KUARANTIN oleh Tun M (diterjemah)
1. Hari ini 18 Mac, saya di rumah. Saya telah dikuarantin, dikehendaki duduk di rumah kerana Kerajaan telah laksanakan perintah kawalan pergerakan bagi mencegah penularan Coronavirus.
2. Pada 12 Mac lalu, saya bertemu dengan sekumpulan Ahli Parlimen muda dari Pakatan Harapan, untuk menerangkan apa sebenarnya yang berlaku. Selesai pertemuan dan mereka memohon untuk ambil gambar. Saya tak fikir banyak. Saya tak fikir siapapun yang telah dijangkiti. Mereka mengelilingi saya dengan rapat supaya muat dalam gambar.
3. Pada 17 Mac, pembantu saya, Sufi menunjukkan gambar tersebut dan maklumkan salah satu dari mereka ialah Ahli Parlimen dari Sarawak telah disahkan positif COVID-19 setelah membuat ujian.
4. Saya tak fikir sangat tentang itu. Saya dalam keadaan sihat. Ramai juga pelawat yang beritahu saya nampak sungguh sihat. Tetapi pihak berkuasa berlainan pendapat. Satu pasukan doktor dan jururawat tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana tempat saya bekerja dan mereka hentikan saya semasa saya hendak pulang makan tengahari.
5. Mereka ambil satu sampel ‘swab’ memintak saya kuarantin diri selama 14 hari dari tarikh pertemuan tersebut.
6. Jadi, saya di sini, melalui kurantin di rumah. Saya telah menasihati rakyat supaya serius tentang pandemik ini. Saya telah buat rakaman video mengenainya. Sekarang saya perlu serius dan menerima dikuarantin.
7. Coronavirus ini adalah sesuatu yang tak wujud sebelum ini. Ia mudah dijangkiti atau berjangkit dan membawa kepada beberapa kes kematian. Tiada ubat atau vaksin untuk melawan. Apa yang kita buat ialah merawat gejala seperti demam, batuk, sesak nafas dan sekiranya paru-paru dijangkit orang tua, anda boleh mati. Saya sudah tua, 94 tahun.
8. Bentuk ancaman Covid-19 ini disebabkan mudahnya dijangkiti dan kemungkinan maut. Untuk mengurus jangkitan dan penularan, pengasingan manusia amatlah diperlukan. Oleh sebab kita tidak tahu siapa yang ada virus ini, setiap seorang perlu menjarakkan diri antara satu sama lain.
9. Secara lahiriah, manusia suka berkawan, untuk menjarakkan jutaan manusia dari satu sama lain amatlah sukar. Apabila kita bekerja, berjalan, bermain, menonton perlawanan atau di pawagam kita mahu bersama.
10. Bila dalam perjalanan, biasanya kita berada dalam ruang terhad dan rapat menjadikan kita dekat satu sama lain. Untuk mengelakkan ini berlaku, kita perlu henti perjalanan. Ini akan memberi kesan buruk kepada industri pelancongan. Di banyak kawasan menunjukkan penurunan sebanyak 70%.
11. Syarikat penerbangan menderita. Industri pelancongan menderita. Hotel, pengangkutan awam, restoran turut rugi. Para pekerja turut menderita kerana mereka akan dibuang. Majikan tidak membuat untung bagi menampung pekerja.
12. Bagi Malaysia, industri pelancongan merupakan kedua terbesar penghasilan tukaran asing selepas Petronas. Kerajaan akan kehilangan pendapatan.
13. Rakyat yang bekerja dalam industri pelancongan akan kehilangan kerja dan pendapatan. Ini amatlah buruk kerana mereka perlu makan dan minum.
14. Di Malaysia industri Petroleum tidaklah besar. Tetapi ianya penyumbang terbesar pendapatan Kerajaan. Pada satu satu masa Petronas membayar Kerajaan sebanyak 80 bilion Ringgit. Harga bagi setong minyak mentah bagi tahun 2020 diikat pada USD63 setong. Sekarang ini dijual kurang dari 50% seperi harga yang dianggarkan. Pendapatan Kerajaan akan jatuh kepada 30 bilion.
15. Pakej rangsangan menyebabkan kenaikan perbelanjaan Kerajaan dan menyaksikan penurunan cukai. Untuk mengimbangi lebihan perbelanjaan dengan pengurangan pendapatan Kerajaan adalah merupakan sesuatu yang mencabar.
16. Pada masa yang sama, perintah kawalan pergerakan akan mengurangkan perniagaan dan pendapatan. Sekali lagi, pendapatan Kerajaan terkesan.
17. Bagi syarikat kecil, kerugian amat dahsyat. Mereka ini kais pagi makan pagi. Sungguhpun mereka mampu berniaga ianya masih tidak cukup untuk belanja makan. Kerajaan mungkin perlu beri sokongan pendapatan buat mereka.
18. Apa yang berlaku di Malaysia juga berlaku di seluruh dunia. Industri-industri perlu berhenti atau paling tidak kurangkan pengeluaran. Import dan eskport juga terkesan. Seluruh dunia bakal mengalamai kemelesetan ekonomi. Negara kaya turut menderita.
19. Sesungguhnya kita sedang menghadapi malapetaka yang amat dahsyat.
Alih bahasa dari artikel asal di blog Tun M:
http://chedet.cc/?paged=3

بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Isnin, 23 Mac 2020
insan
Ditakdirkan Allah, saya terpaksa melalui jalan darat utk pulang ke Terengganu setelah sekian lama bermusafir. Tiket domestic saya habis burn sbb Emirates delayed transit saya. Pasti ada hikmah yg luar dari batas pemikiran seorang hamba.
Melalui suasana sepi sepanjang jln, hendak solat zohor sungguh payah, surau dan masjid ditutup. Surau di stesyen minyak pun tutup. Diteruskan lagi perjalanan shg jumpa R&R.. Terpana dan terpaku saya, tidak ada satu kereta di R&R, tiada manusia juga, van2 bergerak yg jual mkn juga tidak ada. Yg ada hanya kesepian dan keinsafan. Apa yg berlaku ini di luar batas pemikiran saya. kelihatan ada beberapa org makcik cleaner. Saya solat sorang diri.
Sepanjang perjalanan saya berfikir, apa yg dibuat penjaja2 makanan di tepi jln skrg? apa yg dibuat penggunting2 rambut? apa yg dibuat penjual kelapa muda di tepi jln? apa yg dibuat penjaja nasi lemak rm1? apa yg dibuat peniaga pasar mlm? apa yg dibuat oleh tukang2 rumah? apa yg dibuat oleh pemandu2 lori? apa yg dibuat oleh penjual2 buah skrg? Pasti buah2 mrk rosak, apa yg dibuat oleh semua mrk yg kerja sendiri? Yg kais pagi mkn pagi, kais petang mkn petang, yg mrk tokey mereka kuli. Mereka disuruh cuti, jgn bekerja, habis bgmn mrk nak makan? Bgmn mrk nak bayar viva rm 300 sbln? bgmn mrk nak bayar sewa rumah rm 200 sebulan? bgmn mrk nak isi perut 8 org dlm rumah? Duit simpanan.. Allah.. Mujurlah kalau mrk beringat. Lagi kita yg mkn gaji pun, setiap bulan defisit. Apatah lagi mrk yg mengharap rezeki baru setiap hari. Pelbagai persoalan berputar di pemikiran saya..
Berat utk saya lafazkan, tapi sesungguhnya kawalan pergerakan ini menyeksa mrk ini. Tak bekerja, tak ada duit. Tak ada duit mcmn nak mkn! Majikan pula kena bayar gaji. Tapi majikan juga tiada penghasilan. Mcmn mrk nak bayar gaji pekerja? Mungkin ada majikan mampu bayar, tapi brp org sgtlah yg mampu.. Nursery2, tadika2, mrk yg bekerja dgn gaji hari, bgmn dgn mrk semua? Allah sgt besar dugaan ini..kita boleh sebut sabar. Tapi sejauh mana seorang ibu boleh sabar, kalau anak sebut lapar, tapi kita tiada apa2 yg boleh diberikan.
Kita yg bekerja kerajaan, musuh kita, yg menjadi kerungsingan kita adalah kebosanan di rumah. Tak tahu nak buat apa. Tapi setiap hari perut kita penuh mcm nak pecah dah. Menu 14 hari sering bertukar ganti. Hujung bln tetap dpt gaji. Bersyukurlah kita semua wahai sahabat..
Tapi mrk.. Setiap hari berfikir mcmna nak mkn? mcmn nak bayar pinjaman? Mcmana dan mcmana. Justeru sahabat2 jgn sekali2 kita terlebih memapar kegembiraan kita dgn pergerakan terhad ini, jgn paparkan byknya kita membeli, sedapnya kita mkn, krn pada saat ini mungkin ada org yg menangis krn tidak tahu cara utk mengisi perut sang anak. Sudahlah kita ini ditimpa bala dgn covid 19, jgn selepas ini kita ditimpa bala lain krn menitiskan airmata org2 miskin. Saya takut, kita takut dgn kematian krn covid 19, tanpa kita sedar mungkin ada yg mati krn kebuluran. Mohon dijauhkan Allah. 14 hari bkn sekejap, bagi yg mengharapkan gaji setiap hari, dgn anak yg ramai, sesungguhnya saya mohon Rabbul Izzati menjaga dan memelihara mrk. Tiada daya dan upaya kita ini..krn, dlm apa jua keadaan, taat kpd ulul amri itu wajib demi menyelamatkan nyawa dan mengelak merebaknya wabak.. Peliharalah mrk ya Allah, bukalah jln kpd mereka utk mengharungi semua kepayahan ini..
Bagi yg ada rezeki lebih, kongsilah setakat mampu, terutamanya org2 miskin di sekitar kita. Walaupun hanya sekampit beras. Moga ia menjadi saksi di akhirat kelak, sesungguhnya kita tidak pernah alpa dgn kesusahan mereka. Moga ia menjadi saksi, sebuah pengorbanan yg penuh tulus dlm kita menghadapi covid 19. Semoga segala pengorbanan kita Allah pandang dgn penuh rasa belas. Manalah kita tahu, berkat pertolongan kita kpd orang miskin, berkongsi rezeki, Allah angkat perlahan2 bala covid 19 ini. Sesungguhnya bala Allah yg datang kpd kita ini adalah sebagai peringatan dan amaran. Ia bknnya satu gurauan atau mainan. Dan itu hanyalah dpt dihayati dan diambil pengiktibaran oleh golongan yg berfikir.. Ampunkan kelekaan kami Ya Allah..

Ahad, 22 Mac 2020
kluster
#kopipes
Satu fakta yang anda perlu fahami tentang Gelombang Korona Virus.
+ gelombang satu : (Cluster Cina)
1.Case #1 hingga case #25 Punca pertama jangkitan di Malaysia dari konference Bisnes di Singapore.
2. Ahli perniagaan Malaysia yang hadir di sana dan dapat jangkitan, menjangkiti mereka yang ada close contact beliau. Cluster ini berdasarkan informasi saya dapat besar berbangsa Cina.
+ Gelombang kedua : (cluster Melayu)
1. Popular dengan nama Case #26, yang menjadi Misteri adalah case # 0 kepada case #26. Case #0 dipanggil merujuk kepada punca jangkitan case #26. Lama ianya menjadi misteri case #26 dapat jangkitan dari siapa. Asalnya di syaki mendapat jangkitan dari lawatan beliau di Shanghai 6 minggu sebelum beliau di sahkan positif. Tapi tak logik.
2. Maklumat terakhir yang saya dapat, case#26 mendapat jangkitan dari case #33 iaitu lawyer kepada case #26. Case #33 menghadiri conference di Singapore dan menjangkiti case#26.
3. Dan oleh kerana case #26 terlebih dulu mendapat rawatan jadi beliau yabg terlebih dahulu di kesan sebagai positif. Ianya terus merebak dan merebak sehingga meningkatkan bilangan case #132
+ Gelombang ketiga ( Cluster Agama).
1.Cluster ini yang paling ramai buat masa sekarang bermula dengan case #136 dan terus merebak menjadi 60% dari kes Wabak COVID-19 di Malaysia. Simpton pesakit terlihat dengan ramai selepas 2 minggu apabila berlaku jangkitan Generasi kedua dan ketiga dalam cluster ini.
2. Cluster ini di katakan berpunca dari sikap seorang Travel Agent Freelance yg baru pulang dari Korea tetapi tidak mematuhi pemeriksaan kesihatan baru pulang dari negara berisiko tinggi dan melakukan "Self Quarantine" yang menyebabkan penularan di kalangan ahli Jammah Cluster ini ke seluruh dunia.
3. Brunei mendapat jangkitan pertama dari kes ini dengan permulaan 3 kes. Singapore mendapat jangkitan baru dari cluster ini.
4. Cluster ini mempunyai potensi positive sangat tinggi kerana ramai di kalangan mereka " close contact" selama 4 hari dan melibatkan kira-kira 16,500 orang yang turut hadir sama program ini.
5. Satu bencana dan permula kes kematian pertama akibat wabak COVID-19 ini.
6. Masih ada ramai yang belum menyerah diri untuk saringan.
Bakal Cluster baru ( Cluster India)
1. Event keagamaan yang berlangsung pada 13 Mac 2020 ini yang dihadiri lebih 30,000 org merupakan satu lagi aktiviti keagamaan. Majoriti yang hadir dalam upacara keagamaan ini adalah kaum India dari sebelah utara.
2. Saya menjangkakan selepas 2 minggu akan berlaku jangkitan generasi Kedua dan ketiga dalam cluster ini memungkin satu lagi gelombang yang akan mewujudkan satu bencana baru selepas cluster Seri Petaling.
3. Peningkatan kes mendadak dalam cluster Seri petaling selepas 3 minggu iajtu sekarang. Jadi anda kira sendiri nanti bila jangka masa akam berlaku dalam.Cluster ini nanti.
Bakal Cluster baru lagi ( Pelbagai Kaum).
1. Cluster balik kampung, dan cluster pembelian panik akibat sela masa sebelum perlaksanaan Kawalan Pergerakan Terhad yang di buat baru-baru ini.
2. Singapore hanya memberi tempoh yang singkat kepada rakyat untuk melaksana Lock Down Singapore. Umum malam itu, jam 12 tengah malam terus tutup
3. Cluster ini paling ramai pergerakan perkumpulan dan serata negara.
4. Kita tunggu apa yang akan jadi ..
5. We hope for better but Prepare for the worst.
Hanya rahmat Allah yang dapat melindungi.
Link video bagaimana mudahnya Wabak COVID-19 INI MEREBAK :
https://youtu.be/ZH4fXEK0Xug
#stayathome
#dukrumajajer
#siladudukkatrumaj

melayu
*Dibarisan Hadapan Sekarang:*
Foodpanda = melayu
Nurse doktor= melayu
Polis = melayu
Cashier = melayu
Askar = melayu
Poslaju = melayu
Bangsa yg selalu berkorban utk semua bangsa.
Selalu dihina,dikutuk,dicaci.
Hari ni bangsa ini berada di barisan hadapan menjaga negara utk semua bangsa dalam malaysia.
Bangsa yg selalu *DIPANDANG RENDAH* oleh bangsa bukan melayu kerana Melayu *MALAS.*
Bangsa yg dipandang rendah kerana bermacam2 lagi. Hari ini satu negara memerlukan mereka...iaitu bangsa *MELAYU.*
Bayangkan kalau mereka ini boikot utk bekerja?
Bangsa yg selalu DIPANDANG RENDAH oleh bangsa bukan melayu kerana tidak pandai mentadbir negara.
Terima Kasih Bangsa Melayu.
Terima kasih juga kepada *BANGSA LAIN* yg turut serta di bahagian hadapan.
Berhentilah merendah2kan bangsa ini.
Orang yg bangga dgn bangsanya sahaja akan share post ini.Yang takut di cop racist...dia tak akan share.
Kirim salam kat doktor jogging tu!!
Kredit : izham malikat sadron

tabligh
NASIB BAIK PANDEMIK COVID DI MALAYSIA NI TERCETUS DARI CLUSTER TABLIGH.
Seorang Doktor yang bukan dari Jamaah Tabligh dan bekerja keras dengan penuh kepenatan dari Pusat Kuarantin Covid 19 menceritakan...
Cerita
Saya nak cakap sedikit pasal Jemaah Tabligh.
Umum tahu, kluster paling banyak pesakit COVID19 termasuk yang meninggal dunia adalah dari gerakan dakwah yang satu ini.
Tapi sedarkah kita, adalah rahmat Allah untuk kita, wabak ini bermula dari kelompok mereka.
Kita tahu pandemik ini tidak dapat dihalang. Cuma dapat dibendung.
Meskipun ada beberapa individu yang degil, tapi majoriti dari mereka patuh dan taat. Ini kerana mereka adalah orang orang baik atau sedang dalam proses menjadi baik.
Ciri mereka yang suka berpakaian jubah/kurta beserban/kopiah, berjanggut, dan konsisten terhadap hal tersebut membuatkan mereka mudah dikesan dan dikenal pasti.
Mereka tak ada organisasi khusus tapi setiap perwakilan mengikut kawasan sewaktu ijtimak ada Penanggungjawab atau Amir yang tahu siapa siapa sahaja yang ada.
Bayangkan jika Allah jadikan jalan masuk COVID19 ini di sebuah Konsert besar, didalam sebuah Kelab Malam. Dan itu sangatlah mungkin, bukan..? Bagaimana kita nak kesan mereka..?
Dengan stigma yang ada, kalau disuruh hadir untuk "screening" berapa peratus sahaja yang mungkin muncul...? Yang terlibat pun tak terlihat dari luar karakter mereka.
Kalau kita kesan dan datang ke rumah rumah mereka, tak boleh bayang berapa ramai yang akan melawan atas dasar tak ada undang undang.
Dan kalau kita amati, perhimpunan besar selepas COVID19 kecoh bukan hanya di Masjid Sri Petaling sahaja.
Jadi sekali lagi, musibah yang terjadi kepada kelompok mereka adalah juga rahmah disebalik musibah untuk kita semua.
Things could've be far worse.
Be objective..
Kita hanya nak mereka tampil sebab itu punca awal gelombang pertama dan seterusnya.
Supaya mudah kerja kita nak mengenal pasti penyebaran dan seterusnya membendungnya. Itu sahaja.
Usah disentuh kerja dakwah mereka.
Usah dihentam seolah olah tidak ada kebaikan langsung pada diri mereka.
Usahlah 'generalise'kan gerakan mereka hanya kerana kekeliruan sebahagian kecil dari mereka.
Buat ahli Jemaah Tabligh yang sedang diuji, semoga diberikan kesembuhan sempurna.
Masukkan kami semua, rakyat Malaysia dalam Doa doa kalian, okay?
Semoga Allah mengampuni kita semua.
Doktor
Bukan Jemaah Tabligh.

Langgan:
Catatan (Atom)