Isnin, 30 Mac 2020

jujur

🌹💖🌹💖🌹💖🌹💖🌹💖🌹

Assalamu'alaikum.

Pertamanya Maaf andai coretan ini mengguris hati & perasaan anda. Tujuannya hanyalah inginkan Kejujuran & kerjasama drp semua pihak demi kelangsungan pihak² yg benar2 memerlukan.

Dlm tempoh PKP ni. Pihak Masjid & Surau memang ada sediakan bantuan. Tapi janganlah ambik kesempatan. Kalau betul² susah mohonlah n ambiklah. Kalau tak susah tak perlulah.

Jangan tamak n ambik kesempatan. Ambil guna nama suami kemudian nama Isteri. Ambil di Surau A, kemudian pergi ke Surau B, tak cukup lagi pergi ke Masjid C lepas tu ke Masjid D. Yg tak seronok lagi, bila Kita dah bagi, dia nak minta tempat lain dikatanya Masjid kita tak bagi bantuan.

Mcm2 alasan diguna. Ada tu memang dlm rekod Kita. Bertahun² guna alasan sama.(Pemohon tegar n tetap) Setiap Kali minta bantuan, alasannya eksiden. Bayangkan setiap tahun & setiap kali mohon guna alasan tak boleh bekerja sbb minggu lepas eksiden, bulan lepas eksiden, tak tahu setahun berapa Kali eksiden. Maklumat yg diperolehi rupanya malas nak kerja.

Ada yg berlaku bila Kita tanya utk dptkn maklumat, duduk Qaryah masjid @ surau mana? Dia sendiri pun tak tahu dia duduk di bawah Qaryah @ Masjid Mana walaupun kalau ikut alamat, surau & masjid jarak hanya beberatus meter je dari rumahnya  Takperlah itu hak masing2, tapi tolonglah jangan ambik kesempatan.

Kasihanilah insan² lain yg benar² memerlukan. Mereka² ini memang memerlukan untuk kelangsungan hidup mereka bersama keluarga. Ada yg sakit kronik, ada yg tiada kerja, ada yg uzur, ada yg sakit tua, ada yg menanggung keluarga besar termasuk org tua yg uzur. Kasihanilah mereka. Jujurlah kpd diri sendiri.
Moga Allah Swt sentiasa Menjaga kehidupan Kita semua insyaAllah.
Ya Allah moga Wabak Covid 19 segera dihapuskan.

🌹💖🌹💖🌹💖🌹💖🌹💖🌹

Ahad, 29 Mac 2020

zikir nabi yunus as

C&P+E

PENGAJARAN KISAH NABI YUNUS

Nabi Yunus terpenjara dalam perut ikan paus selama 40 hari. Mari kita belajar dari kisah Nabi Yunus ketika beliau sempat di LOCKDOWN oleh Allah di dalam perut ikan paus, sehingga wajar bila tubuh Nabi Yunus saat itu menjadi sangat lemah, tanpa makanan, minuman, tanpa teman bicara, dan kemungkinan besar sesak nafas sebab kekurangan oksigen.

Nabi Yunus bukan di LOCKDOWN di dalam sebuah kota atau negara, tapi beliau di LOCKDOWN di dalam perut ikan paus, di dalam kegelapan, dan tentunya di dalam lautan. Nabi Yunus benar-benar sendirian tanpa ada seorang pun manusia yang mampu menolongnya, sehingga bingung kerana tidak ada gambaran solusi sedikit pun. Terputus segala hubungan, terpisah dan keseorangan dan benar-benar telah Allah LOCKDOWN secara fizikal  dan logiknya.

Untungnya Nabi Yunus AS segera menginsafi diri, sedar diri kenapa Allah sampai menghukumnya dengan LOCKDOWN beliau di dalam perut ikan paus. Kalau kecerdasan PQ dan IQ sudah tak berdaya untuk mencari dan menemukan solusi, maka kita harus berusaha menggunakan kecerdasan EQ, SQ, dan RQ, dan itulah yang dilakukan oleh Nabi Yunus.

Mari kita perhalusi dan menghayati  perjalanan dan proses Nabi Yunus sebelum, semasa dan hingga berhasil keluar dari LOCKDOWN yang ada.

1. Bermula dari kemarahan Nabi Yunus kepada kaumnya yang sukar diajak untuk beriman kepada Allah.

2. Nabi Yunus mengancam kaumnya akan diberikan Azab apabila tidak beriman juga.

3. Nabi Yunus pergi meninggalkan dari kaumnya dalam keadaan marah, pergi naik kapal yang berpenumpang penuh.

4. Diperjalanan terjadi badai, dan kapal harus mengurangi jumlah penumpang, dan Nabi Yunus terpilih menjadi yang harus dibuang dari kapal.

5. Setelah dibuang ke laut, Nabi Yunus lalu ditelan oleh ikan paus.

6. Nabi Yunus akhirnya sedar diri bahawa dia sudah berbuat salah kerana tidak bersabar tapi malah marah dan menyalahkan kaumnya.

7. Lalu dengan kesedaran itulah Nabi Yunus bertaubat dengan kalimat "Laa Ilaaha illaa Anta subhaanaka innii kuntu minazh zhaalimiin", yang ertinya "Tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim".

Inilah kalimat taubat Nabi Yunus ini lalu mengundang Rahman dan Rahimnya Allah, sehingga selamatlah ia dari cengkaman LOCKDOWN Ikan Paus.

Mari kita maknai secara mendalam tentang kalimat taubat ini. Kita  berubat dengan Taubat seperti kisah Nabi Yunus ini. Inilah saatnya untuk kita mengambil pengajaran dan hikmah.

1. Laa Ilaaha Illaa Anta.
Ertinya Tidak ada Tuhan kecuali Engkau.

Penyakit: Situasi hari ini ketika kita telah di LOCKDOWN, masih  banyak orang yang bertuhankan wang, harta, jabatan, pengaruh, glamour, like, love, followers, ilmu, khayalan dan sebagainya.

Taubat....Ya Allah saya sedar sepenuhnya mulai hari ini bahawa hanya Engkau Tuhanku. Aku masih sering menuhankan diri sendiri, mencari pujian dari makhluk, jarang memujiMu dengan tulus, dan aku sering ragu tentang kemampuanMu atas segala sesuatu, tapi malah yakin penuh atas kekuatan makhluk yang lemah. Padahal hanya Engkau yang mampu menggerakan ikan paus yang besar sampai virus corona yang kecil.

2. Subhaanaka
Maha Suci Engkau.

Penyakit: Masih banyak yang menganggap dirinya suci, paling benar, paling hebat. Atau masih banyak yang menganggap Ustadz itu pasti benar, pasti suci, tiada salah, tiada dosa. Aku tidak mahu belajar dari ustaz lainnya, kecuali ustaz yang itu.

Taubat: Ya Allah, hanya Engkau Yang Maha Suci. Apapun yang Engkau lakukan pasti adil dan benar. Tak pernah salah, tak pernah zalim.

3. Innii kuntu minazh zhaalimiin.
Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim (lemah dan banyak salah).

Penyakit: Masih banyak orang yang suka menyalahkan takdir Allah, dan menyalahkan orang lain atas nasib buruk yang menimpa dirinya.

Taubat: Berhentilah menyalahkan orang lain, apalagi menyalahkan Allah, berhentilah berdebat merasa paling hebat, berhentilah menyalahkan pemerintah dan ulama, berhentilah membanding-bandingkan antara kerja kerajaan Malaysia dengan Korea atau Jepun, berhentilah marah-marah kepada orang yang belum mendapat hidayah, berhentilah merasa diri paling benar, berhentilah lari dari kenyataan, dan perbanyaklah memperbaiki diri, muhasabah, pengakuan akan kelemahan, kehambaan yang serba kerdil, diri yang lemah dan penuh dosa dan kesalahan diri.

Di Era saat seperti ini, maka perbanyaklah berzikir dengan doa Nabi Yunus ini, bukan sekadar dibaca tapi difahami dan dihayati sepenuh hati.

Inilah masa untuk kita BERUBAT DAN BERTAUBAT dengan melalui kalimat Zikir Nabi Yunus, dengan mental mengurangi cinta kepada dunia sehingga takut mati, tapi justru menambah cinta kepada Allah sehingga rindu jannahNya Allah yang dipenuhi kegembiraan.

“Laa Ilaaha Illaa Anta subhaanaka innii kuntu minazh zhaalimiin..."
bacalah sebanyak-banyaknya, sepenuh perasaan, seyakin-yakinnya, dan setunduk-tunduknya sebaik mungkin kepada Allah

Jika Kita merutinkan zikir ini maka, insyaa Allaah, Allah akan berkenan mengeluarkan kita semua dari cengkaman LOCKDOWN  PANDEMIK COVID-19 ini.

covid

#Bagi mereka yg Memahaminya...
[28/03 10:04] Atok Zam: ☪🕌🤝❤💚🌸🌻Assallamualaikum wbk.

Sahabatku semua...

Jutaan KEMAAFAN kalau terlanjur kata dan pandangan kita berbeza.
Pada pengajian hamba yang tidak berilmu,
COVID -19 atau Corona Virus adalah perkhabaran Allah terhadap hamba2 Nya... lihatlah:

Seluruh Jerusalem sunyi.
Tembok Ratapan dipagari.
Kaabah ditutup.
Solat Jumaat diri di rumah.
Umrah dibatalkan.
Solat Tarawih Ramadan mungkin juga bakal sepi.
Bahkan seluruh pelusuk dunia sepi.

Corona datang seolah-olah membawa pesan Allah bahawa ritual Agama itu sebenarnya rapuh!
Bahawa "hura-hura" atas nama Tuhan itu semua.
Bahkan simbol dan upacara ritual itu hanya menjadi topeng dan komoditi dagangan sahaja.

Ketika Corona datang,
Engkau dipaksa mencari Tuhan.
Bukan di Kaabah.
Bukan di masjid.
Bukan di mimbar khutbah.
Bukan di majlis taklim.
Bukan dalam kuliah Dhuha
Bukan dalam solat Jumaat.

Melainkan,
pada kesendirianmu.
Pada mulutmu yang terkunci.
Pada hakikat yang senyap.
Pada keheningan yang bermakna.

Lalu kamu diarahkan kuarantin (pengasingan diri) jauh daripada semua
untuk apa? Tidak lain adalah untuk mengenali diri kamu dan mencari pencipta yang Maha Esa.
Nabi Musa mengasingkan diri di Bukit Tursina dan Nabi Muhamad mengasingkan diri di Gua Hira'. Orang orang Sufi bersuluk dan berkhalwat.

""AWALUDDIN MA'RIFAHTULLAH""
Awal-awal Agama adalah untuk mengenal Allah.

Corona mengajarimu,
Tuhan itu bukan pada keramaian.
Tuhan itu bukan (melulu) pada ritual.
Tuhan itu ada pada jalan keputus-asaanmu dengan dunia yang berpenyakit.

Covid 19 memurnikan agama.
Bahawa tak ada yang tertinggal...
Kecuali Tuhan itu sendiri!
Tidak ada lagi sorak sorai memperdagangkan nama Tuhan.

Datangi, temui dan kenali DIA di dalam relung jiwa dan hati nuranimu sendiri.
Temukan Dia di saat yang teduh di mana engkau hanya sendiri bersama-Nya.

Sesungguhnya Kerajaan Tuhan ada dalam dirimu.
Qalbun Mukmin Baitullah.
Hati orang yang beriman adalah Istana Tuhan.

Biarlah hanya Tuhan yang ada.
Biarlah hanya nuranimu yang bicara.
Biarlah kita semua disedarkan oleh Tuhan melalui kejadian ini.
Semoga kita mampu belajar dan mengambil hikmah
daripada kejadian ini❗

Untuk sahabat.
Jutaan KEMAAFAN❗

Wasalam.
Insan yang hina
(Pejuang Subuh)

 👆🏼Alhamdulillah... Benar "Awalluddin Makrifatullah "...Allahuakbar.

#Bagi mereka yg Memahaminya...

Sabtu, 28 Mac 2020

ketakutan

29 Rejab 1441H

Diceritakan oleh Habib Ali al Mahsyur selepas makan tengahari di Haul Habib Salim bin Hafidz di Masjid Raudhah, Misythah.

Pada suatu ketika, di suatu kota terdapat segolongan pelajar daripada kalangan Jin yang menuntut ilmu daripada seorang syeikh. Setelah beberapa ketika,para pelajar tersebut meminta izin daripada syeikhnya untuk  pergi dari kawasan tersebut selama 10 hari. Maka syeikh menanyakan akan perihal tersebut. Maka para pelajar daripada golongan jin tersebut mengatakan bahawasanya akan datang satu wabak penyakit iaitu ta'un dan menimpa manusia. Wabak itu akan terus melanda selama 10 hari serta 6000 orang akan mati akibat wabak yang melanda tersebut. Dan kamu wahai syeikh adalah salah seorang yang bakal mati akibat wabak penyakit tersebut.

Maka kemudian syeikh tersebut mengizinkan mereka untuk pergi dari kota tersebut. Setelah mereka pergi maka datanglah wabak tersebut melanda para manusia. Setelah berlalu 2 minggu, kira-kira 12000 orang telah mati akibat wabak yang melanda.

Setibanya hari yang 15, para pelajar daripada golongan jin tersebut telah datang kembali ke rumah Syeikh tersebut & mereka agak terkejut kerana Syeikh tersebut masih hidup.

Lalu mereka bergegas menemui syeikh untuk menanyakan perkara yang berlaku. Syeikh tersebut mengatakan kalian pembohong!!! Kalian mengatakan bahawasanya Wabak akan melanda selama 10 hari tapi ternyata melanda selama 14 hari, kalian mengatakan yang akan mati adalah seramai 6000 orang ternyata yang mati 12000 orang, dan kalian mengatakan aku salah daripada 6000 orang yang akan mati tersebut, tapi Alhamdulillah sehingga sekarang setelah berakhirnya wabak tersebut ternyata aku masih hidup.

Maka para pelajar pun mengatakan bahawasanya wabak itu hanyalah 10 hari, yang selebihnya itu hanyalah mengikuti gara-gara ketakutan manusia. Dan juga yang mati akibat wabak tersebut hakikatnya hanya 6000 orang sahaja, yang selebihnya mati angkara ketakutan mereka  terhadap wabak tersebut. Dan engkau ya syeikh, apakah yang engkau lakukan selepas pemergian kami? Syeikh pun menjawab setiap hari aku mengeluarkan sedekah jariyah kepada fuqara' dan miskin. Disebabkan demikian, Allah menolak bala' & wabak yang akan menimpa kamu ya syeikh dan memanjangkan umur kamu kata para jin tersebut.

Daripada kisah ini kita dapat pengajaran bagaimana keadaan diri kita sebagai manusia yang kerdil dalam melalui musibah dan ujian Allah ta'ala.

Selepas kita mengambil langkah-langkah keselamatan letakkan pengharapan dan ketakutan hanya kepada Allah. Dan perbanyakkan mengeluarkan sedekah kerana ia dapat menolak bala' dan memanjangkan umur.

Wallahu'alam

Ibnu yahya,
Kota Tareem,
26 Mac 2020.

Kredit : Taha Benyahya

#KalamUlama

Jumaat, 27 Mac 2020

makcik kiah

Makcik Kiah penjual goreng pisang yang duduk di PPR Desa Tun Razak, yang suaminya adalah pesara kerajaan dan sekarang ini bawa Grab. Anak Makcik Kiah adalah peminjam PTPTN.

Pendapatan isirumah Makcik Kiah di bawah RM4000 sebulan. Dengar baik-baik. Saya nak bantu buat pengiraan berapa keluarga Makcik Kiah akan dapat.

Keluarga Makcik Kiah akan dapat Bayaran Prihatin Nasional sebanyak RM1600, baki BSH sebanyak RM600, bantuan pesara
sebanyak RM500, bantuan tunai e-hailing sebanyak RM500 dan bantuan orang bujang sebanyak RM800. Kalau suami Makcik Kiah berkhidmat dengan RELA, dia akan dapat RM 200 sebulan sehingga wabak berakhir. Keseluruhan pemberian tunai yang keluarga Makcik Kiah akan dapat ialah sekurang-kurangnya RM4200.

Selain itu, keluarga Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan sewa PPR selama 6 bulan sebanyak RM744, penjimatan penangguhan pinjaman kenderaan selama 6 bulan sebanyak RM1800, penjimatan bayaran bil elektrik selama 6 bulan sebanyak RM120.

Anak Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan daripada penangguhan bayaran balik PTPTN selama 6 bulan sebanyak
RM1200.

Kalau Makcik Kiah ada buat pinjaman kredit mikro untuk perniagaan goreng pisang dengan bayaran balik pinjaman sebanyak RM100 sebulan, Makcik Kiah akan dapat penjimatan sebanyak RM600.

Keseluruhan penjimatan ialah sebanyak RM4,464.

Jadi, keseluruhan nilai manfaat yang akan diterima oleh keluarga Makcik Kiah termasuk pemberian tunai dan penjimatan
ialah sebanyak RM8,664. Jadi Makcik Kiah pun dah boleh tersenyum sikit dengar kiraan yang saya buat.