*BALA di atas BALA*😰
Adakah COVID-19 ni akan hilang dengan kuasa manusia, dengan usaha ikhtiar manusia semata - mata? Atau tiada yang dapat mengangkat dan mematikannya melainkan ALLAH? ... Ini lah pegangan yang wajib di fahami oleh semua umat islam... Fikir kan...
Baik, persoalannya, adakah ALLAH akan menolong kita sekiranya DIA dalam keadaan murka pada kita? Adakah dengan kemurkaanNYA, DIA akan merahmati kita? Fikir.. Fikir... Fikir... Kita ni sombong, degil, tak nak berubah
Kita sibuk nak hilangkan sebab tapi di mana kesibukan kita kepada musabbib? Yakni ALLAH... Kita sibuk kepada makhluk, tapi tak sibuk kepada ALLAH yang mengawal makhluk...jangan sekadar sibuk dengan tempoh masa perkurungan ini sahaja, tapi kene kerah rakyat juga supaya sibuk baca quran, sibuk amalkan zikir, selawat ke atas nabi, taubat nasuha dan amal2 yang lain... Adakah boleh selesai masalah tanpa ALLAH yang akan menghilangkan masalah tersebut... Kene faham sungguh2, walau seluruh sebab dan musabab telah dilaksanakan, segala usaha ikhtiar yang benar dari segi kajian ilmunya telah dilaksanakan, takkan hilang segala masalah kalau ALLAH tidak mahu mengangkatnya...
Jadi yang paling penting, cari ALLAH dahulu, dan seterusnya baru dengan jalan usaha ikhtiar...
Nak marah ni...
Hari ni, saya melihat dalam keadaan kita sedang di uji dengan ujian ini, masih ada lagi yang sumber je pakai seluar pendek nampak lutut di luar sana, tak rase takut langsung dengan peringatan ALLAH ni... Ko sumber je lawan ALLAH begitu... Dalam keadaan begini, ko boleh layan drama Hindustan di rumah, layan artis Korea, layan lagu2 yang melalaikan, ko habiskan masa dengan kelalaian dan maksiat... Ko ni tak reti bahasa ke... Ini lah yang di katakan bala di atas bala... ALLAH dan beri bala, ko sendiri tak takut pada ALLAH itu pulak satu bala... Tak takut tu satu bala... Ko ni jenis hamba apa? Hati ko kat mana
Yang tak solat, terus tak solat... Hubungan dengan kawan2, perghhh... Ko la yang terbaik.. Menjaga hubungan dengan kawan2... Siap bol lepak2 sambil merokok, tolong kawan2 dalam keadaan susah, tapi ko sumber je tak solat... Ko angkat tangan jumpe kawan, tegur kawan... Tapi teguran ALLAH ko tak sedar, panggilan ALLAH ko tak sahut.. Aduishhh... Letih layan manusia macam ni... Ko ni jenis hati apa? Dengan manusia ko baik, dengan ALLAH yang menjadikan ko, ko lawan slumber je...
Yang dah solat pun, aku geram juga ni... Ko solat punya lah laju.. Ko ingat ko sembah siapa? Ko ingat ko bercakap dengan siapa? Ko ni memang kurang ajar betul... Ko solat macam nak lepas batuk di tangga je... Ko solat 5 minit tak sampai, dah siap solat ko... Mana adab ko ha? ... Mana hormat ko ha... Ko cakap dengan bos ko, punya la menjaga adab, menghormati mereka... Ko bercakap dengan Tuhan??? Ko tak rase kebesaran DIA pun... Bodoh punya manusia... Ko berdiri depan DIA, ko tak rase pun, bahkan ko rase ko berdiri depan dinding je...tu lah gelapnya hati ko... Hormat makhluk tak hormat ALLAH yang menciptakan ko... Kalau ko nak kejar meting, laju je ko tepati masa... Tapi, bila ALLAH panggil ko, ko boleh lambat2kan... Ko ni hamba makhluk ke hamba ALLAH... Ko sedar tak, segala kesibukan ko di tempat kerja, kalau bukan kerana pertolongan DIA, ko takkan dapat selesaikan... Bukan kerja ko selesai kerana kepandaian ko, tapi kerana pertolongan DIA.... Kalau ko rase itu kerana kepandaian ko, ko memang bodoh dan gelap mata hati sebab tak nampak DIA... DIA dah tolong ko dalam semua urusan kerja ko, tiba2 ko solat laju, ko solat lambat, ko solat sekadar nak lepas batuk di tangga, sedangkan DIA panggil ko untuk solat supaya ingat pada DIA dan bersyukur pada DIA... Tapi ko tak sedar semua tu... Aduii yaii... Teruk giler hati ko...
Banyak lagi la benda2 lain yang tak sempat nak kupas di sini... Masing2 fikir la dosa masing2..
Ko tahu tak, sebab ada manusia macam ko ni la, bala ni tak sudah2 sampai kepada manusia yang lain... Orang lain berdoa siang malam, buat solat hajat pada setiap malam minta pertolongan daripada ALLAH, tapi manusia macam ko ni lah yang menghalang doa2 di angkat...
Ko pernah dengar cerita nabi musa? Ketika kaumnya di uji oleh ALLAH dengan hujan yang tidak turun setelah beberapa lama, maka nabi musa telah mengumpul kan ummatnya di padang untuk bermunajat kepada ALLAH, tapi doa mereka ditolak ALLAH kerana ada seorang laki sahaja, bukan ramai, seorang sahaja yang telah melakukan dosa kepada ALLAH selama 40 tahun, maka dengan sebab dosa lelaki ni, hujan tidak turun, dan akhirnya nabi musa minta lelaki tersebut bertaubat, baru lah hujan turun dengan selebat2nya... Ko nampak tak pengajaran ni? Ko nampak tak?
Ko jangan pulak cakap, dosa aku dosa aku lah... Ko bodoh apa cakap gitu... Ko buat dosa, bala yang akan datang nanti bukan atas kepala ko sorang je... Atas semua orang, ko tahu tak... Kalau bala tu, ko sorang je yang menanggungnya, takpe la ko cakap begitu..
Ok... dah la tu... Sedih aku tengok orang yang tak sedarkan diri ni.. Dalam kubur nanti, baru dia nak sedar kot...
Yang aku nampak pakai seluar pendek tu, sudah2 la weh.. Ko nak lawan ALLAH sampai mana lagi... Yang aku nampak pakai gelang, rantai kat tangan tu, ko buanglah benda haram tu... Yang duk sibuk melayan benda2 haram dalam hanphone dan tv tu, cukup2 la... Ini yang paling bingai dan bodoh, yang paling aku marah yang masih tinggalkan solat, benda asas tu ko masih tak buat... Masih tak cukup.. Slumber2 je ko tinggal... Ko memang pembawa bala betul... Ko memang celaka... Kalau ko nak tinggal solat juga, ko tak payah la duduk di bumi Allah ni, makan rezki ALLAH, hirup Udara ALLAH... Ko buat semua tu sendiri.. Boleh ke? Bodoh punya manusia, tak malu dengan Tuhan... Duduk bumi tuhan tapi tak nak bersyukur dan menyembah kepada ALLAH... Bongok... Memang patutlah ko masuk neraka jahanam sebab kedegilan dan kesombongan ko dengan ALLAH... Yang dah solat tu, ko solat la betul... Beradab dan menjaga sungguh2 hubungan denganNYA
Akhirnya, saya nak berpesan pada semua... Balik la bersungguh2 kepada ALLAH... Tambahkan keataatan kepada NYA... Jangan teruskan maksiat yang sedia ada... Sudah terlalu banyak PERINGATAN yang ALLAH berikan.... ALLAH dah cukup sabar, dah cukup baik pada kita... DIA tak pernah meninggalkan kita.. DIA sentiasa ada bersama kita.. Jadi lah hambaNYA yang sentiasa bersyukur kepada sekalian nikmatNYA dan sentiasa berserah DIRI kepadaNYA... Jangan lagi melawanNYA... Kasihanilah DIA... Cintailah DIA... DIA sentiasa menanti2 hambaNYA dalam dakapan rahmat kasih sayangNYA... Semua ini adalah panggilan dariNYA
👳♀
NukilanHambaYgTakutKpdALLAH
*Copy & Paste @ Share ..*
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan