Ahad, 22 Mac 2020

kluster

#kopipes

Satu fakta yang anda perlu fahami tentang Gelombang Korona Virus.

+ gelombang satu : (Cluster Cina)

1.Case #1 hingga case #25 Punca pertama jangkitan di Malaysia dari konference Bisnes di Singapore.

2. Ahli perniagaan Malaysia yang hadir di sana dan dapat jangkitan, menjangkiti mereka yang ada close contact beliau. Cluster ini berdasarkan informasi saya dapat besar berbangsa Cina.

+ Gelombang kedua : (cluster Melayu)

1. Popular dengan nama Case #26, yang menjadi Misteri adalah case # 0 kepada case  #26. Case #0 dipanggil merujuk kepada punca jangkitan case #26. Lama ianya menjadi misteri case #26 dapat jangkitan dari siapa. Asalnya di syaki mendapat jangkitan dari lawatan beliau di Shanghai 6 minggu sebelum beliau di sahkan positif. Tapi tak logik.

2. Maklumat terakhir yang saya dapat, case#26 mendapat jangkitan dari case #33 iaitu lawyer kepada case #26. Case #33 menghadiri conference di Singapore dan menjangkiti case#26.

3. Dan oleh kerana case #26 terlebih dulu mendapat rawatan jadi beliau yabg terlebih dahulu di kesan sebagai positif. Ianya terus merebak dan merebak sehingga meningkatkan bilangan case #132

+ Gelombang ketiga ( Cluster Agama).

1.Cluster ini yang paling ramai  buat masa sekarang bermula dengan case #136 dan terus merebak menjadi 60% dari kes Wabak COVID-19 di Malaysia.  Simpton pesakit terlihat dengan ramai selepas 2 minggu apabila berlaku jangkitan Generasi kedua dan ketiga dalam cluster ini.

2. Cluster ini di katakan berpunca dari sikap seorang Travel Agent Freelance  yg baru pulang dari Korea tetapi tidak mematuhi pemeriksaan kesihatan baru pulang dari negara berisiko tinggi dan melakukan "Self Quarantine"  yang menyebabkan penularan di kalangan ahli Jammah Cluster ini ke seluruh dunia.

3. Brunei mendapat jangkitan pertama dari kes ini dengan permulaan 3 kes. Singapore mendapat jangkitan baru dari cluster ini.

4. Cluster ini mempunyai potensi positive sangat tinggi  kerana ramai di kalangan mereka " close contact" selama 4 hari dan melibatkan kira-kira 16,500 orang yang turut hadir sama program ini.

5. Satu bencana dan permula kes kematian pertama akibat wabak COVID-19 ini.

6. Masih ada ramai yang belum menyerah diri untuk saringan.

Bakal Cluster baru ( Cluster India)

1. Event keagamaan yang berlangsung pada 13  Mac 2020 ini yang dihadiri lebih 30,000 org merupakan satu lagi aktiviti keagamaan. Majoriti yang hadir dalam upacara keagamaan ini adalah kaum India dari sebelah utara.

2. Saya menjangkakan selepas 2 minggu akan berlaku jangkitan  generasi Kedua dan ketiga  dalam cluster ini memungkin satu lagi gelombang yang akan mewujudkan satu bencana baru selepas cluster Seri Petaling.

3. Peningkatan kes mendadak dalam cluster Seri petaling selepas 3 minggu iajtu sekarang. Jadi anda kira sendiri nanti bila jangka masa akam berlaku dalam.Cluster ini nanti.

Bakal Cluster baru lagi ( Pelbagai Kaum).

1. Cluster balik kampung, dan cluster pembelian panik akibat sela masa sebelum perlaksanaan Kawalan Pergerakan Terhad yang di buat baru-baru ini.

2. Singapore hanya memberi tempoh yang singkat kepada rakyat untuk melaksana Lock Down Singapore. Umum malam itu, jam 12 tengah malam terus tutup

3. Cluster ini paling ramai pergerakan perkumpulan dan serata negara.

4. Kita tunggu apa yang akan jadi ..

5. We hope for better but Prepare for the worst.

Hanya rahmat  Allah yang dapat melindungi.

Link video bagaimana mudahnya Wabak COVID-19 INI MEREBAK :
https://youtu.be/ZH4fXEK0Xug

#stayathome
#dukrumajajer
#siladudukkatrumaj

melayu

*Dibarisan Hadapan Sekarang:*

Foodpanda = melayu
Nurse doktor= melayu
Polis = melayu
Cashier = melayu
Askar = melayu
Poslaju = melayu

Bangsa yg selalu berkorban utk semua bangsa.
Selalu dihina,dikutuk,dicaci.
Hari ni bangsa ini berada di barisan hadapan menjaga negara utk semua bangsa dalam malaysia.

Bangsa yg selalu *DIPANDANG RENDAH* oleh bangsa bukan melayu kerana Melayu *MALAS.*

Bangsa yg dipandang rendah kerana bermacam2 lagi. Hari ini satu negara memerlukan mereka...iaitu bangsa *MELAYU.*

Bayangkan kalau mereka ini boikot utk bekerja?

Bangsa yg selalu DIPANDANG RENDAH oleh bangsa bukan melayu kerana tidak pandai mentadbir negara.

Terima Kasih Bangsa Melayu.
Terima kasih juga kepada *BANGSA LAIN* yg turut serta di bahagian hadapan.

Berhentilah merendah2kan bangsa ini.

Orang yg bangga dgn bangsanya sahaja akan share post ini.Yang takut di cop racist...dia tak akan share.

Kirim salam kat doktor jogging tu!!

Kredit : izham malikat sadron

tabligh

NASIB BAIK PANDEMIK COVID DI MALAYSIA NI TERCETUS DARI CLUSTER TABLIGH.

Seorang Doktor yang bukan dari Jamaah Tabligh dan bekerja keras dengan penuh kepenatan dari Pusat Kuarantin Covid 19 menceritakan...

Cerita

Saya nak cakap sedikit pasal Jemaah Tabligh.

Umum tahu, kluster paling banyak pesakit COVID19 termasuk yang meninggal dunia adalah dari gerakan dakwah yang satu ini.

Tapi sedarkah kita, adalah rahmat Allah untuk kita, wabak ini bermula dari kelompok mereka.

Kita tahu pandemik ini tidak dapat dihalang. Cuma dapat dibendung.

Meskipun ada beberapa individu yang degil, tapi majoriti dari mereka patuh dan taat. Ini kerana mereka adalah orang orang baik atau sedang dalam proses menjadi baik.

Ciri mereka yang suka berpakaian jubah/kurta beserban/kopiah, berjanggut, dan konsisten terhadap hal tersebut membuatkan mereka mudah dikesan dan dikenal pasti.

Mereka tak ada organisasi khusus tapi setiap perwakilan mengikut kawasan sewaktu ijtimak ada Penanggungjawab atau Amir yang tahu siapa siapa sahaja yang ada.

Bayangkan jika Allah jadikan jalan masuk COVID19 ini di sebuah Konsert besar, didalam sebuah Kelab Malam. Dan itu sangatlah mungkin, bukan..?  Bagaimana kita nak kesan mereka..?

Dengan stigma yang ada, kalau disuruh hadir untuk "screening" berapa peratus sahaja yang mungkin muncul...? Yang terlibat pun tak terlihat dari luar karakter mereka.

Kalau kita kesan dan datang ke rumah rumah mereka, tak boleh bayang berapa ramai yang akan melawan atas dasar tak ada undang undang.

Dan kalau kita amati, perhimpunan besar selepas COVID19 kecoh bukan hanya di Masjid Sri Petaling sahaja.

Jadi sekali lagi, musibah yang terjadi kepada kelompok mereka adalah juga rahmah disebalik musibah untuk kita semua.

Things could've be far worse.

Be objective..
Kita hanya nak mereka tampil sebab itu punca awal gelombang pertama dan seterusnya.

Supaya mudah kerja kita nak mengenal pasti penyebaran dan seterusnya membendungnya. Itu sahaja.

Usah disentuh kerja dakwah mereka.

Usah dihentam seolah olah tidak ada kebaikan langsung pada diri mereka.

Usahlah 'generalise'kan gerakan mereka hanya kerana kekeliruan sebahagian kecil dari mereka.

Buat ahli Jemaah Tabligh yang sedang diuji, semoga diberikan kesembuhan sempurna.

Masukkan kami semua, rakyat Malaysia dalam Doa doa  kalian, okay?

Semoga Allah mengampuni kita semua.

Doktor
Bukan Jemaah Tabligh.

Sabtu, 21 Mac 2020

air tanah

*SURAT TERBUKA KEPADA KERAJAAN*


Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Kehadapan :

YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
YB Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham bin Baba
YB Menteri Hal Ehwal Agama,
Dato' Seri Dr Hj Zulkifli Mohamad Al- Bakri
Ketua Pengarah Kesihatan,
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah,

*CADANGAN MEMBANGUNKAN VAKSIN COVID-19 BERASASKAN AIR TANAH*

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, dan YB kerana sudi membaca cadangan saya ini. Saya juga mendoakan keselamatan dan kesejahteran kepada YAB Perdana Menteri, YB dan semua rakyat Malaysia dalam mengharungi cabaran wabak Pandemik ini.

Saya bukanlah seorang agamawan, dan bukan pula seorang ahli perubatan. Saya cuma pemuda kampung berfikiran cetek yang inginkan supaya idea saya ini diketengahkan.

Terbukti, dalam agama kita, sertu atau samak berjaya memati/menghilangkan kuman-kuman yang bahaya dan degil dari binatang seperti anjing atau khinzir atau dari keduanya. Saya telah mendengar dari ilmuan bahawa kuman dari anjing atau khinzir tersebut tidak dapat dihilangkan walaupun digunakan sabun,  sebaliknya hanya menggunakan *AIR TANAH* (cuma sekali cucian) dapat menghilangkan kuman dari anjing dan khinzir ini.

Jadi, pada fikiran cetek saya, virus COVID -19 ini datangnya juga dari haiwan (ular, kelawar dan lain2), tetapi dari segi kesucian haiwan tersebut, tidaklah seberat anjing atau khinzir. Dan saya juga terbaca dengan hanya menyuci tangan menggunakan sanitizer atau sabun, virus covid -19 ini akan hilang/mati/dinyahkan. Berkemungkinan (pada logik saya) virus covid -19 ini lebih mudah dihilangkan dengan air tanah kerana kuman dari binatang yg tidak najis. (bukan anjing & khinzir)

*Persoalannya*,

Jika virus COVID -19 ini telah menyerang pesakit dan masuk kedalam badan.

*Cadangan saya* :

Ini juga berbentuk rayuan saya supaya pihak kerajaan mendengar dan bertindak dengan membuat penyelidikan makmal, bagaimana boleh dikaji :

1. *Apakah bahan yg ada dalam air tanah yang digunakan untuk sertu / samak itu yang menyebabkan ia dapat membunuh kuman dari anjing atau khinzir*

dan

2. *mengekstrak bahan tersebut ke dalam bentuk cecair sebagai Vaksin (percubaan)*

seterusnya

3. *Membuat penyelidikan makmal samada ekstrak ini berjaya memati/menghilangkan virus COVID -19 ini dengan cara disuntik, diberi makan atau dilarutkan melalui mesin bantuan pernafasan(ventilator)*.

Saya merasakan bahawa cubaan ini patut dilakukan kerana *tidak melibatkan kos yang tinggi. Hanya tanah (cuma mungkin boleh dipelbagaikan jenis tanah ).*

Dengan nasihat agamawan dan kepakaran ahli perubatan, saya mengharapkan cubaan ini dapat dilaksanakan. Saya tidak malu dikatakan mengusulkan idea tidak masuk akal/bodoh kerana *saya masih menyanjungi ajaran agama kita dalam bab sertu yang terbukti berkesan , bersih, sihat dan berpahala sekira mengamalkannya.*

Walaupun (sekiranya) keputusan kajian ini gagal, kita tidak kerugian berjuta ringgit tetapi kalau kita tidak mencuba, itu mungkin kerugian yang lebih kerana bagi saya *GAGAL SETELAH MENCUBA LEBIH BAIK DARI TIDAK MENCUBA*.

Sekian, sekali lagi saya mengharapkan agar pihak kerajaan dapat mencuba, membangunkan vaksin berasaskan tanah ini.

Terima Kasih atas perhatian YAB PERDANA MENTERI dan YB Menteri.

KAMARULZAMAN HASHIM,
TAIPING, PERAK

19/03/2020 @10pm

taman

Ada peniaga kecil nasi lemak di tepi jalan termenung,
Jualan  sudah tiada 4 hari,
Pampers dan susu anak,
Apatah lagi stok makanan,
Sudah makin susut sekali.

Suami cuba berfikir,
Bagaimana nak cari belanja rumah,
Di saat kawalan pergerakan ini,
Beliau mencuba menjadi runner pula,
Mana tahu boleh dapat sedikit upah membeli barang keperluan.

Suami dengan semangat luar biasa,
Teruja,
Menaip di grup FB perumahan,
Dengan status,
" siapa memerlukan runner, boleh hubungi saya. Upah seikhlas hati "

Berdebar,
Namun semangatnya berkobar.

Tak lama kemudian,
Komen pun masuk,
" Tak payahlah bang buat masa sekarang ni keluar.
Kami pun duduk rumah je. "

Kemudian,
Ada lagi berbunyi,
" PM dah suruh duduk diam je.
Bukannya lama, 14 hari je. "

Ada lagi menambah,
" Usah memperjudikan nasib bang. Yang kerja office pun sekarang duduk di rumah. "

Lebih pedih,
" orang kita ni degil. Suruh duduk dalam rumah, dia nak keluar rumah "

Ketat rasa dadanya,
Dengan takungan airmata, 😥
Dilihat anak kecil terbaring di atas tilam nipis,
Sang isteri sambil menepuk-nepuk anak yang berusia 3 tahun untuk tidur bertanya,
Ada ke orang nak guna runner, bang ?

Dikalihkan wajahnya ke jendela,
Kosong pandangannya.

Dilihat kembali status di grup tadi,
Di klik butang 'DELETE',
Dan,
Hilanglah status itu dari ruang grup perumahan.

P/s
Toleh kiri dan kanan rumah kita,
Mungkin mereka seperti di atas ada berdekatan dengan kita,
Hulurkan bantuan.

Kasut kita semua tidak sama, bang.

Sebarkan kasih sayang.