuan lain...

Tbc

Ahad, 23 Jun 2019

Isteri

*NASIHAT TERBAIK UNTUK ISTERI & ANAK2 (Perempuan)*

🌃 RENUNGAN 🌃

© *Perempuan tak bertudung tak semestinya jahat tetapi Nabi sudah pesan tak bertudung akan TERSEKSA DI AKHIRAT*

© *Perempuan jika ada boyfriend yang tak solat, elok tinggalkan dia. Kahwinlah dengan lelaki soleh yang membimbing ke jannah, bukan ke jahannam.*

© *Isteri yang terbaik adalah isteri yang meminta maaf segala dosa daripada suaminya setiap hari sebelum tidur.*

© *Haram bagi seseorang isteri menaruh perasaan terhadap ajnabi (lelaki lain) selain suaminya.*

© *Wanita solehah tidak akan memalukan diri sendiri dan menjaga batasan wanita.*

© *Wanita yang menutup aurat itu belum tentu dijamin syurga, tetapi sekurang2nya dia berusaha untuk menjadi ahli syurga.*

© *Wanita yang menutup aurat dengan sempurna ibarat pelangi yang cantik, indah mata memandang tetapi tidak boleh disentuh.*

© *Isteri solehah sentiasa berhias cantik untuk suaminya. Dialah bidadari suaminya di dunia dan permaisuri agung di Jannah.*

© *Perempuan yang bertudung tetapi berbuat maksiat, jangan dikeji dia bertudung tetapi tegurlah perbuatan maksiatnya.*

© *Perempuan yang bersalaman dengan suaminya akan gugur 20 dosa sebanyak mana jari dia dan suaminya ada.*

© *Wanita adalah hiasan dunia, sebaik-baik hiasan adalah wanita Solehah*

© *Apabila isteri hamil, ia dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.*

© *Wanita yang cantik akan membuka mata lelaki. Wanita yang baik akan membuka hati lelaki.*

© *Perempuan yang garang sebelum kahwin, adalah perempuan yang paling manja selepas kahwin.*

© *Wanita yang solehah lebih mahal nilainya dari lelaki yang soleh sebab wanita yang solehah sukar ditemui.*

© *Perempuan yang menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yang munasabah, maka haramlah ia mencium bau syurga.*

© *Gunakanlah kecantikan hanya utk suami.*

*Subhanallah...*
*Walhamdulillah...*
*Allahu Akbar...*

*Sebarkan Nasihat itu Jariah...Ganjaran tidak putus sebagai Ilmu Baik yang dimanfaatkan...*

🥺🙇🏻‍♀  *Ingatan untuk diri sendiri juga...*

Masjid

*JANGAN DIKUNCI PINTU MASJID*

🚪🗝🚪🔑🚪🗝

Sahabat, bila suatu hari nanti anda atau saya diizinkan Allah mampu membina masjid,
🕌🕌🕌🕌

Pesanan hamba;

Bukalah pintu masjid 24 jam agar kita tidak malu dihadapan Allah yang telah membukakan pintu keampunanNya untuk kita semua setiap masa.

Barangkali ada saudara kita yang ingin beri'tikaf malam atau bertahajjud dan pintu masjid yang dijaga oleh ta'mir tetap terbuka.

*Jangan tulis  "Dilarang Tidur di Masjid",* kerana kita tidak tau ada  musafir yang tiada wang untuk menginap di hotel.

Perkarangan masjidlah tempat mereka berhenti rehat jika tiada disediakan tempat khas untuk tetamu.

Jangan tulis,
🚰🚿🚽🚰🚿🚽
*"Selain jamaah masjid dilarang menggunakan toilet".*

Mengapa tidak fikir musafir terutama ada anak kecil, hanya menumpang berak kencing.

👶👧🏻👶👧🏻👦🏻🧒🏻

Jangan tulis *"Jangan membawa anak2",* ketahuilah anak2 itulah yang akan jadi penerus generasi.

Sahabatku, semarak masjid seselesa mungkin, kerana masjid bukan hanya sekadar tempat sujud, tetapi boleh digunakan untuk bermusyawarah, menimba ilmu serta menenangkan hati dan merehatkan zahir dan batin.

Sebelum hamba berundur, "Bila anda jadi pengurusi masjid, jangan bangga jumlah infak yang banyak tapi tidak digunakan untuk kemakmuran masjid.

*Ingatlah!* 
💷💶💴💵
Orang berinfak ke masjid itu berharap pahala jariah, bagaimana mereka dapat pahala amal jariah dan anda dapat pahala menjaga amanah, sedangkan wang infak mereka tuan2 tidak gunakan, kerana tuan2 hanya bangga dengan jumlah banyaknya saja, dipamirkan untuk menunjukkan tuan2 dan ajk2 lain tidak songlap duit masjid. 💰💰💰

🚗🚲🛵🏍🚌🚙
Permudahlah setiap orang yang singgah di masjid, terutama tandas yg bersih, cantik dan selesa dgn kemudahan yg mencukupi dan sempurna.

Barangkali kerana amal kecil itu boleh menjadi sebab ke syurgaNya.

Tulisan ini ditujukan kepada Tuan Imam, Pengerusi dan AJK masjid di tepi jalan besar dan lebuh raya di seluruh Malaysia.

Jika dibimbangkan barang2 masjid dicuri, barang2 penting dan berharga, simpan dlm bilik yg berkunci dan/atau pasang cctv. Banyak masjid dah pasang cctv.

Tulisan ini hanya untuk menasihati diri sendiri yang sering lupa.😭

Selasa, 18 Jun 2019

Suami isteri

Muslimin dan Muslimat.

Apakah tanda suami isteri itu baik,
Kita imbangkan 20 point ini-rujuk Al-Quran.
Jadikan sebagai rujukan asas rumahtangga.

1)Selalu bermaafan sebelum tidur,tidak malu untuk mengaku berdosa sama2 cium tangan.

2)Ingatkan masing2,dalam urusan akhirat kita terutama jaga shalat diawal waktu(berjemaah).

3)Apabila terpandang satu sama lain,suka beri ucapan nasihat/semangat untuk membina diri.

4)Dapat tahu rahsia yang besar,diamkan dan selidik supaya dapat maklumat lebih banyak.

5)Cari kebaikan yang ada pada suami dan isteri,akhlaq terpuji niat untuk jadikan amalan.

6)Beri pelukan ketika sedih,dan tenangkan hati tidak apa pentingnya abang/sayang ada disini.

7)Enggan dalam perkara dosa,dan ada sikap tegas benda ini melanggar hukum Allah/Rasul.

8)Fikir sebelum mahu cakap(janji),takut ulang benda sama tidak buat kesan dalam hati/jiwa.

9)Gandakan usaha,bekerja carilah halal lagi baik sebab kita mahu suap mulut anak(bersih).

10)Hadiahkan sesuatu hiburkan hidup,kalau boleh daripada usaha tangan kita(ada pahala).

11)Jumpa kawannya duduk disebelah suami atau isteri,mesti hormati beri satu senyuman.

12)Kekalkan sangka baik dengan pasangan kita,syaithan pula tidak akan datangkan(was2).

13)Latih untuk lawan nafsu jahat,seperti  menafikan kebaikan walaupun sudah bercerai.

14)Nikmati persetubuhan badan,dengan tidak memaksa terpentingnya melahirkan kecintaan.

15)Malas yang melampau mesti dibuang jauh2,kalau boleh berkongsi yang termampu.

16)Orang yang bahagia(suami dan isteri suka berkasih sayang)-sila rujuk Surah Rum Ayat 21.

17)Paling sempurna sekali,setiap hari baikilah adab dan penuhi haq2 yang telah dibebankan.

18)Qaedahnya,pergi mengaji agama dan kuat bertanya ustaz2 ambil masa untuk berbincang.

19)Rindu saat berjauhan,sentiasa berhubung pastikan keadaan sakit atau sihat(ini penting).

20)Taqwalah menyebabkan sebab kita masuk kesyurga-sila rujuk Surah Zukhruf Ayat 70-71.

Kena ada 2 doa yang Allah sebutkan dalam al-quran,semoga menjadi manfaat untuk kami.

1)Surah Furqan Ayat 74.
2)Surah Ibrahim Ayat 40.

Daripada
Akhi
Muhammad Fadhli