Selasa, 18 Jun 2019

Suami isteri

Muslimin dan Muslimat.

Apakah tanda suami isteri itu baik,
Kita imbangkan 20 point ini-rujuk Al-Quran.
Jadikan sebagai rujukan asas rumahtangga.

1)Selalu bermaafan sebelum tidur,tidak malu untuk mengaku berdosa sama2 cium tangan.

2)Ingatkan masing2,dalam urusan akhirat kita terutama jaga shalat diawal waktu(berjemaah).

3)Apabila terpandang satu sama lain,suka beri ucapan nasihat/semangat untuk membina diri.

4)Dapat tahu rahsia yang besar,diamkan dan selidik supaya dapat maklumat lebih banyak.

5)Cari kebaikan yang ada pada suami dan isteri,akhlaq terpuji niat untuk jadikan amalan.

6)Beri pelukan ketika sedih,dan tenangkan hati tidak apa pentingnya abang/sayang ada disini.

7)Enggan dalam perkara dosa,dan ada sikap tegas benda ini melanggar hukum Allah/Rasul.

8)Fikir sebelum mahu cakap(janji),takut ulang benda sama tidak buat kesan dalam hati/jiwa.

9)Gandakan usaha,bekerja carilah halal lagi baik sebab kita mahu suap mulut anak(bersih).

10)Hadiahkan sesuatu hiburkan hidup,kalau boleh daripada usaha tangan kita(ada pahala).

11)Jumpa kawannya duduk disebelah suami atau isteri,mesti hormati beri satu senyuman.

12)Kekalkan sangka baik dengan pasangan kita,syaithan pula tidak akan datangkan(was2).

13)Latih untuk lawan nafsu jahat,seperti  menafikan kebaikan walaupun sudah bercerai.

14)Nikmati persetubuhan badan,dengan tidak memaksa terpentingnya melahirkan kecintaan.

15)Malas yang melampau mesti dibuang jauh2,kalau boleh berkongsi yang termampu.

16)Orang yang bahagia(suami dan isteri suka berkasih sayang)-sila rujuk Surah Rum Ayat 21.

17)Paling sempurna sekali,setiap hari baikilah adab dan penuhi haq2 yang telah dibebankan.

18)Qaedahnya,pergi mengaji agama dan kuat bertanya ustaz2 ambil masa untuk berbincang.

19)Rindu saat berjauhan,sentiasa berhubung pastikan keadaan sakit atau sihat(ini penting).

20)Taqwalah menyebabkan sebab kita masuk kesyurga-sila rujuk Surah Zukhruf Ayat 70-71.

Kena ada 2 doa yang Allah sebutkan dalam al-quran,semoga menjadi manfaat untuk kami.

1)Surah Furqan Ayat 74.
2)Surah Ibrahim Ayat 40.

Daripada
Akhi
Muhammad Fadhli

Tiada ulasan:

Catat Ulasan