Sabtu, 7 Mac 2020

belalang

*BELALANG (LOCUST)*

Tidak lama lagi *InsyaAllah* mungkin belalang pula akan menyerang tanah besar Cina. Spesis dari keluarga belalang padang pasir berasal dari Afrika, yang dikenali sebagai “locust” dari spesis “Schistocerca gregaria” ini *samalah seperti yang menyerang Mesir di Afrika Utara kerana ketaqburan firaun di zaman Nabi Musa as. Locust boleh menghapuskan sumber makanan dari tanaman untuk 35,000 manusia hanya dalam masa satu hari pada gerombolan sekitar 150 juta ekor dalam satu km persegi.*

*Sekali bergerak dan menyerang locust boleh terbang dalam kelompok sebesar sekitar 700-800 km persegi, 3 kali ganda keluasan Kuala Lumpur. Mereka akan terbang mengikut angin sehingga 150 km sehari.*

Ia juga boleh memusnahkan serba jenis tanaman, rumput makanan ternakan, malah rumput yang telah kering (kita panggil hay) untuk makanan ternakan terutama dimusim sejuk pun akan dimakannya.

Saya menyebut belalang untuk memudah kan pemahaman tetapi mereka berbeda dari segi tabiat mereka. Belalang adalah grasshopper.

Saiz locust adalah dari 0.5-3 inci (13-76 mm) dan berat sekitar 2 gm. Dia boleh jadi diam sendiri (solitary) tetapi boleh juga tiba tiba berkumpul (gregarious) dan terbang berkumpulan dalam grup sekitar 150 juta ekor bagi setiap 1 km persegi dan mempunyai sifat mengerumuni (swarm). Mereka boleh terbang sehingga 150 km sehari dibawa angin.

Belalang kunyit di tempat kita tidak mempunyai sifat suka berkumpul (kita panggil gregarious) dan memusnahkan dalam kelompok secara berkerumun (swarm) dan tidak menimbulkan wabak atau plague. Belalang kunyit adalah grasshopper dari spesis “Valanga nigricornis”.

Apabila locust mula menyerang ia dikira satu wabak (plague) dan boleh menyebabkan kebuluran (famine) kerana musnahnya hasil pertanian.

Coronavirus COVID-19 hari ini hanyalah “admonition” - amaran dari Allah yang Maha Perkasa supaya bangsa Cina komunis insaf dan berhenti dari menjadi TAQBUR kepada Allah swt.

Inilah akibat perbuatan mereka menyiksa umat Islam Uighur dari keturunan Turkic atau Turuk dan cuba menghapuskan Islam di Xinjiang melalui decree pada bulan Januari 2019 dan disahkan bagi meminda Al Quran untuk disesuaikan dengan “budaya Cina dan fahaman sosialisma” pada bulan Nov 2019.

Anda mungkin tidak tahu semua ini. Kerajaan anda mungkin tahu tetapi tidak ambil peduli. Hanya USA, melalui Setiausaha Negaranya, Mike Pompeo, yang membantah decree Cina Komunis ini.

Sebaik sahaja decree mula hendak dilaksanakan secara terperinci pada pertengahan Nov 2019 maka Coronavirus menyerang Wuhan pada penghujung Nov 2019.

Wuhan di wilayah Hubei adalah sebuah “hub” ditengah tanah besar Cina yang menyambungkan perjalanan keseluruh negara Komunis Cina ketika mereka akan merayakan pesta musim bunga juga dipanggil tahun baru Cina.

Bagi anda yang “baru sampai di planet bumi” ingatlah;

“Those who come to destroy Islam, shall themselves be destroyed “

“Sesiapa yang cuba memusnahkan Islam, maka mereka sendiri akan dibinasakan.”

Frasa ini hanyalah perkataan saya bukan dari hadith atau perkataan para ‘ulama.

Dibinasakan umat terdahulu bukan kerana mereka tidak beriman, tetapi kerana semuanya terlalu melampaui batas sehingga “mencabar” Allah swt disampaikan dengan penuh taqbur kepada para rasul yang diutuskan pada zaman itu seperti Komunis Cina mencabar Allah swt pada hari ini walaupun rasul sudah tidak ada tetapi mereka sebenarnya mengundang padah kerana mencabar Allah swt secara direct.

*Kenapa kita juga menerima tempias Coronavirus ini?*

Kerana ketika Cina Komunis menyiksa umat Islam di Xinjiang, Islam yang dibawa oleh para sahabat yang jauh mengembara setelah kewafatan Rasullulah saw, kita hanya mendiamkan diri malah  membenarkan perbuatan mereka secara langsung atau tidak langsung.

Islam ke tanah besar Cina dibawa antaranya oleh sahabat, Sa’d Bin Abi Waqqas (595-674 CE) dikenali juga sebagai Sa’d Bin Malik, sahabat ketujuh masuk Islam ketika berumur tujuh belas tahun, sahabat yang ikut dalam perang Badar ( manusia istimewa seramai 313 orang; 82 Muhajirin, 231 Ansar, kita panggil “Al Badariyyun”—-tanpa mereka tidak ada Islam seperti hari ini, walaupun tidak ramai diantara kita pandai menghargainya) dan antara 10 orang yang telah dikatakan oleh hadis Rasullulah saw akan masuk syurga sejak didunia lagi.

Perang Badar berlaku di Badar, 130 km dibarat daya Madinah pada 17 Ramadhan 2 Hijriah (17 Mac 624 CE) diantara 313 orang tentera Islam di ketuai oleh Nabi Muhammad bin ‘Abdullah, Rasullulah saw (dibantu oleh panglima perang; Hamzah bin Abd al-Muttalib, Ali bin Abi Talib, Bilal bin Rabah dan ‘Ubadah bin al-Samit) dan 1000 orang tentera musyrik Quraisy diketuai oleh Amru Bin Hisyam (dibantu oleh panglima perang; Utbah bin Rabi'ah dan Umayyah bin Khalaf).

Didalam sejarah Amru bin Hisyam ini selalu anda dengar disebut sebagai Abu Jahal.

Saidina Hamzah bin Abd Al- Muttalib, bapa saudara Rasullulah saw bagaimanapun telah syahid didalam peperangan Uhud yang berlaku pada hari Sabtu 7 Syawwal 3 Hijriah (19 Mac 625 CE) di lembah berhampiran dengan Jabal Uhud di Madinah. Anda boleh menziarahi maqam Saidina Hamzah di lembah Jabal Uhud jika anda ke Madinah al Munawwarah.

Badar was a critical crossroad, dan Peperangan Badar, peperangan pertama dalam sejarah Islam adalah “a turning point in history” sehinggalah anda dan saya menikmati Islam yang kita perolihi pada ketika saya menulis posting ini kerana kemenangan umat Islam ketika itu.

Islam diXinjiang, seperti juga Islamnya kita di Nusantara tidak jatuh dari langit , ada manusia yang membawanya yakni para pendakwah dari para sahabat dan generasi selepas mereka, kelompok manusia yang terbaik hanya dari tiga generasi , yakni para sahabat, tabi’in dan tabi’ut tabi’in selama sekitar 300 tahun termasuk zaman sahabat selama 100 tahun terbukti dengan meninggalnya sahabat terakhir Anas Bin Malik ra yang meninggal pada tahun 93 Hijriah (712 CE) di Basrah ketika berusia 103 tahun.

*Rasulullah saw bersabda :*

خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ

Sebaik-baik manusia adalah generasiku (yaitu generasi sahabat), kemudian orang-orang yang mengiringinya (yaitu generasi tabi’in), kemudian orang-orang yang mengiringinya (yaitu generasi tabi’ut tabi’in).

*(Hadits ini mutawatir, anda boleh jumpa dalam riwayat Bukhari/Muslim dan beberapa perawi lain).*

Anda boleh kira berapa ramai para sahabat yang di kebumikan di tapak perkuburan Al Baqi’ di Madinah. Sekitar 10,000 sahabat.

Berapakah jumlah semua sahabat? Sekitar 124,000. Dimanakah mereka semua? Membawa Islam ke seluruh pelusuk dunia termasuk Cina dan Nusantara. Hari ini ada kubur para sahabat kita pun tidak tahu. Ada masih ujud ada yang tidak dapat dikesan sama sekali dari atas permukaan bumi kerana perang terutama during the invasion of the Mongol dari Utara Benua Asia yang memusnahkan sama sekali the golden age of Islam dengan jatuhnya Baghdad, pusat pemerintahan Khalifah Al Abbasiyyah pada 10 Feb 1258 ditangan tentera Mongol yang diketuai oleh Hulagu Khan dengan sokongan 1,000 orang “Kor Jurutera” perang dari bangsa Han Cina, bangsa yang kebetulan sama ketika ini sedang di serang Coronavirus COVID-19.

Anda tahu apakah yang sedang dirancang oleh Cina Komunis ini? Mereka mahu jika mereka lumpuh seluruh negara didunia juga turut lumpuh. Mereka menyembunyikan banyak data tentang Coronavirus ini menjadikan sukar untuk saintis mencipta vaksin.

Malah “panic buying” yang kini mula menular dinegara negara barat terutama di Australia, negara “barat” terdekat dengan Cina, juga dimulakan oleh bangsa Han Cina dan agen komunis, membeli barangan “in bulk” dan menyembunyikannya untuk dihantar balik ke Cina. Anda mungkin tidak percaya tetapi saya boleh boleh membuktikannya .

Hari ini ada media tali barut Komunis Cina mengatakan konon Coronavirus ini berasal dari luar Cina. Jangan anda percaya sama sekali kerana Coronavirus ini berasal dari Wuhan, mereka menyembunyikan pada permulaannya dan masih menyembunyikan beberapa data kritikal tentang Coronavirus sehingga hari ini atas arahan Xi Jinping yang kini sedang bersembunyi kerana juga takutkan Coronavirus yang diturunkan oleh Allah swt.

Sebelum Coronavirus saya dan beberapa orang termasuk bekas Setiausaha Agung Amnesty International, Kumi Naidoo, juga seorang lulusan Oxford kelahiran Afrika Selatan, mengatakan Cina 🇨🇳 Komunis adalah ancaman terbesar kepada dunia, bahawa kem tahanan 1.5 juta umat Islam di Xinjiang ujud, tetapi hampir semua orang, termasuk kebanyakan kerajaan Islam didunia, meremehkannya. Saya mengecualikan USA kerana mereka mempunyai gambar dari sattelite tentang keujudan kem ini di Xinjiang, Cina. Kerajaan Cina menafikan keujudan kem ini. Mereka 100% berbohong.

By the way in the coming weeks, adakah kita mempunyai cukup “testing kit” untuk menguji semua orang yang disyaki kena jangkitan? Apakah testing kit ini tidak faulty seperti kebanyakan yang diedarkan oleh Centers For Disease Control and Prevention (CDC) di US? 

Screen di Airport bukan penentuan keujudan atau tidak Coronavirus. Ia mesti menggunakan testing kit untuk Coronavirus.

Walaupun di screen pembawa virus yang tidak menunjukkan suhu badan 38C akan keluar dari airport, mula menunjukkan gejala kemudian dan ketika itu dia akan menjangkitkan Coronavirus didalam komuniti.

Berapa ramai pelancung dari Cina bukan dari Wuhan dan Hubei yang masih boleh masuk kenegara kita bagaikan berpesta? Berapa ramai pelancung dari Iran bukan dari Qom dan Gilan yang masuk walaupun Qom hanyalah 140 km dari Tehran dan jika dari Tehran mereka akan bebas masuk?


▪️

1 ulasan:

  1. If you're looking to lose weight then you have to start following this brand new personalized keto meal plan.

    To design this keto diet, certified nutritionists, fitness trainers, and top chefs joined together to develop keto meal plans that are effective, painless, economically-efficient, and fun.

    Since their first launch in early 2019, 100's of people have already transformed their figure and health with the benefits a great keto meal plan can provide.

    Speaking of benefits; in this link, you'll discover eight scientifically-proven ones given by the keto meal plan.

    BalasPadam