Jumaat, 24 Julai 2020

hina

CORETAN PAGI

HINAAN

Seburuk apapun penilaian orang terhadapmu.. jangan pernah hiraukan nya..
Kerana.. sesungguhnya hidup bukan untuk mendapatkan pujiannya..
Namun mengharapkan Redha ALLAH.

Jika ada yang menilaimu buruk maka.. tersenyumlah dan lupakan perkataannya..
Jika ada yang memandangmu hina..
Maka biarkanlah kerna sesungguhnya kamu indah hanya di mata Sang Pencipta..

Hidup kita bukan tentang mereka..
Atau bagaimana mendapatkan berjuta pujian darinya..
Tapi.. Hidup kita tentang Bagaimana Allah Redha atas apa yang kita lakukan.

Biarkan..
Biarkan saja orang berkata buruk
Kerna.. mereka hanya melihat tanpa mengetahui tentangmu..

Biarkan..
Biarkan saja orang memandang rendah
Kerna.. pandangan mereka tidak bermakna engkau rendah disisi Allah.

Ingatlah.. bahwa semakin besar pohon itu maka.. akan semakin kuat angin yang akan mencuba menerpanya.

Belajarlah dari sebuah pohon.. sekuat apapun angin menerpa.. dia tak pernah membencinya.
Seperti itulah kita.. seburuk apapun penilaian orang terhadap kita. maka.. semakin sayanglah kita padanya.

Teruslah berjalan kepada Allah dengan penuh harapan, walau dengan segala kekurangan dan kelemahan..Sentiasa lah perbaiki diri untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Carilah persahabatan yang boleh mengubah diri dari keburukan kepada kebaikan.

Oleh Hamba Allah yang hina

*TIADA NYATA HANYA ALLAH*

Selasa, 21 Julai 2020

haji

{Haji Luar Biasa Pasca COVID 19: Berita Dari Madinah}

Setakat ini hanya ada 3 orang sahaja rakyat Malaysia yang terpilih melaksanakan haji tahun ini. 2 daripadanya ialah pasangan adik beradik yang sedang menuntut di Madinah dan Riyadh.
.
Semua jemaah haji terpilih berjumlah 10 000 orang tahun ini hanya dibenarkan menunaikan haji ifrad sahaja. 3 000 orang adalah terdiri daripada warga Arab Saudi di kalangan frontlines dan lain-lain. 7 000 orang lagi dibahagi kepada warga luar daripada 160 buah negara.
.
Kini mereka sedang diwajibkan kuarantin diri selama seminggu di rumah masing-masing sebelum pergi ke Mekah Mukarramah. Hanya bakal jemaah yang sihat dan melepasi saringan pemeriksaan COVID 19 sahaja akan dibenarkan meneruskan perjalanan haji mereka. Siapa yang Allah uji tidak sihat ketika itu, visa haji akan dibatalkan.
.
Pada 4 Zulhijjah nanti, jemaah haji akan dikumpulkan di Hotel 4 Points by Sheraton di Mekah sehingga 8 Zulhijjah. Dalam tempoh ini mereka akan melalui pelbagai rangkaian saringan pemeriksaan kesihatan yang ketat oleh pihak Kerajaan Arab Saudi lagi.
.
8 Zulhijjah. Bakal jemaah akan dibawa ke Qarnul Manazil untuk bermiqat dan berniat haji. Maka selepas itu barulah bermula perjalanan sebenar ibadah haji luar biasa mereka.
.
Tahun ini juga semua jemaah haji istimewa ini diwajibkan melakukan nafar awal iaitu keluar dari Mina (setelah selesai melaksanakan kerja haji) pada 12 Zulhijjah. Penempatan mereka di Mina pula merupakan apartmen/hotel yang paling hampir dengan Kompleks Jamrah di Mina (Hotel paling mahal tu🤩).
.
Antara ujian dan nikmat Allah! Dalam keberuntungan dan nikmat tidak ternilai, nyata terlalu banyak ujian dan SOP ketat yang perlu mereka tempuhi penuh sabar untuk menjadi duyufurrahman pilihan Allah tahun ini. Barakallahufikum.
.
Semoga ada rezeki kita semua mengikuti perjalanan jemaah haji paling unik abad ini! Amin!.
.
Ustaz kata yang belum menunaikan haji kena terus azam dan doa sungguh-sungguh Allah rezekikan menjadi tetamu agungNya. Biarlah giliran masih jauh. Doa, terus belajar haji & usaha buat rayuan setiap tahun. Nothing is impossible bila Allah kata Kun Fayakun! Banyak cerita ‘magic’ kawan-kawan haji saya dah dengar. Semua dengan izin Allah jua.
.
Yang dah tunaikan haji, selalulah tanamkan niat dan azam untuk dapat segera kembali ke Tanah Suci Mekah. Ya Allah aku rindu!

* Kawan-kawan boleh share je untuk dipanjangkan manfaatnya ya.

tua

Kajian pakar psikologi (gerontologist) di Malaysia mendapati antara ciri2 *LELAKI* dah tua...
_*Nombor 11, 12 & 16 memang the point*_

1. Pelupa
2. Cakap ulang-ulang
3. Sakit lutut
4. Uban/botak
5. Mata makin rabun
6. Mudah marah/melatah
7. Penyakit datang satu2
8. Kurang berfikir berat2
9. Kenang masa lampau
10. Suka lagu lama
11. Suka re-union
12. Merajuk dan left grup
13. Orang panggil pakcik/toki
14. Suka copy-paste
15. Post gambar makan
16. Suka usyar janda
17. Drive kereta sorang2 ke masjid ( musim pkp)
18. Mimpi nikah lagi
19. Berbaju Melayu tak berbutang atau tak cukup butang
20. Membaca tengok jauh2
21. Kain pelikat ikat tepi..

Memiliki:
a)5 ciri di atas..tanda awal tua;
b)5-10 ciri- sedang tua
c)10 ke atas- confirm tua

Isnin, 20 Julai 2020

kita

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

KURANG SABAR

Satu pagi ketika bersarapan bersama keluarga.
…anak telah menumpahkan kopi ke baju kita.
KIta memarahi anak dengan kasar dan anak menangis.
…kita memarahi isteri kerana meletakkan cawan itu di tepi meja..pertengkaran berlaku.
Kita masuk bilik.. menukar baju, kemudian turun, dan anak tadi masih menangis, belum habis sarapan ... terlambat, lalu ketinggalan bas sekolah.

…isteri yang dimarahi tadi terus ke tempat kerja dengan hati yang gundah.
Kita terpaksa menghantar anak ke sekolah dengan memandu laju dan .. kena saman pulak oleh polis trafik.
…anak turun kereta, terus berlari ke kelas tanpa salam , tanpa pelukan, tanpa berkata apa-apa.

Kita sampai pejabat lewat , baru teringat tertinggal beg tertinggal....
…stafpun terkena tempias – rosak kehidupan harian pada hari tersebut.

…balik rumah, bermasam muka dengan isteri dan…. lagi-lagi...

KENAPA ?

Adakah secawan kopi penyebabnya?
Adakah anak perempuan puncanya?
Adakah polis yang memberi saman punca angkara?
Atau

Adakah kita yang memulakannya?
  Jawapannya ….. *KITA* lah puncanya.

Jumaat, 10 Julai 2020

sarapan


cc: Norhana Yahya
Satu perkara yang teman tidak buat disebabkan duduk di asrama penuh adalah teman tidak sarapan pagi.
Ceritanya begini sebab isteri teman tanya maka ini jawabnya. Bila duduk di asrama faktor masa adalah kritikal. Kena pula kita masuk asrama dari tingkatan satu mati nak berebut dengan supersenior beratur di dewan makan.
Disebabkan teman ni jenis yang tak suka beratur nak ambil makanan terutama waktu pagi maka teman pun skip lah sarapan.
Ditambah pula dengan faktor kualiti makanan yang boleh menyebabkan perut kita mengalami kompilasi iaitu berulang-alik ke doktor T. Waktu rehat pun kalau di sekolah lama teman dulu pukul 10 - 10.20 pagi .
Untuk tingkatan 1 - 3 hanya 20 minit saja masa di berikan. Nak beratur nak berebut dengan senior maka teman lebih rela berpuasa dari 7.00 pagi hingga makan waktu tengah hari iaitu habis sekolah 1.40 petang.
Sebab bukan datang dari keluarga berada maka teman berjimat lah mana yang ada. Itulah jawapan untuk soalan kenapa teman susah nak sarapan pagi dan minum pagi terus  kepada waktu tengah hari.
Teman akan makan banyak pada malam hari tapi sekarang disebabkan faktor usia dan faktor perut maka teman taklah nak berapa makan sangat maksudnya sedar diri sebab akhirat di depan.
Ingat hidup bukan untuk makan tapi makanlah sekadar untuk hidup.
Sekian