cc: Norhana Yahya
Satu perkara yang teman tidak buat disebabkan duduk di asrama penuh adalah teman tidak sarapan pagi.
Ceritanya begini sebab isteri teman tanya maka ini jawabnya. Bila duduk di asrama faktor masa adalah kritikal. Kena pula kita masuk asrama dari tingkatan satu mati nak berebut dengan supersenior beratur di dewan makan.
Disebabkan teman ni jenis yang tak suka beratur nak ambil makanan terutama waktu pagi maka teman pun skip lah sarapan.
Ditambah pula dengan faktor kualiti makanan yang boleh menyebabkan perut kita mengalami kompilasi iaitu berulang-alik ke doktor T. Waktu rehat pun kalau di sekolah lama teman dulu pukul 10 - 10.20 pagi .
Untuk tingkatan 1 - 3 hanya 20 minit saja masa di berikan. Nak beratur nak berebut dengan senior maka teman lebih rela berpuasa dari 7.00 pagi hingga makan waktu tengah hari iaitu habis sekolah 1.40 petang.
Sebab bukan datang dari keluarga berada maka teman berjimat lah mana yang ada. Itulah jawapan untuk soalan kenapa teman susah nak sarapan pagi dan minum pagi terus kepada waktu tengah hari.
Teman akan makan banyak pada malam hari tapi sekarang disebabkan faktor usia dan faktor perut maka teman taklah nak berapa makan sangat maksudnya sedar diri sebab akhirat di depan.
Ingat hidup bukan untuk makan tapi makanlah sekadar untuk hidup.
Sekian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan