Selasa, 24 Mac 2020

ibu ayah

Semasa temankan isteri di klinik, saya tengok ada seorang pakcik sedang ralit membaca surat khabar.

Lagi satu, di sebelah dialah yang ada kerusi kosong dan jauh sikit dari bilik-bilik pemeriksaan dan bilik doktor. Saya pun berjalanlah perlahan ke kerusi sebelah pakcik.

Setelah saya duduk, pakcik memandang muka saya, bagi ucapan salam dan berjabat tangan dengan saya.

Bagus betul pakcik ni, detik saya di dalam hati.

Saya pun keluarkanlah telefon. Nak buka Facebook, Instagram semua tu lah. Baru nak buka, pakcik tanya "Nak jumpa doktor ke?"

Saya jawab "Tak, pakcik. Teman isteri buat pemeriksaan kat klinik ibu tu". Pakcik berkata lagi "Oh, isteri mengandung ke? Tahniah tahniah".

Saya ucapkan terima kasih kepadanya. Saya kemudian bertanya pula kepada pakcik "Pakcik ni nak jumpa doktor ke?".

Pakcik menggelengkan kepalanya "Tak. Isteri saya tu kena jumpa doktor. Sebulan sekali begitulah. Anak-anak banyak duduk jauh. Kebetulan saya ni kira gagah lagilah pandu kereta, bolehlah bawa isteri tu ke sana sini. Ikutkan umur dekat 80 tahun ni, anak-anak tak bagi dah hehe".

"Umur dekat 80? Nampak macam umur 50 lebih je hehe".

Pakcik senyum.

Tiba-tiba datang seorang lelaki muda, bercakap dengan seorang lagi pakcik berhampiran saya, tua juga.

"Ya Allah, abah kat sini ke?! Berapa kali dah misi tu panggil nama abah. Sebab tu kalau tak dengar, duduk depan sana. Duduk dekat dengan bilik doktor tu. Ini duduk jauh menyusahkan orang".

Suara dia taklah kuat. Tapi boleh didengari kami.

Terkedu kami jadinya.

Bangunlah pakcik tu perlahan-lahan. Jalan pun terketar-ketar. Anak dia dah jalan laju ke depan. Agakan saya, umur pakcik tu dah lebih 80 tahun.

Pakcik sebelah saya menggeleng-gelengkan kepalanya. Seraya berkata,

"Inilah bala yang kita sedang hadapi. Bala yang diberi tontonan percuma dari Allah. Anak cakap kasar dengan orang tua. Benda begini dah biasa. Selalu sangat kita tengok. Kita pula tengok sahaja tanpa menegur orang tu".

Saya diam. Tunduk.

Pakcik menyambung "Berapa ramai mak dan ayah yang berani tegur anak-anak dia yang dah besar ni? Berapa ramai boleh bagitahu saja, suruh cakap baik-baik dengan orang tua. Suruh anak-anak cakap baik dengan mereka.

Saya pernah tegur seorang perempuan yang berlaku kasar kepada mak dia. Bila saya tegur, dia tinggalkan mak dia. Kasihan mak dia.

Dah lama sikit, adalah dalam 5 minit, dia datang semula ambil mak dia. Muka masih masam.

Saya pun ada sejarah fasal ni. Pernah dulu ada yang cakap kasar dengan saya dan isteri, mak dia orang tu. Mula-mula saya pun biarkan. Ya lah, masing-masing dah besar panjang. Patut boleh fikirlah dengan baik. Bukan bodoh belaka.

Tak payahlah kita nak pesan bagai.

Lama-lama benda tu jadi macam biasa. Boleh kata semua anak cakap kasar dengan saya dengan maknya. Taklah selalu. Tetapi biasa berlaku.

Kita ni dah tua, simpan sahajalah dalam hati. Duduk rumah berbincang berdua sahajalah. Mengadu ke isteri, isteri mengadu ke saya hehe. Habis begitu.

Masing-masing terasa hati. Tapi tak luah kepada anak-anak.

Sampailah satu hari, yang nombor dua marah ke maknya fasal lauk dah siap masak, periuk nasi terlupa petik suis. Anak-anak balik belaka hari tu, kami buat makan-makan.

Masa tu pakcik okey lagi. Tapi bila yang lain mula menyampuk, siap perli-perli ke maknya, gurau-gurau guna ayat yang tak sepatutnya, pakcik teruslah tegur. Baru dia orang tahu".

Saya pandang pakcik. Muka pakcik tak ada senyum. Nampak geram. Saya bertanya "Pakcik cakap apa?"

Pakcik "Hehe. Pakcik cakap, awak semua pergi balik sekarang. Pergi balik ke rumah kau orang semua. Selepas ini tak payah balik-balik dah.

Kalau balik nak sakitkan hati mak kau orang, nak rendah-rendahkan dia, tak payah bazirkan minyak kereta kau orang untuk datang ke sini. Abah dan mak lagi selesa. Cukuplah tengok gambar kau orang yang ada di dinding tu, daripada sakit hati dengan apa yang kau orang dah buat.

Semua diam masa tu. Cucu yang duduk ramai-ramai kat depan pun datang ke dapur.

Pakcik cakap lagi, masa kau orang kecil, duduk sekali dengan kami, mak tak pernah pun marah bila kau orang tanya banyak kali. Layan, jawab. Ada juga kamu terlupa nak ambil itu dan ini, mak kekal tak marah. Mak diamkan sahaja.

Ini fasal terlupa petik suis, bukan mainlah marahnya. Hal kecil. Ini anak-anak ada tengok ni, esok anak-anak buatlah macamana mak bapak kau orang buat kat aki dan wan ni. Tengok dia orang terasa ke tak.

Cakap elok-elok tak boleh ke? Mak, mari sini pakai baju. Kita pergi makan di luar. Biarkan budak-budak ni makan sesama dia orang. Abah tak boleh tengok muka awak semua.

Selama ni diam sahaja kau orang cakap kasar. Hari ni dah melampau. Mari cepat!

Isteri saya kemudian bersuara "Tak apalah bah, dia orang bukan selalu balik. Tak baik kita gaduh-gaduh depan rezeki. Kita tunggu sahajalah nasi tu masak. Kita makan sama-sama".

Masa tu saya geram pula ke isteri saya. Boleh pula dia memujuk. Saya tak berhenti. Saya cakap lagi ke anak-anak.

Ha tengok. Mak awak tetap nak makan dengan awak semua. Awak semua gelak perlekehkan dia, tetap dia nak makan dengan anak-anak. Simpan sahajalah dalam hati sakit tu, kecewa. Yang penting dapat lagi merasa makan dengan anak-anak.

Fikirlah. Semua dah besar. Ada siapa nak marah? Tak setuju dengan apa yang abah cakapkan ini? Kalau ada, pergi balik sekarang!

Sampai situ saya berhenti. Semua tunduk mukanya bila saya tengok. Isteri saya menangis dah. Cucu semua diam. Yang kecil pun boleh diam juga hehe.

Kemudian itu datanglah seorang-seorang minta maaf. Menangis dan sebak belaka. 

Saya pun maafkanlah. Selesai.

Lepas tu kami makan sama-sama.

Yang penting, apa yang terbuku di hati, lepas dah".

Saya tanya lagi ke pakcik "Sekarang macamana?"

"Alhamdulillah. Semua okey. Tak ada dah yang cakap kasarnya. Semua cakap elok dah. Layan kami pun cukup bagus. Paling tak disangka, boleh kata tiap-tiap minggu adalah yang baliknya ke kampung. Tak sunyilah hari Sabtu dan Ahad tu. Ada sahaja periuhnya. Agaknya dia orang pakat sesama dia orang  buat jadual siapa kena balik. Hehe.

Awak ada lagi ayah dan mak?

*Kalau ada, janganlah cakap kasar dengan dia orang. Dua-dua dah tua. Telinga tak berapa nak dengar, langkah tak sederas dahulu, tenaga tak segagah semasa lincah, cakap tak sekuat semasa muda*

Jaga hati dan perasaan mak dan ayah. Umur-umur macam saya, tahap simpan perasaan sahajalah kalau ada anak buat yang tak betul. Nak tegur beria karang, bimbang ke anak terasa hati. Bimbang anak tak nak balik.

Kita hak tua ni, nak sangat tengok muka anak-anak depan mata. Tengok macam masa dia orang kecil-kecil dahulu, gembira, ketawa ramai-ramai, berkongsi berbagai cerita.

Anak-anak ini, syurga. Mak dan ayah tu, bukan neraka. Mereka tu kunci syurga".

Pakcik tutup bicara. Mendalam sungguh nasihatnya. Begitu perasaan mak dan ayah terhadap anak-anak apabila masing-masing sudah tua.

Kawan,

Kita yang bergelar anak ini, ambillah peluang selagi ada. Jaga hati, jaga bicara. Berbakti sehabis baik. Perbaiki mana yang tersasar.

Buat yang dah tiada, teruslah kirim doa tanpa jemu.

Moga-moga kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi atas nikmat kurniaan-Nya.

WS Adli W Muhammad,
Mak dan ayah antara anugerah agung kurniaan Allah kepada kita. Tidak boleh ditukar ganti.

Isnin, 23 Mac 2020

sanitizer

https://www.facebook.com/dr.yosrygabr/videos/2666236953475502/

INTIPATI YG DISAMPAIKAN DALAM KHUTBAH SYEIKH YUSRI حفظه الله تعالى

Beliau adalah Al-Allamah Syeikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid Jabr Al-Hasani. Seorang DOKTOR pakar bedah yang , alim, zuhud dan wara', juga pakar dalam pelbagai bidang ilmu agama. Berpegang teguh dengan aqidah ahli sunnah wal jama’ah, bermazhab Syafi’ie, berpegang dengan tariqat as-Siddiqi melalui susur galur tariqat as-Syazuli dan merupakan antara ULAMA’ Al-Azhar As-Syarif.

-----

Maulana Syekh Yusri Rusydi حفظه الله تعالى menyampaikan bahwa virus corona yang melanda dunia adalah sebab perbuatan seseorang yang jahat, yang Allah ﷻ sahaja yang mengetahui.

Dan janganlah bimbang kerana rencana buruk akan kembali pada mereka yang berbuat demikian, sementara kita tidak punya pilihan kecuali menghadapi bahaya ini, dengan:

1- Tidak berlebihan menggunakan ubat-ubatan pembersih seperti alkohol, dettol dsb. Karena ubat-ubatan itu boleh memusnahkan bakteria2 baik yang bermanfaat menjaga kita dari bakteria2 jahat. Bakteria baik itulah yang menjadi pertahanan pertama dalam tubuh kita.

Sebagai seorang doktor aku tidak pernah memasukkan dettol ke rumahku, juga tidak pernah membeli alkohol. Cukup dengan menggunakan air secukupnya.

Apabila kamu berwudhu biasa & mencuci tanganmu yang kamu lakukan 5 kali dalam sehari maka kamu selamat.

Apabila ditambah dengan sabun sebelum & sesudah makan; maka itu lebih dari cukup.

Kerana air tidak membunuh bakteria baik. Sementara ubat-ubatan pembersih membunuh bakteria yang baik & yang buruk, sehingga tanganmu tanpa pertahanan.

Ketahuilah, bahawa semua organ tubuhmu ada dihuni bakteria, sampai kotoran (tahi) terdiri dari 70% bakteria, 10% sel mati & 20% adalah sisa makanan, menunjukkan bahwa kita dijaga Allah ﷻ  dengan begitu banyak pasukan.

Jadi tidak perlu menggunakan ubat-ubatan pembersih, seperti juga tidak usah pakai ubat kumur2 secara kerap kerana ianya boleh merosakkan saluran kerongkong.

Cukuplah bersiwak atau berus gigi, kumur2 biasa, membersihkan sisa makanan setelah makan seperti takhlil (membuang sisa makanan yang menyangkut antara gigi dengan benang dll) seperti yang diajarkan Sayyiduna Rasulullah ﷺ.

Kita hidup di tengah begitu banyak bakteria yang kita hirup bersama udara, kita hadam bersama makanan/minuman kita, tapi kita tidak sakit kerana Allah ﷻ  menjaga kita & memberi kita begitu banyak pasukan penjaga agar kita boleh bertahan hidup.

Jadi tidak usah ikut berlebihan membeli ubat-ubatan pembersih, berebut membelinya kerana kebodohan mereka. Dan sayangnya banyak perusahaan yang menghasilkannya menginginkan orang-orang terus membeli produk itu. Mereka tidak peduli apa yang mereka jual itu membahayakan manusia.

Karena begitulah perdagangan ubat-ubatan sekarang adalah semata-mata demi memperolehi keuntungan duniawi, bukan lagi demi khidmat kepada umat manusia, tidak seperti dulu yang dilakukan demi mengubati manusia sehingga dijual dengan harga termurah & boleh dibeli semua orang.

Kemudian berubah menjadi perdagangan mafia seperti halnya perdagangan senjata, bahkan ada ubat sekali minum saja ada yang harganya 70 Ribu junaih (sekitar 4500 USD), bagaimana kalau menelan setiap hari selama sebulan, seakan ubat-ubatan hanya untuk orang-orang kaya sahaja.

Begitulah kita hidup di alam yang dikuasai yang buruk, ini di antara tanda hari kiamat, sebagaimana yang dikabarkan Sayyiduna Nabi ﷺ bahawa antara kita & hari kiamat banyaknya terjadi fitan (huru hara dan fitnah) seperti gelapnya malam.

2. Kita harus memperbaiki tabiat & akhlak kita.

3. Menjauhi majlis keramaian seboleh mungkin.

4. Yang mengurung diri hanyalah mereka yang sakit seperti hidung berair, batuk, panas. Mengurung diri bahkan dari mereka yang hidup serumah.

5. Yang sihat sila beraktiviti seperti biasa.

6. Solat Jum`at pun hanya dihadiri oleh mereka yang sihat. Yang sakit solat zuhur di rumah masing2. Allah ﷻ mengajarkan bagaimana beribadah ketika sihat atau pun sedang sakit, semua beribadah sesuai kondisinya.

7. Tidak perlu ketakutan, atau saling menakuti & menyebarkan hoax melalui fb atau whatsapp.

8. Virus tidak hidup kecuali pada suatu yang hidup, dia tidak mematikan kecuali pada seseorang yang punya penyakit lain. Dan virus itu hanya hidup selama 5 hari.

9. Jadi bagi yang merasa letih atau panas, beristirahatlah, dan menjauh dari orang lain & meninggalkan ciuman. Jangan menggunakan alat makan/minum bersama-sama, tapi gunakanlah alat peribadi, dan itulah yang semestinya kita lakukan sepanjang waktu & untuk semua sakit menular.

10. Ini hanya sementara, insyaAllah akan hilang. Ketika udara panas, virus akan mati.

11. Alhamdulillah, umat Islam tidak takut mati, mereka hanya berhati-hati & berharap husnul khatimah yaitu mati dalam Islam. Orang kafir saja yang ketakutan mati.

Muslim itu tenang & redha pada qadha & qadar, tapi kamu juga jangan menjadi sebab kemudharatan bagi mereka, jadi kalau sakit menjauhilah.

12. Perbanyakkan  cairan terutama yang panas, seperti yansun (teh) , halba, lemon, vitamin C, mawalih(citrus) , boleh juga dengan 1 pil habatussauda barakah di pagi hari.

13. Bersenam & bergerak cukup agar saluran darah berfungsi baik. Tinggalkan bermalasan; muslim yang kuat lebih baik dari muslim yang lemah.

____

Sebahagian faedah Khutbah Jum`at, 25 Rajab 1441H, 20 Mac 2020M.

itali

5,476 jumlah kematian di Italy setakat 8 jam yang lepas.

Tak ada tanda surut, kes baru covid 19 semakin meningkat tak bagi belas kasihan - Italy sedang dalam peperangan getir. Mereka sedang keletihan.

In case kita lupa siapa Italy, mari aku ingatkan;

Italy merupakan Juara World Cup sebanyak 4 kali.

Italy adalah pusat rujukan fesysn dari seluruh dunia.

Italy - pengeluar jentera jalan raya paling hebat di dunia seperti Ducati, Ferrari, Lamborghini dan Maserati.

Italy lah yang memulakan era Renaissance seterusnya mengubah haluan sejarah eropah dan dunia amnya.

Italy secara literal adalah The Great Roman Empire yang pernah menerajui ketamadunan manusia hampir 1,000 tahun lamanya.

Pada era modern, sebagai salah sebuah negara maju di eropah kita terkejut dengan situasi Covid yang tidak terkawal di Italy.

Apa yang kita dengar dan baca, kerajaan Italy lambat bertindak dan rakyat Italy degil tak ikut arahan maka sebab itu wabak merebak dengan cepat sampai tak terkawal.

Tapi takkan sebab itu saja?

Aku berborak dengan kawan aku Redza Yusoff yang pernah tinggal di Italy, fasih berbahasa Italy, faham attitude dan budaya masyarakat di sana.

Covid ibarat time bomb, final blow yang yang hanya melengkapkan huru hara sistem di sana.

Terdapat 6 key point tentang masyarakat Italy yang kita perlu faham.

Pertama,
Masalah birokrasi yang teruk.

Italy merupakan negara maju yang paling teruk tahap birokrasinya. Kalau kita katakan Malaysia ada masalah birokrasi, maka Italy berkali ganda lebih dasyat. Untuk laksanakan sesuatu perkara, mereka tidak boleh adhoc walaupun hal tu maha penting. Contohnya, bila outbreaks start di Wuhan kerajaan Italy ambil masa yang sangat lama untuk sekat penerbangan keluar masuk. Sekata hal ehwal kelulusan itu dan ini, sebelum semuanya in place - then stop penerbangan. Tambaha pula kes semacam ini adalah unprecedented lagi lah tak boleh order sesuka hati.

Sebab itu even since last few days, partly public transport masih terus beroperasi di sekitar Italy - keadaan semakin huru hara tapi birokrasi mesti kena ikut dulu, so tak boleh stop itu ini sampai lah everything in place - walaupun tengah dalam disaster mode.

Kedua,
Inefficient.

Yang ini melibatkan lifestyle. Rakyat Italy ni nothing more important pada mereka bila datang masa lunch dan masa untuk family. Personal space adalah hal paling priority. Tak payah la kau nak cakap hal lain lagi penting sebab culture mereka dah dididik untuk utamakan personal space. Tengok filem Godfather, macam mana mafia mafia ni walau jahat macam mana pun, masa untuk family mesti diutamakan. Layan anak anak, makan sama sama. Meeting penting macam mana pun letak belakang dulu.

Oleh yang demikian, responsive mereka kepada emergency adalah sangat perlahan, kerana tiada emergency melainkan setelah selesai hal hal personal mereka.

Ketiga
Centralization.

Kita kena tahu pusat ketuanan ekonomi Italy ni berpusat cuma di 2 bandar, Rome dan Milan.

Selain daripada 2 bandar ni, tak ada apa sangat melainkan pusat pelancongan dan pertanian di kampung kampung. Insignificant dalam menyumbang peningkatan ekonomi kseluruhan.

Rome dan Milan ni macam engine yang jana ekonomi selurh Italy. Segala galanya di sana. Tempat lain selain tu tak dapat nak fully self sustained.

Yang pada mereka di tempat lain ie Florence, Venice merupakan kemewahan tinggalan masa Magical Era of Italian Economic sekitar tahun 1960-1980 dahulu. Ya Italy pernah melalui zaman ekonomi emas mereka selepas tamat perang dunia ke-2. Perusahaan, automotive, heavy industries, trains, shippings. Mereka menjadi pusat tumpuan bekalan eropah.

Oleh sebab kekayaan disebar ke kebanyakan rakyat, atok nenek di kampung pun banyak duit beli tanah buat rumah besar hasil prosperity Magical Era puluhan tahun yang lalu, maka menjurus anak beranak dan cucu duduk tinggal sekali sebumbung.
Bila mereka tinggal di suburban, udara segar, makan makanan fresh sayuran dan ternakan dan healthy lifestyle, kesannya mereka ni sihat, bila sihat panjanglah umur.
Statistic dari Italy Research Department bgtau warga tua di Italy (umur lebih 65) setakat tahun 2019 adalah sebanyak 22% over all population.

Jadi perkara ini menjurus kepada point ke 4.

Keempat,
Aging Society

Kita tahu Covid lebih rancak dalam badan warga tua. Mangsa paling banyak kena attack merupakan warga tua. Italy dalam hal ini kurang bernasib baik kerana kadar sakit dan kematian paling ramai dikalangan warga tua.

Bila Lombardy dan Lazio lockdown, rakyat balik kampung rumah mak ayah atok nenek. Maka selesailah Covid dapat jumpa semua orang tua tua di kampung, jadi makanan dia.

Kelima,
Isolation.

Ini suatu hal yang unik. Seperti yang aku beritahu di perenggan awal, Italy merupakan negara yang penuh sejarah gilang gemilang. Mereka ada Empayar Roman, mereka melahirkan ramai filsuf pemimpin dunia, mereka melahirkan para artisan yang mencorak mata seni manusia, mereka memulakan era Renaissance, ketua agama (pope) Kristian di dunia dan segala sejarah keagamaan Kristian bermula dari kelahiran Nabi Isa juga semuanya ada di Vatican.

Berapa punya ramai para genius dan polymath yang telah Italy lahirkan sepajang dunia ini berputar?

Marco Polo, Cristopher Colombus, Dante, Michelangelo, Leonardo Da Vinci, Galileo, Machiavelli, Verdi dan Puccini. Ahhh sekafar memetik beberapa nama.

Ini belum kita kira Paulo Rossi, Dino Zoff, Baresi, Roberto Baggio, Fabbio Cannavaro, Nesta, Buffon, Del Piero, Maldini, Pagliuca dan super legend Giuseppe Meazza.

Ok so apa kaitan sejarah hebat Italy dengan isu isolation?

Mudah.

Mereka masih ada mentaliti yang mereka merupakan bangsa yang hebat. From the descendants of the great empire of Rome!
Oleh sebab itu mereka tak berapa peduli apa jadi di dunia luar, they couldnt care less. Tak berapa penting.

Their concern is between trieste and puglia (north and south) negara Italy sahaja.

Masalah di luar, bukan masalah kami. Lebih kurang begitu.

Dan yang terakhir,
They dont work like they used to.

Italy punya welfare kepada rakyat sangat power. Insurance and healthcare benefits, labor protections, dan segala macam social protection somehow membuatkan rakyat mereka terlalu chill dan rilex. Hidup just cool. Apa jadi pun tak perlu panik, tak perlu kalut, tak perlu tergocoh, tak perlu risau sangat sebab masih ada kopi yang perlu dihirup.

Memang manja.

****
Atas semua yang semacam itu lah berlakunya apa yang dunia saksikan di Italy sekarang.

Sikap pemerintah dan rakyat mereka lah yang menjadi kayu ukur dalam menilai keberkesanan ketika menghadapi krisis.

Bukan menyalahkan tetapi mengambil pengajaran.

Setakat tulisan ini tamat, angka kematian di Malaysia akibat Covid dah ceca 14 orang dengan 212 kes baru hari ni.

Anggaran dari pihak berkuasa, terdapat 3 juta rakyat yang masih tak peduli RMO. Ya 3 juta yang dok merayau tak semena mena berkumpul, bersembang, melepak

Tuan puan,

Di Malaysia,
nature masyarakat kita mungkin berbeza dengan Italy.

Tapi satu benda yang pasti sama,

kalau kita terus degil buat kepala tak mendengar kata,

Maka tunggu lah lagi besar bencana tiba.

🙏 tolong dengar kata.


https://www.facebook.com/1043785278/posts/10220009934372372/itali

tabung famili

#TabungKeluarga

WABAK PENYAKIT ATAU WABAK EKONOMI?

Petang tadi kelihatan Perdana Menteri buat pengumuman sekali lagi.

Ada keletihan ketara diwajahnya.

Paling penting adalahan pengeluaran RM500 sebulan selama 6 bulan.

Apa yang saya perasan kali ini, tak nampak bahawa tempoh perintah berkurung akan berakhir dalam waktu yang singkat.

Ya saya rasa akan dilanjutkan.

Indonesia mula ambil langkah lockdown selama 3 bulan.

Amerika sendiri percaya selepas setahun baru akan pulih.

 Lebih penting jika kita rajin baca, kita akan jumpa banyak tulisan akan kejatuhan ekonomi akan jadi paling buruk dalam sejarah ketamadunan manusia.

Saya bukan nak takutkan, saya nak kita semua ada pemikiran 'bersedia'.

Apa maksudnya?

Kita harus bersedia dibuang kerja, belanja simpanan yang ada dan urus ekonomi secara baik.

Saya perasan orang kita masih berbelanja seperti sedang bercuti selama 2 minggu.

Banyak jenis makanan sedang dicuba, malah sehari dua boleh viral kek dan buat kopi dalgona.

Kita tak risau dan kisah langsung bab makan dan kesihatan selama tempoh ini.

Kawan kawan yang baik,

Saya yakin bahawa kerajaan tak akan mampu menangung hidup kita lagi. Belanjawan kerajaan unjurkan pada harga minyak $60 setong, tapi hari ini dan berada dibawah $30 setong.

Kita sedang tak ada duit.

Kita bukan negara kaya yang boleh subsidikan semua penduduk dalam tempoh yang lama dan panjang.

Saya yakin akan ada pengurangan kepada penjawat awam, sektor utama seperti kesihatan sedang diutamakan sekarang.

Kerajaan perlu utamakan ekonomi negara terlebih dahulu.

Sebelum kerajaan umumkan langkah berkurung, saya sangat hati hati bab belanja.

Saya beli bihun plastik panjang macam orang berniaga, ia paling mudah nak masak dan selesa.

Kicap kami beli botol besar yang boleh isi semula sebagai stok. Kami jarang makan diluar sejak isteri saya jadi suri rumah sepenuh masa 3 tahun lepas.

Saya tingkatkan simpanan lebih hampir tiap bulan.

Apa yang saya nak sampaikan,

Didik keluarga kita dari sekarang, makan bukan untuk sedap tapi untuk kenyang.

Beli barang keperluan makanan yang asas, perkara ini kita perlu sampaikan buat keluarga kita semua.

Mungkin tak perlu ada udang, sotong dan ketam lagi.

Hari ini kita lebih nampak apa yang berlaku sebagai gelombang wabak sahaja. Tetapi kita tak bersedia dengan gelombang wabak ekonomi.

Kesannya lebih besar.

Tanya diri kita, kita ada simpanan 6 bulan kecemasan atau tidak? Jika tiada, saya sarankan mulakan catu atau jaga bahan makanan kita.

Manfaat duit RM500 KWSP untuk belian makanan dan perubatan keluarga kita dulu.

Saya bukan nak takutkan sesiapa, tetapi percayalah kita harus terima hakikat yang pahit ini.

Bersedia juga untuk terima hakikat hilang pekerjaan, memang ada jaminan kerajaan bahawa tiada pekerja akan dibuang. Tetapi kita tak boleh jangkaan apa akan berlaku sebulan kedepan.

Bersedia, kata kuncinya.

Saya agak lega bila masih selesa dengan kereta kecil viva saya kemana mana. Jimat dan mudahkan hidup saya.

Maklumkan kepada anak anak bahawa tahun ini tiada baju raya, tiada kuih raya dan kek raya, apatah lagi duit raya.

Bincang secara keluarga, ceritakan apa yang sedang berlaku didunia luar. Mereka kena sedia bukan hanya seronok bercuti dirumah sahaja.

Kenapa kita semua kena berjimat dan jaga keluarga serta belanja keluarga ini.

Kita bukan saja hadapi wabak, kita sedang bertarung dengan wabak ekonomi paling pelik dalam sejarah ketamadunan hidup manusia.

Kawan kawan yang mulia,

Jika kita makan KFC dan McD sebulan dua kali, kurangkan jadi dua bulan sekali.

Jika kita masih sambut harijadi dengan kek secret resipi, cukuplah buat kek sendiri dan raikan dengan kek sendiri.

Jika kita gaji selama ini T20 belajar hidup gaya M40, jika kita M40 belajar gaya hidup B40.

Belajar makan kicap, sos dan beras murah untuk hidup kita kini.

Ushakan ubah gaya hidup keluarga kita dengan belanja paling minimum mulai sekarang.

Hutang mana tak boleh uruskan, serah kembali pada bank. Kereta mahal kita, atau hartanah kita yang salah beli. Serahkan kembali.

Hidup sedehanalah mula sekarang kawan kawan.

Tulisan ini saya tulis lepas panggil dan buat perbincamgan keluarga.

 Kami senaraikan apa yang kita tak akan belanja dan potong perbelanjaan kita, alhamdulilah anak anak faham.

Mohon maaf, saya bukan nak takutkan sesiapa. Saya juga bukan pakar.

Saya nak semua lihat, ini bukan wabak penyakit semata mata, ini juga wabak ekonomi terbesar yang kita sedang berjuang.

Moga Allah swt merahmati kita semua. Kekalkan hidup sederhana, berdoa dan sedekah untuk jaga ibadah kita.

Azizul Azli Ahmad

#CatatanHariKe7
#StayAtHome

#Catatan Rabu pagi saya diundang  bercakap di TV Alhijrah dan WHI TV3 secara online sahaja nanti. Makluman.

ekonomi islam

Sistem Ekonomi Kapitalis Menjana Industri Hutang Yang Tidak Akan Berkesudahan

“Walaupun mungkin akan berlaku pergerakan jangka pendek dalam pasaran saham atau pasaran mata wang asing (yakni sama ada kejatuhan atau kenaikan nilai), dalam jangka panjang persekitaran ekonomi Malaysia akan sentiasa bermasalah kerana sektor perbankan semakin berkembang dan ahli masyarakat serta organisasi sentiasa menambah hutang mereka.”

Apa saya maksudkan ialah punca utama masalah ekonomi kita ialah sistem yang tidak betul kerana bersandarkan industri hutang. Oleh itu, walaupun kerajaan silih berganti, masalah ekonomi tetap tidak dapat diselesaikan”.

Sumber : bharian.com.my

Komentar:

Penjanaan wang bersandarkan hutang oleh industri kewangan seperti bank merupakan talian hayat dalam sistem ekonomi kapitalis. Tanpa penjanaan wang oleh industri kewangan maka sistem ekonomi kapitalis tidak mungkin akan dapat terus berfungsi. Oleh itu, industri penjanaan hutang akan terus berlangsung dalam sesebuah negara bahkan akan semakin berkembang selagi sistem ekonominya adalah sistem ekonomi kapitalis. Perkembangan ekonomi dalam sistem kapitalis berkadar langsung dengan industri penjanaan hutang, semakin berkembang ekonomi maka hutang juga semakin bertambah.

Bahkan ketika keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan sekali pun, penyelesaian yang diberikan juga dengan cara menggalakkan rakyat untuk berhutang. Ini dapat dibuktikan dalam tempoh beberapa bulan sahaja, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menurunkan Kadar Asas Semalaman (OPR) sebanyak dua kali, dengan yang terbaru diturunkan sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus. Kadar OPR ini merupakan kadar terendah dalam tempoh sepuluh tahun kebelakangan.

Tujuan utama penurunan OPR ini sudah tentu untuk menggalakkan orang ramai membuat pinjaman agar mereka mempunyai wang untuk berbelanja. Dengan kata lain, untuk mengerakkan ekonomi yang sedang dilanda kelembapan, maka orang ramai digalakkan untuk berbelanja dengan cara berhutang. Kaedah ini akan membolehkan duit dapat dicetak dan diputarkan dalam ekonomi agar ekonomi kembali aktif.

Kesannya, semakin banyak gelembung ekonomi yang dihasilkan dan apabila sampai masanya, gelembung tersebut pasti akan meletup, sebuah letupan yang sudah pasti akan menyebabkan krisis ekonomi yang parah.

Apa yang jelas, sistem ekonomi kapitalis tidak dapat dipisahkan dengan industri hutang dalam apa jua keadaan. Ini kerana sistem ekonomi kapitalis tidak dapat dipisahkan dengan industri perbankan yang menjadi tempat hutang dihasilkan.

Oleh itu, tiada penyelesaian yang konkrit untuk menyelesaikan industri hutang dalam sistem kapitalis kerana kedua-duanya saling berkait-rapat dan saling memerlukan. Hutang dan riba merupakan tunjang kepada sistem ekonomi kufur ini, yang mana inilah antara kerosakan yang terhasil dalam sesebuah negara.

Tidak ada cara lain untuk membuang industri perhutangan dalam pengurusan ekonomi sesebuah negara kecuali dengan cara menukar keseluruhan sistem ekonomi kapitalis itu sendiri kepada sistem ekonomi Islam.

Dalam sistem ekonomi Islam, matawang adalah bersandarkan kepada emas dan perak yang tidak memungkinkan terjadinya penjanaan matawang bersandarkan hutang. Tambahan pula sistem ekonomi Islam mengharamkan sebarang transaksi atau urusniaga yang terdapat unsur riba. Selain itu mengembangkan harta dalam sistem ekonomi Islam terikat dengan syirkah yang khusus sehingga tidak membolehkan adanya bentuk urusniaga atas angin seperti pasaran modal dan pasaran kewangan.

Namun untuk menggantikan sistem ekonomi kapitalis dengan sistem ekonomi Islam tidaklah mudah, kerana ia memerlukan ‘political will’ daripada sesebuah negara, selain memerlukan mereka yang pakar dalam sistem ekonomi Islam.

Hakikatnya, boleh dikatakan mustahil untuk menukar sistem ekonomi kapitalis kepada sistem ekonomi Islam selagi tidak dibuang pemerintah dan sistem pemerintahan yang sedia ada. Perlu ada perjuangan untuk menegakkan sistem Islam, yakni sistem Khilafah, secara sepenuhnya, barulah sistem ekonomi Islam, yang merupakan bahagian yang tidak terpisah daripada sistem Khilafah, dapat direalisasikan. Ringkasnya, perkara utama yang perlu dilakukan untuk membuang sistem ekonomi kapitalis dan menggantikannya dengan sistem ekonomi Islam ialah dengan berusaha menegakkan semula Daulah Khilafah.

Editor.