Ahad, 15 Mac 2020

misi

bismillah hirrahman nirrahim...
       sepanjang 5 tahun lebih aku bergelar sebagai seorang misi, ini kali pertama aku menyesal bekerja dalam bidang ni.. kerja smpai 16 jam sehari.. anggota pertama yang terdedah dengan wabak covid 19.. pakai suit ppe covid sampai 5,6 jam, panasnya mmg x boleh nak cakap, setiap kali pakai memang baju kt dalam akan basah kuyup macam kene jirus air sbb peluh... nak bernafas pn susah.. lepas bukak suit tu kne mandi dlu then baru boleh settle kje2 lain yang pending.. kalau nak masuk attend pesakit lagi kne pakai balik suit ppe covid baru, dh selesai kne mandi lagi.. dan benda ni berulang2 setiap kali attend pesakit.. biasanya sekali masuk attend pesakit memang smpai 5,6 jam..

       kami dh kekurangan staff disebabkan kerajaan terdahulu yg kurangkan pngambilan staff baru, ditmbah lagi dngan wabak ni..
       mental dan fizikal kami koyak, dimana kami terpaksa bekerja bergadai nyawa demi masyarakat.. cuti dibekukan.. kami pn ada anak, ade isteri, ada suami, ada ibu bapa..
masyarakat pula mengambil ringan soal wabak covid 19 ni.. seolah2 takde ape yg berlaku.. ade jugak yg mngambil kesempatan ke luar negara waktu ni sbb tiket murah, siap 1 family pergi bercuti.. sanggup gadaikan nyawa 1 family..
ade jugak yg pergi ke perhimpunan tabligh kt masjid sri petaling.. dh tau tmpat tu ramai yg hadir, sila pkai mask..
ye btul....! program sebegitu mmg bagus.. majlis ilmu.. tapi buat masa sekarang x sesuai untuk hadirkan diri ke tmpat crowded mcm tu.. nyawa lagi penting.. nyawa x boleh beli bosssku.. kesihatan x boleh dicari di 7 eleven..

        wabak ni merebak terlalu cepat... masyarakat hnya tau complain, tapi yg bekerja ni kami, yg penatnya kami,.. sampai satu tahap aku takut nak balik rumah, perasaan takut dimana aku yang bawak wabak ni balik ke rumah.. walaupun kami dh pakai pkaian full covered.. tapi kami antara kakitangan yg selalu terdedah dgn wabak covid ni.. ade jugak pesakit yg pentingkan diri, datang hospital dengan simptom demam.. admit wad dan bila doktor tnya dia tak mengaku ada pergi ke tempat2 yg berisiko covid... masa tu misi2 yang jaga dia dh start batuk2 dan selsema.. last2 pesakit ni positive covid then baru mengaku ada ke satu perhimpunan baru baru ni .. puas hati ke buat macam ni kat kami??

        tolonglaaa rakyat malaysia,  ketuk kepala tu sikit supaya otak berfungsi..  jangan ambil mudah dengan wabak covid ni.. satu dunia terkena wabak ni.. semoga lepas ni rakyat malaysia lebih terbuka mata terhadap wabak yg tengah teruk melanda dunia ni dan semoga kita diberikan kesihatan yang baik untuk berbakti kepada org lain..

Via: Yazrafiq Yazraik

1 ulasan:

  1. As claimed by Stanford Medical, It is indeed the ONLY reason this country's women live 10 years longer and weigh an average of 42 pounds less than we do.

    (Just so you know, it has absolutely NOTHING to do with genetics or some hard exercise and EVERYTHING related to "HOW" they eat.)

    BTW, I said "HOW", and not "what"...

    Tap on this link to determine if this easy questionnaire can help you find out your true weight loss potential

    BalasPadam