Ahad, 26 Julai 2020

covid penat

Macam ni je la rakyat Malaysia:

1. Anda rasa sudah sgt selamat dan puas hati dengan pencapaian Malaysia mengawal Covid-19. Banyak video iktiraf kita, jadi time for celebration ye tak? Jadi anda pun chill je kemana2 dah tak ikut SOP. Bende kuman ni kan kecik dan x nampak. Bende tak nampak buatpa nak takut ye tak?

2. Berlonggok2lah anda di kedai2 mamak, masuk kedai pun tak isi nama. Kalau isi pun nama ntah apa2 dan nombor ntah apa2. Ada yg tulis takde serupa ulat pun, asalkan conteng. Memang kerja petugas kesihatan marhaen ni untuk trace anda sampai dapat bila ada kes ye tak? Itu memang kerja depa. Buat apa kita peduli?

3. SOP pun ke laut. Atas nama saja. Lif pun semua dah berlonggok je masuk. Distance pun ala kadar.

4. Yang balik dari luar negara, kuarantin bersepah2 di pasaraya, kedai makan dan berjalan merata. 3000 kes langsung tak peduli nak datang balik repeat swab kedua. Tak gaya la balik dari Oversea kene kuarantin ye tak? Nak buatpa swab balik, gerenti takde covid punya.

5. 2 minggu kebelakangan ini, kes2 meningkat semula. Yang lebih menakutkan, walaupun jumlah kes masih rendah, bilangan kluster sudah melebihi 9. Maksudnya di 9 tempat berbeza, 9 kumpulan berbeza yang setiap satunya berpotensi untuk menyebarkan Covid-19 ini. R - naught atau kebolehjangkitan daripada 0.1 dah naik balik hampir mencecah 1.5.

6. Jangan lupa, PKP ni, menjahanamkan negara dalam jangka masa panjang. Nak ke pkp semula? Lingkup ekonomi, ramai yang sengsara tiada punca pendapatan, dan ramai yang di buang kerja. Yang makan gaji mungkin tak terasa sangat, tapi rata2 menghadapi kesukaran. Pembelajaran anak2 pun ke laut, aktiviti keagaamaan pun di sisihkan, dan semua perkara negatif yang ada akibat pkp.

7. 1st wave Covid-19 di Malaysia dulu pun bermula dengan jumlah angka yang rendah, dan sekelip mata ianya meletup dan tersebar di luar kawalan. Apa yang berlaku sekarang adalah ulangan part 2 kepada apa yg telah berlaku. Allah masih belum mengangkat ujian Covid-19 ini daripada kita semua.

8. Bertindak sebelum terlambat. Saya tak mau di kurung semula. Anda nak kene kurung, anda teruskanlah buat chill macam takde apa. Bertanggungjawablah sikit, negara pelungkup, anda dan keluarga anda pun pelungkup juga. Ini sebenarnya peperangan yang memerlukan semua rakyat Malaysia berpadu tenaga dan jiwa. Negara anda perlukan anda. Jangan jadi pengkhianat kepada negara tercinta.

9. Sudah tiba masanya di penjara dan di sebat barang sepuluh sebat dua bagi yang melanggar perintah ni. Kalau tak faham sangat bahasa, itu je cara mengajarnya. Elok2 bagi home quarantine, nak juga di kurung macam lembu di Pusat2 kuarantin. Tahniah, anda telah berjaya mencapai impian anda untuk di layan seperti lembu kembali. Nak kalah perang senang je, keseronokan melampau dan kealpaan akibat di beri kejayaan kecil, akan mengakibatkan musuh menyerang kita tatkala kita leka, dan tersungkurlah kita semua. Kemenangan itu satu ujian, jangan kita lupa.

Ikhlas dari Petugas Kesihatan yang dah penat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan