Isnin, 23 Mac 2020

kebumi covid

WARIS URUSKAN PENGEBUMIAN JENAZAH COVID19, SOP KKM DIPERSOALKAN!

Ini adalah cerita sebenar waris keluarga yang uruskan pengebumian jenazah Covid19 di rantau panjang, Kelantan. Kes kematian Covid19 di Malaysia yang ke-8.

DISCLAIMER
Tujuan status ini adalah untuk mempersoal SOP sebenar menguruskan jenazah COVID19, adakah waris perlu turut serta uruskan atau pihak KKM uruskan segalanya.

Kerana kita maklum pengurusan jenazah COVID19 sama seperti pengurusan jenazah wabak Ebola Virus Desease (EVD) hanya boleh disempurnakan oleh pihak KKM sahaja dari mula sehingga pengebumian. (1)

Polis di tempat kejadian juga sarankan waris viralkan kes ini. Dan kami fikir ini wajar kerana untuk memberi info sebenar apa yang berlaku dan sampai kepada pihak atasan, supaya tidak terulang kepada korban COVID19 yang baru.

beberapa bukti video rakaman saya upload dalam ruangan komen.

MAKLUMAT MANGSA KORBAN

Jenazah korban Covid19 Ke8 dikenali sebagai Ustaz Hassan (UH), berumur 69 tahun, meninggal pada Jam 4.00pm di Hospital Raja Perempuan Zainab ll, Kota Bharu. (2)

======
KRONOLOGI

22/03/2020

4.00PM
- Doktor maklumkan kepada waris bahawa UH sudah meninggal dunia, waris merupakan anak lelaki (Hafizuddin) diminta datang ke hospital untuk dengar taklimat. Antara kandungan taklimat ialah:

- Pihak KKM menguruskan semua urusan pengebumian jenazah mengikut cara wabak Ebola
- Waris tidak boleh dekat tanah perkuburan, kalau boleh tak datang kubur lagi bagus.
- Waris tidak boleh tengok jenazah, apatah lagi buka bungkusan mayat.
- Jenazah akan dikebumi pada waktu malam
- Tempoh pengebumian akan dilakukan sangat cepat
- Pengebumian akan diuruskan Pihak KKM Pasir Mas

7.00PM
- Waris balik rumah di pasir mas dan bersiap pergi ke Tanah Perkuburan Rantau Panjang. waris 1 lelaki 2 perempuan bergerak satu kereta ke destinasi selepas isyak.

10.00PM
- Waris tiba di Tanah Perkuburan Rantau Panjang.
- Pihak polis sudah halau semua orang, termasuk waris-waris yang datang supaya balik rumah masing-masing, jamin pihak KKM uruskan semuanya segera.
- Jenazah masih belum tiba.
- Hafizuddin terpaksa tunggu jauh sedikit dari kawasan perkuburan kerana sudah dihalau. waris-waris lain semua sudah bersurai balik pengkalan. orang kampung juga sudah balik tidur.

11.06PM
- Jenazah tiba dari Hospital dengan sebuah van
- Hanya 2 Orang Kakitangan hospital termasuk pemandu
- Kelibat pegawai KKM belum tiba. Jenazah masih dalam van

12.00AM
- Waris masih menunggu dalam kereta tertanya-tanya masih tiada proses pengebumian.
- Waris mendekati polis bertanya "entahlah, belum kebumi lagi, orang KKM belum datang"
- Waris mendekati pemandu van bertanya "tunggu orang KKM uruskan"
- Waris call hospital tanya status pegawai KKM yang bertugas, pihak hospital sudah maklumkan kepada pegawai KKM Pasir Mas incharge pengebumian ini.
- KKM Pasir Mas call hafizuddin, tanya berapa waris yang ada di kubur cukup tak 6 orang untuk uruskan jenazah, sebab pegawai KKM tidak dapat uruskan. Waris yang kena uruskan.
- Polis dah halau semua, memang tak cukup orang nak uruskan.

1.00AM
- Waris serba salah, kalau panggil orang kampung, akan merisikokan mereka. masalahnya waris-waris lain semua dah balik kena halau.
- Waris hubungi tok penghulu. Tok penghulu datang menjenguk akhirnya.
- Tok penghulu buntu, call bomba. bomba kata ini bukan bidang kuasa mereka.
- Tok penghulu panggil lagi beberapa orang kampung yang masih available untuk datang bantu. 3 orang datang.
- Semua masih buntu cara nak uruskan jenazah. jenazah masih dalam van.

1.30AM
- lebih kurang jam 1 setengah begitu, 1 kereta exora KKM tiba. dalam 6 orang.
- Pegawai tidak keluar kereta untuk beri makluman apa-apa. stay safe dalam kereta.

2.00PM
- Waris perasan kereta KKM dan cuba mendekati dan bertanya.
- Seorang sahaja pegawai KKM keluar kereta. berbadan besar berbaju biasa.
- Pegawai KKM berkeras dan menunjukkan bukti dalam fon serta bacakan mengatakan bukan mereka yang uruskan jenazah, tetapi waris yang akan uruskan pengebumian jenazah.
- Pihak waris juga menunjukkan bukti dari hospital yang mengatakan pihak KKM akan uruskan semuanya (waris juga dimaklumkan hospital yang mana pegawai kkm tidak mahu bekerjasama semasa beri makluman)
- Pihak polis juga mengesahkan bahawa pihak KKM yang perlu menguruskan
- Pegawai KKM tidak mengendahkan apa sahaja info dari waris dan polis, dia hanya berpegang apa yang diarahkan sahaja. kami pun tak tahu siapa yang arahkan dia.

2.30AM
- Pegawai KKM bagi 5 pasang sut putih kepada waris untuk pakai
- Pegawai tersebut langsung tak beritahu apa prosedur pemakaian dan cara betul nak kendalikan jenazah ke dalam kubur.
- Pegawai masuk kereta semula, sambung hisap rokok bersama yang lain.
- Menyedari ada polis sedang merakam, kereta KKM dihidupkan dan dialihkan jauh sedikit. Sambung lepak. (maaf ayat agak menusuk)
- Bayangkan tiada taklimat pemakaian sut diberikan, 2 waris lelaki dan 3 pakcik kampung terkial-kial nak sarung sut. mujur polis datang bantu tunjuk sikit-sikit.
- Terus pakai sut, tiada sanitize dilakukan. (kami tidak tahu ia perlu atau tidak)

2.55AM
- Jenazah diturunkan dari van, dibawa ke kubur.
- Pelantar jenazah dipulangkan semula dalam van. Van terus beredar balik
- Waris dengar perasan juga ketidak-puasan hati kakitangan tersebut kepada pihak keluarga waris, seolah-olah menyusahkan mereka kena tunggu lama, sepatutnya waris ada ramai dan boleh siapkan urusan pengebumian segera. mereka takkan tidak tahu polis sudah halau semua orang?
- Kami waris sangat berasa hati dengan perkara itu.
- 5 orang yang uruskan jenazah seperti dalam gambar dan video itu adalah waris dan pakcik kampung. Tiada langung pegawai KKM yang bantu! masih lepak di kereta.
- Jangan tanya bagaimana 5 orang ini uruskan jenazah. tiada apa-apa pemantauan langsung.
- Hanya fikirkan dari taklimat hospital beritahu jenazah perlu dikebumi segera, maka mereka uruskan jenazah, turunkan dalam liang lahat, kambus tanah dengan segera.
- Setelah selesai kambus tanah, tanah kubur tidak disembur apa-apa. cangkul dan peralatan diletakkan saja disitu.

3.30AM (3)
- Setelah selesai, pegawai KKM tadi datang semula dan suruh 5 orang ini buka dan longgokkan baju di satu tempat. termasuk baju dalam yang dipakai. part ini memang tergamam juga sebab tak ready langsung baju spare untuk salinan.
- Yang tidak buka baju dalam kena bawa balik dan terus basuh cuci dan jemur tengah panas, katanya
- Pegawai hulur 1 botol liquid sanitizer untuk 5 orang guna sanitize badan.
- Pegawai minta lighter dan bakar longgokan baju.
- Baju masih marak api, pegawai tersebut hidupkan enjin kereta dan balik.
- Polis juga beredar
- Pakcik kampung berkain pelikat, selipar kena bakar pun berkaki ayam sahaja lah, start motor dan balik
- Hafizuddin pergi ke masjid basuh badan.
- kemudian semua beredar.
- Sampai rumah pasir mas jam 4.45am.

=======
HIGHLIGHT

Ada beberapa perkara yang kami nak highlight disini

1. Pegawai KKM Pasir Mas bermasalah, kami lihat mereka merokok dalam kenderaan KKM

2. KKM tidak bersedia menguruskan jenazah COVID19 walaupun sepatutnya SOP pengurusan mayat Ebola telah ada

3. Tidak ada kerjasama pihak hospital dengan KKM. kematian jam 4.00PM sepatutnya pihak KKM sudah bersedia untuk uruskan pengebumian waktu malam. ini kes pertama di kelantan.

4. Rakyat semua maklum bahawa KKM uruskan jenazah COVID19 dari A to Z. tapi sebaliknya berlaku waris yang uruskan. Saya dimaklumkan Korban Covid19 ke2 di johor hanya 3 orang pegawai KKM, 7 yang baki adalah orang awam waris dan kawan-kawan. Mujur pegawai KKM itu turut serta dalam pengurusan jenazah. (4)

5. Kemungkinan untuk ada KES baru kematian COVID19, APA JAMINAN KKM selepas ini untuk uruskan jenazah, benar-benar bersedia atau masih menunding jari siapa kena buat. Kasihan pada waris dan orang kampung jika libatkan mereka uruskan risiko.

6. Jika benarlah waris yang kena uruskan, apa salahnya bagitahu maklumat lebih awal supaya kami dapat bersedia uruskan.

7. Alasan tidak cukup kakitangan amat tidak patut diberikan. 6 orang pegawai santai lepak dalam kereta sambil merokok!

8. Kami datang ke tanah perkuburan untuk menyaksikan dari jauh, bukan kerja kami nak merakam semua adegan-adegan yang tidak dijangka. Tunggu dah lama, ada yang bateri fon pun sudah mati.

9. Mungkin ada yang minta jangan diviralkan. Ingat, kami redha dengan apa yang berlaku dan bersedih atas kehilangan ini. Tetapi kami mahu SOP Pengurusan Jenazah COVID19 untuk korban baru tidak terjadi seperti yang kami lalui. Ianya sangat berisiko untuk orang awam uruskan kes sebegini!

10. Kami MENUNTUT pegawai-pegawai KKM Pasir Mas berkenaan membuat  PERMOHONAN MAAF kepada waris dan pakcik dengan kekasaran dan keengganan mereka menguruskan kes ini.

11. Ingat, seluruh rakyat sedang mengangkat warga KKM sebagai frontliner hero negara. Adakah kamu hendak menjadi nila setitik merosakkan susu sebelanga?

12. Kisah kronologi, masa dan minit diatas diringkaskan bagi menjelaskan apa yang perlu.

13. Apa yang MEDIA BERITA laporkan pegawai KKM yang uruskan jenazah adalah sama sekali TIDAK BENAR. Lihat video yang diserta adakah pakcik pakai berkain pelikat dan remaja belasan tahun itu pegawai KKM?

14. Imam Muda Hilal merupakan 'close family' dengan Hafizuddin, menjaga anaknya H dan kuarantin di rumah yang sama, Jadi cerita diatas adalah benar belaka. Ini bukan cerita rekaan.

15. Mohon pihak atasan siasat dan baiki. jangan tanya kami minta gambar pegawai berkenaan atau no plate kereta, mahupun gambar polis bertugas. itu bukan kerja kami nak perhatikan dalam masa bersedih itu.

16. Mohon viralkan pos ini sehingga sampai kepada yang berkenaan. biar netizen tahu hakikat yang sedang berlaku supaya ianya dapat diperbaiki segera.

Terima Kasih.

=======
RUJUKAN

(1) Cara Pengurusan Jenazah Covid19:
https://says.com/my/seismik/cara-pengurusan-jenazah-mangsa-covid-19

(2) Angka Kematian Kini8
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/667697/covid-19-angka-kematian-kini-8

(3) Jenazah korban ke lapan selamat dikebumikan:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/667760/covid-19-jenazah-korban-kelapan-selamat-dikebumikan

(4) Jenazah korban COVID19 ke 2 dikebumikan: 
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/666312/covid-19-mangsa-dikebumi-malam-ini

che det

KUARANTIN oleh Tun M (diterjemah)

1. Hari ini 18 Mac, saya di rumah. Saya telah dikuarantin, dikehendaki duduk di rumah kerana Kerajaan telah laksanakan perintah kawalan pergerakan bagi mencegah penularan Coronavirus.

2. Pada 12 Mac lalu, saya bertemu dengan sekumpulan Ahli Parlimen muda dari Pakatan Harapan, untuk menerangkan apa sebenarnya yang berlaku. Selesai pertemuan dan mereka memohon untuk ambil gambar. Saya tak fikir banyak. Saya tak fikir siapapun yang telah dijangkiti. Mereka mengelilingi saya dengan rapat supaya muat dalam gambar.

3. Pada 17 Mac, pembantu saya, Sufi menunjukkan gambar tersebut dan maklumkan salah satu dari mereka ialah Ahli Parlimen dari Sarawak telah disahkan positif COVID-19 setelah membuat ujian.

4. Saya tak fikir sangat tentang itu. Saya dalam keadaan sihat. Ramai juga pelawat yang beritahu saya nampak sungguh sihat. Tetapi pihak berkuasa berlainan pendapat. Satu pasukan doktor dan jururawat tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana tempat saya bekerja dan mereka hentikan saya semasa saya hendak pulang makan tengahari.

5. Mereka ambil satu sampel ‘swab’ memintak saya kuarantin diri selama 14 hari dari tarikh pertemuan tersebut.

6. Jadi, saya di sini, melalui kurantin di rumah. Saya telah menasihati rakyat supaya serius tentang pandemik ini. Saya telah buat rakaman video mengenainya. Sekarang saya perlu serius dan menerima dikuarantin. 

7. Coronavirus ini adalah sesuatu yang tak wujud sebelum ini. Ia mudah dijangkiti atau berjangkit dan membawa kepada beberapa kes kematian. Tiada ubat atau vaksin untuk melawan. Apa yang kita buat ialah merawat gejala seperti demam, batuk, sesak nafas dan sekiranya paru-paru dijangkit orang tua, anda boleh mati. Saya sudah tua, 94 tahun.

8. Bentuk ancaman Covid-19 ini disebabkan mudahnya dijangkiti dan kemungkinan maut. Untuk mengurus jangkitan dan penularan, pengasingan manusia amatlah diperlukan. Oleh sebab kita tidak tahu siapa yang ada virus ini, setiap seorang perlu menjarakkan diri antara satu sama lain.

9. Secara lahiriah, manusia suka berkawan, untuk menjarakkan jutaan manusia dari satu sama lain amatlah sukar. Apabila kita bekerja, berjalan, bermain, menonton perlawanan atau di pawagam kita mahu bersama.

10. Bila dalam perjalanan, biasanya kita berada dalam ruang terhad dan rapat menjadikan kita dekat satu sama lain. Untuk mengelakkan ini berlaku, kita perlu henti perjalanan. Ini akan memberi kesan buruk kepada industri pelancongan. Di banyak kawasan menunjukkan penurunan sebanyak 70%.

11. Syarikat penerbangan menderita. Industri pelancongan menderita. Hotel, pengangkutan awam, restoran turut rugi. Para pekerja turut menderita kerana mereka akan dibuang. Majikan tidak membuat untung bagi menampung pekerja.

12. Bagi Malaysia, industri pelancongan merupakan kedua terbesar penghasilan tukaran asing selepas Petronas. Kerajaan akan kehilangan pendapatan.

13. Rakyat yang bekerja dalam industri pelancongan akan kehilangan kerja dan pendapatan. Ini amatlah buruk kerana mereka perlu makan dan minum.

14. Di Malaysia industri Petroleum tidaklah besar. Tetapi ianya penyumbang terbesar pendapatan Kerajaan. Pada satu satu masa Petronas membayar Kerajaan sebanyak 80 bilion Ringgit. Harga bagi setong minyak mentah bagi tahun 2020 diikat pada USD63 setong.  Sekarang ini dijual kurang dari 50% seperi harga yang dianggarkan. Pendapatan Kerajaan akan jatuh kepada 30 bilion.

15. Pakej rangsangan menyebabkan kenaikan perbelanjaan Kerajaan dan menyaksikan penurunan cukai. Untuk mengimbangi lebihan perbelanjaan dengan pengurangan pendapatan Kerajaan adalah merupakan sesuatu yang mencabar.

16. Pada masa yang sama, perintah kawalan pergerakan akan mengurangkan perniagaan dan pendapatan. Sekali lagi, pendapatan Kerajaan terkesan.

17. Bagi syarikat kecil, kerugian amat dahsyat. Mereka ini kais pagi makan pagi. Sungguhpun mereka mampu berniaga ianya masih tidak cukup untuk belanja makan. Kerajaan mungkin perlu beri sokongan pendapatan buat mereka.

18. Apa yang berlaku di Malaysia juga berlaku di seluruh dunia. Industri-industri perlu berhenti atau paling tidak kurangkan pengeluaran. Import dan eskport juga terkesan. Seluruh dunia bakal mengalamai kemelesetan ekonomi. Negara kaya turut menderita.

19. Sesungguhnya kita sedang menghadapi malapetaka yang amat dahsyat.

Alih bahasa dari artikel asal di blog Tun M:

http://chedet.cc/?paged=3

insan

Ditakdirkan Allah, saya terpaksa melalui jalan darat utk pulang ke Terengganu setelah sekian lama bermusafir. Tiket domestic saya habis burn sbb Emirates delayed transit saya. Pasti ada hikmah yg luar dari batas pemikiran seorang hamba.

Melalui suasana sepi sepanjang jln, hendak solat zohor sungguh payah, surau dan masjid ditutup. Surau di stesyen minyak pun tutup. Diteruskan lagi perjalanan shg jumpa R&R.. Terpana dan terpaku saya, tidak ada satu kereta di R&R, tiada manusia juga, van2 bergerak yg jual mkn juga tidak ada. Yg ada hanya kesepian dan keinsafan. Apa yg berlaku ini di luar batas pemikiran saya. kelihatan ada beberapa org makcik cleaner. Saya solat sorang diri.

Sepanjang perjalanan saya berfikir, apa yg dibuat penjaja2 makanan di tepi jln skrg? apa yg dibuat penggunting2 rambut? apa yg dibuat penjual kelapa muda di tepi jln? apa yg dibuat penjaja nasi lemak rm1? apa yg dibuat peniaga pasar mlm? apa yg dibuat oleh tukang2 rumah? apa yg dibuat oleh pemandu2 lori? apa yg dibuat oleh penjual2 buah skrg? Pasti buah2 mrk rosak, apa yg dibuat oleh semua mrk yg kerja sendiri? Yg kais pagi mkn pagi, kais petang mkn petang, yg mrk tokey mereka kuli. Mereka disuruh cuti, jgn bekerja, habis bgmn mrk nak makan? Bgmn mrk nak bayar viva rm 300 sbln? bgmn mrk nak bayar sewa rumah rm 200 sebulan? bgmn mrk nak isi perut 8 org dlm rumah? Duit simpanan.. Allah.. Mujurlah kalau mrk beringat. Lagi kita yg mkn gaji pun, setiap bulan defisit. Apatah lagi mrk yg mengharap rezeki baru setiap hari. Pelbagai persoalan berputar di pemikiran saya..

Berat utk saya lafazkan, tapi sesungguhnya kawalan pergerakan ini menyeksa mrk ini. Tak bekerja, tak ada duit. Tak ada duit mcmn nak mkn! Majikan pula kena bayar gaji. Tapi majikan juga tiada penghasilan. Mcmn mrk nak bayar gaji pekerja? Mungkin ada majikan mampu bayar, tapi brp org sgtlah yg mampu.. Nursery2, tadika2, mrk yg bekerja dgn gaji hari, bgmn dgn mrk semua? Allah sgt besar dugaan ini..kita boleh sebut sabar. Tapi sejauh mana seorang ibu boleh sabar, kalau anak sebut lapar, tapi kita tiada apa2 yg boleh diberikan.

Kita yg bekerja kerajaan, musuh kita, yg menjadi kerungsingan kita adalah kebosanan di rumah. Tak tahu nak buat apa. Tapi setiap hari perut kita penuh mcm nak pecah dah. Menu 14 hari sering bertukar ganti. Hujung bln tetap dpt gaji. Bersyukurlah kita semua wahai sahabat..

Tapi mrk.. Setiap hari berfikir mcmna nak mkn? mcmn nak bayar pinjaman? Mcmana dan mcmana. Justeru sahabat2 jgn sekali2 kita terlebih memapar kegembiraan kita dgn pergerakan terhad ini, jgn paparkan byknya kita membeli, sedapnya kita mkn, krn pada saat ini mungkin ada org yg menangis krn tidak tahu cara utk mengisi perut sang anak. Sudahlah kita ini ditimpa bala dgn covid 19, jgn selepas ini kita ditimpa bala lain krn menitiskan airmata org2 miskin. Saya takut, kita takut dgn kematian krn covid 19, tanpa kita sedar mungkin ada yg mati krn kebuluran. Mohon dijauhkan Allah. 14 hari bkn sekejap, bagi yg mengharapkan gaji setiap hari, dgn anak yg ramai, sesungguhnya saya mohon Rabbul Izzati menjaga dan memelihara mrk. Tiada daya dan upaya kita ini..krn, dlm apa jua keadaan, taat kpd ulul amri itu wajib demi menyelamatkan nyawa dan mengelak merebaknya wabak.. Peliharalah mrk ya Allah, bukalah jln kpd mereka utk mengharungi semua kepayahan ini..

Bagi yg ada rezeki lebih, kongsilah setakat mampu, terutamanya org2 miskin di sekitar kita. Walaupun hanya sekampit beras. Moga ia menjadi saksi di akhirat kelak, sesungguhnya kita tidak pernah alpa dgn kesusahan mereka. Moga ia menjadi saksi, sebuah pengorbanan yg penuh tulus dlm kita menghadapi covid 19. Semoga segala pengorbanan kita Allah pandang dgn penuh rasa belas. Manalah kita tahu, berkat pertolongan kita kpd orang miskin, berkongsi rezeki, Allah angkat perlahan2 bala covid 19 ini. Sesungguhnya bala Allah yg datang kpd kita ini adalah sebagai peringatan dan amaran. Ia bknnya satu gurauan atau mainan. Dan itu hanyalah dpt dihayati dan diambil pengiktibaran oleh golongan yg berfikir.. Ampunkan kelekaan kami Ya Allah..

Ahad, 22 Mac 2020

kluster

#kopipes

Satu fakta yang anda perlu fahami tentang Gelombang Korona Virus.

+ gelombang satu : (Cluster Cina)

1.Case #1 hingga case #25 Punca pertama jangkitan di Malaysia dari konference Bisnes di Singapore.

2. Ahli perniagaan Malaysia yang hadir di sana dan dapat jangkitan, menjangkiti mereka yang ada close contact beliau. Cluster ini berdasarkan informasi saya dapat besar berbangsa Cina.

+ Gelombang kedua : (cluster Melayu)

1. Popular dengan nama Case #26, yang menjadi Misteri adalah case # 0 kepada case  #26. Case #0 dipanggil merujuk kepada punca jangkitan case #26. Lama ianya menjadi misteri case #26 dapat jangkitan dari siapa. Asalnya di syaki mendapat jangkitan dari lawatan beliau di Shanghai 6 minggu sebelum beliau di sahkan positif. Tapi tak logik.

2. Maklumat terakhir yang saya dapat, case#26 mendapat jangkitan dari case #33 iaitu lawyer kepada case #26. Case #33 menghadiri conference di Singapore dan menjangkiti case#26.

3. Dan oleh kerana case #26 terlebih dulu mendapat rawatan jadi beliau yabg terlebih dahulu di kesan sebagai positif. Ianya terus merebak dan merebak sehingga meningkatkan bilangan case #132

+ Gelombang ketiga ( Cluster Agama).

1.Cluster ini yang paling ramai  buat masa sekarang bermula dengan case #136 dan terus merebak menjadi 60% dari kes Wabak COVID-19 di Malaysia.  Simpton pesakit terlihat dengan ramai selepas 2 minggu apabila berlaku jangkitan Generasi kedua dan ketiga dalam cluster ini.

2. Cluster ini di katakan berpunca dari sikap seorang Travel Agent Freelance  yg baru pulang dari Korea tetapi tidak mematuhi pemeriksaan kesihatan baru pulang dari negara berisiko tinggi dan melakukan "Self Quarantine"  yang menyebabkan penularan di kalangan ahli Jammah Cluster ini ke seluruh dunia.

3. Brunei mendapat jangkitan pertama dari kes ini dengan permulaan 3 kes. Singapore mendapat jangkitan baru dari cluster ini.

4. Cluster ini mempunyai potensi positive sangat tinggi  kerana ramai di kalangan mereka " close contact" selama 4 hari dan melibatkan kira-kira 16,500 orang yang turut hadir sama program ini.

5. Satu bencana dan permula kes kematian pertama akibat wabak COVID-19 ini.

6. Masih ada ramai yang belum menyerah diri untuk saringan.

Bakal Cluster baru ( Cluster India)

1. Event keagamaan yang berlangsung pada 13  Mac 2020 ini yang dihadiri lebih 30,000 org merupakan satu lagi aktiviti keagamaan. Majoriti yang hadir dalam upacara keagamaan ini adalah kaum India dari sebelah utara.

2. Saya menjangkakan selepas 2 minggu akan berlaku jangkitan  generasi Kedua dan ketiga  dalam cluster ini memungkin satu lagi gelombang yang akan mewujudkan satu bencana baru selepas cluster Seri Petaling.

3. Peningkatan kes mendadak dalam cluster Seri petaling selepas 3 minggu iajtu sekarang. Jadi anda kira sendiri nanti bila jangka masa akam berlaku dalam.Cluster ini nanti.

Bakal Cluster baru lagi ( Pelbagai Kaum).

1. Cluster balik kampung, dan cluster pembelian panik akibat sela masa sebelum perlaksanaan Kawalan Pergerakan Terhad yang di buat baru-baru ini.

2. Singapore hanya memberi tempoh yang singkat kepada rakyat untuk melaksana Lock Down Singapore. Umum malam itu, jam 12 tengah malam terus tutup

3. Cluster ini paling ramai pergerakan perkumpulan dan serata negara.

4. Kita tunggu apa yang akan jadi ..

5. We hope for better but Prepare for the worst.

Hanya rahmat  Allah yang dapat melindungi.

Link video bagaimana mudahnya Wabak COVID-19 INI MEREBAK :
https://youtu.be/ZH4fXEK0Xug

#stayathome
#dukrumajajer
#siladudukkatrumaj

melayu

*Dibarisan Hadapan Sekarang:*

Foodpanda = melayu
Nurse doktor= melayu
Polis = melayu
Cashier = melayu
Askar = melayu
Poslaju = melayu

Bangsa yg selalu berkorban utk semua bangsa.
Selalu dihina,dikutuk,dicaci.
Hari ni bangsa ini berada di barisan hadapan menjaga negara utk semua bangsa dalam malaysia.

Bangsa yg selalu *DIPANDANG RENDAH* oleh bangsa bukan melayu kerana Melayu *MALAS.*

Bangsa yg dipandang rendah kerana bermacam2 lagi. Hari ini satu negara memerlukan mereka...iaitu bangsa *MELAYU.*

Bayangkan kalau mereka ini boikot utk bekerja?

Bangsa yg selalu DIPANDANG RENDAH oleh bangsa bukan melayu kerana tidak pandai mentadbir negara.

Terima Kasih Bangsa Melayu.
Terima kasih juga kepada *BANGSA LAIN* yg turut serta di bahagian hadapan.

Berhentilah merendah2kan bangsa ini.

Orang yg bangga dgn bangsanya sahaja akan share post ini.Yang takut di cop racist...dia tak akan share.

Kirim salam kat doktor jogging tu!!

Kredit : izham malikat sadron