29 Rejab 1441H
Diceritakan oleh Habib Ali al Mahsyur selepas makan tengahari di Haul Habib Salim bin Hafidz di Masjid Raudhah, Misythah.
Pada suatu ketika, di suatu kota terdapat segolongan pelajar daripada kalangan Jin yang menuntut ilmu daripada seorang syeikh. Setelah beberapa ketika,para pelajar tersebut meminta izin daripada syeikhnya untuk pergi dari kawasan tersebut selama 10 hari. Maka syeikh menanyakan akan perihal tersebut. Maka para pelajar daripada golongan jin tersebut mengatakan bahawasanya akan datang satu wabak penyakit iaitu ta'un dan menimpa manusia. Wabak itu akan terus melanda selama 10 hari serta 6000 orang akan mati akibat wabak yang melanda tersebut. Dan kamu wahai syeikh adalah salah seorang yang bakal mati akibat wabak penyakit tersebut.
Maka kemudian syeikh tersebut mengizinkan mereka untuk pergi dari kota tersebut. Setelah mereka pergi maka datanglah wabak tersebut melanda para manusia. Setelah berlalu 2 minggu, kira-kira 12000 orang telah mati akibat wabak yang melanda.
Setibanya hari yang 15, para pelajar daripada golongan jin tersebut telah datang kembali ke rumah Syeikh tersebut & mereka agak terkejut kerana Syeikh tersebut masih hidup.
Lalu mereka bergegas menemui syeikh untuk menanyakan perkara yang berlaku. Syeikh tersebut mengatakan kalian pembohong!!! Kalian mengatakan bahawasanya Wabak akan melanda selama 10 hari tapi ternyata melanda selama 14 hari, kalian mengatakan yang akan mati adalah seramai 6000 orang ternyata yang mati 12000 orang, dan kalian mengatakan aku salah daripada 6000 orang yang akan mati tersebut, tapi Alhamdulillah sehingga sekarang setelah berakhirnya wabak tersebut ternyata aku masih hidup.
Maka para pelajar pun mengatakan bahawasanya wabak itu hanyalah 10 hari, yang selebihnya itu hanyalah mengikuti gara-gara ketakutan manusia. Dan juga yang mati akibat wabak tersebut hakikatnya hanya 6000 orang sahaja, yang selebihnya mati angkara ketakutan mereka terhadap wabak tersebut. Dan engkau ya syeikh, apakah yang engkau lakukan selepas pemergian kami? Syeikh pun menjawab setiap hari aku mengeluarkan sedekah jariyah kepada fuqara' dan miskin. Disebabkan demikian, Allah menolak bala' & wabak yang akan menimpa kamu ya syeikh dan memanjangkan umur kamu kata para jin tersebut.
Daripada kisah ini kita dapat pengajaran bagaimana keadaan diri kita sebagai manusia yang kerdil dalam melalui musibah dan ujian Allah ta'ala.
Selepas kita mengambil langkah-langkah keselamatan letakkan pengharapan dan ketakutan hanya kepada Allah. Dan perbanyakkan mengeluarkan sedekah kerana ia dapat menolak bala' dan memanjangkan umur.
Wallahu'alam
Ibnu yahya,
Kota Tareem,
26 Mac 2020.
Kredit : Taha Benyahya
#KalamUlama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan