Saya harap semua rakyat Malaysia faham..
Negara kita tak banyak pilihan nak mendepani Covid ni.
Kita bukan macam China. Ekonomi power. Buat hospital baru tak sampai sebulan. Kita? Hospital kita nak buat 2015 pun tak siap2 lagi.
Kita nak lockdown macam negara barat, pasti banyak bisnes lumpuh. Ekonomi kita tengah teruk. Minyak jatuh bawah $30/tong, memang biasa terjadi pada musim2 gawat je.
Kita nak buat mass testing macam Korea Selatan, test kit kita pun bukan ada banyak. Kita tak kaya macam mereka.
Kita nak kena perintah berkurung lama2, siapa nak bayar gaji kita lama2? Kita bukan macam US. Semua dibaginya beribu ringgit sebulan. Kita? Nak dapat RM 600 pun bukan semua orang dapat.
Kita nak pasrah berserah je biar diserang Covid, Dr ngan nurse kita tak cukup nak layan kita. Again, kita bukan China yang siap boleh pinjamkan Dr ke negara lain lagi.
Tapi lagak kita??
Macam negara kita ni ada minyak bawah lantai. Suka hati kita je macam semua orang kena jaga kita.
Cuba tengok carta Covid hari2. Sekarang negara kita ditangga ke-3 ASIA tau?
Ni bukan carta ERA.. 😭
Ni carta paling banyak kes.. Kalau compare kekayaan ekonomi kita dalam Asia, toksah cakap la. Perkembangan ekonomi kat Asia tenggara pun kita kalah dengan Indonesia. Toksah cerita Asia!
Agaknya negara Asia lain tengok kita diorang fikir..
"Serius la Malaysia ni.. Korang boleh handle ke?"
Minyak jatuh teruk..
Duit dah makin jatuh sampai RM 4.30 sedollar.. Politik tak stabil.. Covid-19 pun macam buat main2 je 😭😭
Negara kita memang jauh tak bersedia berbanding negara2 lain bab ekonomi untuk berdepan dengan Covid-19 ni n kita boleh plaaaaakkk sedap2 mengeteh siap main carrom lagi tu. Amboih!
Jangan terkejut la..
Mungkin sekarang KKM cari kita pujuk nak ajak pergi hospital suruh test..
Kalau kita dah tak mampu n frontliner give up, nanti kita terbiar mati kerass je kat rumah. Orang nak uruskan mayat kita pun takut berjangkit ke dia..
Menteri kesihatan Belanda dah give up dah ni handle Covid-19. Ni kita suka2 kita je kutuk Menteri KKM kita. Macam kita power sangat?
Netizen dah pesan..
PM dah pujuk...
Ini sampai YDPA pun cemar duli nak jaga kita... 😭
Tolong la..
Kesian kan sikit kat kawan2 yang kerja setiap hari kat hospital. Sampai ada sorang ICU tak pasal2 sebab nak handle kes kita..
Satu je nak pesan..
Kalau kita tak boleh nak tolong orang, jangan pulak kita jadi jenis yang menyusahkan orang. Boleh?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan